A159950 (NURHIDAYAH BINTI BADARUDIN) by Nurhidayah binti Badarudin

KERATAN AKHBARGajet Ibarat Pengasuh Kedua (Utusan Online)
MEMILIKI gajet-gajet pintar seperti ipad, tablet, telefon mudah alih dan sebagainya, satu keperluan dan semakin penting dalam kehidupan seharian.Penggunaan dengan cara yang betul, mendatangkan banyak manfaat kepada individu terutama dalam memudahkan urusan harian

Begitu pun, gajet ini juga mendatangkan kesan negatif terutamanya kepada kanak-kanak jika pemantauan tidak dilakukan dengan betul. Ini termasuk kesan terhadap kesihatan dan perkembangan kanak-kanak yang jika tidak dibendung akan mendatangkan kerosakan dalam jangka masa panjang.

Konsultan Paedetrik dan Neonatalogist, Dr. Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar berkata, penggunaan gajet seperti telefon pintar, komputer dan sebagainya tidak dinafikan mempunyai banyak kesan negatif berbanding positif kepada kanak-kanak yang menggunakannya tanpa pemantauan daripada ibu bapa.

Katanya, kanak-kanak yang bermain dengan aplikasi yang terdapat dalam gajet pintar seperti permainan video dan sebagainya, lebih daripada dua jam akan menjejaskan penglihatan mata sekaligus boleh menyebabkan mata mereka menjadi kabur dan rabun.

Bagi mereka yang menggunakan alat ini dalam keadaan postur berbaring atau duduk terlalu lama akan mennyebabkan tulang belakang menjadi sakit. Hal ini akan meningkatkan risiko bongkok pada usia yang muda. Bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun ke atas, jika mereka terlalu obses dengan permainan dan aplikasi dalam ipad turut menjejaskan tumpuan pembelajaran mereka semasa di dalam kelas.

Mereka akan hilang fokus kerana asyik teringat kepada permainan dalam gajet berkenaan. Dari segi pergaulan dan komunikasi pula, kanak-kanak ini akan menjadi lebih pendiam, kurang penyabar dan kemahiran komunikasi yang tidak baik di antara orang terdekat dan rakan-rakan di sekeliling serta penguasaan tutur kata yang tidak berkembang, ujar Dr. Mohammad Iqbal ketika ditemui di KPJ Damansara Specialist Hospital, di Damansara, Kuala Lumpur.

Beliau menganggap ibu bapa yang membiarkan anak mereka leka dengan permainan dalam gajet-gajet pintar dalam jangka masa terlalu lama tanpa pantauan dengan alasan menjadikan gajet tersebut sebagai pengasuh kedua adalah salah.

Berdasarkan perbincangan, waktu tertentu untuk kanak-kanak menggunakan gajet seperti ipad, mereka tidak bersepakat untuk bersetuju terhadap masa dan had-had tertentu kanak-kanak dibenarkan bermain dengan gajet. Satu kajian kesihatan kanak-kanak dari Amarika Syarikat menyatakan bahawa penggunaan gajet seperti ipad dan tablet kepada kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas adalah tidak sesuai kerana boleh melemahkan otot jari dan tangan kanak-kanak yang diperlukan untuk menulis.

Disamping itu, disarankan agar penggunaannya tidak lebih daripada dua jam sehari. Bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun pula lebih baik tidak menggunakan langsung gajet-gajet tersebut, katanya.

Menurut Dr. Mohammad Iqbal, walaupun kesan buruknya lebih jelas, ada juga sebahagian ahli-ahli psikologi tidak bersetuju dengan kajian tersebut dengan alasan ia terlalu ketat kerana penggunaan gajet ini juga bergantung kepada kanak-kanak yang menggunakannya untuk tujuan pembelajaran.

Sebagai ibu bapa yang prihatin lebih baik kiranya mereka menentapkan undang-undang dan masa tertentu untuk anak-anak mereka bermain dengan gajet tersebut. Contohnya, mereka mula menetapkan waktu selama dua jam untuk anak mereka bemain berserta dengan aplikasi permainan yang dimuat turun bersesuaian dengan umur kanak-kanak tersebut.

Seeloknya, untuk pemantaun lebih baik mereka turut bersama-sama anak mereka menggunakan gajet tersebut. Contohnya untuk permainan yang membina seperti aktiviti membaca dan permainan menguji minda boleh disertai bersama-sama, jelasnya.

Selain itu, penggunaan gajet juga boleh digunakan sebagai ganjaran atau hadiah meningkatkan semangat untuk belaja. Contohnya, bagi memberi ganjaran apabila berjaya menyiapkan sesuatu tugasan, ibu bapa boleh lebihkan masa penggunaan gajet kepada tiga jam sehari bergantung juga pada keadaan dan situasi.

Tambahnya lagi, jika dilihat kesan penggunaan gajet-gajet pintar ini dari segi positif pula, ia dapat membantu kanak-kanak tersebut belajar untuk menguasai bahasa kedua. Manakala aplikasi seperti non-interaktif seperti youtube dan permainan video tidak dinafikan banyak melalaikan kanak-kanak sekaligus mendatangkan kesan buruk dari segi emosi, psikologi, fizikal dan sosial jika penggunaan dalam jangka masa yang terlalu lama, katanya.

KESAN NEGATIF GAJET
A. MENJEJASKAN KESIHATAN TERUTAMANYA KANAK-KANAK

Berdasarkan keratan akhbar Utusan online yang bertajuk "Gajet ibarat pengasuh kedua",  dapat dilihat bahawa kanak-kanak yang terdedah terlalu lama terhadap penggunaan gajet akan mendatangkan banyak kompilasi atau masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Apabila mereka melihat gajet terlalu lama lebih dari dua jam, risiko untuk mata menjadi kabur dan rabun adalah tinggi. selain itu, tulang belakang mereka akan menjadi sakit akibat baring atau duduk terlalu lama akibat melayani gajet  berjam-jam. Kesannya, risiko bongkok pada usia muda adalah tinggi.

Kesimpulannya, penggunaan gajet yang terlalu lama akan mendatangkan masalah pada kesihatan fizikal kita pada jangka masa panjang  dan oleh itu, pekara ini perlulah dibendung dan mengurangkan penggunaan gajet apabila memerlukan sahaja.

KESAN NEGATIF GAJET
B. PERGAULAN DAN KOMUNIKASI MENJADI TERHAD

Kesan negatif peggunaan gajet juga akan menjejaskan komunikasi dan pergaulan kanak-kanak di mana mereka akan menjadi lebih pendiam dan penguasaan tutur katanya akan menjadi tidak berkembang. Selain itu, dapat dilihat kanak-kanak yang anti-sosial ini cenderung menjadi kurang penyabar serta kemahiran komunikasinya agak lemah apabila berhadapan dengan orang di persekitarannya. Hal ini disebabkan mereka menjadi terlalu obses dengan permainan dan aplikasi ipad sehingga mereka menjadi alpa dan lalai serta tidak menjalinkan hubungan pelbagai hala secara sihat dengan orang lain.

Kesimpulannya,  pengunaan gajet yang berterusan tanpa henti menjadikan kanak-kanak bersifat anti-sosial dengan dunia luar serta tiada jaringan komunikasi yang terjalin. Minda mereka dipengaruhi dengan penggunaan gajet dan oleh hal demikian, mereka leka menghabiskan masa dengan gajet tanpa adanya jalinan sosial dengan orang luar.

KESAN NEGATIF GAJET
C. MENGANGGU TUMPUAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS

Ibu bapa yang tidak memantau anak-anaknya dalam menggunakan gajet menjadikan mereka ketagih dan asyik untuk melayani aplikasi dan permainan yang dihidangkan dalam ipad mahupun telefon pintar.  Impak dari penggunaan tanpa batasan akan  menjadikan kanak-kanak mudah terganggu tumpuannya apabila mereka berada di dalam kelas. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya apabila asyik teringat-ingat akan gajet mereka di rumah.  Impak daripada pekara ini juga turut menlemahkan otot jari dan tangan kanak-kanak yang diperlukan untuk menulis.

Kesimpulannya, campur tangan ibu adalah perlu dalam mengawal penggunaan gajet di kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak boleh menjadikan gajet sebagai pengasuh untuk melayani anak-anak mereka kerana kesannya, minda mereka mula dipengaruhi dengan aplikasi yang ada di dalam gajet-gajet pintar dan seterusnya, fokus mereka terhadap pekara lain selain gajet akan terganggu.

KESAB POSITIF GAJET
D. PENGGUNAAN GAJET DALAM PEMBELAJARAN

Berdasarkan keratan akhbar yang sama iaitu "Gajet Ibarat Pengasuh Kedua" dapat dilihat bahawa terdapat juga kesan positif yang boleh dipertimbangkan dan tidak hanya melihat keseluruhannya dari sudut negatif sahaja. Penggunaan gajet juga adalah bergantung kepada si pengguna bagaimana dia menggunakan gajet tersebut untuk tujuan yang berfaedah dan berilmiah. Sebagaimana kanak-kanak juga, mereka boleh menggunakan gajet untuk tujuan pembelajaran. Globalisasi yang berlaku kini membolehkan maklumat tanpa sempadan berlaku dan hal ini membolehkan kanak-kanak mahupun orang dewasa mengakses pelbagai makumat tanpa terhad dan mudah. Ilmu yang dipelajari di sekolah juga boleh dikukuhkan dengan pelbagai maklumat tambahan di internet dan membolehkan pengetahuan yang diperoleh tersebut bersifat multi-displin. Hal ini menjadikan kanak-kanak akan mempunyai pandangan yang lebih meluas dan mampu berfikir di luar kotak.

Kesimpulannya, gajet akan menjadi alat yang berguna sekiranya penggunanya menggunakan gajet dengan cara yang betul dan berfaedah. Sesuatu ilmu atau pandangan boleh diperolehi daripada pelbagai sumber tanpa perlu tunggu cikgu di sekolah.

LANGKAH MENGATASI KESAN NEGATIF GAJET
A-    Langkah untuk mengatasi penggunaan gajet yang terlalu lama di kalangan anak-anak mereka adalah ibu bapa perlu tegas dalam mengawal dan mengehadkan penggunaan masa sewaktu anak-anak mereka menggunakan gajet. Penggunaan masa yang disarankan untuk menggunakan gajet adalah tidak melebihi dua jam sehari.

B-   Ibu bapa juga perlulah mengelakkan daripada mendedahkan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun  terhadap teknologi gajet agar ianya tidak menjadi suatu kebiasaan untuk anak-anak mereka terbiasa menggunakan gajet-gajet pintar.

C-  Ibu bapa yang sedang sibuk bekerja perlulah juga mencari masa untuk melayani dan berkomunikasi bersama anak-anak mereka agar kualiti sosial bersama keluarga wujud dan bukannya masing-masing berkomunikasi dengan gajet di sisi mereka.

D-   Ibu bapa juga haruslah tegas dan tidak berkompromi dengan anak-anak yang mudah leka bermain permainan maya mahupun bersosial di alam maya menggunakan gajet canggih mereka. Keperluan ibu bapa untuk mendekati dan mengetahui masalah anak-anak juga perlu agar mereka tidak dihimpit kesunyian sehingga menyebabkan timbulnya luahan perasaan di laman sosial.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, penggunaan gajet canggih dalam dunia yang semakin meningkat maju ini adalah bagus kerana ia menjadikan penggunanya sentiasa ke hadapan dalam mengikuti perkembangan semasa. Namun harus diingat bahawa penggunaan dan pendedahan terhadap peralatan canggih ini akan menyebabkan berlakunya wabak yang semakin membimbangkan kita iaitu wabak antisosial.

KESAN POSITIF GAJET
E.  MENINGKATKAN SEMANGAT BELAJAR

Ibu bapa juga boleh merebut peluang untuk menarik minat anak-anak mereka belajar apabila menawarkan gajet ganjaran mahupun hadiah. Hal ini kerana, kanak-kanak sekarang sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan gajet. Ibu bapa boleh memberikan ganjaran dengan memberikan gajet kepada anak mereka apabila sudah selesai menyiapkan tugasan yang telah diberikan, namun begitu, had penggunaan masa perlulah tidak melebihi 2 jam. Oleh hal demikian, kanak-kanak akan tertarik untuk belajar kerana mereka boleh menggunakan gajet untuk menonton video dan bermain permainan yang ada di gajet-gajet pintar.