Refleksi PdP by Haslinda Binti Md. Ali IPGM - IPGKPM
Saya belajar bahawa sumber dan bahan PdP sangat penting bagi menarik minat kanak-kanak semasa sesi pembelajaran. Bahan yang sesuai dan kreatif ini dapat membantu kanak-kanak faham dengan lebih mudah dan seronok. Selain itu, saya juga sedar bahawa saya perlulah lebih kreatif dan bijak dalam memilih bahan mengikut keperluan dan tahap perkembangan murid.
Penglibatan saya sebagai AJK buku program dan pembentang dalam pameran bahan bantu mengajar memberikan pengalaman berharga. Saya belajar mengurus kandungan dengan teratur dan bekerjasama secara efektif. Sebagai pembentang, saya lebih yakin menyampaikan idea dan menerima maklum balas yang membina. Program ini meningkatkan kefahaman saya tentang peranan inovasi, pengurusan sumber dan profesionalisme dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Eishah PAKK2
Melalui kursus ini, saya mendapati bahawa pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi memastikan pembelajaran lebih efektif dan berkesan kepada kanak-kanak. Guru perlu memastikan bahawa bahan yang dipilih bersesuaian dengan konteks pembelajaran dan tahap perkembangan kanak-kanak di samping seiring dengan perkembangan zaman seperti perlunya pengintegrasian digital dalam bahan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, secara keseluruhannya, saya dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan sumber pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya dapat menyumbang kepada amalan pengajaran saya pada masa hadapan
Sepanjang mempelajari subjek ini, saya mempelajari kepentingan merancang, memilih, menggunakan dan menilai sumber pengajaran secara berkesan. Saya memahami bahawa sumber yang baik harus menarik, sesuai tahap perkembangan kanak-kanak dan menyokong objektif pembelajaran. Pengalaman merancang dan menggunakan pelbagai jenis bahan telah meningkatkan kemahiran saya dalam menyediakan bahan pengajaran yang kreatif dan relevan. Saya juga belajar menilai keberkesanan sumber melalui refleksi, membantu saya membuat penambahbaikan berterusan. Subjek ini memperkukuh kemahiran saya sebagai pendidik dalam menyediakan pengajaran yang lebih berkualiti.
Kursus ini telah membantu saya memahami peranan sumber PdP dalam merangsang minat dan perkembangan kanak-kanak. Saya didedahkan kepada pelbagai jenis sumber yang boleh digunakan secara kreatif dan berkesan dalam bilik darjah. Selain itu, saya juga belajar bagaimana untuk memilih, mengubah suai dan mengurus sumber mengikut keperluan murid prasekolah. Ilmu yang diperoleh amat bermanfaat untuk persediaan saya sebagai guru kelak.
NUREEN SABIHA PAKK1
Melalui kursus ini saya dapati bahawa banyak perkara berkenaan libat urus bahan bantu mengajar yang perlu saya pertimbangkan sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak supaya bahan-bahan tersebut terus kekal relevan serta boleh diadaptasi mengikut kesesuaian perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Saya mempelajari bahawa elemen digital dalam bahan bantu mengajar kini menjadi satu keperluan untuk memberikan nilai tambah dalam pembelajaran kanak-kanak. Saya juga turut belajar bagaimana hendak memelihara dan memulihara bahan bantu mengajar ini supaya ianya boleh diguna pakai untuk jangka masa yang lama. Saya berharap perkara-perkara ini saya dapat praktikannya dengan baik apabila saya menjadi guru sebenar kelak.
Nur Dalilah PAKK 1
Sepanjang kursus ini  banyak maklumat baharu yang saya perolehi antaranya berkenaan sumber sumber pemilihan bantu mengajar dan juga cara untuk menyimpan bahan bantu mengajar agar ianya dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. Saya juga dapat didedahkan bahawa pembinaan bahan bantu mengajar tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi, namun kita  boleh menggunakan bahan kitar semula yang ada untuk menjimatkan perbelanjaan. Yang penting bahan tersebut perlu kukuh dan boleh digunakan dalam jangka waktu yang lama.
AINA QASRINA BINTI JOHARI (PAKK1)
Sepanjang saya mempelajari subjek Pengurusan Sumber, saya menyedari bahawa topik ini sangat penting bukan sahaja dalam konteks penyediaan BBM tetapi juga dalam membantu meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar menggunakan BBM. Saya belajar bagaimana untuk merancang dan menggunakan sumber seperti masa, tenaga, dan kewangan dengan lebih berkesan. Melalui aktiviti pembelajaran seperti perbincangan kumpulan, pembentangan, saya dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana bahan boleh diaplikasikan dalam situasi sebenar. Tuntasnya, saya mendapati ilmu yang dipelajari dalam subjek ini sangat relevan untuk diaplikasikan dalam proses PdP saya. Melalui pemahaman tentang pengurusan masa, tenaga, dan sumber lain, saya lebih mampu menyusun strategi penghasilan bahan dengan lebih teratur bagi mengelakkan pembaziran masa dan penggunaan bahan. Terima kasih madam atas perkongsian informasi yang meluas dan mendalam😍
NUR ALYA WIRDANI BINTI TAIIB (PAKK 1)
Selepas mengikuti pembelajaran subjek Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, saya semakin memahami kepentingan merancang, memilih dan mengurus sumber dengan berkesan bagi memastikan proses PdP lebih menarik dan berkesan. Saya juga menyedari bahawa penggunaan sumber yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak mampu merangsang minat, meningkatkan interaksi serta membantu pencapaian objektif pembelajaran dengan lebih optimum. Saya juga mendapat pengetahuan tentang pemuliharaan dan pemeliharaan bahan tersebut. Pengetahuan ini amat berguna dalam persediaan saya sebagai pendidik awal kanak-kanak yang profesional dan berdaya saing. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan untuk Madam Haslinda atas segala tenaga dan masa yang digunakan untuk mengajar kami.
NUR ALIAH BINTI RAMLI (PAKK1)
Melalui kursus ini, saya semakin memahami bahawa pemilihan dan penggunaan sumber PdP yang berkesan bukan sekadar soal kreativiti, tetapi turut melibatkan kemahiran merancang, mengurus masa, tenaga dan kos dengan bijak. Saya didedahkan kepada pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan dan perkembangan murid, khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Aktiviti perbincangan, pembentangan dan tugasan membantu saya mengaplikasikan ilmu secara lebih mendalam dalam konteks sebenar. Saya juga belajar untuk memanfaatkan sumber sedia ada dan mengitar semula bahan agar lebih menjimatkan serta tahan lama. Keseluruhannya, kursus ini sangat membantu dalam membentuk asas yang kukuh untuk saya menjadi seorang pendidik yang lebih terancang, reflektif dan efektif pada masa hadapan.
AIMI MASTURA BINTI SAHARUDIN (PAKK1)
Sepanjang mengikuti kursus ini, saya semakin memahami betapa pentingnya pemilihan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai, praktikal dan mampu menarik minat kanak-kanak. Salah satu pengalaman paling bermakna bagi saya ialah semasa menghasilkan bahan bertajuk "Count Your Sheep" menggunakan bahan kitar semula seperti kotak dan kertas. Pada mulanya saya bimbang bahan ini terlalu ringkas, tetapi setelah melihat bagaimana ia boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak belajar mengira sambil bermain, saya mula yakin dengan keberkesanannya.
NUR ATIQ FARADINA BINTI BAHAZMAN (PAKK2)
Sepanjang mengikuti kursus ini, saya dapat banyak ilmu berguna berkaitan pemilihan dan penyediaan bahan yang sesuai untuk pengajaran, terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Saya belajar bahawa bahan pengajaran bukan sahaja perlu menarik dan kreatif, tetapi juga perlu selamat dan sesuai dengan tahap perkembangan murid.
Walaupun kelas ini tidak mengambil masa yang panjang setiap minggu, isi kandungan yang disampaikan cukup padat dan praktikal. Pengalaman ini juga memberi saya idea bagaimana nak guna bahan sekeliling dan bahan terpakai sebagai alat bantu mengajar yang berkesan.
Namun begitu, saya ingin mencadangkan agar kelas ini ditambah baik pada masa akan datang, terutamanya untuk pelajar batch selepas ini. Mungkin boleh ditambah sedikit elemen interaktif atau sesi luar bilik kuliah seperti lawatan ke taska supaya pelajar lebih terinspirasi dan seronok belajar. Walaupun jam kredit subjek ini singkat, saya percaya ia boleh menjadi lebih menarik jika diselitkan aktiviti yang lebih hands-on dan menyeronokkan.
NURUL ALLYSA BINTI SAMSUDIN PAKK1
Melalui kursus ini, saya dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana perancangan dan pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam menyokong proses pembelajaran yang berkesan. Saya belajar bahawa guru bukan sahaja perlu kreatif dalam menggunakan sumber yang ada, tetapi juga bijak menyesuaikannya mengikut keperluan dan tahap perkembangan kanak-kanak. Perbincangan dalam topik ini juga menyedarkan saya tentang cabaran sebenar yang dihadapi oleh pendidik di lapangan, terutamanya dalam aspek kekangan bajet dan kekurangan kemudahan. Secara keseluruhannya, topik ini memberi saya banyak ilmu dan kesedaran tentang peranan penting guru dalam memastikan sumber yang digunakan benar-benar memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak.
Sepanjang sesi pengajaran kali ini, saya telah memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan memilih dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Saya juga menyedari bahawa kreativiti guru dalam mengadaptasi bahan memainkan peranan penting dalam menarik minat serta menyokong pembelajaran aktif. Seterusnya, saya akan lebih teliti dalam merancang dan menilai keberkesanan sumber yang digunakan bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai dengan berkesan.
NUR SYARIAH BINTI ISHAK (PAKK1)
Sepanjang kursus ini berlangsung, saya dapat mengetahui beberapa jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan juga menarik. dengan kursus ini juga membantu saya menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan bahan pdp yang menarik untuk tugasan dan mampu untuk mengkomersialkan bahan saya.Melalui sesi pembelajaran ini, saya lebih memahami konsep yang sebelum ini sukar difahami. Pendekatan pensyarah yang interaktif sangat membantu saya. saya juga boleh menggunakan input pembelajaran topik ini untuk kursus yang lain juga
Sepanjang mengikuti kursus ini, saya telah mendapat pendedahan yang luas berkaitan konsep, prinsip dan pelaksanaan pengurusan sumber pengajaran yang berkesan di peringkat awal kanak-kanak. Kursus ini membantu saya memahami betapa pentingnya pemilihan, pembinaan, dan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dengan tahap perkembangan, minat dan keperluan murid.
Saya juga menyedari keperluan untuk merancang BBM secara sistematik, mengambil kira aspek pedagogi, teknologi, dan psikologi perkembangan kanak-kanak. Di samping itu, kursus ini menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk bahan pengajaran, serta menekankan keperluan mematuhi etika profesional termasuk isu hak cipta dan plagiat.
Kursus ini turut mengasah kemahiran saya dalam membuat refleksi terhadap keberkesanan penggunaan BBM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, serta bagaimana ia dapat ditambah baik untuk memenuhi hasil pembelajaran. Saya juga belajar untuk menggunakan pelbagai sumber secara optimum termasuk bahan digital, teknologi interaktif dan sumber persekitaran.
Secara keseluruhannya, PAKK3652 telah memberikan pengetahuan teori yang kukuh dan kemahiran praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam amalan pengajaran. Ia meningkatkan keupayaan saya untuk merancang pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak.
__Terima kasih Madam❤️❤️❤️
Melalui kursus ini, saya mendapati bahawa amat penting bagi seorang guru memahami tujuan pemilihan bahan yang selaras dengan kurikulum yang digunakan, sama ada KSPK atau PERMATA. Hal ini penting bagi memastikan bahan pengajaran yang disediakan adalah sesuai dan mampu mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Saya juga telah mempelajari bahawa pemilihan bahan sumber mestilah memenuhi beberapa kriteria, terutamanya dari segi kesesuaian umur, tahap perkembangan kanak-kanak, keselamatan, dan kesesuaian konteks.
Seiring dengan perkembangan arus pembelajaran digital masa kini, saya turut berpeluang meneroka pelbagai sumber dan platform digital. Ini membantu saya untuk menghasilkan bahan pengajaran digital yang lebih kreatif, interaktif, dan menarik untuk digunakan bersama kanak-kanak. Secara tidak langsung, subjek ini telah berjaya meningkatkan kemahiran saya sebagai seorang guru yang kompeten dan bersedia menghadapi cabaran pendidikan masa kini.
NUR ADILA ZAFIRA BINTI MOHD JAAFAR (PAKK1)
Sepanjang mengikuti kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran yang sangat berguna dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak, khususnya berkaitan dengan pengurusan dan penghasilan sumber pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini membuka peluang kepada saya untuk memahami konsep dan jenis-jenis bahan bantu mengajar, serta kepentingannya dalam menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Saya juga belajar bagaimana memilih bahan pembelajaran yang sesuai berdasarkan kurikulum semasa, mengambil kira aspek keselamatan, kebolehgunaan, serta kesesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Penghasilan bahan bantu seperti buku besar, boneka, origami, dan prop untuk drama memberikan saya ruang untuk mengekspresikan kreativiti dan inovasi dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan. Selain itu, pengintegrasian teknologi digital melalui penggunaan perisian dan aplikasi interaktif menambah nilai dalam penyampaian pengajaran. Saya turut didedahkan kepada pentingnya menjaga, menyimpan dan memulihara bahan-bahan pembelajaran agar tahan lama dan boleh digunakan berulang kali.
Akhir sekali, pengalaman mempamerkan hasil bahan bantu mengajar yang dihasilkan bukan sahaja mengasah kemahiran komunikasi dan persembahan saya, tetapi juga membina keyakinan diri untuk berkongsi hasil kerja bersama rakan dan pensyarah. Secara keseluruhan, kursus ini telah memperkaya pengetahuan saya dan memberi inspirasi untuk menjadi pendidik awal kanak-kanak yang lebih kompeten dan berdedikasi.