Hadith Dhaif and Mawdu by BM20622 Fakhrul 'Ariffin Bin Mohd Faisal

Bahasa
Hadith mawdu’ merupakan asal daripada perkataan

عَضَو yang bererti mengada-ngadakan atau menyimpan

Pendapat Pertama
kumpulan ini berpendapat boleh untuk beramal dengan hadith dhaif secara mutlak. Menurut al-Syaikh Muhammad

Awwamah dalam kitab Hukm al-Amal bi al-Hadith al-Daif, setengah ulama berpandangan bahawa boleh beramal dengan hadith dhaif secara mutlak sama ada dalam perkara halal dan haram, fardhu dan wajib, fadhail, targhib dan tarhib dan selainnya tetapi mempunyai dua syarat iaitu hadith yang hendak diamalkan itu tidak terlalu dhaif dan sekiranya hadith itu dhaifnya berat maka ulama

meninggalkan hadith tersebut secara keseluruhan. Yang keduanya, tidak terdapat dalam bab ini hadith

yang lain dan tidak terdapat hadith yang bertentangan dengannya

Pendapat Kedua
Pendapat kedua ini pula berpendapat bahawa hadith dhaif tidak boleh diamalkan secara mutlak dan boleh diamalkan pada perkara tertentu sahaja. Imam Ibn Hajar al-Haytami berpandangan bahawa hadith dhaif jika sahih maka ia boleh diamalkan. Sekiranya membawa kepada kerosakan daripada aspek menghalalkan atau mengharamkan dan mengabaikan hak orang lain maka ia tidak boleh diamalkan. Menurut Syaikh Muhammad Awwamah majoriti para imam mutaqaddimin dan mutaakhirin membolehkan beramal dengan hadith daif. Secara keseluruhan bagi pendapat kedua ini, ulama yang berpendapat bagi pendapat ini menyatakan bahawa hadith dhaif ini tidak boleh diamalkan secara mutlak dan boleh diamalkan pada

beberapa perkara sahaja. Dan ada juga ulama yang meletakkan syarat untuk mengamalkan hadith dhaif agar tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dan mengabaikan amalan-amalan daripada hadith sahih.

Pendapat
jumhur ulama tidak membenarkan untuk umat Islam beramal dengan hadith mawdu’ kerana hadith mawdu’ itu sendiri muncul daripada orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan dan menyandarkan hadith rekaan mereka kepada Rasulullah SAW

untuk kepentingan mereka sendiri. Terdapat banyak hadith daripada Rasulullah SAW yang mengancam kepada sesiapa yang berdusta keatas nama baginda, sehinggakan diancam menempah tempat ke neraka, apatah lagi jika mahu beramal dengan hadith mawdu’ tersebut walaupun isinya baik. Banyak amalan yang terdapat dalam hadith-hadith sahih yang warid terus daripada Nabi SAW yang boleh amalkan

Imam Muslim
Imam Muslim (1991) yang mengkritik perawi dhaif dan munkar dalam kitabnya dengan menyebut wajib seseorang

mengetahui cara membezakan antara hadith sahih dan cacat, dan tidak meriwayatkan kecuali sudah diketahui akan kesahihannya serta menjauhi perawi daripada kalangan yang dituduh pelaku bida’ah.

Bahasa
Hadith daif merupakan asal daripada perkataan َفُعَض yang bererti lemah

Istilah
Daripada segi istilah pula hadith daif bermaksud suatu hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih yang menyebabkan hadith tersebut sebagai hadith dhaif. Banyak definisi yang diberikan oleh ulama dalam pelbagai ayat dan kefahaman mengikut adat dan tempat mereka tetapi maksud mereka hanyalah sama sahaja.

Istilah
hadith mawdu’ bermaksud hadith yang bukannya daripada Rasulullah SAW, dicipta dan dibuat-buat oleh golongan-golongan tertentu yang berdusta atas nama Rasulullah SAW

Pendapat Ketiga
Pendapat ketiga mengenai beramal dengan hadith dhaif ini berpendapat hadith dhaif tidak boleh diamalkan secara mutlak dalam semua perkara termasuk bab fadhail a’mal, targhib wa tarhib, halal dan haram dan aqidah. Menurut Abdul Hakim (2006), beberapa ulama seperti Abdurrahman bin Mahdi, Ibn Madini, Ibn Abdil Bar dan lain lain, mereka semuanya tidak membolehkan secara mutlak mengamalkan hadith-hadith dhaif walaupun hanya untuk fadhail a’mal dan lain-lain. Beliau berhujah bahawa ini adalah pendapat yang haq, kerana tidak ada hujah kecuali dari hadith-hadith yang telah sah datangnya daripada Rasulullah SAW. Kesimpulannya, pendapat ketiga ini memberi pandangan bahawa tidak boleh mengamalkan

hadith dhaif secara mutlak dalam apa-apa sahaja perkara. Antara ulama yang memberi pandangan ini ialah Yahya bin Main, Abu Abdil Barr dan lain lain lagi. Ini kerana sudah banyak amalan-amalan yang terdapat dalam hadith sahih yang boleh diamalkan dan sangat memadai buat umat Islam dan tidak perlu untuk beramal dengan hadith dhaif lagi.

Muhammad bin Muhammad Abu Shahbah
golongan kedua pula berpendapat harus meriwayatkan hadith dhaif walaupun tidak menyebut kedhaifannya seperti yang dijelaskan oleh Muhammad bin Muhammad Abu Shahbah (1983) dengan menukilkan kata-kata Ibnu Salah yang menyatakan harus meriwayatkan hadith

kecuali hadith mawdu’ daripada jenis-jenis hadith daif tanpa mengambil berat untuk menjelaskan kedhaifannya selain dalam perkara sifat-sifat Allah, hukum syariat dari halal haram dan seumpamanya seperti pengajaran, kisah-kisah, fadhail al-a'mal dan semua bentuk targhib dan tarhim

dan semua perkara yang tidak berkaitan dengan hukum dan akidah.

Syeikh Albani
terdapat juga golongan yang berpendapat harus menyebut hadith dhaif tetapi perlu disertakan penjelasan tentang kedhaifannya seperti pendapat ulama Mutaakhirin iaitu Syeikh Albani (1408 H) yang menyatakan tidak harus menyebut hadith daif kecuali disertakan penjelasan

tentang kedhaifannya. Ini kerana beliau menukilkan pendapat Abu Syamah yang mengkritik mereka yang tidak menjelaskan hadith dhaif padahal beliau mengetahui status hadith tersebut. Ini jelas menunjukkan mereka lebih berhati-hati ketika berinteraksi dengan hadith dhaif supaya dapat mengelakkan daripada berlaku salah faham terhadap sesiapa sahaja yang mendengar hadith tersebut dengan tidak menyangka bahawa ia merupakan hadith maqbul secara pasti

Jumhur Ulama'
Ulama telah bersepakat bahawa hukum meriwayatkan hadith mawdu’ dengan sengaja adalah haram. Ini termasuk dengan perkara hukum-hukum syarak, cerita-cerita, targhib dan tarhib dan sebagainya. Yang menyelishi ijmak ini adalah sekumpulan ahli bida’ah, di mana mereka mengharuskan meriwayatkan hadith-hadith untuk menggalakkan kebaikan, takut kepada kejahatan dan mendorong kepada kezuhudan. Mereka berpendapat bahawa targhib dan tarhib tidak termasuk dalam kategori

hukum-hukum syara

Apa Yang Anda Dapat Secara Keseluruhan ?
Secara konklusinya, hadith dhaif mempunyai pelbagai pendapat mengenai hukum beramal dengannya, hukum meriwayatkan hadith. Namun sebaliknya bagi hadith mawdu’, jumhur ulama menyatakan tidak boleh mengamalkan dan meriwayatkan hadith mawdu’ kerana termasuk di dalam kalangan orang yang berdusta atas nama baginda Nabi SAW. Tetapi lebih baik jika diamalkan hadith- hadith sahih yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar kerana hadith sahih itu lebih baik kerana sanadnya terus daripada Rasulullah SAW kerana terlalu banyak hukum-hukum, amalan-amalan dan targhib dan tarhib yang terdapat di dalam hadith-hadith sahih