HMT411 KAEDAH DAN TEORI DALAM PENYELIDIKAN LINGUISTIK by hajar hanan

Etika dalam penyelidikan kualitatif
Menurut Norani Mohd Salleh (2001), kata etika berasal dari perkataan Greek iaitu Ethos yang bermaksud budi pekerti yang lazim dipadankan dengan kajian sistematik tentang konsep nilai.

Menurut beliau lagi, isu etika ada hubungan dengan kerja lapangan khususnya dalam kerja lapangan dalam bidang sains sosial. Menurut Jacobs (1980) dalam Norani Mohd Salleh (2001), kerja lapangan bermaksud "becoming involved in the world of a people in order to learn about them so that one can do something with the knowledge"(hlmn 372).

Penyelidikan kualitatif adalah kerja yang melibatkan nilai dalam segala aspek aktiviti tersebut. Sebelum melakukan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatf, pengkaji perlulah mendapatkan persetujuan berpengetahuan. Persetujuan berpengetahuan merupakan persetujan yang diberikan kepada pengkaji dari responden untuk melakukan kajian. Persetujuan ini penting supaya kajian yang dilakukan adalah sah dan menggunakan sumber yang betuk untuk mendapatkan maklumat atau data.

Semasa mendapatkan data daripada responden, setiap pengkaji perlu ditekankan bahawa, aspek kerahsiaan adalah sangat penting. Hal ini kerana dalam sesetengah kajian, pengkaji perlu mendapatkan maklumat peribadi responden untuk melengkapkan keperluan atau kehendak kajian. Jadi sebagai seorang penyelidik yang beretika semasa melakukan kajian, perlulah menjaga rahsia responden.

Ferris dan Linville (1985) dalam artikel oleh Norani Mohd Salleh (2001) mengetengahkan satu kaedah menjaga maklumat sensitif subjek atau informan dengan cara tidak merekod maklumat yang boleh meningkatkan tanggungan risiko jika dijejak atau pengkaji membuang apa-apa bahan yang boleh dijadikan bahan bukti secepat mungkin selepas kajian selesia dibuat.

Kesimpulannya,isu etika dalam penyelidikan ini perlu ditekankan tetapi jika dilihat dari sudut yang positif seperti persetujuan yang diberikan oleh subjek kepada penyelidik akan mengeratkan lagi hubungan dan menambahkan lagi kepercayaan subjek kepada penyelidik dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan data yang diperoleh.

Rujukan:
Morahani Yusoff. (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.