SEKULARISME, PLURALISME, LIBERALISME DAN FEMINISME by F1024 Hilya Imani

SEKULARISME
DEFINISI

Sekularisme adalah suatu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

CIRI-CIRI SEKULARISME
1. Penafian hal-hal kerohanian.
2. Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
3. Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
4. Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
5. Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.

KESIMPULAN
Pengalaman sekularisme adalah bahaya terbesar yang menghancurkan Aqidah, dan kita harus menjauhi dan memeranginya sehingga ke akar rumbi. Ia bukan sahaja dapat merosakkan kehidupan masyarakat Islam malah membawa dan menjurumus ke neraka jahanam. Sekularisme telah menjadi satu ancaman besar kepada kesejahteraan hidup umat manusia yang telah lama berpaksikan tamadun yang baik dan cemerlang.

PLURALISME
DEFINISI
Pluralisme agama adalah satu istilah yang merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti kebenaran ada di dalam semua agama dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama.

CIRI-CIRI PLURALISME
1. Kesetaraan atau persamaan. Ajaran pluralisme agama mengajarkan semua agama sama dan setara, tak ada yang paling baik dan tak ada yang paling buruk.
2. Liberalisme atau kebebasan. Ajaran pluralisme agama mengajarkan hak kebebasan beragama, dalam arti keluar-masuk agama. Hari ini seseorang boleh menjadi Muslim,esok menjadi Kristen, esok lusa menjadi Hindu, dan seterusnya.

KESIMPULAN
Pluralisme agama ialah satu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama.Ia adalah satu bentuk toleransi agama dimana agama apa-apa pun dalam pandangan fahaman ini hanyalah merupakan jalan yang berbeza untuk menuju titik kebenaran yang sama.Kerana itu,tidak boleh ada 'Dakwaan kebenaran'  dari agama mana-mana bahawa agama mereka lah yang paling benar dan juga tidak boleh ada dakwaan bahawa keselamatan sebenar dari seksa neraka hanya diperoleh apabila memeluk agama tertentu sahaja.

LIBERALISME
DEFINISI
Liberalisme bermaksud suatu aliran pemikiran yang memberi kebebasan mutlak kepada individu dalam mentafsirkan ajaran Islam tanpa terikat dengan dasar dan sumber ajaran Islam yang disepakati oleh ulama.
Kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan peribadi, hak untuk menentang penindasan serta hak untuk mendapatkan perlindungan peribadi dan hak milik. Malaysia telah memfatwakan aliran pemikiran liberal sebagai ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.

CIRI-CIRI LIBERALISME
1. Masyarakat memiliki kebebasan intelektual penuh.
2. Pengaturan yang dilakukan pemerintah hanya terbatas.
3. Kekuasaan seseorang diertikan sebagai hal buruk dalam kehidupan.
4. Kebahagian individu adalah tujuan utama.
5. Menghina Nabi Muhammad s.a.w.
6. Mengkritik Al-Quran sebagai tidak sesuai dengan zaman.

KESIMPULAN
Liberalisme merupakan sesuatu yang bebas dan terbuka. Isu Islam Liberal menjadi satu isu hangat yang diperkatakan sekarang ini kerana ia menyentuh bukan hanya sensitiviti umat Islam bahkan ia mengugat kesejahteraan masyarakat dan mendatangkan bahaya kepada aqidah umat Islam amnya.
Hari ini apabila perkembangan pemodenan semakin pesat, maka ia telah membawa pemikiran baru yang dipengaruhi oleh idea-idea kebebasan berfikir yang membentuk satu pemikiran baru yang luarannya umpama Islam akan tetapi dalamannya terkandung pengaruh Barat yang bertentangan dengan syariat Islam yang sebenar.

FEMINISME
DEFINISI
Feminisme adalah gerakan persamaan antara lelaki dan perempuan di segala bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Selain itu, feminisme bermaksud satu fahaman yang menyamarakatan perempuan dengan lelaki.

FAHAMAN FEMINISME
-Fahaman persamaan hak antara lelaki dan perempuan ini akan mempengaruhi struktur hukum dalam keluarga, sehingga dengan alasan ’persamaan hak’ mereka menuntut larangan berpoligami, kerana poligami merupakan ketidakadilan terhadap wanita.
-Demikian juga dengan alasan ’persamaan gender’ gerakan ini menuntut agar diubah hukum perkahwinan berbeza agama, kerana perkahwinan berdasarkan agama menurut gerakan ini bertentangan dengan asas persamaan hak.
-Demikian juga menurut gerakan feminisme, ijab dan qabul pernikahan bukan dilakukan oleh pihak lelaki sahaja, tetapi juga boleh dilakukan oleh pihak perempuan.
-Menuntut hak untuk sama taraf dengan lelaki.
-Bercanggah dengan syariat.

KESIMPULAN
FEMINIS atau 'feminisme' bermaksud sebuah perjuangan atau kesedaran untuk memperjuangkan isu wanita, khususnya dalam kesaksamaan hak di antara lelaki dan perempuan. Feminisme itu sendiri bermula sebagai satu gerakan anti agama dan anti-keluarga.
Orang Islam perlu menyedari isu ini kerana amat mudah untuk seorang muslim menjadi feminisme seperti suami isteri. Ini berbahaya kerana gerakan feminisme mempunyai banyak kepercayaan yang bercanggah dengan Islam dan sebenarnya mampu meruntuhkan kepercayaan orang Muslim.