Novel Tirani by NOR HIDAYAH BINTI NAPIE KPM-Guru

Waheeda yang merupakan watak utama dalam novel Tirani ini berhasrat untuk menjadi cantik dan melakukan pembedahan terhadap hidungnya yang pesek. Dia juga ingin menaikkan namanya dalam bidang pekerjaan yang diceburi iaitu pelancongan sehingga mengabaikan batas-batas pergaulan walaupun telah berkahwin dengan Zahid. Hidung Waheeda telah digigit oleh monyet dan dia terus melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Susulan pembedahannya maka datanglah kejayaan dalam bidang pekerjaannya. Namun, kecantikan dan kejayaan dalam bidnag kerjayanya tidak menjamin kebahagiaan dalam hidupnya. Rumah tangganya goyah, serta tugasannya bertambah berat kerana harapan orang ramai terhadapnya melambung tinggi. Akhirnya, Waheeda telah diceraikan oleh suaminya dan Waheeda jatuh sakit kerana cintanya terhadap suaminya masih mendalam. Penceraian mereka berpunca daripada wajah anaknya yang tidak mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Waheeda telah bertekad untuk berdikari dan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chaletnya berjaya menarik orang ramai sehingga satu hari Zahid mengunjungi chalet tersebut. pertemuan mereka telah menimbulkan satu falsafah kehidupan iaitu kecantikan hanyalah satu tirani.

Watak dan perwatakan 1) Waheeda Nurlyana (Watak utama) a. Waheeda anak kedua (bongsu) Raidah dan Fadhil serta adik Ghazi. b. Dia juga isteri Zahid dan ibu Izzati. c. Sejak kecil hingga remaja, wajah Waheeda kurang menarik. d. Dia berpendidikan tinggi. Buktinya, dia berkelulusan ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan dan pelancongan dari Universiti Teknologi Malaysia. e. Waheeda usahawan wanita yang berani dan berwibawa. Buktinya, dia berani menceburi bidang perniagaan pelancongan meskipun masih muda dan baru bergelar graduan. f. Dia cekal menghadapi cabaran hidupnya. Buktinya, dia cekal menghadapi sikap suaminya yang kuat cemburu dan panas baran. g. Waheeda bijak. Buktinya, dia memanfaatkan masa terluang sementara menunggu rawatan susulan dengan bekerja sementara sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) di Flamingo Resort untuk menimba pengetahuan menguruskan sebuah pusat penginapan yang bertaraf tinggi. h. Waheeda berdikari. Buktinya, dia enggan menggabungkan Syarikat Tajau Emas dengan Seri Gading kerana tidak mahu bergantung kepada Datuk Yasser yang mempunyai nama dan kedudukan yang tinggi di mata masyarakat. i. Dia berwawasan. Buktinya, dia memberi peluang kepadaIzzati untuk mendalami ilmu pengurusan pelancongan di universiti dan membantunya menguruskan Aya-Sajinah sebelum Izzati menyambung perniagaannya itu kelak. 2) Zahid a. Zahid ialah anak sulung Datuk Yasser dan Datin Hazirah. Dia mempunyai dua orang adik. b. Dia juga suami Waheeda dan ayah Izzati. c. Dia kacak. Dia berketurunan Arab daripada sebelah bapanya. d. Zahid berpendidikan tinggi. Buktinya, dia berkelulusan sarjana undangundang dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat. e. Dia mencintai alam sekitar. Buktinya, dia menikmati pemandangan pada waktu pagi di sekitar Chalet Tajau Emas dengan perasaan syukur, gembira, dan tenang. f. Zahid kuat cemburu. Buktinya, dia cemburu dan marah apabila melihat kemesraan Waheeda dengan Dr. Rushdi sehingga hampir menumbuk doktor tersebut g. Dia juga mudah berprasangka buruk. Buktinya, dia menyangka Waheeda sudah berubah hati apabila Waheeda tidak dapat pulang pada hari pertunangan mereka. h. Dia suami yang tidak bertanggungjawab. Buktinya, dia langsung tidak melawat Waheeda dan anak mereka yang baru lahir di hospital. i. Zahid juga emosional. Buktinya, dia terburu-buru menceraikan Waheeda. j. Pada akhir cerita, Zahid insaf dan berani mengakui kesalahannya. Buktinya, dia menemui Waheeda dan Izzati untuk mengakui kesalahannya serta meminta maaf 3) Raidah a. Raidah ialah ibu Waheeda dan Ghazi serta isteri Fadhil. Dia juga ibu mentua Fatimah dan Zahid serta nenek Izzati. b. Dia pandai mernasak, terutama masakan masyarakat Sarawak. Buktinya, dia pandai memasak bubur pedas, pansuh manok, ketupat lepas, dan nasi dagang berserta sambal tumis sotong. Keenakan masakannya dipuji oleh Zahid. c. Dia penyayang. Buktinya, dia sanggup menemani Waheeda menjalani pembedahan di Singapura. d. Dia prihatin akan masalah anak-anaknya. Buktinya, dia memujuk Waheeda yang menangis dan menjerit apabila pulang dari sekolah kerana diejek oleh kawan-kawannya. e. Raidah juga berpegang kuat pada adat masyarakatnya selagi adat tersebut tidak bertentangan dengan ajaran agama. Buktinya, dia membuat ketupat lepas untuk disedekahkan ke masjid supaya pembedahan yang dijalani oleh Waheeda dipermudah oleh Tuhan 4) Izzati Anak kepada Waheeda dan Zahid Seorang yang mendengar kata apabila mengikut arahan ibunya untuk menggantung Kain Pua Kumbu Sarawak di pintu masukRestoran dan Kafe Iwani 5) Datin Hazirah Ibu kepada Zahid dan ibu mertua kepada Waheeda Seorang yang penyayng setelah membawa sejambangan bunga dan kad ucapan kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya Waheeda 6) Datuk Yasser a. Datuk Yasser ialah suami Datin Hazirah dan bapa Zahid. Beliau juga bapa mentua Waheeda dan datuk Izzati. b. Usianya 50-an, memakai cermin mata tebal, dan berbadan montel. Beliau berketurunan Arab. c. Datuk Yasser usahawan bumiputera yang gigih membangunkan perniagaannya. Buktinya, beliau mengusahakan syarikat pengangkutan, iaitu Bahterangkut, kemudian membangunkan Hotel Seri Gading. d. Beliau berpengetahuan luas dan bijak. Hal ini demikian kerana beliau gemar membaca, terutama rencana ekonomi. e. Beliau penyayang. Buktinya, beliau sanggup bercuti bersama-sama Zahid di Singapura apabila Zahid pulang dari Amerika Syarikat untuk meluangkan masa bersama-sama anaknya itu. f. Beliau matang dan tenang dalam bertindak. Buktinya, beliau tenang dan tabah ketika menerima khabar tentang Waheeda yang tidak pulang pada hari pertunangan dengan Zahid. g. Beliau berpandangan jauh. Buktinya, beliau mengemukakan idea supaya Seri Gading dan Tajau Emas bergabung sebagai sebuah syarikat supaya kedua-dua syarikat menjadi lebih maju. h. Datuk Yasser juga berfikiran terbuka. Buktinya, dia dapat menerima alasan Waheeda yang tidak mahu menggabungkan Tajau Emas dengan syarikatnya. 6) Pak Cik Aziz Seorang yang bijak kerana telah meminta Waheeda untuk mengambil alih perusahaan chaletnya sebelum pihak bank menyita aset perniagaannya 7) Bazilah Seorang yang mempunyai semangat setiakawan apabila membenarkan Waheeda untuk tinggal bersama-sama denganya ketika berada di Singapura

Cikgu, ni poster saya