TUTORIAL 1 (PAKK3433) by NUR AINA SOFEA BINTI SOFIAN IPG-Pelajar

SOALAN
Dalam kumpulan masing-masing kupas dengan mendalam kepentingan kemahiran Matematik Awal dalam kehidupan harian kanak-kanak. Anda bersama kumpulan masing-masing dikehendaki menggunakan aplikasi padlet untuk kusapan kemahiran ini.

Memupuk Pemahaman Masa dan Jadual Rutin melalui Matematik Awal
Pemahaman masa dan jadual rutin adalah salah satu aspek penting yang dipupuk melalui kemahiran Matematik Awal. Konsep ini membantu kanak-kanak mengenali struktur kehidupan seharian mereka, memahami susunan peristiwa, dan membina asas kepada pengurusan waktu yang lebih berkesan di masa depan

Memahami Konsep Masa

Kanak-kanak diperkenalkan kepada konsep masa dengan mempelajari perbezaan asas seperti pagi, petang, dan malam. Kanak-kanak juga akan memahami bahawa adanya masa, hari, dan tarikh yang berbeza-beza.

Mengukuhkan Struktur Kehidupan Harian

Dengan pemahaman tentang masa, kanak-kanak dapat mengaitkannya dengan jadual rutin, kanak-kanak dapat mengatur aktiviti harian mereka dengan lebih baik. Mereka belajar untuk mengenali pola harian seperti bangun pagi, makan, bermain, dan tidur pada waktu tertentu. Ini membantu mereka memahami keperluan untuk mengikuti jadual dan menjadi lebih teratur. Pemahaman ini bukan sahaja meningkatkan disiplin diri, tetapi juga mempersiapkan mereka untuk situasi yang memerlukan kepatuhan kepada jadual, seperti sekolah.

Membantu Perkembangan Kemahiran Kognitif

Pemahaman masa melibatkan penguasaan konsep abstrak yang menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak. Ini memerlukan kanak-kanak memproses maklumat, seperti mengenal pasti hubungan antara waktu tertentu dengan aktiviti tertentu, seterusnya menguatkan kemahiran penyelesaian masalah. Pemahaman ini juga membantu kanak-kanak mengenali kepentingan pengurusan masa dalam mencapai sesuatu matlamat

Membangun Kemahiran Penyelesaian Masalah
Kemahiran penyelesaian masalah adalah aspek penting dalam perkembangan matematik awal kanak-kanak yang memainkan peranan utama dalam membentuk kebolehan ini.

1. Pemahaman Konsep Sebab dan Akibat

Dalam matematik awal, kanak-kanak sering berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka memahami bagaimana tindakan mereka menghasilkan hasil tertentu. Sebagai contoh:

Aktiviti: Jika kanak-kanak meletakkan dua blok bersama-sama, mereka melihat hasilnya sebagai "dua blok," atau jika satu blok diambil, hanya tinggal satu.

Kesan: Kanak-kanak mula memahami bahawa setiap tindakan mempunyai kesan (sebab dan akibat), yang penting untuk penyelesaian masalah.

2. Membentuk Pemikiran Logik

Matematik awal memperkenalkan kanak-kanak kepada langkah berfikir secara berstruktur dan logik. Contohnya:

Aktiviti Mengira: Kanak-kanak diajar untuk mengira bilangan objek. Proses ini memerlukan mereka memerhati objek secara satu persatu dan memastikan tiada objek yang dikira dua kali.

Kesan: Aktiviti ini melatih kanak-kanak untuk menggunakan pemikiran sistematik, yang boleh diaplikasikan kepada masalah lain, seperti memahami bagaimana sesuatu berfungsi atau menyelesaikan teka-teki.

3. Mengenal Pasti Corak

Matematik awal sering melibatkan pengenalan corak, seperti warna atau bentuk yang berulang. Contohnya:

Aktiviti: Kanak-kanak diminta mengenal pasti urutan seperti "merah-biru-merah-biru" dan melengkapkannya dengan item seterusnya.

Kesan: Melalui aktiviti ini, kanak-kanak belajar untuk melihat hubungan antara elemen dan membuat ramalan, kemahiran penting dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Membangunkan Kemahiran Pemikiran Kritis dan Logik
Matematik awal membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran pemikiran kritis dan logik yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Dalam matematik, kanak-kanak diajar untuk mengenali pola, membuat keputusan berdasarkan logik, dan menyelesaikan masalah dengan cara yang berstruktur.Contohnya kanak-kanak boleh memahami:

1. Pengenalan corak dan urutan: Kanak-kanak belajar mengenal pasti pola melalui aktiviti seperti menyusun manik mengikut warna atau saiz. Ini membentuk asas untuk kemahiran menyelesaikan masalah matematik yang lebih kompleks kelak.

2.Konsep sebab dan akibat: Dengan memahami bahawa “jika saya tambah satu lagi epal, jumlah epal akan meningkat,” kanak-kanak mula memahami hubungan antara tindakan dan hasilnya, yang sangat penting dalam pemikiran logik.

3.Hubungan antara objek: Dengan kemahiran matematik, mereka dapat memahami hubungan antara benda, seperti bentuk dan saiz. Sebagai contoh, mereka boleh memahami bahawa objek yang lebih besar memerlukan ruang yang lebih banyak, yang sangat berguna dalam konteks kehidupan seharian seperti mengemas atau menata barang.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN MATEMATIK AWAL DALAM KEHIDUPAN KANAK-KANAK
1) Pengukuhan kemahiran sosial

Kemahiran matematik awal sering diterapkan melalui permainan dan aktiviti berkumpulan. Sebagai contoh permainan menyusun nombor atau corak bersama-sama. Contohnya, kanak-kanak bekerjasama untuk menyusun blok mengikut urutan nombor. Selain itu permainan teka-teki matematik . Mereka perlu bekerja dalam pasukan untuk mencari penyelesaian kepada soalan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak belajar berkomunikasi dengan jelas, bertukar idea, dan mengambil giliran, yang memperkukuh kemahiran sosial mereka sambil melibatkan konsep matematik seperti pengiraan, urutan, atau corak.

2)Kemahiran hidup harian

kemahiran matematik awal sangat penting dalam membentuk keupayaan kanak-kanak untuk menjalani kehidupan dengan lebih berdikari. Matematik bukan sahaja diterapkan dalam konteks akademik, tetapi juga memainkan peranan besar dalam tugasan harian yang melibatkan pengiraan, logik, dan penyelesaian masalah. Sebagai contoh kemahiran matematik awal seperti pengiraan wang dapat membantu kanak-kanak memahami nilai wang dalam kehidupan seharian mereka seperti bijak dalam mengira wang dan memahami nilai setiap wang. Dengan ini kanak-kanak dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik

NURUL ANIS QISTINA BINTI MOHD SABRI
Matematik memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak kerana membantu mereka memahami konsep asas yang berkaitan dengan bentuk dan ruang, yang merupakan asas kepada pembelajaran yang lebih kompleks pada masa hadapan.

1. Pemahaman Bentuk Asas
Pemahaman bentuk asas membantu kanak-kanak mengenal pasti dan membezakan objek di sekeliling mereka. Misalnya, mereka mengenal dan mampu membezakan pelbagai jenis bentuk seperti bulatan,segi tiga,segi empat sama dan lain.

Contoh aktiviti:
Aktiviti pencarian bentuk – Guru atau ibu bapa boleh meminta kanak-kanak mencari objek berbentuk bulatan dan segi tiga di sekitar rumah atau bilik darjah, seperti pinggan (bulatan) atau papan tanda jalan (segi tiga).
Permainan susun bentuk – Memberi kanak-kanak bongkah kayu pelbagai bentuk dan meminta mereka membina objek seperti rumah atau menara. Ini membantu mereka memahami hubungan antara bentuk yang berbeza.
Lukisan bentuk – Menggalakkan kanak-kanak melukis dan mewarna bentuk asas seperti bulatan dan segi tiga untuk meningkatkan kreativiti visual dan kemahiran motor halus mereka.

2. Pemahaman Konsep Ruang
Konsep ruang merangkumi pemahaman tentang kedudukan objek dalam persekitaran seperti di atas, di bawah, di dalam, di luar, dan sebagainya. Ini penting untuk membantu kanak-kanak memahami hubungan antara diri mereka dan objek lain dalam persekitaran mereka.

Contoh aktiviti:
Permainan 'Simon Says' – Guru boleh memberi arahan seperti "Letakkan bola di atas meja" atau "Duduk di bawah kerusi" untuk membantu kanak-kanak memahami konsep kedudukan.