Share your Thoughts by

Assalamualaikum semua..hari ini cikgu akan share 1 video menarik. Cikgu nak awak semua tonton video ini sehingga habis dan kongsi pandangan serta idea kamu di ruangan yang ada.
1) Pandangan perlu bersifat ilmiah. Maksudnya perlu ada nilai yang baik untuk dikongsi bersama.
2) Guna ayat yang jelas dan mudah.
3) Boleh kongsi perasaan, idea, atau pandangan anda. Kaitkan juga dengan keadaan diri anda sekarang.
4) Selamat menonton dan berkongsi pandangan :)

Nusaibah's
Bagi pendapat saya, dilahirkan dalam kemiskinan bukan satu kejahatan dan rakyat sepatutnya tidak boleh dihukum sebegitu rupa.

Orang yang tidak boleh menerima orang miskin adalah kejahatan yang sebenarnya.

Mereka sengaja membuat orang lain menderita ketika bumi kita cukup untuk kita semua selamat, semua mempunyai tempat tinggal dan semua kekenyangan. Hal ini harus diambil berat kerana, banyak sahaja dari golongan mereka yang well educated. Jadi, mereka harus diberi peluang untuk mengubah nasib mereka dan bukan terus dihukum dengan streotaip orang sekeliling.

Pada pandangan saya,masyarakat yang berada luar tidak seharusnya mendiskriminasi penduduk di sana terutama dalam pendidikan.Kerajaan seharusnya lebih peka akan keperluan hidup mereka dan menyokong anak-anak yang ingin mendapatkan pendidikan yang tinggi .Seperti kata Fareesa seorang guru tadika di sana,walaupun anak-anak meraka berpelajaran namun institusi tidak akan menerima mereka kerana berasal dari Dharavi.Campur tangan kerajaan tidak banyak tidak dapat memudahkan para pelajar untuk mendapat peluang pendidikan.Kesimpulannya,pemikiran ini seharusnya tidak patut ditanam di minda kitatang berada di luar India atau masyarakat India sendiri.Mereka(masyarakat Dharavi)bukan tidak mahu mengubah hidup mereka dengan pendidikan namun sebanyak mana usaha yang dilakukan tidak akan membuah hasil.

Syahid
Pada pendapat saya, golongan kaya tidak mengambil berat dan menghina golongan miskin(slum). Mereka tidak menerima pelajar dari kalangan miskin. Walaubagaimanapun, golongan miskin tetap bahagia walaupun serba kekurangan dan tidak mahu keluar daripada kalangan miskin kerana mereka bimbang akan dipalau dan dihina masyarakat kaya. Kesimpulannya, kita janganlah menyisihkan golongan atau masyarakat yang miskin kerana ia adalah satu perkara yang buruk.

Masturina
Pada pendapat saya , semua orang ada kehidupan yang berbeza sama ada miskin , kaya ataupun sederhana. Menjadi salah satu daripada itu bukan pilihan setiap orang. Jadi , bagi golongan yang kaya atau sederhana tidak boleh memberi perspektif buruk terhadap golongan miskin. Mereka (masyarakat Dharavi) pun sendiri berkata , jika mereka diberikan peluang dan mempunyai wang mereka ingin berpindah ke tempat yang lebih baik.
Bagi golongan miskin , mereka tidak boleh berhenti berusaha untuk mencari duit untuk menyara kehidupan mereka. Mereka juga berpeluang untuk mendapatkan pembelajaran yang baik. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Oleh itu , kita sebagai masyarakat yang mempunyai keperluan secukup perlu membantu golongan miskin itu. Contohnya , bantuan melalui sukarelawan atau menderma duit , pakaian atau makanan.

Aqiel
Pada pendapat saya, masyarakat luar tidak sepatutnya menghina kaum miskin kerana mereka tidak meminta untuk menjadi miskin. Kaum miskin tidak mampu untuk belajar dan mendapatkan pekerjaan kerana masyarakat melabel kaum miskin sebagai suatu kaum yang hina. Mereka mahu mengubah hidup mereka tetapi oleh kerana sangka buruk masyarakat mereka tidak boleh belajar bersungguh-sungguh. Kerajaan perlu mengambil berat dengan memberi bekalan yang mencukupi kepada mereka supaya mereka dapat hidup dengan bahagia. Kesimpulannya, kita hendaklah memberi pertolongan kepada kaum miskin. Contohnya, memberi pakaian yang tidak digunakan dan menderma duit kepada mereka.

Husna Batrisyia
Pada pendapat saya,  kita tidak boleh memandang rendah kepada orang yang tinggal di perumahan yang miskin. Ini kerana kita tidak tahu apa cabaran yang dilalui oleh mereka sepanjang tinggal di situ. Mereka memang ada keinginan untuk tinggal di rumah yang lebih mewah, yang baik. Tapi bukan senang bagi mereka untuk mencari duit kerana kebanyakkan orang di sana tidak mengambil mana-mana pekerjanya daripada golongan miskin. Saya berasa sungguh sedih kerana mereka tindak diberi peluang pekerjaan. Selain itu, anak-anak mereka pun tidak bersekolah kerana sekolah tidak menerima anak murid yang berasal daripada golongan miskin. Masyarakat tidak sepatutnya mengabaikan golongan sebegini. Kita tidak tahu mungkin mereka daripada golongan miskin ini lebih pandai daripada murid yang bersekolah. Ingatlah ilmu tanpa amal hanyalah sia-sia. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang berwibawa perlulah saling memahami dan menolong antara satu sama lain dan jangan hidul secara berpuak.

najlaa farhani
Pada pandangan saya, orang-orang bandar memandang rendah terhadap kaum ‘slum’. Mereka tidak menyukai mereka orang ‘slum’ kerana mereka menganggap bahawa orang ‘slum’ ini kotor dan miskin. Mereka berfikiran begitu kerana mereka tidak tahu cara orang ‘slum’ bertahan hidup dan kekurangan yang mereka dapat. Bekalan air bersih juga susah untuk didapatkan oleh golongan ini. Pihak atasan tidak terlalu mengambil berat terhadap golongan ini. Pihak pendidikan juga memandang rendah terhadap orang ‘slum’ kerana menganggap orang ‘slum’ tidak perlu diberi pendidikan kerana miskin dan tidak diperlukan. Pihak sekolah akan menolak golongan ini.. Ibu bapa akan bekerja keras untuk masukkan anak-anak ke sekolah.

Nilai yang saya dapat melalui kehidupan orang ‘slum’ ini ialah duit tidak dapat membahagiakan. Ianya bermaksud mereka boleh bahagia dengan kehidupan mereka sekarang biarpun mereka miskin dan dipinggir. Mereka bahagia hidup dengan kelompok yang sentiasa bersatu dan melakukan setiap perkara bersama-sama.

Kesimpulannya, kita mestilah berlaku adil dalam setiap perkara yang dilakukan. Kita tidak boleh memilih kasih antara satu sama lain.

Afifah
Pada pendapat saya,video ini sangat menarik dan perlu ditontonkan kepada orang ramai supaya ramai orang sedar tentang kewujudan masyarakat Dharavi ini.Selepas menonton video ini, moral yang saya perolehi ialah kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan luarannya seperti pepatah bahasa inggeris "don't judges a book by its cover".Bukan semua orang yang tinggal di  Dharavi itu tidak berkebolehan namun cara hidup mereka yang menyebabkan orang lain memandang serong  terhadap mereka dalam pebagai aspek.Kita juga tidak boleh menilai sesebuah kumpulan yang besar dengan melihat segelintir sahaja daripada mereka.Contohnya di sekolah,kita tidak boleh menilai sesebuah kelas atau mana-mana kumpulan dengan melihat segelintir sahaja daripada mereka.Ianya boleh menimbulkan diskriminasi ataupun rasis antara satu sama lain.Mungkin daripada mereka ada sahaja yang bagus dan berpotensi.

Tasnim
Berdasarkan video yang telah saya tonton, saya sedar bahawa masyarakat sekarang menganggap kekayaan sebagai aset yang penting dalam kehidupan. Sehingga menimbulkan stereotaip yang memisahkan antara golongan yang berkemampuan serta golongan yang kurang berkemampuan. Golongan yang kurang berkemampuan dipandang hina oleh masyarakat dan sehingga mereka mempunyai label sebagai golongan yang kurang berpendidikan.

Walhal, kekayaan bukanlah kunci untuk memperoleh segalanya. Sebagai contoh, seperti mana yang telah dikatakan oleh guru prasekolah di dalam video tersebut, kebahagiaan juga dapat diperoleh walaupun tanpa sebarang wang di tangan. Kerana realitinya, wujud golongan yang kaya-raya, namun hidup dalam kesedihan, kesunyian dan kekoongan jiwa.

Oleh itu, saya mengharapkan masyarakat kini dapat berfikiran lebih terbuka dan tidak akan mempunyai niat untuk membeza-bezakan sesame manusia. Biarlah berlainan kaum. Biarlah berlainan agama. Biarlah berlainan pangkat. Berkemungkinan, mereka yang lebih rendah mempunyai lebih banyak ilmu berbanding kita yang berkemampuan, ataupun adab mereka lebih tinggi berbanding kita.

Ingatlah, demi untuk mencapai masa depan yang lebih cerah, kita perlulah terlebih dahulu membuang stigma masyarakat yang kurang enak dipandang dan berusaha untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk sama-sama bangkit.

Faris
Video ini amat menarik kerana ia menyediakan informasi yang lengkap tentang penduduk pinggiran di India yang digelar sebagai penduduk ‘slum’. Tanpa video dokumentari ini, penduduk dunia tidak akan tahu akan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk di kawasan tersebut. Pada pendapat saya, perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi di mana kerajaan langsung tidak mengambil berat akan keperluan penduduk ‘slum’ ini. Saya amat tertarik dengan satu ayat yang diucapkan oleh salah satu penduduk di situ iaitu “orang kaya akan semakin kaya dan orang miskin akan semakin miskin”. Melalui ayat ini, kita dapat tahu bahawa salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan bersedekah. Orang kaya perlulah mengamalkan sikap suka bersedekah dalam hidup mereka bagi memastikan kepentingan hidup sejagat.

Azhim
pada pandangan saya,video ini adalah tentang miskin bukan penghalang untuk meneruskan hidup yang lebih baik.Penduduk tersebut menunjukkan usaha mereka dengan bekerja untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.Mereka juga mempunyai aspek seperti  berintergriti,beradab dan mempunyai niai kemanusian.Sebagai contoh,mereka melayan pelancong yang datang melawat ke rumah mereka dengan baik dan ramah mesra.Mereka juga tidak mengeluh walaupun tinggal di tempat yang sempit dan sesak.Kesimpulannya,kita hendaklah bersyukur dengan perkara yang ada dan cuba memperbaiki kehidupan

Batrisyia
Pada pandangan saya,kita mestilah memupuk sikap saling menghormati dalam masyarakat tanpa mengira latar belakang seseorang tersebut.Selain itu,kita mestilah saling bantu membantu.Sikap ini haruslah dipupuk supaya setiap orang dapat hidup dengan aman dan bahagia.

Seterusnya,bersyukur dengan apa yang kita ada.Sifat syukur dapat mengelakkan tertanamnya sifat dendam dan riak.Akhir sekali,kita seharusnya mendengar masalah dan keluhan orang lain supaya hubungan lebih akrab dan membantu mereka menyelesaikan masalah dapat menimbulkan satu perasaan gembira.Perasaan gembira dan kasih sayang antara manusia tak mengenal kaum dan agama akan mewujudkan dunia yang lebih aman dan harmoni.

irdina
pada pandangan saya, video ini telah mengajar supaya sentiasa ingat yang kekayaan bukan lah segala-galanya kerana tidak semestinya dengan harta yang ada hidup akan lebih bahagia. dalam video tersebut telah menjadi bukti yang kekayaan bukan penghalang untuk mereka merasa gembira seperti yang dikatakan oleh seorang guru tadika di sana. walaupun dengan keadaan tempat yang sempit dan berisiko untuk mendapat penyakit dengan mudah, mereka tetap seronok tinggal bersama keluarga tanpa mengeluh. masyarakat perlulah mengambil video ini sebagai pengajaran dan mendidik diri agar bersyukur dengan apa yang ada. selain itu, ia juga dapat mengajar diri kita agar lebih beradab terutamanya dalam melayan tetamu seperti mereka dan tidak memandang orang melalui kehidupan mereka.

Hana Badzlina
Pada pendapat saya, kehidupan yang miskin bukanlah penghalang untuk mereka teruskan hidup. Mereka tetap berusaha bekerja untuk pembelanjaan seharian. Walaupun mereka duduk di kawasan yang agak kotor dan sempit, mereka tidak pernah mengeluh mereka tetap bahagia duduk bersama keluarga. Mereka juga tidak merungut kadang-kadang sumber air tidak bersih. Dan walaupun kawasan sempit mereka tetap ada kan tadika untuk kanak-kanak di situ mendapat pendidikan. Mereka juga tetap melayan tetamu dengan baik walaupun kawasan mereka begitu. Kesimpulannya, kita mestilah bersyukur walau di mana kita berada sama ada miskin atau kaya. Kemiskinan bukan lah penghalang untuk kita hidup bahagia dan kekayaan tak semestinya dapat membahagiakan kita selama-lamanya. :)

ARIF IZZUDDIN

Pada pandangan saya , walaupun mereka hidup dalam keadaan miskin dan serba kekurangan , mereka tetap berusaha untuk mencari sumber rezeki demi menjalani kehidupan seharian mereka . Walaubagaimanapun , masyarakat yang berkemampuan sepatutnya lebih terbuka minda untuk memhulurkan bantuan demi meringankan beban mereka yang hidup di tempat yang sempit dan kotor walaupun mereka sudah biasa dengan kehidupan mereka sebegitu rupa . Pihak berwajib juga sepatutnya memainkan peranan untuk memberikan keperluan kepada mereka yang serba kekurangan . Contohnya tempat tinggal , sumber makanan , sumber bekalan air bersih dan sebagainya . Oleh sebab itu kita tidak perlu untuk berbangga-bangga dengan harta yang kita ada kerana di luar sana lebih ramai mereka yang memerlukan . Tuntasnya , kita perlulah menyemai sikap tolong menolong dalam diri kerana mereka yang hidup susah itu juga berhak untuk merasa kesenangan dan kebahagian dalam menjalani kehidupan seharian mereka .

Fatimah
Berdasarkan video yang telah saya tonton, saya berpendapat bahawa kita tidak sepatutnya melakukan pemulauan terhadap golongan yang miskin. Masyarakat perlulah menukar persepsi mereka terhadap golongan yang miskin. Kita harus sedar bahawa setiap orang layak memperoleh kejayaan tanpa mengira latar belakang mereka.

Selain itu kita perlulah menjaga kebersihan persekitaran kerana ia boleh mengganggu hidup orang lain.Walaupun mereka hidup dalam keadaan tidak teratur, namun ia tidak bermakna kita boleh membuang sampah sesuka hati di kawasan mereka.

Akhir sekali, kita seharusnya menerima semua orang tanpa mengira latar belakang mereka. setiap orang wajar diberikan peluang untuk berubah,tidak semestinya orang yang miskin tidak boleh berusaha untuk mencapai kejayaan.

Pada pendapat saya, kita tidak boleh memandang rendah terhadap golongan miskin seperti orang Dharavi. Bagi saya, bagaimana mereka mahu mengubah gaya hidup mereka jika mereka tidak diberi peluang untuk bekerja dan belajar? Jika mereka bekerja, sekurang-kurangnya mereka boleh membeli pakaian, makanan dan sebagainya. Kita juga hendaklah mengambil berat tentang orang lain.  Kita boleh menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan yang memerlukan. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka. Akhir sekali, kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada kerana masih banyak golongan yang susah daripada kita.

- Dhuha -

syifaa
Berdasarkan video yang telah saya tonton, saya dapat melihat bahawa ramai manusia pada masa kini berpandangan bahawa kekayaan dapt membawa kepada kebahagiaan. Dan disebabkan pandangan itu, mereka meminggirkan, memusuhi, dan memalau masyarakat yang kurang berharta atau miskin.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana orang miskin juga mepunyai hak keatas dirinya. Dan tidak bermakna bahawa orang miskin tidak bahagia.

Bagi orang miskin pula, mereka mesti berusaha dan terus berusaha untuk mencapai kekayaan  supaya hidup mereka lebih terurus dan hidup dalam keadaan yang lebih bersih, aman, dan damai.

Aireen
Pada pendapat saya, kita mestilah mempunyai sikap keterbukaan untuk mudah menerima kekurangan orang lain. Selain itu, kita mestilah bersatu padu membantu satu sama lain untuk mencapai kemajuan dan kemudahan. Kita tidak seharusnya memandang rendah atau bersikap sombong  terhadap orang yang lebih rendah daripada kita kerana mereka juga manusia sama seperti kita.