BATU BERSURAT TERENGGANU by Nur Nabilla Huda

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran.Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gujarat,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Paa awal abad ke-13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudera, kurang 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh, yang meninggal pada 696H/1297 Masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Dalam Batu Bersurat pengistiharan Islam telah dilakukan sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Terdapat keterangan tentang Allah dan Rasul,serta bukti bahawa sistem perundangan Islam gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ia juga membabitkan bidang muamalat iaitu tentang hutang piutang,undang-undang keterangan,hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman.

BATU BERSURAT TERENGGANU
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 Sebelum Masihi. Penemuan oleh Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu