WATAK SYUAIB by Nsakinah Jalil

Renungan
Tuliskan 1 perkara yang anda pelajari hari ini.

Syuaib Versi Lutfi

Imej Syu'aib oleh Danial
Masalah Syu'aib

Perasaan Syu'aib:

Haikalnya syuaib :)

Syuaib Naufal :(

Imej Syu'aib oleh Danial
Syu'aib seorang yang tidak mudah berputus asa. (H105) Syu'aib berkata pada dirinya bahawa dia "akan terus cuba untuk membuktikan yang [dia] [itu] anak Aabaj. Dan [dia] boleh jadi pandai. Dan [dia] boleh baca dengan baik." Walaupun ayah Syu'aib telah mengguna kata-kata kasar terhadap Syu'aib sehinnga berkata "[Dia] tak rasa [dia] ni anak[nya]", Syu'aib masih hendak menunjukkan bahawa dia ada kemampuan untuk menjadi pelajar cemerlang. Ini menunjukkan dia tidak mudah berputus asa.
(H106) Syu'aib melukis bunga mawar sehingga "lukisan Syu'aib makin baik... Di dahan [itu] ada lentok. Di daunnya pula, ada urat". Ini menunjukkan Syu'aib masih hendak memperbaiki dirinya dan dia tidak berhenti melukis sebab ayah memanggilnya bodoh kerana melukis bunga mawar salah pada mata ayah. Ini menunjukkan dia tidak henti berusaha untuk memperbaiki dirinya dan dia tidak mudah berputus asa.

Pada hari Jumaat, saya telah mempelajari bahawa masalah disleksia itu membawa beban besar kepada kehidupan seorang. Walaupun disleksia boleh diatasi, masalah ini tidak selalunya dapat dikesan pada awal lagi. Malah, seseorang itu tidak akan ada sesiapa yang memahami masalah mereka. Kelas pada hari Jumaat telah membuka minda saya kepada masalah-masalah atau penyakit yang orang lain menghadapi dan saya berasa bersyukur kerana saya dilahirkan hampir sempurna.

Sebagai Syu'aib, saya akan rasa kecil hati disebabkan hinaan terhadap saya. Saya akan hilang motivasi untuk bekerja keras kerana ayah saya asyik memanggil saya bodoh. Saya tidak akan berasa kehendakan untuk bekerja keras untuk keluarga saya yang tidak mengisahkan aku, seperti along yang asyik berbaring di atas katilnya. Disebebkan saya tidak mengenali masalah disleksia saya, saya akan berasa saya memang seorang yang bodoh dan saya tidak sebaik orang lain. Semangat saya tidak akan sekuat Syu'aib dalam cerpen ini.

Haikalnya syuaib :) part 2
Syuaib seorang yang sentiasa berusaha. ini boleh dilihat dari, "aku tersenyum puas. aku rasa sedari kecil, itulah kali pertama aku berjaya membaca sepotong ayat dengan baik." . Walaupun baru dimarahi abah, syuaib masih mencuba dan berusaha untuk baca dengan baik dan betul walaupun sukar baginya. "Namun , apabila kami mendapat tahu bahawa pelajar terbaik dari Oxford dalam bidang genetik biokimia bakal pulang pada hari ini, maka kami rasa kmai perlulah berjumpa dengan Encik Syuaib secepat mungkin." pula menunjukkan bahawa dia telah belajar bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah besar yang dihadipinya supaya berjaya. Dengan pertolongan dari gurunya, dia telah mencapai cita-citanya. Bak kata pepatah, belakang parang diasah nescaya tajam,  seorang yang bodoh itu jika diajar betul-betul akan akhirnya pandai juga. Justeru, Syuaib seorang yang sentiasa berusaha.

Saya pelajari tentang penyakit disleksia. Disleksia adalh sebuah penyakit yang membuat membaca perkataan sukar dan hanya berkesan kepada beberapa manusia sahaja. Saya juga sedar bahawa orang yang menghidapi penyakit disleksia adakalanya dipandang rendah oleh masyarakat kami yang moden dan sempurna. Mereka juga perlukan perhatian yang istimewa untuk menyesuaikan keperluan mereka. Saya juga fahami bahawa kami sebagai manusia tidak harus mendiskriminasi mereka kerana juga manusia yang berperasaan dan tidak menghidapi panyakit mental.

Jika saya Syuaib, saya akan rasa buntu dan keliru. Saya tidak akan fahami mengapa saya tidak mempunyai kebolehan untuk membaca seperti murid-murid yang lain. Disebabkan saya tidak fahami mengapa saya begini, saya akan rasa keliru. Murid,murid yang lain juga mungkin akan memikirkan bahawa saya seorang yang bodoh dan tidak boleh belajar ataupun baca. Oleh itu, saya akan rasa tertekan dan marah sambil hiba. Mereka tidak fahami akan penyakit saya dan tidak akan melibatkan saya dalam aktiviti-aktiviti mereka walaupun saya seorang yang mempunyai IQ yang biasa.

Syuaib Hazwan

Syuaib Hazwan part 2
Perwatakan Syuaib

Syuaib merupakan seorang yang senang dipengaruhi. Ini boleh dilihat di "Ini pun kau tak lepas ke? Bunga ros semua warna merah ... Tapi, buat masa ini, aku kena ingat satu perkara. Aku tidak boleh lupa. 'Bunga mawar warna merah. Bunga mawar warna merah..' Ayat itu aku ulangi sehingga leda hadir menyapa". Ini menunjukkan yang Syuaib senang dipengaruhi kerana apabila diberitahu yang "Bunga mawar semua merah", Syuaib telah sekarang selalu ingat bahawa apabila melukis, bunga mawarnya harus warna merah.  Ia juga boleh dilihat dari "Bunga mawar mesti warna merah. Jadi saya boleh jadi pandai". Ini menunjukkan bahawa syuaib senang dipengaruhi kerana apabila Abah telah memberitahu Syuaib yang "Along kau tu tak adalah macam ini punya bodoh.", Syuaib telah cuba dengan lebih baik untuk memenuhi harapan Abah terhadapnya.

Apa yang kamu pelajari dari kelas hari Jumaat?

Dari kelas Jumaat lepas, saya telah pelajari tentang penyakit disleksia. Saya telah pelajari bahawa bukan senang untuk seorang yang ada penyakit disleksia membiasakan diri dalam kehidupan seharian. Seperti contoh, apabila kami membaca buku, semua perkataan tersusun dan senang untuk kami membacainya. Tetapi, untuk seorang pesakit disleksia, bukan senang untuk membuat sesuatu yang mudah dan asas seperti membaca kerana perkataan-perkataan yang dilihat mereka tidak tersusun dan kelihatan mengelirukan dan seolah-olah perkataan itu sedang bergerak bersendirian.

Sebagai Syuaib, apa perasaan kamu?

Sebagai Syuaib, saya akan rasa kecewa kerana saya tidak dapat membuat apa yang semua kawan saya dan orang sekeliling saya dapat membuat dengan begitu senang sekali. Bukan sahaja kecewa tetapi, saya juga akan berasa malu kerana jika guru memanggil saya untuk membaca sesuatu kepada kelas, saya tidak akan tahu bagaimana untuk membacanya dan boleh dilihat seperti seorang yang bodoh dari orang-orang sekeliling. Jika tidak ada orang yang dapat tahu tentang masalah saya, saya juga akan berasa keseorangan kerana tidak ada orang yang dapat merasai perasaan saya pada masa itu.

Lutfi
Perwatakan Syuaib

Syuaib merupakan seorang yang tabah. Ini dapat dilihat daripada, “Aku mengesat air mata. Apa pun, aku akan terus cuba untuk membuktikan yang aku ini anak Abah. Dan aku boleh jadi pandai. Dan aku boleh baca dengan baik.” Daripada petikan ini, kita boleh lihat bahawa Syuaib mempunyai sebuah azam untuk mencapai matlamatnya iaitu untuk membuktikan ayahnya bahawa dia seorang pelajar yang berkebolehan dan pandai. Kemarahan dan kata-katar kasar ayahnya telah menjadi satu-satu sumber motivasi untuk teruskan belajar dengan tekun. Penyakit disleksianya pula itu tidak dijadikan satu halangan bagi Syuaib untuk meneruskan pelajaran.Dengan sifat ketabahan ini, sudah tentu Syuaib adalah seorang pelajar yang berkemampuan untuk mencapai matlamatnya itu. Justeru, Syuaib merupakan seorang yang tabah.

Jika saya Syuaib . . .

Jika saya Syuaib, saya akan rasa tersinggung. Dengan ejekan-ejekan daripada orang ramai sekeliling, saya akan senang berputus asa. Ini disebabkan oleh kurang motivasi dari orang terdekat. Ini juga boleh menyebabkan saya untuk mempunyai pemikiran yang lebih negatif kerana telah terpegaruh dengan kata-kata kesat orang ramai. Saya akan rasa bodoh berbanding dengan murid-murid lain kerana saya tidak mempunyai kebolehan untuk melakukan sebuah perkara asas, iaitu membaca.

Pada hari jumaat yang lalu . . .

Kami telah berbicang tentang penyakit yang dihidapi oleh Syuaib iaitu disleksia. Kami telah berbincang tentang salah faham berkenaan penyakit tersebut. Kami juga telah bermain dengan satu permainan di komputer riba yang akan membuat kita seperti mengalami penyakit tersebut. Seperti contoh, kami hendaklah membaca sepotong ayat atau frasa dengan aksara-aksaranya tunggang terbalik. Ini akan membuat kami lebih keliru dan sukar untuk membaca seopotong ayat yang senang.

apakah kau cuba untuk menafikan
keikhlasan hatiku padamu.

Syuaib Naufal :(
Perwatakan Syuaib

Syuaib ialah seorang yang berdaya bingkas. Ini boleh dilihat daripada “itulah kali pertama aku berjaya membaca sepotong ayat dengan baik” dan “aku akan terus cuba untuk membuktikan yang aku ini anak abah… Dan aku boleh baca dengan baik”. Daripada nukilan ini, ia menunjukkan yang Syuaib ialah seorang yang bertungkus lumus bagi mencapai sasarannya, iaitu untuk membaca dengan fasih dan lancar. Meskipun dia ditimpa pelbagai rintangan, seperti kehilangan Ibu dan juga tekanan daripada Abah, dia tetap dapat mengharunginya. Disebabkan itulah kali pertama dia dapat membaca dengan baik menunjukkan betapa sukarnya bagi dia untuk membaca. Usahanya yang gigih juga terserlah. Syuaib juga seorang yang berdaya bingkas kerana dia benar-benar mahu Abah berasa puas hati terhadapnya, iaitu daripada membaca dengan lebih baik. Memang benar, Syuaib ialah seorang yang hati waja.

Perasaan saya sebagai Syuaib

Jika saya Syuaib, saya akan berasa pilu. Malah, mungkin saya akan mengalami kemurungan. Ini kerana saya telah gagal untuk membanggakan Abah. Abah memang mempunyai harapan yang tinggi bagi saya, iaitu untuk membaca dengan baik. Namun disebabkan ketakdayaan sayalah saya tidak dapat memenuhi kemahuannya. Saya juga akan menanya diri sendiri. Mengapalah saya masih hidup di dunia ini? Saya akan berfikir yang saya merupakan seorang anak yang tidak berguna. Malah, kekurangan dorongan dan sokongan daripada keluarga dan juga rakan-rakan sekolah saya mengakibatkan kepiluan yang saya hadapi untuk bertambah buruk. Walaupun Cikgu Liza sentiasa berada di sisi saya, saya rasa yang ia tidak mencukupi. Cukup benar kata-kata orang yang menyatakan yang saya bodoh dan buta huruf. Hinaan mereka mampu membuat saya mahu membunuh diri.

Pelajaran

Banyak yang dapat dipelajari dari kelas hari Jumaat yang lepas. Pada hari itu, saya mempelajari tentang penyakit disleksia dengan lebih lanjut. Secara jujurnya, sebelum ini, saya tidak tahu banyak tentang penyakit ini. Selepas melakukan aktiviti permainan di mana kami perlu membaca sebagai seorang yang mempunyai disleksia, saya dapat merasakan apa yang Syuaib sedang menghadapi. Pada waktu itu, saya berasa amat menyesal kerana dahulu saya sering memandang rendah mereka yang mempunyai disleksia. Kini, saya dapat lebih memahami keadaan mereka dan belajar untuk tidak memandang remeh terhadap mereka. Saya juga rasa amat bersyukur kerana saya dikurniakan dengan kemahiran untuk membaca dengan baik. Saya berazam untuk menolong mereka yang mempunyai disleksia supaya mereka tidak terpinggir daripada masyarakat umum

Syuaib oleh Shafiqul

Perwatakan Syuaib oleh Shafiqul
Perwatakan: Syuaib seorang yang tidak senang menyerah kalah. Walaupun dia disleksik, dia tetap berusaha dengan gigih sehingga menjadi pelajar terbaik dari oxford. Semasa PSLE sudah dekat, Syuaib balik rumah lewat setiap hari kerana belajar daripada Cikgu Liza. Syuaib juga boleh dikatakan rendah diri/tidak bongkak/ingat asal usul. Semasa dia di Lapangan Terbang Changi, dia hanya tersenyum lalu meminta diri hanya kerana dia mahu ke keluarganya. Dia bermanja dengan keluarganya di hadapan orang ramai walaupun dia terkenal sebagai pelajar terbaik dari Oxford.

Jika saya Syuaib, akan saya hilang semangat dan sangat tersinggung dan akan berputus asa sahaja. Jika rakan sebaya atau orang lain memanggil saya bodoh, boleh saya terima walaupun menyinggung. Tetapi, jikalau ayah saya sendiri yang mengatakan saya bodoh dan secara langsung katakan di hadapan saya mungkin saya bukan anaknya dan mungkin saya ditukar dengan bayi milik orang lain, hati saya pasti akan remuk. Hancur berderai. Pasti saya tidak akan bersemangat untuk teruskan usaha terbaik saya untuk memperbaiki diri saya. Saya akan berserah kalah. Tiada maknanya saya usaha kalau orang yang paling penting bagi saya tidak lagi yakin dalam diri saya malah tidak mengaku saya anak dia.