Aktiviti 4.1 (Batu Bersurat Terengganu) by adibah massalleh

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Undang-undang Syariah ialah undang-undang berdasarkan Al-Quran dan sunah perbuatan Nabi Muhammad s.a.w.

Batu Bersurat Terengganu (BBT) merupakan teks perundangan Islam pertama yang di tulis di negara ini pada tahun 1988. Berasaskan  teori tersebut, wujudlah pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman syariah di negara ini semenjak abad ke-14. Penemuan Batu Bersurat ini adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Catatan yang terkandung dalam BBT ini adalah mengenai undang-undang seorang raja. Ianya merangkumi pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Terdapat keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang (a) mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina.
Maka jelaslah bahawa BBT  ini memberi kepentingan dalam menegakkan Syariah Islam di Malaysia.

Rujukan:
http://repository.um.edu.my/635/1/06%20Batu%20Bersurat%20Terengganu.pdf

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Penemuan BBT merupakan bukti telah wujudnya kedatangan dan perkembangan islam di nusantara sejak beberapa abad yang lalu.  Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama.Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.

Namun, sejarah masuknya Islam ke Nusantara bermula melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat ,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara.

Pada awal abad ke 13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh , yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.

Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam.

Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.