TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG GURU by

https://www.youtube.com/watch?v=HoMixNtL2gw
Pendapat saya terhadap video pilihan saya ini adalah berkaitan adab seorang pelajar dan tindakan yang diambil oleh guru dalam mendidik anak bangsa. Jelas menunjukkan cabaran guru zaman kini untuk mendidik anak bangsa lebih hebat berbanding dahulu. Hal ini mungkin kerana perubahan zaman dan budaya yang dibawa oleh pelajar dan guru ke sekolah yang agak berbeza berbanding zaman dahulu. Kini tindakan yang boleh di ambil oleh guru untuk mendenda atau menghukum pelajar yang melakukan kesalahan sangat terhad dan tidak setimpal, maka akan menyebabkan pelajar semakin boleh menindas guru dan mengugut guru. Oleh itu, pelajar akan semakin berani untuk bersuara dan menjadi kurang beradab terhadap guru kerana mereka mengagganp mereka kini lebih berkuasa untuk menentukan siapa yang lebih bersalah. Walaupun begitu, sebagai guru kita hendaklah berjaga - jaga dalam semua tindakan serta tidak menjadikan hal ini sebagai alasan gagal mendidik anak bangsa. Tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan baik dan seikhlas yang mungkin. walau tidak menggunakan kekerasan tetapi kita masih boleh mendidik pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan hanya dalam akademik tetapi sahsiah juga perlu dititikberatkan dalam hal sebegini. Saya juga berpendapat kedua - dua belah pihak iaitu guru dan pelajar perlu memahami tanggungjawab masing - masing dalam situasi sebegini agar saling menghormati keperibadian masing - masing.