My terrific backchannel by

Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara

Perkembangan Islam di Nusantara berkait rapat dengan faktor-faktor perkembangan Islam di Alam Melayu. Dalam membincangkan Islam di Nusantara, ahli cendekiawan Sejarah mendapati bahawa terdapat bebarapa faktor yang mendorong penyebaran Islam secara positif di rantau ini. Antara faktor tersebut ialah:

1. Faktor Agama Islam

Sebelum Agama Islam bertapak dan berkembang di Nusantara masyarakat Melayu sudah mempunyai system kepercayaan sendiri yang diwarisi dari enenk moyang dahulu yang dikenali sebagai animism, dianisme, dan Hindu-Buddha. Kehidupan mereka dibelenggu dengan unsur-unsur kepercayaan tahyul dan karut. Selepas kedatangan Islam, Islam membawa satu era baru bagi masyarakat di mana Islam sebagai al-din yang berteraskan wahyu Allah SWT dan bersesuaian dengan fitrah manusia. Ia mempunyai peraturan dan disiplin dalam aspek kehidupan manusia secara menyeluruh. Keunikan agama Islam menyebabkan ia mudah diterima dan difahami oleh seluruh masyarakat Nusantara. (Abdullah ishak 1922: 120)

2.Faktor Perkahwinan

Perkahwinan merupakan faktor penting dalam perkembangan Islam di Nusantara. Perkahwinan terjadi dalam dua keadaan. Petama, perkahwinan antara saudagar-saudagar Islam dengan gadis-gadis tempatan terutama puteri-puteri di kalangan Istana dan pembesar-pembesar negeri. Kedua, perkahwinan antara seorang raja dengan puteri-puteri di negeri jiran atau di negeri yang ditakluki. Kedua-dua ini menjadi faktor kepada penyebaran Islam secara meluas di rantau ini. Perkahwinan antara golongan diraja boleh mempengaruhi perkembangan Islam antara dua buah Negara. Misalnya, perkahwinan Raja Melaka, Parameswara dengan Puteri Pasai pada tahun 1414 M.
( Z. Mat 2002:65)

3. Faktor Perdagangan

Bagi mengembangkan lagi da'wah Islamiyyah di Nusantara, perdagangan juga memainkan peranan penting dan cukup berkesan. Jaringan perdagangan yang menghubungkan antara Arab, Parsi, India, dengan Nusantara dikatakan berlaku sejak beberapa kurun sebelum Masihi lagi sehingga zaman kedatangan Islam pada abad ke-7 dan ke 8. Misalnya, pedagang Arab dan Parsi telah mengadakan hubungan pedaganagn dengan China melalui Ceylon dan mereka singgah di beebrapa tempat untuk mengambil air dan mengatasi beberapa kesulitan. Akhirnya, mereka telah berjaya membina pangkalan-pangkalan tetap perdagangan dan beberapa penempatan mereka di Asia tenggara seperti di Leran, Sumatera, Champa, dan Kemboja. (Auni Abdullah, 1974: 216 dan T.W. Arnold, 1979; 367)

Hubungkait Dengan Syariah Islam.

Batu Bersurat di terengganu mempunyai kaitan dengan undang-undang Syariah Islam. Tafsiran dari ayat-ayat yang terdapat pada batu bersurat mengenai undang-undang Kerajaan yang mana menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan hal-hal berkaitan munkar. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatanagn Islam di Terengganu pada 1303.

Hubungan dan Jalinan Diplomatik dengan Negara Luar.

Masyarakat Melayu-Islam agak progresif di Terengganu suatu masa dahulu dan dikenali sebagai masyarakat maritim. Mayarakat Timur Laut ini bersifat kosmopolitan dari pelbagai rumpun Melayu. Proses Migrasi sentiasa berlaku di antara masyarakat yang tinggal di kawasan Timur Laut. Kebiasaannya, hal ini berlaku dalam kalangan masyarakat di Terengganu, dan Kelantan ke kawasan Thailand dan kemboja. Secara tidak langsung, ini merperkayakan lagi bentuk budaya dan bahasa kawasan yang terlibat dalam proses migrasi. Kajian yang telah dilakukan oleh cendekiawan mendapati ramai masyarakat Islam di kawasan Yunan China dikesan berasal dari Terengganu dan Kelantan.