PERISTIWA YANG MENARIK MINAT ANDA UNTUK MENERUSKAN PEMBACAAN by NOR SHAHIRAH BINTI HAMIDON KPM-Guru
Berdasarkan dua buah novel yang saya pelajari iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah, terdapat beberapa peristiwa yang dapat menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan.
Peristiwa yang menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan oleh tentera Jepun walaupun kaki beliau tercedera akibat ditembak oleh tentera Jepun namun dia tidak sesekali menyerah kalah. Peristiwa ini menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan kerana saya kagum dengan semangat juang dan keberanian seseorang tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara walaupun berhadapan dengan kematian.
Peristiwa yang menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan dalam novel Tirani ialah peristiwa Waheeda bertindak membuat ujian DNA terhadap anaknya untuk membuktikan tuduhan Zahid bahawa anaknya tu milik lelaki lain adalah tidak benar. Peristiwa ini menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan kerana saya kagum dengan keberanian dan ketegasan seseorang wanita dalam mempertahankan maruah dan kehormatan diri.