CTU tugasan ayat-ayat cinta 2 by Husna Pocoyo

Isu

Berdasarkan filem “Ayat-ayat Cinta 2 ini, isu yang dihadapi oleh umat Islam dari aspek sosial adalah mereka tidak menghormati agama orang lain. Hal ini kerana kebanyakkan orang yang berada di Scotland adalah orang yang beragama Kristien dan mereka sangat membenci orang yang beragama Islam kerana bagi mereka orang Islam adalah orang jahat dan musuh bagi mereka. Kemudian, cara hidup orang Islam sangat berbeza dengan orang yang bergama Kristein. Hal ini kerana, agama Kristein tidak mempunyai pantang larang terutamanya mengenai cara permakanan dan cara pemakaiannya yang tidak menutup aurat serta sangat meminati hiburan dan minum arak . Sebaliknya, agama Islam sangat berpegang teguh dengan agamanya dan sentiasa mengamalkan sikap yang baik terhadap orang lain tidak kira bangsa, agama dan negara. Orang Islam juga meninggalkan segala larangan dan mengikut segala suruhan daripada Allah S.W.T. seperti tidak minum arak dan sentiasa solat lima waktu sehari semalam dan sentiasa menutup aurat.

Dalam tinta kaca yang berbeza , isu  yang dihadapi oleh umat Islam dari aspek  ekonomi berdasarkan  filem tersebut ialah  ekonomi umat Islam  terganggu dan mundur dibandingkan dengan ekonomi orang bukan Islam. Hal ini kerana kebencian terhadap orang muslim terutamanya orang Yahudi kerana bersangka bahawa umat Islam merupakan pengganas yang kejam dan mereka tidak akan malah tidak mahu sebolehnya untuk bekerjasama dengan orang Islam . Oleh itu, setiap perbuatan umat Islam dipertikaikan  sebagai tanda menolak kekejaman mereka. Perkara ini boleh dibuktikan berdasarkan filem tersebut dimana Fahri ingin menolong Keira yang merupakan salah satu jirannnya yang kehilangan bapa akibat kejadian bom yang meragut nyawa  ayahnya dengan menumpangkan Keira ke rumahnya tetapi ditolak dan Fahri dituduh sebagai terrorist yang mereka anggap bertanggungjawab di atas kematian ayahnya.

Kemudian, politik juga merupakan salah satu isu yang dihadapi umat Islam dalam filem ini. Hal ini berlaku di Gaza, Palestine di mana isu politik yang tidak stabil sehingga negara itu ditawan dan dijajah oleh orang Israel akibat daripada perebutan kuasa.  Hal ini telah menyebabkan negara itu jatuh dan senang ditawan oleh kuasa luar. Isu ini juga telah menyebabkan rakyat dan umat Islam di negara itu hidup susah,  miskin dan tidak berdaya. Contohnya, susah untuk mencari makanan dan  pakaian apatah lagi untuk memiliki barang mewah seperti cincin emas dan permata. Oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam mestilah sentiasa bersyukur kerana negara kita berada dalam keadaan yang aman dan damai. Jadi, jelaslah bahawa isu politik yang tidak stabil juga amat mempengaruhi kehidupan umat Islam dan rakyat disuatu negara itu.

Akhir kalam, isu yang dikaitkan dengan aspek islamofobia dalam filem tersebut ialah orang Kristian yang membenci orang islam kerana menganggap baha orang islam adalah pengganas yang memijak dan membunuh orang bukan islam. Hal ini berkaitan dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seringkali dikaitkan dengan umat Islam biarpun pada hakikatnya ianya dilakukan juga oleh penganut agama yang lain. Seiring dengan perkembangan negatif ini, istilah Islamofobia telah menjadi cabaran yang hebat dalam memberikan gambaran tentang persepsi masyarakat terhadap umat Islam dan Islam itu sendiri. Ini telah dibuktikan dengan penerbitan filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini yang mempunyai unsur Islamofobia yang secara jelas menghina Islam serta menunjukkan kesalahfahaman agama lain terhadap agama  Islam itu sendiri. Sebagai contoh dari filem Ayat-ayat Cinta 2 arahan Guntur Soehardjanto dipetik dari babak yang  berlaku antara Fahri dan Keira yang merupakan jirannya iaitu seorang watak antagonis. Hal ini berkaitan dengan peristiwa pengeboman di London oleh pengganas asing yang meragut nyawa penduduk-penduduk di sekitarnya lalu orang-orang luar menuduh Muslim melalukannya telah memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia seperti yang disebut oleh Keira yang menuduh umat islam sebagai ‘terrorist’ akibat kematian bapanya dalam peristiwa pengeboman tersebut

Cabaran

Berdasarkan filem “Ayat-ayat cinta 2 ini, cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dari aspek sosial adalah cara hidup orang Islam apabila berada dan tinggal di negara lain yang memiliki ramai orang yang beragama Kristein. Hal ini mungkin akan menyebabkan ramai orang Islam akan mudah terpengaruh dengan cara hidup orang Kristein yang sangat bebas untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa ada sebarang larangan dalam agama mereka. Contohnya, berpakaian ketat, jarang dan tidak menutup aurat dan sangat ditakuti orang yang beragama Islam ini boleh berpindah agama akibat daripada pengaruh barat. Oleh sebab itu, umat Islam mestilah sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. serta berdoa agar dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh melalaikan diri kita. Jadi terbuktilah, bahawa cabaran umat ini pada masa ini sangat besar dan perlu teguh pada agama Islam supaya tidak mudah terpesong daripada landasan yang sebenarnya.

Seterusnya, cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dari aspek ekonomi pula adalah  kesukaran orang Islam mencari pekerjaan di kawasan orang bukan Islam. Hal ini terbukti kerana berdasarkan filem tersebut, tuduhan palsu yang dibuat ke atas  Fahri sebagai penyumbang aktiviti pengganas menyebabkan dia terpaksa bertukar ke Oxford. Hal ini berpunca sikap orang bukan yang terlalu membencikan orang Islam dan mereka mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan umat Islam. Sebagai seorang Islam, kita mestilah kuat dari segi fizikal dan mental apabila menghadap ujian dari Allah S.W.T semasa menegakkan agama-Nya  supaya memperoleh rahmat dan keredaan dari-Nya. Oleh itu, pentingnya umat Islam berdoa kerana doa itu adalah senjata bagi umat Islam.

Dalam skop yang berbeza, cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dalam aspek politik adalah dengan pemilihan pemimpin yang berkaliber, amanah dan pemimpin yang  memimpin berdasarkan panduan agama Islam melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini supaya, negara ini tidak akan mudah jatuh akibat daripada pemimpin yang tidak adil dalam pemerintahannya. Kemudian, jawatankuasa-jawatankuasa yang lain seperti menteri sukan, pendidikan, menteri luar dan dalam negara mestilah bersama-sama membantu pemimpin atau ketua negara ini untuk memikirkan startegi agar negara ini akan sentiasa maju ke hadapan dan tidak akan mudah ditawan oleh kuasa luar. Hal ini juga, sekaligus dapat membantu negara-negara Islam seperti Gaza, Palestine supaya dapat bangun semula untuk menentang kezaliman orang Israel. Contohnya, menghulurkan bantuan senjata dan ketenteraan yang canggih dan berteknologi tinggi. Selain itu juga, setiap negara juga mestilah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain supaya politik negara ini akan terus maju kehadapan dan mudah untuk meminta pertolongan sekiranya berlakunya keadaan kecemasan dan darurat seperti peperangan. Jadi benarlah bahawa cabaran politik ini juga perlu dititikberatkan kerana dapat menjadikan negara itu mundur ataupun berjaya terutamnya kepada negara-negara Islam.

Akhir sekali, cabaran yang dihadapi oleh umat islam dari aspek Islamofobia  dalam filem iini adalah kegigihan dan kesabaran umat islam untuk meneruskan hidup di kawasan kejiranan bersama majoriti orang bukan islam. Hal ini membuktikan bahawa islamofobia mampu memberi implikasi yang amat besar kepada kehidupan umat Islam dan keharmonian masyarakat. Sebagai contoh yang ditunjukkan dalam babak antara Fahri dan jirannya yang merupakan seorang perempuan tua bernama Catarina yang merupakan orang Yahudi. Oleh kerana Fahri seorang umat islam, nenek Catarina telah mencerca dan mencacinya lalu mengatakan bahawa Fahri hanya berpura-pura baik  dan hanya ingin mengambil kesempatan terhadap Brenda ketika Brenda sedang pengsan akibat meminum minuman alcohol tetapi Fahri hanya bertenang dan menjawab dengan cara yang baik.Oleh itu,  kita mestilah sentiasa berfikiran positif dan bersabar terhadap musibah-musibah yang berlaku dalam kehidupan. Semua masalah boleh diselesaikan dengan cara baik. Di akhirnya, Fahri hanya menunjukkan kebaikan dan nilai-nilai murni yang terkandung dalam agama Islam dan berjaya membuatkan semua orang menyayanginya dan menghormati agama Islam.

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam dan sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah sentiasa berusaha untuk menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini. Hal ini supaya, umat Islam tidak akan dipandang rendah dan hina oleh masyarakat dan agama lain. Hal ini juga dapat menjadi contoh oleh masyarakat lain bahawa kita mestilah sentiasa bersatu padu antara satu sama lain supaya kita dapat menaikkan martabat dan maruah agama, bangsa dan negara.