NUR AFIFAH AZREEN BINTI ABDUL MUTALIB by NUR AFIFAH AZREEN ABDUL MUTALIB

LATAR BELAKANG DIRI DAN KELUARGA ♥️
Assalamualaikum saya ucapankan kepada Dr. Radiah dan rakan-rakan sepejuangan saya sekalian. Saya ingin memperkenalkan tentang diri saya serba sedikit.

Nama diberi oleh kedua-dua ibu bapa saya ialah Nur Afifah Azreen binti Abdul Mutalib. Ramai kenalan saya memanggil saya dengan nama 'Pah' dan kebiasaannya apabila di rumah panggilan 'Pah' digantikan dengan panggilan 'Adik' kerana saya merupakan anak bongsu. Saya dilahirkan pada tanggal 03 September 1997  di Hospital Besar Alor Setar dan dibesarkan di Kampung Madrasah, 06600 Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.
Saya mendapat pendidikan awal di Tadika KEMAS di Kuala Kedah semasa berusia 5 tahun hinggalah 6 tahun. Saya juga telah melanjutkan pendidikan ke peringkat rendah iaitu bertempat di Sekolah Kebangsaan Haji Ismail semenjak dari umur 7 tahun hingga 12 tahun iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6. Seterusnya, saya melanjutkan pendidikan saya ke peringkat menengah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sharifah Rodziah yang merupakan sekolah perempuan sahaja di Kota Setar dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3 dan ketika tingkatan 4 dan tingkatan 5 saya telah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang. Saya juga melanjutkan pendidikan saya ke peringkat STPM sebelum melanjutkan pendidikan pada peringkat yang lebih tinggi. Setelah menamatkan pengajian di peringkat STPM saya telah melanjutkan pengajian saya di peringkat yang lebih tinggi iaitu saya ditakdirkan mendapat tempat di Universiti Sains Malaysia (USM) dan ditawarkan dengan kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian.
Bapa saya bernama Abdul Mutalib bin Abdul Kadir dan pekerjaannya ialah peniaga iaitu beliau telah membuka sebuah restoran bertempat di Shahab Perdana, Alor Setar. Ibu saya pula bernama Zakiah bin Ahmad dan merupakan seorang suri rumah. Pada 07 April 2018 ibu saya telah kembali ke rahmatullah. Saya mempunyai empat orang adik-beradik dan kesemuanya merupakan anak perempuan kepada Abdul Mutalib bin Abdul Kadir dan Zakiah binti Ahmad. Kakak sulung saya nama diberi ialah Norfaezah binti Abdul Mutalib, kakak kedua saya ialah Norhasyini binti Abdul Mutalib dan kakak saya yang ketiga ialah Nor Azaniza binti Abdul Mutalib.

Semasa saya di USM saya telah menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Saya sangat berminat dengan badan beruniform seperti PALAPES ini kerana sedikit sebanyak telah mengajar saya tentang ilmu ketenteraan dan merasakan pergorbanan tentera-tentera yang berjuang demi negara. Selain itu, dalam uniform ini juga saya dapat mendisiplinkan diri saya.
Sekian, terima kasih.