Kongsi Pengalaman Anda Ketika Memasak! by Nurasyikin Jamalani
Saya tak pernah goreng ayam. Melalui aktiviti ni, saya belajar untuk menggoreng ayam sambil diselia oleh mak saya. Hal ini membantu saya meningkatkan kemahiran memasak sekaligus mendedahkan kepada amalan gaya hidup sihat kerana menu disediakan mengikut piramid makanan. Tapi, most of the time saya banyak terjerit kecil apabila menggoreng ayam kerana minyak asyik terpercik. Kemungkinan ini adalah kali pertama dan terakhir saya menggoreng. Saya lebih rela baking daripada memasak lauk.
Membantu mengasah kemahiran memasak dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat kerana menu disediakan berdasarkan piramid makanan.
Shafiq
Melalui aktiviti memasak dalam BIG kali ini, saya dapat belajar banyak perkara terutamanya tentang diet pemakanan yang perlu diambil oleh para peserta supaya kekal aktif sepanjang program
Masak ayam kicap for the first time!
Sejujurnya saya tak pandai masak lauk malaysiai. Saya pandai masak maggi je. Melalui program big ini, saya dapat mempelajari cara memasak ayam kicap. Pada awalnya saya nervous untuk memasaknya. Tapi saya cuba sedaya upaya saya dengan menggunakan Youtube sebagai rujukan saya. Namun begitu, saya sedar saya kurang pengalaman memasak sehinggakan ayam masak kicap saya bukan lagi kicap. Ia telah menjadi ayam masak sambal. Apa apa pun, saya bersyukur dengan pengalaman ini.
Saya dapat mengetahui bilangan kalori yang sepatutnya diperlukan oleh seorang manusia berdasarkan aktiviti yang dilakukan. Selain itu, saya juga dapat merasai pengalaman memasak seperti seorang youtuber.
Saya dapat pengalaman yang cukup menarik kerana ini ialah pengalaman pertama (dan mungkin terakhir) saya memasak secara serius. Saya juga mempelajari cara memotong bahan masakan, tapi saya perlu lebih pengalaman untuk mengenali nama-nama bahan tersebut terutamanya sayur-sayuran yang berwarna hijau. Selain itu, percikan api kecil yang rakus menjadikan saya sedikit panik dan terpaksa meminta pertolongan ibu dan kakak saya. Walaupun akhirnya hasil masakan saya mendapat kritikan dan tohmahan, tetapi saya amat menghargai pengalaman ini. Saya telah mencuba benda baharu dan saya akan teruskan menjamah makanan yang enak.
Pengalaman memasak saya
Saya tidak pernah memasak. Biasanya ayah saya risau jika saya berada di dapur. Tapi saya dapat buktikan yang saya sebenarnya boleh juga memasak. Saya berasa bangga atas pencapaian saya yang tidak seberapa ini. Mungkin bagi orang lain ini hanyalah pencapaian kecil, tapi bagi saya ianya ialah pencapaian yang besar. Memasak adalah tugas yang susah, jadi saya juga belajar untuk sentiasa menghargai ayah saya yang hari-hari memasak untuk kami sekeluarga. Penat rupanya. Antara kenangan pahit yang saya lalui ialah minyak terpercik ke dalam mata saya. Sekarang saya tidak mahu menggoreng apa-apa lagi. Saya akan rebus semua masakan saya. Terima kasih 😃👍🏻
Pengalaman memasak :D
Memasak sambil dirakam
Saya bukanlah insan yang suka merakam atau dirakam. Tetapi dalam aktiviti ini saya merasakan pengalaman sekali seumur hidup menjadi ala-ala instafemes. Dalam aktiviti memasak kali ini terdapat juga beberapa kesukaran yang tidak dapat dielakkan seperti kekurangan bahan tetapi itu tidak menghalang saya menjadi instafemes. Saya juga banyak meluangkan masa bersama ibu saya melalui aktiviti ini walaupun dia sebagai penyelia. Ibu saya setia menunggu sehingga saya selesai memasak untuk memastikan dapur kesayangannya tidak terbakar kerana buat pertama kalinya anaknya ini memasak. Apa apa pun pengalaman pertama dan terakhir memasak ini akan saya simpan dalam ingatan sehingga menjelang usia tua sambil order grabfood. 😬
Memasak Ayam Kicap kali pertama dalam hidup sepanjang 22 tahun di BIG.
Saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Kadang-kadang, jenis bawang pun saya tertukar. Namun, pengalaman memasak resepi ayam kicap amatlah bermakna bagi saya kerana sejujurmya selama ini saya menganggap memasak, terutamanya ayam kicap, merupakan sesuatu yang susah dan tidak tercapai oleh kemahiran saya. Walau bagaimanapun, Kem BIG ini telah membuka mata saya bahawa memasak resepi ayam kicap ini merupakan sesuatu yang amat senang dan mudah. Ia membuatkan saya lebih berminat untuk memasak dan mencuba resepi-resepi baharu pada masa yang akan datang. Terima kasih kepada AJK Makanan yang selama ini telah bertungkus lumus menjayakan slot makanan ini.
Pengalaman Memasak
Saya dapat pengalaman yang amat seronok kerana ini kali pertama saya memasak ayam masak kicap dan ayam panggang. Saya tidak begitu biasa dengan cara masakan untuk lauk ini. Jadi, saya meminta tunjuk ajar dari kawan-kawan sekelas dan video simulasi mereka. Walaupun terdapat sedikit kekangan iaitu saya perlu rakam proses persediaan masakan tersebut, namun saya rasa secara keseluruhannya pengalaman ini amat berlainan dengan pengalaman memasak sebelum ini. Di samping itu, saya juga dapat lihat video kawan-kawan yang dimuat naik di tapak perkhemahan maya kita.
Memasak adalah seni
Melalui slot masakan ini, apa yang dapat saya lihat ialah melalui satu resipi yang dikongsikan oleh AJK Makanan, telah terhasil lebih banyak variasi resipi masakan yang sama tetapi berbeza dari segi bahan-bahannya dan juga kaedah memasak. Ini membuatkan saya percaya bahawa air tangan setiap individu yang memasak adalah berbeza. Saya terjemahkan keunikan ini dengan satu ungkapan iaitu "Masakan adalah seni". Tamat.
Kemahiran Hidup Tercapai
Cabaran yang saya hadapi semasa memasak ialah pengambilan keputusan yang baik kerana saya masih tidak berpengalaman banyak untuk memasak tanpa panduan atau menu makanan. Namun, ia merupakan pendedahan yang sangat baik untuk saya demi menguasai kemahiran hidup seharian saya. Terima kasih kepada ibu saya yang telah banyak menolong saya semasa memasak, terima kasih kepada AJK Makanan, Syikin dan Mahirah atas garis panduan yang diberikan, terima kasih BIG!
Pengalaman Memasak :)
Walaupun saya pernah memasak dan sentiasa membantu ibu saya memasak, menu untuk kali ini adalah baharu untuk saya. Saya tidak pernah memasak menu seperti ayam masak kicap kerana keluarga saya tidak pernah memasak lauk ini. Dengan adanya peluang ini, saya telah berjaya mencuba menu makanan yang baharu dan berasa gembira kerana dapat berjaya menghidangkan semua makanan yang tercatat di munu. Dalam pada itu, saya juga dapat mengetahui secara terperinci betapa pentingnya kalori makanan untuk setiap individu. Saya dapat memperolah bahawa setiap individu memerlukan kalori yang berlainan bergantung pada metabolism masing-masing. Melalui aktiviti ini, saya juga dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan satu video yang sempurna. ☺️
AKTIVITI MASAKAN
Bukan pengalaman baru bagi saya untuk masak, namun cubaan pertama untuk resepi ayam masak kicap. Aktiviti masakan menjadikan seseorang itu penat tetapi hasil dan pasca masakan itu akan memberi kepuasan hati yang tidak boleh dibandingkan. Pengiraan kalori yang barangkali diabaikan adalah amat penting. Saya berasa seronok apabila mengambil video memasak saya rasa diri macam youtuber pulak.
Memasak
Walaupun saya sebagai anak sulung sentiasa masak di rumah, namun saya tetap berasa seronok apabila mendapat tugasan membuat video penyediaan memasak sarapan pagi, tengah hari dan makan malam lebih-lebih lagi kerana tugasan ini memfokuskan kepada amalan pemakanan seimbang :)
saya jarang memasak. tetapi amat seronok untuk mengrekod dan berkongsi idea untuk memasak dengan teman-teman saya. Saya paling suka akan aktiviti ini adalah kerana saya dapat melihat kawan-kawan saya beraksi memasak. Saya juga belajar mengenai kepenting pengambilan kalori berdasarkan keperluaan badan individu :)
Sesi masakan
Saya suka memasak! Jadi saya tiada masalah untuk memasak menu menu yang telah ditetapkan. Namun saya ada menghadapi cabaran sukar untuk merekod video pagi angle yang betul dan sewaktu mengedit video tersebut. Overall, saya suka aktiviti ini!
Pertama Kali Memasak
Hi. BIG telah membuatkan saya untuk memasak. Ini kali pertama saya memasak. Kalau menyediakan bahan-bahan masakan saya selalu membuatnya tetapi memasak ini pertama kali. Bermula dengan merebus telur hingga ke memasak ayam panggang. Perasaan saya akan syok dan kekok sebab tidak tahu sama ada saya meletak terlalu banyak garam atau terlalu sedikit. Menu yang diberikan tidak baru untuk saya kerana ibu saya pernah memasaknya dan saya kuat makannya. Masakan ibu saya selalunya agak sihat jadi ayam kicap yang saya menyediakan tidak digoreng. Sayuran pada pendapat saya tidak sepatutnya digoreng sepenuhnya kerana zat-zat bitamin dalamnya akan hilang. Sayuran saya seperti timun dan salad yang mentah lebih disyorkan untuk rutin harian dan perkhemahan juga.(Harsheenee)
Saya memang suka memasak oleh itu saya tidak mempunyai masalah dalam melasanakan aktiviti ini. Tambahan lagi, saya suka untuk mencuba pelbagai resepi-resepi masakan yang baru. Aktviti masakan ini telah menambah lagi koleksi resepi yang saya telah cuba. Ahli keluarga saya amat menggemari masakan yang telah saya sediakan berdasarkan resepi yang telah diajar oleh AJK Makanan.
Aktiviti Memasak
Sebagai anak bongsu dalam keluarga, sejujurnya ini merupakan pertama kali saya memasak di dapur sendirian. Meskipun saya suka memasak, saya tidak mempunyai banyak peluang untuk memasak di dapur berseorangan dan sering ditemani oleh kakak-kakak dan ibu saya. Oleh itu, BIG memberikan saya pengalaman baru untuk memasak pelbagai menu masakan yang enak tanpa bantuan orang lain :)
Cabaran Memasak
Sebagai anak perempuan yang pertama di dalam keluarga, memasak merupakan perkara yang perlu dillaksanakan oleh saya. Saya suka memasak, namun begitu memasak sambil merakam video merupakan satu cabaran bagi saya. Hal ini kerana, saya tidak biasa menjalankan banyak kerja di dalam satu masa. Tetapi, dengan bantuan adik saya untuk merakam video memasak, saya dapat menyiapkan video tersebut.
TERLUPA MENUTUP API
Pada suatu masa yang entah saya tak ingat saya pernah terlupa untuk menutup api di dapur. Saya sedang merebus air untuk merebus pasta. Bila saya kembali saya lihat periuk besi yang digunakan merah menyala sehingga ke tengah bahagian periuk. Saya berasa ketakutan. Namun, saya bersyukur kerana semua baik baik sahaja. Pasta tersebut airnya sudah kering dan pasta tersebut berwarna hitam. Saya telah diceramahkan oleh mak saya (typical asian mom) kerana membakar periuk beliau.
AYAM PANGGANG
Hai geng!
Ok lah...sejujurnya, saya tak pernah masak ayam panggang. Jadi, bila ada aktiviti memasak ayam panggang semasa program BIG kita ni, ia menjadi satu pengalaman berharga untuk saya as a first timer. Apa saya buat ialah, saya bakar ayam nya dalam oven dan alhamdulillah! Menjadi! Rasanya pun enak, lazat dan ayamnya pun masak empuk. Alhamdulillah...terima kasih AJK Makanan untuk pengalaman bermakna ini!