Budaya Tradisional di Melaka by ummu batrisya

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Pakaian istiadat raja dan sultan pada hari pertabalan baginda. Selalunya pakaian ini tidak dianggap sebagai satu alat kebesaran tetapi alat terpenting ialah tengkolok diraja. Pakaian ini diperbuat daripada kain songket  berbenang penuh yang terdiri daripada baju, seluar, samping, bengkok dan tengkolok. Bajunya berpotongan baju Melayu Cekak Musang. Bagi permaisuri pakaian yang dipakai sedondon dengan sultan dengan selendang songket penuh. Hiasan diri seperti mahkota,dokoh melengkapkan lagi pemakaian permaisuri.

BAJU KURUNG TELUK BELANGA
Baju kurung Teluk Belanga di anggap popular dan dipakai oleh kaum lelaki dan perempuan.Perbezaannya terletak pada bahagian  kocek iaitu  kaum lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan dari segi pemakaian.
Baju ini merujuk kepada jahitan pada leher tersebut, potongan Teluk Belanga dibahagian leher dijahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut,dan sebagainya. Pengertian kurung secara tidak lansung  telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh.
Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehingga istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar,labuh atau panjang. Walaubagaimanapun baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura.

BAJU KEBAYA
Baju Kebaya diperbuat dari kain ‘Muslin’ atau kasa berbunga-bunga manakala kebaya sulam dari kain kasa robia,swiss dan poliester.Oleh kerana diperbuat dari kain nipis, ia memerlukan baju dalam kapas berkolar tinggi . Baju ini dipadankan dengan kain batik berbunga warna-warni

PAKAIAN HARIAN
Pakaian harian masyarakat Melayu selalunya diperbuat dari baju kurung dan baju teluk belanga. Baju kurung yang dipakai oleh kaum perempuan selalunya diperbuat dari kain berbunga warna-warni dan selalu dipadankan dengan selendang bagi menutup kepala. Bagi kaum lelaki pula, baju teluk belanga selalu dipandankan dengan sampin yang diikat dikeliling pinggang serta songkok yang diletakkan diatas kepala.

ADAT SADANGGU
Adat Sadanggu atau Sadenggu masyarakat Chetti khusus bagi anak dara sunti mereka yang telah akil baligh. Adat ini mempunyai elemen ritual dan keagamaan serta masih diamalkan. Antara keperluan untuk upacara ini ialah pelamin yang berhias, peralatan untuk upacara memusing, pakaian baju Melayu putih teluk belanga, baju kebaya panjang, sari, dan makanan tradisional.

PERINGKAT ADAT

Mengikut kepercayaan masyarakat Chetti, apabila si gadis mengalami haid buat kali pertama gadis itu tidak dibenarkan keluar rumah untuk mengelakkan dirinya didekati roh-roh jahat. Keluarga gadis tersebut juga tidak boleh ke kuil dan orang ramai juga tidak boleh berkunjung ke rumahnya kerana kekotoran pada gadis tersebut.

Peringkat-peringkat adat ini adalah seperti berikut:-

1. Upacara Mandi Restu

Adat ini dimulakan dengan memandikan anak dara sunti sewaktu matahari mula terbit, bertujuan membuang bala, saka atau roh jahat. Air mandian mengandungi kunyit dan tujuh jenis bunga. Sewaktu upacara mandi gadis memakai pakaian baju Melayu putih teluk belanga. Setelah selesai mandi restu gadis dibilas dengan air bersih. Pakaian mandi gadis berkenaan dibuang bertujuan membuang segala bala yang ada padanya. Kemudian gadis ini memakai baju kebaya panjang.

2. Jamuan Kuih Tradisional

Gadis sunti ini dijamu dengan kuih tradisional Chetti iaitu putu piring kosong.

3. Upacara Sadanggu atau Sadenggu

Gadis sunti dihias seperti pengantin lengkap dengan sanggul rapi, hiasan bunga di sanggul, rantai dan gelang serta duduk di bangku yang dihias dan beralaskan kain putih serta padi. Saudara mara gadis menyediakan satu dulang berisi nasi, air, tahi lembu kering, pelita, padi, putu piring, roti dan anak batu giling bagi upacara memusing. Ibu-ibu saudara yang sudah berkahwin sebelah bapa si gadis dan bapa-bapa saudara yang sudah berkahwin sebelah ibu gadis perlu menyediakan hadiah berupa hantaran kepada si gadis, iaitu sari, alat mekap, gelang, hiasan malai, sikat, cermin, kunyit dan buah-buahan.

Upacara ini dimulakan dengan bacaan jampi serapah Tok Sami kepada gadis sunti ini. Kemudian dulang yang berisi makanan dipusing-pusingkan di hadapan gadis oleh bapa dan ibu saudara si gadis. Hanya saudara mara seperti tersebut di atas sahaja dibenarkan mengendali upacara ini. Setelah itu setiap bapa dan ibu saudara gadis ini menyerahkan hantaran kepada si gadis. Setiap sari yang dihadiahkan perlu dipakai oleh si gadis. Sekiranya lima sari dihadiahkan maka si gadis perlu bertukar sari sebanyak lima kali. Akhir sekali bapa dan ibu saudara si gadis memakaikan bunga malai kepadanya secara bersilang yang bererti dia belum berkahwin.

Hadirin kemudian menikmati jamuan kuih-kuih tradisional seperti pulut tekan, seri kaya, tepung koma dan putu, atau masakan tradisional seperti, antaranya, pindang ikan, sambal timun dan sambal telur.

PENGENALAN
Melaka negeri bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian etnik iaitu Chetii, Baba Nyonya dan Portugis yang semuanya hidup dalam aman dan harmoni. Setiap etnik bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi tidak melanggar tatasusila dan batas kehidupan bermasyarakat di negeri ini. Setiap etnik ini masih mengamalkan adat dan budaya yang diwarisi.

CONGKAK
Nama "Congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan congkak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain sahaja. Pemain akan bergerak secara serentak dan sekiranya salah satu daripada mereka meletakkan guli terakhir pada lubang yang kosong, pemain itu perlu berhenti sehinggalah guli pihak lawannya mati. Papan congkak juga mempunyai satu lubang besar di penghujungnya yang dipanggil "rumah". Sesiapa yang memiliki guli paling banyak di dalam rumah maka dialah pemenangnya.

SEPAK RAGA
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah. Permainan ini merupakan salah satu daripada permainan kegemaran golongan bangsawan dan rakyat jelata pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

CENCALUK
Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.

DODOL
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan manisan. Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung pulut, gula pasir dan gula melaka.

TAPAI
Tapai ialah sejenis manisan yang dibuat daripada pulut. Ia sesuai di jadikan pencuci mulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular daripada tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap berbanding tapai ubi kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.
Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula.

ASAM PEDAS
Asam Pedas memang terkenal di Melaka. Sebut sahaja asam pedas,semua orang tahu ia popular di Melaka. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga di Melaka yang mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.

DONDANG SAYANG
Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu Tradisional yg dipercayai berasal dari Melaka pada zaman Kesultanan Melaka abad ke15. Dalam lagu dondang sayang, penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan sama ada dalam gaya lucu atau riang. Semasa persembahan , peralatan muzik yg digunakan dlm dondang sayang sama ada biola, rebana dan gong saling bergantung antara satu sama lain kerana kesemua alat muzik  mempunyai peranan serta fungsinya yg tersendiri. Persembahan akan dimulakan dgn biola ,kemudian diikuti oleh paluan rebana serta paluan gong. Nyanyian biasanya diiringi 4 orang ahli muzik yg terdiri daripada -
• Seorang pemain biola
• 2 org pemain rebana
• Seorang pemain gong "tawak"

BIOLA
Sejenis alat muzik bertali yg dimainkan dgn menggunakan penggesek biola . Biola mempunyai 4 tali dan leher yg tidak mempunyai fret. Dimainkan dgn cara menggesek tali tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain. Biola adalah yg terkecil berbanding viola dan selo serta biola mengeluarkan pic yg paling tinggi berbanding yang lain.

REBANA
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yg sering diaminkan bagi mengiringi lagu budaya dan menjadi lambang kebudayaan bagi masyarakat melayu sejak turun temurun. Alat muzik ini diperbuat daripada kulit haiwan yg diregangkan. Antara kulit haiwan yg digunakan ialah kerbau, lembu dan kambing. Alat muzik ini dimainkan dengan diiringi lagu mengikut kesesuaian majlis.

GONG ( TAWAK )
Gong merupakan alat muzik yg berasal dari Asia selatan dan Tenggara. Gong merupakan alatan yg berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan. Ia terdiri daripada pelbagai saiz untuk hasilkan bunyi yg berbeza mengikut rentak lagu. Cara pembuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yg tinggi. Gong yg besar dikenali sebagai "tawak" dan gong yg lebih kecil dan nipis dikenali sebagai "bebendai". Manakala gong yg paling kecil sekali ialah "engkerumong".

Si bunga seroja si bunga cempaka,
Dipakai oleh anak dara jelita,
Siapa tak kenal Negeri Melaka,
Negeri bersejarah di Malaysia tercinta.