SHPP1002(04) 4 November 2020 by Dr. Narina A. Samah
Refleksi kendiri
Pada pendapat anda, apakah isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini? Dengan mengambil kira perbincangan mengenai fungsi falsafah sebentar tadi, bagamanakah falsafah  dapat membantu dalam mencapai solusi kepada isu tersebut? Kongsikan pandangan anda.
Mohamad Amirudin Aiman
Pada pendapat saya, stress dan depresi yang dialami pelajar pada masa ini merupakan salah satu isu penting di dalam pendidikan. Seterusnya, falsafah dapat membantu dalam menyelesaikan isu ini adalah dengan berfikir secara rational dan waras dengan berpandukan agama. Ini kerana dengan kembal kepada agama dapat menyedarkan mereka. Sebagai contoh, agama islam mementingkan menjaga akal serta melarang penganutnya membunuh diri. Seperti yang diketahui depresi boleh menyebabkan seseorang membunuh diri. Falsafah berperanan sebagai penunjuk jalan bagi manusia. Falsafah juga bertujuan supaya manusia sentiasa berfikiran positif dan berfikir dengan sebaik mungkin sebelum melakukan sesuatu perkara. Dengan berfikiran positif, pelajar akan sentiasa bersemangat melakukan sesuatu perkara walau apa yang terjadi.
Muhammad Irfan Mahmood
Isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini adalah bebanan kerja yang terlalu banyak yang dipikul oleh seseorang pelajar.Dalam hal ini,pelajar boleh menjadi tidak suka untuk belajar subjek tersebut kerana tekanan emosi yang dialami.Oleh itu, falsafah dapat membantu dalam memupuk perasaan cinta akan ilmu pada pelajar masa kini yang mempunyai gejala tidak suka akan ilmu.Seperti yang kita tahu,falsafah dapat membuka minda kita agar dapat merancang masa depan dengan lebih teratur.Dengan adanya falsafah,ia dapat membantu para pelajar mencari objektif dan kaedah belajar yang lebih efisyen.Apabia para pelajar suah tahu objektif dan sasaran mereka ketika belajar,pastinya bebanan kerja yang terlalu banyak itu akan dapat diatasi dengan mudah.
Siti Nur Shazwani Binti Ali
Pada pendapat saya , isu terpenting tetang pendidikan yang perlu diketengahkan adalah situasi baru  yang dihadapi oleh pelajar terhadap pembelajaran dalam talian disebabkan pandemik yang berlaku di negara kita dan juga seluruh dunia .
Para pelajar perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan insentif kerajaan demi meneruskan proses pengajaran dan juga pembelajaran .Seperti  sedia maklum bahawa rumah merupakan tempat untuk kita berkumpul bersama keluarga ,  apabila pembelajaran dilakukan dalam talian , para pelajar tidak akan dapat memberikan focus yang berkesan seperti pembelajaran yang dilakukan secara berhadapan di tempat yang betul kerana apabila para pelajar berada di rumah , kebarangkalian pelajar diganggu adalah sanggat tinggi . Sebagai contoh , para pelajar merupakan anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa , mereka akan diberi amanah untuk menjaga adik - adik dan rumah ketika ibu bapa bekerja . Apabila mereka keletihan , hal ini akan menyebabkan para pelajar kurang faham tentang pembelajaran yang disampaikan oleh tenaga pengajar .  Falsafah mengajar kita untuk berfikir secara mendalam terhadap sesuatu perkara ,jadi para pelajar perlulah berfikir  untuk menguruskan masa dengan berkesan supaya tiada gangguan yang akan berlaku apabila pelajar sedang menghadapi kelas di atas talian ataupun sedang melakukan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran . Pengurusan masa yang baik dapat membantu pelajar supaya berada dalam keadaan yang bersedia dan lengkap  kerana hal ini akan membantu pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang .
Muhammad Yasseer Zaidan bin Yuhadli
Pada pendapat saya, isu pendidikan yang amat ketara bagi semua peringkat pendidikan adalah tekanan dan dipresi yang dihadapi oleh pengajar dan  juga pelajar. Isu ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti masalah keluarga, keadaan persekitaran  dan  tekanan di tempat kerja. Sebagai contoh, seorang pendidik mengalami masalah keluarga di rumah dan ia akan memberi kesan kepada proses mendidik kepada pelajar. Hal ini akan menganggu dari segi emosi ketika mengajar.Dengan itu, pelajar aakan menjadi tempat untuk pendidik yang tertekan melepaskan tekanan mereka. Namun, jika penghayatan terhadap falsafah kukuh dalam diri seseorang itu,  tindakan di luar kawalan tidak akan berlaku kerana falsafah akan memberi panduan untuk tidak melakukan apa yang tidak perlu dan melakukan pekara yang selari dengan tujuan hidup seseorang itu.
Basil Dap
Pada pendapat saya isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini ialah isu tumpuan pelajar terhadap pembelajaran semasa pendemik sekarang.Pelajar mempunyai banyak masalah dalam menerima ilmu pada masa sekarang disebabkan keadaan semasa.Namun falsafah ini mampu menjadi panduan untukberfikir secara matang dalam menyelesai masalah pada masa kini.Pelajar dan warga pendidik perlu berbincang atau sama persetujuan dalam pelajar menerima ilmu dan pendidik menyampaikan ilmu.Falsafah ini juga mampu membawa pelajar menjana pemikiran baharu dalam mencari jalan menepuh cabaran mencari ilmu pengetahuan semasa pendemik covid19 di waktu sekarang
Muhammad Zikry bin Harsam
Pada pendapat saya, isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini adalah isu dalam menanggani masalah stress dan depresi dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Antara sebab masalah ini terjadi dikalangan para pendidik adalah terlalu memikirkan masalah kos sara hidup, tanggungjawab dan juga masalah keluarga manakala pelajar pula mengalami masalah seperti dibuli, masalah keluarga dan masalah sosial. Falsafah adalah satu bentuk cara pemikiran yang kritis tentang sesuatu perkara itu untuk mencari kebenaran. Jika seseorang pendidik itu menerapkan falsafah didalam diri, tidak mustahil semua masalah yang dialami akan diselesaikan satu persatu menggunakan cara yang betul dengan cara berfikir secara sistematik dan tenang dalam menanggani masalah. Sekaligus pendidik juga boleh menurunkan segala ilmu dan mengajar berkenaan falsafah supaya pelajar dapat terus menuntut ilmu semasa dibangku sekolah kerana mereka faham bahawa falsafah akan memberi mereka panduan untuk mencapai matlamat hidup. Seterusnya, stress dan depresi dapat dielakkan dengan sedarnya akan pelajar dan pendidik untuk terus berfikir secara kritis dalam perjalanan untuk mencapai matlamat hidup.
Muhammad Afiq Aiman bin Kadis
Pada pendapat saya, isu yang sering terjadi semasa dalam suasana pendidikan ialah pelajar tidak fokus atau tidur semasa guru sedang mengajar. Ini kebanyakannya berpunca daripada pelajar yang tidur sehingga lewat malam menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan atau lebih teruk lagi bermain permainan video. Selain itu, mereka yang mempunyai masalah-masalah berat seperti masalah keluarga juga akan menyebabkan mereka tidak fokus semasa guru mengajar. Dengan itu, falsafah sangatlah penting kerana falsafah adalah satu bentuk cara pemikiran yang kritis tentang sesuatu perkara itu untuk mencari sesuatu kebenaran. Seorang pendidik yang menerapkan falsafah dalam diri, mereka akan menangani sesuatu masalah itu dengan betul secara sistematik dan tenang. Hal ini sekaligus dapat membantu pelajar yang bermasalah itu dalam mengurus masa, berfikiran terbuka dan lain-lain sehingga mereka mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan bijak dan mampu mencapai matlamat yang ingin dikecapi.
Haziq Danial Bin Ruslam
Pada pendapat saya , isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini ialah prestasi pelajar di dalam pandemik covid-19 kini.Disebabkan pandemik , pelajar terpaksa tinggal di rumah dan tidak boleh ke institusi pendidikan. Pelajar juga terpaksa meneruskan pembelajaran mereka di rumah melalui atas talian dan menggunakan internet sebagai penghubung. Namun begitu , perkara ini tidak semestinya menjadi penghalang  untuk seseorang pelajar itu untuk belajar. Sebagai seorang pelajar , hendaklah menerapkan falsafah di dalam diri untuk bersungguh - sungguh dalam pembelajaran dan berusaha untuk mencapai matlamat yang diingini. Falsafah merupakan petunjuk arah dalam kehidupan seseorang untuk berfikir Mana yang betul atau salah dan dapat menentukan apa yang akan terjadi nanti. Penerapan falsafah di dalam kehidupan adalah amat penting untuk kita sentiasa melakukan perkara yang bermanfaat dan memberikan keyakinan di dalam diri.
NABIHAH BINTI BAHARUDIN
Pada pandangan saya, isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini merupakan krisis global akibat penularan wabak COVID-19 yang bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran (PNP) secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar. Dengan adanya falsafah, ia dapat membantu pakar pendidik dan guru-guru untuk berfikir secara kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dalam melaksanakan proses PNP. Dalam alaf baharu yang penuh dengan kemudahan teknologi, para pendidik telah memanfaatkan teknologi dan aplikasi seperti Google Meet, Cisco Webex dan Youtube untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar mereka. Hal ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Dengan adanya falsafah, manusia dapat meningkatkan akal mereka dan mampu berfikir secara inovatif dalam menyelasaikan masalah yang berlaku dengan wajar.
Pada pendapat saya , buli merupakan isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini . Buli bukan sahaja melibatkan fizikal malahan ia juga melibatkan mental dan emosi individu yang dibuli tersebut . Kes Buli kebiasaannya berlaku dalam kalangan pelajar sekolah . Hal ini , menjadikan buli sebagai isu pendidikan yang utama . Contoh perbuatan buli ialah mencuri , memukul , merosakkan harta benda orang lain , menghina , mengejek pelbagai lagi . Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kes buli di sekolah . Antaranya ialah mengadakan program rakan sebaya dan memberi kaunselin kepada pembuli dan mangsa buli . Sebagai seorang pendidik kita perlulah bersikap prihatin terhadap persekitran , kita juga perlu mewujudkan suasana yang selamat di sekolah .
Nurul Shamera Balqis binti Radin Kamarul Affendy
Pada pendapat saya,masalah homoseksual adalah isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini. Seperti sedia maklum, hormoseksual merupakan hubungan seks atau bercinta antara jantina yang sama. Kes ini juga berlaku dikalangan rakyat Malaysia terutama dikalangan remaja sekolah. Walaupun perkara homoseksual ini jarang berlaku dikalangan sekolah harian biasa tetapi perkara ini sering berlaku dikalangan sekolah berasrama. Terjadinya perkara seperti ini dibawa oleh pelajar yang digelar sebagai tomboy/pengkid bagi pelajar perempuan manakala bagi pelajar lelaki digelar sebagai pondan/sotong. Golongan inilah yang menjadikan perkara homoseksual ini berlaku. Perkara ini terjadi disebabkan kurangnya didikan agama, dorongan ibu bapa dan juga pendidik. Walapun isu ini kurang di ketengahkan dimana-mana kerana peratusan mengambil tahu tentang perkara ini hanyalah segelintir masyarakat termasuklah saya .Fungsi falsafah mengajar kita untuk tidak berlaku songsang dalam sesebuah perkara tidak kiralah didalam perhubungan mahupun pelajaran. Ajaran agama Islam juga melarang umatnya berkelakuan songsang(homoseksual). Tidak terkecuali dengan agama lain mungkin mereka juga tidak mengajar ajaran seperti itu kepada penganutnya.Mungkin sebagai pendidik kita boleh membuat ceramah tentang isu homoseksual ini sebagai langkah awal pencegahan kepada pelajar di sekolah redah mahupun menengah.
Umi Maisarah binti Kasiran A20HP0273
Pada pendapat saya, isu penularan wabak covid 19 merupakan isu terkini yang menjejaskan sektor pendidikan di manapembelajaran dan pengajaran secara konvesional tertangguh. Hal ini telah menyebabkan semua pelajar terutamanya pelajar universiti terpaksa belajar secara alam maya di atas talian. Sememangnya  covid 19 telah memberikan kesan buruk kepada pelajar dari aspek kewangan, pengurusan masa, masalah kesihatan dan tekanan. Dari aspek kewangan, pelajar terpaksa mengeluarkan wang yang banya untuk membeli internet. Dari aspek pengurusan masa pula, pelajar terpaksa membahagikan masa untuk belajar dan bersama dengan keluarga memandangkan kini pelajar terpaksa duduk bersama keluarga. Tumpuan pelajaran melalui alam maya iaitu menghadap skrin laptop mahupun telefon bimbit akan merosakkan mata pelajar malahan pelajar akan berasa pening sekiranya sering melihat cahaya dari laptop. Pelajar turut berasa tekanan dalam pelajar atas talian di mana semua sumber pelajaran hanya dapat di cari melalui atas talian. Bagi keluarga yang tidak memahami kaedah belajar atas talian, pastinya pelajar akan merasa tekanan oleh keluarga kerana sering dipertikaikan bermain internet tanpa meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula, rangkaian talian yang tidak kuat turut memberikan tekanan terhadap pelajar. Oleh itu, dengan adanya falsafah dalam kehidupan pelajar terutamanya pelajar islam mereka pastinya sentiasa meminta pertolongan Allah dengan berdoa dan solat. Orang islam yang menuntut ilmu, akan mendapat kemudahan daripada Alla dan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. Jadi, masalah yang dihadapi oleh pelajar dapat dibendung dengan adanya kepercayaan dan keyakinan terhadap tuhan.
Raziq Hakimi Bin Roosli
Antara isu yang dihadapi oleh sistem pendidikan Malaysia dalam usaha mencapai hasrat kedudukan sepertiga teratas ialah kelemahan peranan pihak guru. Sistem pendidikan Malaysia amat sinonim dengan peranan seorang guru bagi mencapai keseimbangan dan kejayaan dalam apa jua bidang .Kemahiran seorang guru terletak pada pendekatan pedagogi yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, pengajaran merupakan sesuatu aktiviti yang kompleks dalam situasi dinamik. Kemahiran pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang jitu merupakan ciri guru berkualiti. Sesetengah golongan menyokong bahawa bidang pertama yang ditekankan selain kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kualiti guru. Namun demikian, kelemahan seorang guru dapat dilihat apabila berusaha mengkhatamkan sukatan pelajaran semata-mata. Guru sepatutnya menjadikan falsafah pendidikan kebangsaan sebagai pendorong dan pembimbing bukan seperti 'spoon feeding' yang hanya memberi impak sifat kebergantungan dalam diri pelajar. Dengan itu, ilmu falsafah dalam pendidikan merupakan satu kandungan yang membawa impak besar dalam melahirkan individu guru yang mampu merealisasikan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.
Muhamad Danial Arif Bin Kamarudin
Pada pendapat saya, isu pendidikan yang utama pada masa kini ialah keselamatan pelajar sekolah. Hal ini menjadi semakin serius  apabila kes ini meningkat dalam kalangan pelajar. Termasuklah kes buli, rogol, culik, ragut dan sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan, tidak termasuk kejadian jenayah yang dilakukan sendiri oleh pelajar seperti sedia maklum, baru-baru ini negara kita telah dikejutkan dengan berita kawan baik membunuh rakannya sendiri dengan kejam sehingga menyebabkan tangan mangsa terputus. Jadi dengan adanya falsafah dalam diri setiap pelajar, saya percaya masalah yang berlaku pada hari ini dapat dikurangkan. Hal ini demikian kerana apabila pelajar mendalami dan menghayati maksud falsafah, mereka akan lebih faham dan mempunyai sikap yang baik dalam diri mereka.
Muhd Fakrullah Izzuddin bin junaidi
Pada pendapat saya, isu pendidikan yang paling penting saat ini adalah Gejala sosial dan pergaulan bebas. Ini bukan sahaja berlaku di bandar malah dikampung juga. Contohnya berdasarkan pengalaman saya semasa bersekolah, setiap hari mesti ada kes disiplin yang melibatkan pelajar menengah atas dan menengah bawah. Contohnya, berdua duan, merokok, ponteng sekolah, melawan guru dan datang lewat. Bagi mengatasi masalah ini. Falsafah memainkan peranan yang penting dalam masalah ini iaitu memberikan matlamat dan tujuan hidup sebagai seorang pelajar mahupun lepasan. Sebagai contoh, memberikan falsafah kepada pelajar tentang menjaga hubungan dengan tuhan agar tidak melakukan perkara yang dilarang dan boleh memudaratkan diri kita sendiri. Falsafah juga bertujuan agar kita dapat memikir dengan sebaik mungkin tentang implikasi sesuatu perkara jika kita melakukannya.
Rozaidha binti Robi
Pada pendapat saya, isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini ialah pembelajaran secara alam maya yang berlaku disebabkan oleh krisis global akibat penularan wabak covid-19 pada masa kini menyebabkan para guru dan pelajar-pelajar perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian. Hal ini akan menyebabkan para pelajar kurang dapat memfokuskan diri ketika belajar secara online kerana mempunyai pelbagai gangguan. Oleh itu, falsafah berperanan dapat membantu dalam mencapai solusi kepada isu tersebut kerana ia berfungsi bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan berfikir secara baik. Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru dan pelajar menguasai teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Dengan ini, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi dalam talian bagi pembelajaran serta guru berperanan bagi memudahkan pembelajaran dalm talian ini dengan menyedikan video dan nota kepada para pelajar.
Muhammad Safwan Bin Abu Shairi
Pada pendapat saya, isu pendidikan yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan masalah pembelajaran secara atas talian. Masalah ini timbul apabila virus covid-19 memasuki negara kita. Ianya kerana Kebanyakan pelajar sekarang hanya boleh belajar secara atas talian. Ini desebabkan virus tersebut adala sangat merbahaya dan mudah pelajar-pelajar dijangkiti. Maka kerajaan telah membuat cara yang lain bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan baik dah faham seperti didalam kelas. Falsafah perlu diterapkan bagi memastikan semua pelajar belajar dengan baik dan bersungguh-sungguh. Kemudahan internet serta peranti seperti telefon, laptop mahupun tablet adalah di tahap yang kurang memuaskan bagi kebanyakan pelajar. Ini kerana tidak semua pelajar mempunyai internet yang baik. Jika dilihat apabila pelajar tersebut duduk di kampung yang internetnye kurang elok ianya akan menganggu fokus dan pembelajaran pelajar tersebut. Kebanyakan pelajar juga hanya boleh berkongsi peranti dengan adik beradik yang lain. Akhir kata, dengan adanya falsafah ianya dapat membantu pelajar-pelajar tersebut faham akan situasi yang melanda negara kita sekarang. Ianya dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar seperti apabila didalam kelas dan pihak kerajaan harus segera menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Haanii Annatasha Binti Mohd Azmi@Hyacinth
Pada pendapat saya, isu Pendidikan yang amat penting terkini adalah pergaulan bebas melalui media sosial yang memberi banyak kesan negatif terutamanya kepada remaja. Antara pergaulan bebas melalui media sosial ini adalah perjudian, foto atau video yang tidak senonoh, menggunakan aplikasi mencari kekasih dan pelbagai lagi. Selain itu, benda ini berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi ia juga berlaku di negara lain . Perbuatan ini boleh memburukkan nama negara terutamanya kepada negara kita ini kerana ia boleh mengakibatkan perkara buruk seperti difitnah, keruntuhan akhlak, mencemarkan imej keluarga, dan mengaibkan nama seseorang individu. Hal ini berlaku kerana terpengaruh daripada sikap ingin mencuba benda baru dan tidak dikawal penggunaan melalui ibu bapa. Oleh itu dengan adanya falsafah dapat memainkan peranan penting iaitu memberikan maklamat dan tujuan kepada seseorang itu. Untuk mengatasi masalah ini, seorang remaja itu perlulah menggelakkan membuat perkara tersebut dan merapatkan lagi hubungan dengan tuhan. Sebagai contoh, seorang remaja itu boleh mengisi masa lapang dengan membuat perkara yang berguna berbanding membuat perkara yang membuang masa sahaja. Dengan itu, ilmu falsafah dalam Pendidikan merupakan boleh memberi impak besar kepada remaja dan masyarakat.
Nurul Najihah Binti Mohd Shamsuddin
Pada pendapat saya, isu pendidikan yang berlaku pada masa kini ialah pembelajaran secara alam maya atau atas talian yang berlaku disebabkan oleh penularan wabak covid-19 pada masa kini yang menyebabkan para pelajar dan guru perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam sesi pembelajaran menerusi dalam talian. Para pelajar dan guru perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran yang dilakukan atas talian. Hal ini akan menyebabkan para pelajar kurang fokus ketika belajar secara online kerana mempunyai pelbagai gangguan seperti bunyi bising, internet yang kurang pantas dan sebagainya. Hal ini boleh menyebabkan para pelajar menjadi kemurungan atau stress. Oleh itu dengan adanya falsafah, falsafah mengajar kita untuk berfikir secara mendalam terhadap sesuatu perkara. Falsafah juga dapat membantu dalam mancapai penyelesaian yang terbaik kepada isu tersebut kerana ia berfungsi bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan berfikir secara baik. Jadi para pelajar perlulah berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan berkesan supaya tiada gangguan yang akan berlaku apabila pelajar sedang belajar atas talian dan para pelajar tidak akan menghadapi masalah kemurungan dan stress apabila belajar atas talian.
NUR NABILA BINTI JAMHARI
Pada pendapat saya, isu pendidikan yang berlaku pada masa kini ialah pembelajaran secara atas talian dan kemerosotan kesihatan mental pelajar semasa pembelajaran dilakukan. Hal ini disebabkan pandemik yang melanda 1 dunia dan pelajar sekolah serta institut pengajian tinggi tidak dibenarkan menghadiri kelas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 sehingga kini. Isu ini telah menimbulkan kesukaran terhadap guru, ibubapa dan pelajar. Ianya kerana tidak mempunyai proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat assignment atau kerja rumah sendiri. Kesihatan mental pelajar juga semakin merosot akibat pembelajaran di atas talian kerana tekanan yang dihadapi sewaktu pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya falsafah pendidikan, guru-guru seharusnya membantu pelajar-pelajar ini yang semakin ketinggalan dan mempunyai masalah akibat pembelajaran secara atas talian. Pihak kerajaan juga perlu mengambil inisiatif yang lain agar para pelajar dapat meneruskan pembelajaran dengan baik.
MOHAMAD FAIZ BIN MOHD HATA
Pendapat saya pula, isu pendidikan yang berlaku sekarang ialah guru terpaksa mengajar secara online. Isu yang berlaku ialah tidak semua pelajar dapat bersama-sama belajar dengan cara tersebut kerana mempunyai masalah rangkaian internet dan pelajar boleh memberi pelbagai alasan supaya tidak memasuki sesi online tersebut kerana merek malas atau sebagainya. Oleh sebab itu, falsafah dapat memainkan peranan penting kepada pelajar. Ini puncanya mengapa pendidikan di malaysia menerapkan nilai-nilai murni di dalam semua pendidikan supaya pelajar sentiasa bertanggungjawab ketika berada di rumah atau di luar kawasan sekolah, bukan hanya dapat menerapkan nilai murni ketika di sekolah sahaja. Dengan pendidikan nilai murni tersebut, pelajar boleh jujur untuk memasuki sesi online yang di buat oleh guru ketika negara kita di landa wabak seperti covid ini dengan tidak memberikan alasan.
Mohamad ishkandar
Pada pendapat saya,isu pendidikan yang berlaku pada masa ini ialah isu berkaitan pengaruh rakan sebaya. Pada masa ini,masalah sosial berkaitan dengan pelajar semakin meningkat.Peningkatan ini disebabkan pengaruh rakan sebaya yang memberi galakkan kepada perkara  yang tidak baik.Permasalahan yang sering dilakukan pelajar masa ini seperti pengambilan dadah,ponteng sekolah dan lain - lain lagi.Disamping itu,falsafah berfungsi sebagai salah satu bentuk permikiran yang rasional,logik dan pandangan yang benar.Dengan adanya falsafah,ia membantu pelajar untuk sentiasa berfikir sebelum melakukan perkara - perkara yang tidak baik.Oleh itu,guru harus membantu pelajar dalam memahami kepentingan falsafah dalam kehidupan.Ia bertujuan membantu pelajar dalam membuat sesuatu keputusan.
Nur Wahida Amalin Binti Muhammad Helmi Kannan
Pada pendapat saya, isu pendidikan yang berlaku pada masa kini ialah pembelajaran dilakukan sepenuhnya di atas talian. Hal ini berlaku disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara Malaysia sehingga kini. Isu ini menyebabkan kesukaran terhadap pelbagai pihak iaitu guru, pelajar dan ibu bapa kerana semua pembelajaran dijalankan dalam talian. Pelbagai masalah yang timbul seperti tekanan dan depresi dalam kalangan pelajar, rangkaian Internet yang kurang memuaskan, persekitaran yang tidak kondusif dan pelajar kurang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran. Oleh yang demikian, dengan adanya falsafah, ia memainkan peranan yang penting dalam hidup seseorang dengan memberikan matlamat dan tujuan dalam kehidupan mereka. Falsafah juga dapat membantu seseorang menyelesaikan sesuatu masalah serta dapat membuatkan mereka berfikir secara rasional apabila melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, masalah yang timbul semasa pembelajaran dalam talian ini dapat diatasi dengan adanya falsafah.
Muhamad Zafar Iqbal Bin Zulkifly
Pada pendapat saya,  isu pendidikan yang berlaku pada masa kini ialah pelajar ketinggalan dalam ilmu pendidikan. Penularan Covid-19 telah memberhentikan sesi pembelajaran seketika di institusi pendidikan samaada di sekolah mahupun di universiti. Hal ini menyebabkan ilmu yang harus diperolehi oleh pelajar pada ketika itu tidak dapat disampaikan. Namun masalah itu telah ditangani iaitu mengadaptasikan pembelajaran atas talian. Bagaimanapun masih ada sesetengah pihak berpendapat bahawa pembelajaran ini terlalu baru untuk diterapkan dalam kehidupan pelajar pada masa ini sehingga penyampaian ilmu pendidikan kurang berkesan. Ada juga sesetengah pelajar yang kurang bernasib baik kerana tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran atas talian kerana kemudahan yang sukar diperolehi seperti rangkaian internet yang baik dan peralatan teknologi seperti Laptop atau telefon bimbit. Hal ini memberi kesan yang sangat besar kepada pelajar terutama pelajar yang berada di kawsan pedalaman serta pelajar yang miskin atau kurang berkemampuan. Hal ini menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam ilmu pendidikan.
Falsafah amat penting dalam menangani masalah ini seperti pendidik yang terdiri dari guru atau pensyarah dapat berfikir secara rasional dan berkesan dalam menarik minat pelajar untuk melalui sesi pembelajaran atas talian. Dengan ini pelajar tidak akan ketinggalan dalam pembelajaran. Pelajar juga harus mempunyai minat dalam mencari ilmu pengetahuan sekaligus mereka tidak akan berputus asa dan akan berusaha untuk mendapatkan ilmu melalui sumber yang mudah diperolehi menyebabkan mereka tidak akan ketinggalan dalam pembelajaran. Ibu bapa juga berperanan penting dalam memberi ilmu samaada ilmu salsiah diri dan juga kerohanian di rumah kerana pada masa ini pelajar akan berada dirumah sepanjang masa. Oleh itu, ibubapa dapat memberikan didikan bermoral untuk dijalani oleh pelajar itu pada masa akan datang. Dengan ini , pelajar itu juga tidak akan ketinggalan dalam pembelajaran moral hidup yang harus diterapkan dalam kehidupan.
HAJAR FATINI BT MD YUSOFF
pada pendangan saya, isu pendidikan yang sedang terkenal kini ialah keadah pembelajaran diatas talian. Hal ini dikatakan demikian kerana situasa pendemik covid-19 yang sedang giat menular di seluruh negara termasukkan negara Malaysia. Virus ini telah menyebabkan kadar kematian didalam negara meningkat. oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif supaya semua golongan termasuk pelajar dan guru untuk mengadakan sesi pembelajaran dan pengajaran secara atas talian. Isu ini boleh menyebabkan kesihatan mental dan fizikal pelajar terjejas secara langsung mahupun tidak langsung. Kesihatan mental pelajar amat penting pada ketika ini. terdapat kesan buruk apabila kesihatan mental pelajar terjejas seperti pelajar kurang fokus dalam sesi pembelajaran berlangsung dan pelajar juga tidak mengambil perhatian terhadap tugasan kerja yang diberikan. Hal ini jiga terus berlanjutan berlaku akan mengakibatkan keputusan peperiksaan pelajar berada dalam keadaan yang tidak baik. Oleh itu dengan adanya falsafah ia akan memberi kesan yang positif jika diterapkan dalam diri seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana falsafah membantu kita untuk menjadi seorang yang mempunyai tujuan dan matlamat dalam kehidupan. Falsahah juga membantu kita untuk berfikir secara rasional bagi menguatkan semangat diri untuk terus belajar dan berjaya dalam kehidupan walaupun terdapat pelbagai cabaran dan ujian yang kita perlu tempuhi.
MUHAMMAD FADZRIL HARITH BIN MOHAMMAD FADZIL
Bagi saya, isu pendidikan yang amat dipandang berat oleh pelajar-pelajar sekolah dan universiti adalah ketidakstabilan rangkaian internet apabila melakukan online class. Disebabkan rangkaian internet yang teruk dan langsung tidak dapat untuk bersemuka secara online membuatkan para pelajar terlepas dan tidak dapat belajar bersama-sama dalam satu-satu masa. Bukan sebab itu sahaja, segelintir pelajar yang malas dan tidak mengambil berat akan kelas online ini adalah pelajar yang sering memberikan alasan yang tidak logik dan tidak wajar. Oleh itu, falsafah merupakan watak utama dan peranan penting kepada pelajar-pelajar supaya dengan adanya falsafah, mereka dapat menerapkan nilai-nilai yang baik untuk dicontohi dan sentiasa mengambil berat serta bertanggungjawab melaksanakan tugasan sebagai seorang pelajar tidak kira di mana pun mereka berada. Kesimpulannya, jika pelajar-pelajar tersebut disematkan nilai-nilai murni dalam jiwa mereka, nescaya mereka boleh jujur untuk memasuki kelas online dengan tidak memberikan alasan yang sia-sia walaupun kita berada dalam pandemik Covid-19. ^^
MOHAMAD AMIRUL BIN NOOR NAIM
Pada pendapat saya, isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini ialah pembelajaran dalam era covid-19 ini.Sepertimana yang kita ketahui, proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian.Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet dilarang dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknya apabila peranti telekomunikasi tersebut menjadi asas apabila dunia pendidikan berada dalam alam maya.Krisis wabak covid-19 ini bukan sahaja menyebabkan pengajaran dan pembelajaran secara konvensional tertangguh malah memberi cabaran kepada guru dan pelajar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan yang baharu iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dilaksanakan secara atas talian.Falsafah pendidikan juga ada menyatakan tentang lifelong learning iaitu pembelajaran sepanjang hayat.Oleh itu, kita tiada alasan untuk tidak menimba ilmu walaupun secara atas talian.Kita perlu bijak untuk memanfaatkan teknologi dan aplikasi yang sedia ada untuk menjadikan proses PnP berjalan lancar.Konteks pendidikan masa kini memerlukan pelajar dan guru menguasai serta mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
BOY DE FREDDIE J.
Pada pendapat saya, isu pendidikan utama masa kini adalah isu keberkesanan pembelajaran online. Saya yakin bahawa keberkesanan pembelajaran ini melibatkan pihak pentadbir sekolah, barisan pendidik, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Isu ini memang sukar untuk diatasi secara menyeluruh. Sebagai di kawasan saya (Kampung Pantai, Pitas Sabah) yang memang sinonim dengan ketidaklancaran internet, gangguan elektrik dan gangguan bekalan air. Hal ini menjadi salah satu kekangan untuk menjadi proses PdP dilakukan. Berdasarkan pemerhatian saya, kesan pembelajaran online terhadap pelajar amat jauh berbeza dengan pembelajaran bersemuka. Ini kerana, terdapat ibu-bapa yang tidak dapat membimbing anak-anak mereka dalam pembelajaran kerana melakukan kerja untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, berdasarkan pembelajaran kita berkaitan dengan falsafah, solusi yang terbaik untuk memastikan pengetahuan anak-anak tidak terbantut, guru dan ibu bapa haruslah bekerjasama untuk memastikan generasi lebih berketerampilan dan seimbang dari segi JERIS.
MUHAMMAD NUR HAIQAL
Pada pendapat saya isu pendidikan yang utama pada waktu ini kebertanggungjawaban terhadap pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Pada masa ini sesi yang sepatutnya dilakukan secara bersemuka dijalankan secara online,maka hal ini akan dipandang secara remeh oleh segelintir pelajar mahupun pengajar.Sebagai contoh, seorang murid perlu mengakses aplikasi webex,zoom, google meets dan sebagainya untuk sesi pembelajaran namun pelajar tersebut mengambil jalan mudah dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai akses untuk sesi tersebut.Secara tidak langsung hal ini berkaitan dengan etika tetapi jika benar pelajar tersebut kekurangan prasarana seperti tidak mempunyai akses internet, tiada talian internet,mahupun alat-alat yang sesuai untuk digunakan maka pelajar tersebut tidak boleh dipersalahkan.
MUHAMMAD ARIF NAQIUDDIN BIN MOHD NOOR
Pada pendapat saya, isu pendidikan yang terkenal pada masa kini ialah perubahan sikap pelajar yang menjadi semakin laberal. Hal ini kerana di era penuh kemodenan ini, sikap pelajar yang semakin agresif berpunca daripada pengaruh melalui televisyen dan internet menjadikan mereka terikut-ikut dengan budaya negatif yang ditayangkan. Perkara ini sekaligus menimbulkan masalah di sekolah apabila mereka melanggar peraturan dan undang-undang sekolah Jadi, kita perlulah menerapkan nilai nilai murni dan falsafah kehidupan di dalam diri mereka agar dapat membantu mereka dalam menangani sikap negatif sekali gus menjadikan mereka lebih menghormati guru justeru berjaya didalam kehidupan.
AHMAD NURIMAN BIN ZAINAL
Pada pandangan saya, isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini ialah kualiti pendidikan rakyat Malaysia di luar bandar. Saya telah lihat di media sosial banyak guru-guru dan juga murid-murid mempunyai masalah ketika ingin pergi ke sekolah seperti terpaksa melintas sungai dan sebagainya. Selain itu, kemudahan asas di kawasan luar bandar juga tidak lengkap seperti bekalan elektrik dan air bersih. Oleh itu, kekurangan kemudahan asas akan membantutkan kualiti pendidikan kerana persekitaran murid-murid untuk menuntut ilmu tidak selesa dan kekurangan bekalan elektrik akan menyukarkan untuk mengakses maklumat terkini berkaitan pendidikan. Justeru itu, bagi saya kewujudan falsafah amatlah penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini kerana apabila kerajaan atau pihak bertanggungjawab mempunyai falsafah kendiri, perkara-perkara diatas dapat dielakkan seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan diluar bandar.
GOH PEI YING Pada pendapat saya, isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini ialah isu penutupan semua sekolah di Malaysia. Sebabnya ialah peningkatan kes Covid-19 semakin menular di Malaysia. Pihak kerajaan terpaksa mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada kawasan zon merah. Semua sekolah juga ditutup hingga tahun depan. Dengan ini, penutupan sekolah berpanjangan memberi impak besar pada pendidikan dan masa hadapan pelajar. Hal ini kerana, semua pelajar terpaksa belajar secara atas talian di rumah. Masalahnya ialah banyak pelajar menghadapi kekekangan internet yang terutamanya pelajar yang tinggal di kawasan dalaman. Bukan ini sahaja, pelajar yang mengambil peperiksaan penting iaitu SPM atau SPTM terpaksa menghadapi masalah penangguhan tarikh peperiksaan. Dengan ini,pelajar akan menghilangkan momentum untuk belajar. Emosi kebimbangan pelajar terhadap bila boleh menghabiskan peperiksaan akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk fokus mengulangkaji. Kemungkinan yang besar, pelajar akan berhenti sekolah untuk bekerja.Oleh itu, sekiranya seseorang mengetahui falsafah pendidikan, dia akan mempunyai sikap yang rasional dalam menilai sesuatu baik atau buruk iaitu dia tahu perlu belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun suasana yang berlainan. Seterusnya, falsafah pendidikan juga membantu seseorang berfikir dengan tepat dan logik supaya boleh menyerap ilmu pengetahuan yang betul. Oleh itu,saya percaya falsafah pendidikan boleh dapat membantu dalam mencapai solusi kepada isu ini.
NUR FARHAH ILYANI BINTI MUZAINI
Pada pendapat saya, isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini ialah pembelajaran di rumah semasa penutupan sekolah disebabkan pandemik Covid-19. Rata-rata negeri-negeri di Malaysia mempunyai peningkatan kes-kes Covid-19 yang menyebabkan pihak kerajaan membuat keputusan untuk menutup semua sekolah yang terlibat buat sementara waktu demi keselamatan rakyat. Oleh yang demikian, para pelajar diminta belajar di rumah secara atas talian. Masalah yang timbul apabila pembelajaran atas talian bermula ialah para pelajar perlu menggunakan banyak data internet yang perlu dibayar dengan kadar yang tinggi pada sesetengah pakej internet. Disebabkan masalah tersebut, para pelajar menjadi kurang minat untuk belajar dan belajar sambil lewa. Oleh itu, dengan adanya falsafah pada diri dan ingatan para pelajar menyebabkan mereka bersungguh-sungguh untuk belajar walaupun perlu menggunakan data internet yang banyak. Bagi mereka, walaupun menggunakan data yang banyak, ilmu yang mereka harus pelajari adalah lebih penting dalam hidup mereka. Dengan adanya falsafah juga dapat mendidik pelajar untuk sentiasa berfikiran positif dan dapat membentuk jati diri pelajar yang mempunyai jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial yang seimbang!
MUHAMMAD NAGUIB HELMI
Pada pendapat saya , isu pendidikan yang paling penting dan terkini bagi semua peringkat adalah ketidakselesaan ketika berlangsungnya sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) . Hal ini demikian kerana , dengan norma baru dalam pandemik Covid-19 , bagi tenaga pengajar dan pelajar dikehendaki untuk mengharungi dalam konsep atas talian (online) melalui rumah masing-masing. Terdapat banyak permasalahan yang sering diketengahkan dan sering mengganggu sesi PdP tersebut . Antaranya ialah sukar untuk mendapat Internet yang laju yang membolehkan mereka menghadiri kelas atas talian tersebut . Selain itu , Prasarana yang tak bersesuaian untuk dijadikan tempat belajar , suasana yang tidak tenang dan sebagainya itu akan membuatkan pelajar dan pengajar mengalami gangguan emosi , tidak fokus dan akan menyebabkan kurang mendapat impak daripada kelas tersebut. Namun , dengan adanya penghayatan terhadap falsafah , setiap perlakuan yang negatif tidak akan berlaku atau boleh dikurangkan kerana falsafah mengajar kita untuk sentiasa mempositifkan diri dan berfikiran secara realistik . Oleh itu , setiap lapisan masyarakat yang terlibat dengan sesi PdP ini akan lebih bersemangat dan mampu mengharungi dengan baik .
Mohamad Mustaqim Bin Mohd Samadi
pada pendangan saya, isu pendidikan yang sedang terkenal kini ialah keadah pembelajaran diatas talian. Susulan dari penularan wabak Covid-19 pada masa kini, pembelajaran online kini diperluaskan dan kebanyakkannya (dari Institut Pengajian Tinggi ke Institut Latihan Kemahiran) sehingga penghujung tahun 2020 ini.  Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam mengaplikasikan pembelajaran online ini. Cabaran yang pertama adalah capaian kepada kemudaham internet Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian ini. Pelajar perlu membeli perisian terkini untuk mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi. Ini mungkin menyukarkan pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar secara berkesan kerana kekurangan kemudahan akses internet berbanding dengan mereka yang mampu membeli segala perisian serta internet berkelajuan tinggi.Cabaran kedua tiada kemudahan komputer dan telefon. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, yang tiada kemudahan gajet ini pasti menyukarkan mereka untuk mengikuti segala pembelajaran dalam talian yang diusahakan oleh para pengajar dan seterusnya akan menyebabkannya ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Namun , dengan adanya penghayatan terhadap falsafah , ia dapat membantu seseorang menyelesaikan sesuatu masalah serta dapat membuatkan mereka berfikir secara rasional apabila melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, masalah yang timbul semasa pembelajaran dalam talian ini dapat diatasi dengan adanya falsafah.
MUHAMMAD FATHUL AZMI BIN KAMARUDIN
Pada pendapat saya , isu pendidikan yang berlaku pada masa kini iaitu sesi pembelajaran atas talian . Hal ini dikatakan demikian kerana ianya disebabkan wabak virus yang melanda dunia pada ketika ini . Sesi pembelajaran secara besemuka tidak dapat dijalankan akibat penularan virus tersebut dan sebagai langkah berjaga jaga untuk tidak dijangkiti wabak ini , kerajaan telah menetapkan bahawa pelajar akan menggunakan pembelajaran atas talian untuk meneruskan sesi pembelajaran . Pembelajaran atas talian adalah satu cara yang memudahkan untuk kita berkomunikasi dan belajar . Namun ianya sedikit sebanyak mempunyai kesan negatif terhadap pelajar . Pelajar terpaksa menggunakan data internet yang banyak namun ianya tidak menjadi masalah kepada pelajar yang mempunyai wifi dirumah akan tetapi pelajar yang terjejas ialah pelajar yang menggunakan data internet sendiri . Selain itu , sesetengah kawasan yang tiada dan susah untuk mendapatkan rangkaian internet juga merencatkan semangat pelajar untuk menjalankan sesi pembelajaran atas talian . Di samping itu , ada juga pelajar yang menunjukan sikap kurang minat terhadap pembelajaran atas talian kerana mereka berasa cara ini menyusahkan dan menggunakan duit yang banyak untuk membeli data internet . Oleh itu , pelajar akan berasa malas dan menunjukkan sikap sambil lewa ketika sesi pembelajaran dijalankan . Namun begitu , dengan adanya falsafah dalam diri dan ingatan pelajar , mereka berusaha untuk meneruskan sesi pembelajaran kerana ilmu yang pelajar akan dapat tidak ternilai harganya berbanding dengan data yang dibeli . Dengan adanya falsafah , pelajar dapat dididik menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab , amanah , berfikiran terbuka dan melatih serta membentuk pelajar dari segi jasmani , rohani dan intelektual .
Pada pendapat saya,isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini ialah ketaksamaan peluang pendidikan. Hal ini kerana wujudnya kepelbagaian kaum di malaysia. Menurut pandangan saya,falsafah dapat membantu mencapai solusi kepada isu tersebut dengan cara melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah
NOORAFHAM BIN NOORAZMAN
Pada pendapat saya, isu Pendidikan utama yang berlaku pada masa kini ialah Pendidikan yang dilakukan secara maya dan ia merupakan cabaran baru kepada para guru diluar sana. Hal ini kerana kebiasaannya proses pengajaran yang dilakukan di sekolah telah ditukar dengan proses pengajaran dilakukan dari rumah akibat penyakit COVID-19. Ini memberi tamparan yang hebat kepada guru untuk menguasai dan mempunyai literasi teknologi  komunikasi dan maklumat (ICT). Namun sebagai seorang guru yang berfalsafah mereka perlu memikirkan cara untuk memastikan penyampaian ilmu itu tetap diteruskan walaupun kita tahu akan kekangan dalam Pendidikan dalam talian. Ada antara pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah dan tidak menghadiri kelas di dunia maya kerana ada diantara mereka yang internetnya tidak dapat diakses dengan baik kerana Kawasan di rumah mereka capaian internetnya terlalu lemah. Oleh itu sebagai guru yang prihatin dan bertanggunjawab , guru boleh menelefon ibu bapa murid yang diajar untuk menyampaikan maklumat kerja rumah yang diberi atau menghantar tugasan dalam aplikasi whatsapp dalam kumpulan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) manakala yang tiada akses , guru sendiri akan menghantar tugasan kepada mereka secara bersemuka.
JUDE RUSSEL
Pada pendapat anda, apakah isu pendidikan utama yang berlaku pada masa kini? Dengan mengambil kira perbincangan mengenai fungsi falsafah sebentar tadi, bagamanakah falsafah  dapat membantu dalam mencapai solusi kepada isu tersebut? Kongsikan pandangan anda.
-Pada pendapat saya , isu pendidikan yang utama berlaku pada masa ini adalah pembelajaran secara atas talian iaitu sama ada berkesan kepada pelajar atau pun sebaliknya. Ia menjadi isu yang hangat kerana tidak semua pelajar berada di kawasan yang mempunyai jaringan internet yang kuat . Sebagai contoh di tempat saya sendiri iaitu di kota marudu,sabah , terdapat banyak kawasan lagi yang tidak mempunyai jaringan internet yang kuat dan ini sangat memberi kesan yang buruk kepada pelajar . Antara kesan tersebut adalah pelajar tidak dapat menjalani pembelajaran seperti yang telah ditetapkan oleh guru mereka , pelajar juga akan mengalami kesukaran dalam memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru kerana jaringan internet yang tidak kuat menyebabkan pengajaran secara atas talian itu terputuss-putus. Oleh itu , saya berpendapat cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah guru dan ibu bapa harus bekerjasama untuk memastikan pembelajaran anak-anak mereka dapat diteruskan . Sebagai contoh , saya percaya setiap guru akan memberikan latihan kepada pelajarnya setelah membincangkan sesuatu topik , oleh itu dalam memastikan pelajar itu melaksanakan tugasan tersebut , ibu bapa perlu melakukan pemerhatian terhadap tugasan yang diberi . Dengan itu , walaupun pembelajaran hanya dilakukan secara atas talian , pelajar masih boleh mendapat input mengenai topik yang dibincangkan melalui latihan yang diberikan.
Pada pandangana saya , isu pendidikan yang berlaku sekarang ialah guru terpaksa mengajar secara online. Isu yang berlaku ialah tidak semua pelajar dapat belajar dengan cara online tersebut kerana mempunyai masalah rangkaian internet atau kekurangan bahan untuk mengakses secara online dan berkemungkinan besar disebabkan perkara tersebut akan mengakibatkan para pelajar susah untuk memahami dalam subjek yang sedang dipelajari.
Shamsul
Pada pandangan saya, isu pendidikan yang berlaku sekarang ialah kes dimana guru tidak menghormati pelajar serta tidak mengamalkan etika perguruan semasa proses pengajaran. Mereke terlalu mengikut emosi dan perasaan mereka sehingga gagal dalam mengawal diri contohnya seorang guru menampar pelajarnya kerana terlalu marah kerana pelajarnya tidak menyiapkan kerja rumahnya. Namun begitu, apabila seorang guru itu memegang teguh kepada falsafah pendidikan yang telah diajar dan diterap semasa dipelajari di zaman universiti dahulu, kes seperti di atas tidak akan berlaku. Ini kerana falsafah pendidikan mementingkan seorang guru untuk sentiasa bersabar dan bertindak profesionalism semasa proses pengajaran. Kesimpulannya, hampir semua isu pendidikan sekarang dapat diselesaikan sekarang sekiranya semua guru di Malaysia memegang teguh kepada konsep falsafah pendidikan negara.
MATRONATI MEL
Pada pendapat saya, isu utama yang berlaku di pendidikan sekarang ialah pembelajaran atas talian. seperti yang kita sedia maklum, negara kita dan juga seluruh negara di serata dunia telah dilanda oleh penyakit yang meragut nyawa iaitu Covid-19. oleh sebab hal yang tida dapat dielakkan, murid-murid telah diarahkan untuk terus berkurung di rumah , "stay at home" sepanjang pihak pihak yang terlibat menangani kes-kes penyakit yang berbahaya ini dan guru- guru tidak cuti sepanjang tempoh PKP berlangsung, akan tetapi mereka diarahkan untuk terus mengajar pelajar melalui atas talian. Ini merupakan satu cabaran yang besar untuk guru-guru terutamanya guru yang agak berusia. Namun begitu, melalui penerapan falsafah yang telah diajar dan dipelajari oleh guru-guru, mereka perlu mencari jalan untuk menjalankan kelas, latihan dan sebagainya secara atas talian supaya pelajar akan sentiasa belajar walaupun berada di rumah. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat beberapa masalah yang akan timbul ketika belajar secara atas talian kerana terdapat segelintir pelajar yang mempunyai masalah internet di rumah dan juga terdapat ibu bapa yang kurang mampu membiayai telefon pintar dan data untuk anaknya. Sebagai seorang pendidik yang berfalsafah, guru perlu memberi perhatian kepada pelajar yang tidak menghantar kerja ataupun jarang masuk ke kelas atas talian. mereka perlulah sentiasa memerhati anak muridnya dan menghubungi ibubapa atau pelajar untuk kepastian. Jika terdapat masalah seperti data dan masalah yang sebagainya yang membuatkan pelajar tidak dapat hadir kesemua kelas, guru-guru haruslah memaklumkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut seperti memberi bantuan dan sebagainya. seorang pendidik haruslah peka terhadap pelajarnya dan perlu memastikan pelajarnya sentiasa mendapat ilmu darinya sepanjang pembelajaran.
MUHAMMAD AFIF SYAZANI
Pada pendapat saya, akibat berlakunya pandemik Covid 19 ini,ia telah membawa pelbagai perubahan kepada setiap institusi pendidikan dalam negara tidak kira di sekolah ataupun Universiti.Oleh sebab itu, ia telah memberi cabaran baharu kepada pendidik akibat norma baharu serta kewajiban mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan contohnya pengajaran melalui online dan jarak yang agak jauh oleh guru dan pelajar.Oleh yang demikian pelajar akan menerima banyak impak  negatif daripada perkara seperti ini yang akan membawa gangguan kepada pembelajaran pelajar contohnya seperti mengantuk ,hilang minat, tidak faham dan sebagainya.Perkara seperti ini agak sukar diselesaikan  kerana ia memerlukan kerjasama daripada kedua belah pihak agar memberikan sepenuh komitmen untuk mendapatkan hasil yang baik.Tidak lupa juga pendidik perlu mengenal pasti teknik pengajaran yang betul mengikut norma baharu ini bagi memastikan pelajar tidak terbeban dengan pembelajaran tersebut.