ANALISIS HADITH WAKTU DHUHA by FARIS HIRZIE

ANALISIS HADITH-HADITH TENTANG WAKTU DHUHA
Kumpulan 10 terdiri daripada 3 orang pelajar dari Sains Gunaan Pengajian Islam (SGPI) Tahun 3

FARIS HIRZIE BIN ZAINUDIN AZMAN  (17141135)

Peranan :

Mengkaji metodologi pengkaji terdahulu untuk mengetahui pola dan gambaran awal terhadap hadith waktu dhuha

Menulis Pengenalan dan Definisi

Analisis Hadith Topik 1 (Tombak) & 2 (Waktu Afdal)

Mengkaji Syarah Hadith

MUHAMMAD GHAZI AIMAN BIN MOHAMMAD AIDI (17117520)

Peranan:
1. Analisis Hadith Topik 3 (Dhuha seperti akhir Asar)
2. Mengkaji persoalan fiqh berkaitan Solat Dhuha

ABDUL HAKIM BIN MOHAMAD (17105640)

Peranan:
1.Menghubungkaitkan waktu Subuh, Syuruk dan Dhuha secara umum.
2.Analisis penentuan waktu Dhuha berdasarkan ketinggian tombak berdasarkan ilmu astronomi.
3.Analisis penentuan waktu Dhuha berdasarkan akhir waktu Asar berdasarkan ilmu astronomi.

Latar belakang Topik
Masyarakat secara umumnya mengetahui bahawa agama Islam menuntut seseorang untuk melaksanakan solat sunat dhuha pada siang hari. Justeru itu, pengetahuan terhadap bilakah masuk waktu dhuha dan pengakhirannya adalah penting bagi seseorang sebelum melaksanakan ibadah tersebut agar ianya diterima oleh Allah S.W.T. Persoalannya, adakah waktu dhuha itu sekadar merujuk kepada waktu siang hari tanpa dibatasi oleh mana-mana waktu? Maka untuk menjawab persoalan ini, kita perlu kembali merujuk kepada petunjuk nas iaitu al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber ilmu pengetahuan untuk memahami asas sesuatu syariat ditetapkan.

Al-Quran menyebutkan perkataan dhuha secara umum maknanya tanpa diterangkan batas waktu tersebut. Manakala apabila melihat kepada petunjuk hadith, kita akan mendapati bahawa di sana terdapat banyak hadith yang menceritakan tentang galakan, anjuran, dan kelebihan untuk melaksanakan solat dhuha. Akan tetapi terdapat juga beberapa hadith yang menerangkan perincian waktu dhuha yang melibatkan kepada perbahasan mengenai waktu-waktu yang diharuskan dan ditegah untuk melakukan solat. Ini kerana waktu dhuha itu sendiri dibatasi oleh dua waktu yang ditegah untuk melakukan solat sunat.

Tujuan pengkaji-pengkaji melakukan kajian ini adalah untuk membentangkan analisis terhadap hadith-hadith tentang waktu dhuha untuk memahami penetapan waktu dhuha secara mendalam serta memahami perbincangan ulama fiqh dalam tuntutan melaksanakan solat sunat dhuha. Melalui pemahaman ini, seterusnya para pengkaji dapat memahami bagaimana para ilmuan astronomi memformulasikan waktu dhuha berdasarkan pemahaman terhadap hadith.

Perbincangan, Topik dan Sub Topik kepada tajuk termasuklah:
Sorotan analisis terhadap teks-teks al-hadith tentang waktu dhuha dalam kitab-kitab hadith boleh dikategorikan kepada beberapa topik. Pengkategorian ini adalah pemahaman penyelidik-penyelidik berdasarkan penjelasan daripada sharh al-hadith dan kitab fiqh. Berikut merupakan taburan hadith-hadith mengikut topik-topik yang telah dikenalpasti.

Larangan Solat Ketika Matahari Terbit Sehingga Ia Terbit Kira Kira Satu Atau Dua Tombak (5 Hadith)

Waktu Utama/Afdal Melaksanakan Solat Dhuha ( 3 Hadith)

Ketinggian Matahari Pada Awal Waktu Dhuha Sama Dengan Ketinggian Matahari Menjelang Akhir Asar. (2 Hadith)

Perbahasan dhuha dalam hadith kebanyakkannya menjelaskan tentang anjuran, kelebihan dan keutamaan melakukan Solat Sunat Dhuha antaranya Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan Solat Dhuha.

Namun jika diteliti, kita akan mendapati terdapat juga hadith-hadith yang membicarakan tentang waktu dhuha terutamanya pada perbahasan waktu yang diharamkan dan diharuskan melakukan solat sunat.
Berdasarkan maklumat di atas, terdapat tiga (3) topik yang boleh dikategorikan bagi hadith-hadith yang membicarakan tentang waktu dhuha. Topik pertama adalah larangan solat ketika matahari terbit kira kira satu atau dua tombak dan mempunyai lima (5) hadith. Topik kedua pula adalah waktu utama/afdal melaksanakan solat dhuha yang mana mempunyai hanya tiga (3) hadith. Bagi topik ketiga iaitu ketinggian matahari pada awal waktu dhuha sama dengan ketinggian matahari menjelang akhir asar mempunyai dua (2) hadith.

Teks-teks al-hadith yang diketengahkan ini adalah dengan mengambil kira matan dan riwayat yang berbeza antara satu sama lain. Selanjutnya merupakan perincian dan penjelasan bagi setiap topik seperti berikut:

Indeks Hadith
Bagi mengenalpasti hadith-hadith berkaitan tentang waktu dhuha, terlebih dahulu penyelidik membuat pencarian terhadap hadith-hadith yang berkaitan dhuha dan waktu yang diharuskan dan ditegah untuk melaksanakan solat dalam kitab-kitab hadith yang berautoriti dalam pengajian Islam. Oleh itu, Jadual di bawah merupakan taburan hadith-hadith berkaitan waktu dhuha dalam kitab-kitab hadith. Taburan ini mengambil kira matan hadith yang berulang dalam setiap kitab.

Metodologi/ Kaedah Tahkrij Hadith
Antara kata kunci yang digunakan dalam mentakrij hadith waktu dhuha ialah perkataan dhuha, tombak atau rumhin, serta perbincangan hadith di dalam bab waktu yang diharuskan dan ditegah melakukan solat sunat. Seterusnya para pengkaji menganalisis kitab syarah hadith berdasarkan hadith tersebut serta mengupas dari sudut perspektif  fiqh dan astronomi. Akhir sekali, para pengkaji membuat kesimpulan berdasarkan dapatan kajian.

ANALISIS TOPIK PERTAMA : LARANGAN SOLAT KETIKA MATAHARI TERBIT SEHINGGA IA TERBIT KIRA KIRA SATU ATAU DUA TOMBAK
Hadith Pertama :

أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ أَنْبَأَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ قَالَ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو يَحْيَى سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ وَضَمْرَةُ بْنُ حَبِيبٍ وَأَبُو طَلْحَةَ نُعَيْمُ بْنُ زِيَادٍ قَالُوا سَمِعْنَا أَبَا أُمَامَةَ الْبَاهِلِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ يَقُولُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ مِنْ سَاعَةٍ أَقْرَبُ مِنْ الْأُخْرَى أَوْ هَلْ مِنْ سَاعَةٍ يُبْتَغَى ذِكْرُهَا قَالَ نَعَمْ إِنَّ أَقْرَبَ مَا يَكُونُ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ الْعَبْدِ جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرَ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَكُونَ مِمَّنْ يَذْكُرُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فِي تِلْكَ السَّاعَةِ فَكُنْ فَإِنَّ الصَّلَاةَ مَحْضُورَةٌ مَشْهُودَةٌ إِلَى طُلُوعِ الشَّمْسِ فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بَيْنَ قَرْنَيْ الشَّيْطَانِ وَهِيَ سَاعَةُ صَلَاةِ الْكُفَّارِ فَدَعْ الصَّلَاةَ حَتَّى تَرْتَفِعَ قِيدَ رُمْحٍ وَيَذْهَبَ شُعَاعُهَا ثُمَّ الصَّلَاةُ مَحْضُورَةٌ مَشْهُودَةٌ حَتَّى تَعْتَدِلَ الشَّمْسُ اعْتِدَالَ الرُّمْحِ بِنِصْفِ النَّهَارِ فَإِنَّهَا سَاعَةٌ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَتُسْجَرُ فَدَعْ الصَّلَاةَ حَتَّى يَفِيءَ الْفَيْءُ ثُمَّ الصَّلَاةُ مَحْضُورَةٌ مَشْهُودَةٌ حَتَّى تَغِيبَ الشَّمْسُ فَإِنَّهَا تَغِيبُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ وَهِيَ صَلَاةُ الْكُفَّارِ.

Maksudnya: Telah mengabarkan kepada kami Amr bin Manshur dia berkata; Telah memberitakan kepada kami Adam bin Abu Iyyas dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Al Laits bin Sa'ad dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah bin Shalih dia berkata; Telah mengabarkan kepadaku Abu Yahya Sulaim bin Amir dan Dlamrah bin Habib dan Abu Thalhah Nu'aim bin Ziyad mereka berkata; Kami mendengar Abu Umamah Al Bahili berkata; Saya mendengar Amr bin Abasah berkata; "Wahai Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam, apakah ada waktu yang lebih dekat (kepada Allah) dari pada yang lain? Atau apakah ada waktu yang lebih baik untuk berdzikir kepadanya?" Beliau Shallallahu'alaihi wasallam menjawab; "Ya, waktu yang paling dekat antara Allah Azza wa Jalla dengan hambanya adalah pertengahan malam yang terakhir. Jika engkau mampu menjadi bagian dari orang yang berdzikir kepada Allah pada waktu itu, lakukanlah, karena ketika itu dihadiri dan disaksikan (oleh para malaikat) sampai matahari terbit. Dan matahari terbit di antara dua tanduk setan dan itulah waktu ibadahnya orang-orang kafir, maka tinggalkanlah shalat hingga matahari mulai meninggi seukuran tombak dan sinarnya mulai menyebar. Kemudian shalat saat itu dihadiri dan disaksikan (oleh para malaikat) hingga matahari tegak seperti tegaknya tombak pada pertengahan hari, karena saat itulah pintu-pintu neraka Jahannam dibuka dan dinyalakan apinya, maka tinggalkanlah shalat hingga terlihat bayangan (suatu benda), kemudian shalat saat itu dihadiri dan disaksikan (oleh para malaikat) hingga matahari terbenam, karena matahari terbenam di antara dua tanduk setan dan itulah waktu ibadahnya orang-orang kafir."

Rujukan :

Hadith Riwayat An-Nasai, Kitab Al-sunan Al-kubra, Bab Larangan Solat Setelah Asar, no. hadith 568.

Ensiklopedi Kitab 9 Imam Hadis, ”Kitab An Nasa'i, laman sesawang dicapai 30 Mei 2021 http://www.infotbi.com/hadis9/cari_detail.php?lang=Indonesia&katcari=hadist&kunci=%20dua%20tanduk%20setan&imam=nasai&nohdt=568&page=1

Hadith Kedua:

عَن عَلِّي بن أبي طَالب رضي الله عنه قَالَ كَانَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم إذَا زَالَتْ الشَّمسُ مِن مَطلِعِهَا قَدر رُمحٍ أو رُمحَينِ كَقدْرِ صَلاَة العَصرِ مِن مَغرِبِهَا صَلَّى رَكعَتَين ثُمَّ أمْهِل حَتىَ إذَا ارتَفَعَ الضُحَى صَلَّى أربَعَ رَكعَات ثُّم أمهِل حَتىَ إذَا زَالَت الشَّمسُ صَلَّى أرَبَعَ ركعَات قَبلَ صَلاةِ الظهرِ حِينَ تَزُولُ الشَمسُ.

Maksudnya : Dari Ashim bin Dhamrah, dari Ali bin Abi Thalib RA berkata, Rasulullah SAW ketika matahari terbit dari tempat terbitnya kadar ukuran satu tombak atau dua tombak seperti kadar kira (tinggi Matahari) pada solat Asar dari tempat tenggelamnya, Rasulullah melakukan solat dua rakaat, kemudian beliau tidak melakukan solat lagi sehingga matahari panas terik dan beliau melakukan solat empat rakaat. Kemudian beliau tidak melakukan solat lagi sehingga matahari tergelincir baru melakukan solat empat rakaat sebelum solat Zuhur ketika matahari tergelincir.

Rujukan :

Hadith riwayat Ibn Daqiq al-'Id, Kitab Al-ilmam Bi-ahadith Al-ahkam. https://dorar.net/h/582f8e5f07145e644fe7aa9104b94c97

Hadith Ketiga :

حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ بْنُ نَافِعٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُهَاجِرِ عَنْ الْعَبَّاسِ بْنِ سَالِمٍ عَنْ أَبِي سَلَّامٍ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ عَمْرِو بْنِ عَبَسَةَ السُّلَمِيِّ أَنَّهُ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ اللَّيْلِ أَسْمَعُ قَالَ جَوْفُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَصَلِّ مَا شِئْتَ فَإِنَّ الصَّلَاةَ مَشْهُودَةٌ مَكْتُوبَةٌ حَتَّى تُصَلِّيَ الصُّبْحَ ثُمَّ أَقْصِرْ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَتَرْتَفِعَ قِيسَ رُمْحٍ أَوْ رُمْحَيْنِ فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ وَيُصَلِّي لَهَا الْكُفَّارُ ثُمَّ صَلِّ مَا شِئْتَ فَإِنَّ الصَّلَاةَ مَشْهُودَةٌ مَكْتُوبَةٌ حَتَّى يَعْدِلَ الرُّمْحُ ظِلَّهُ ثُمَّ أَقْصِرْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ تُسْجَرُ وَتُفْتَحُ أَبْوَابُهَا فَإِذَا زَاغَتْ الشَّمْسُ فَصَلِّ مَا شِئْتَ فَإِنَّ الصَّلَاةَ مَشْهُودَةٌ حَتَّى تُصَلِّيَ الْعَصْرَ ثُمَّ أَقْصِرْ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَإِنَّهَا تَغْرُبُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ وَيُصَلِّي لَهَا الْكُفَّارُ وَقَصَّ حَدِيثًا طَوِيلًا قَالَ الْعَبَّاسُ هَكَذَا حَدَّثَنِي أَبُو سَلَّامٍ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ إِلَّا أَنْ أُخْطِئَ شَيْئًا لَا أُرِيدُهُ فَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ar Rabi' bin Nafi' telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Muhajir dari Al 'Abbas bin Salim dari Abu Salam dari Abu Umamah dari 'Amru bin 'Abasah As Sulami bahwa dia berkata; aku bertanya; "Wahai Rasulullah, pada malam hari yang manakah yang paling didengar (mustajab)?" beliau bersabda: "Di tengah malam yang terakhir maka solatlah kamu dengan shalat apa saja yang kamu kehendaki, karena sesungguhnya solat (pada waktu itu) disaksikan (oleh para malaikat) dan dicatat (pahalanya) sampai kamu Solat Subuh, setelah itu, berhentilah sampai matahari terbit dan meninggi sampai seukuran satu atau dua tombak, karena sesungguhnya (antara waktu itu) bertepatan dengan keluarnya tanduk setan dan orang-orang kafir sembahyang kepadanya. Setelah itu, solatlah kamu dengan solat apa saja yang kamu kehendaki, karena pada waktu itu, shalat di saksikan (oleh para Malaikat) dan dicatat (pahalanya), sehingga tombak sama lurus dengan bayangannya, kemudian berhentilah (sejenak) karena sesungguhnya neraka Jahannam dinyalakan dan semua pintu-pintunya di buka, dan apabila matahari mulai condong (ke barat), Setelah itu, solatlah kamu dengan solat apa saja yang kamu kehendaki, karena pada waktu itu, solat disaksikan (oleh para Malaikat) dan dicatat (pahalanya), sampai kamu mengerjakan shalat Asar, setelah itu berhentilah sampai matahari terbenam, karena (waktu itu) bertepatan dengan terbenamnya kedua tanduk syaitan dan orang-orang kafir sembahyang kepadanya…" selanjutnya Perawi menceritakan hadith yang panjang." Abbas berkata; Demikianlah Abu Salam menuturkan haditsnya kepadaku dari Abu Umamah, kecuali kalau ada kesalahan sedikit yang tidak aku sengaja, maka aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya."

Rujukan :

Hadis riwayat Abu Daud, Kitab Sunan Abi Daud, Bab Siapa Yang Memberi Rukhsah Pada Keduanya Jika Matahari Masih Tinggi, no. hadith 1085.

Ensiklopedi Kitab 9 Imam Hadis, ”Kitab Abu Daud”, laman sesawang dicapai 30 Mei 2021 http://www.infotbi.com/hadis9/cari_detail.php?lang=Indonesia&katcari=hadist&kunci=tombak&imam=abudaud&nohdt=1085&page=

Hadith Keempat :

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ دَاوُدَ الْمُنْكَدِرِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ عَنْ الضَّحَّاكِ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَأَلَ صَفْوَانُ بْنُ الْمُعَطَّلِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي سَائِلُكَ عَنْ أَمْرٍ أَنْتَ بِهِ عَالِمٌ وَأَنَا بِهِ جَاهِلٌ قَالَ وَمَا هُوَ قَالَ هَلْ مِنْ سَاعَاتِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سَاعَةٌ تُكْرَهُ فِيهَا الصَّلَاةُ قَالَ نَعَمْ إِذَا صَلَّيْتَ الصُّبْحَ فَدَعْ الصَّلَاةَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بِقَرْنَيْ الشَّيْطَانِ ثُمَّ صَلِّ فَالصَّلَاةُ مَحْضُورَةٌ مُتَقَبَّلَةٌ حَتَّى تَسْتَوِيَ الشَّمْسُ عَلَى رَأْسِكَ كَالرُّمْحِ فَإِذَا كَانَتْ عَلَى رَأْسِكَ كَالرُّمْحِ فَدَعْ الصَّلَاةَ فَإِنَّ تِلْكَ السَّاعَةَ تُسْجَرُ فِيهَا جَهَنَّمُ وَتُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُهَا حَتَّى تَزِيغَ الشَّمْسُ عَنْ حَاجِبِكَ الْأَيْمَنِ فَإِذَا زَالَتْ فَالصَّلَاةُ مَحْضُورَةٌ مُتَقَبَّلَةٌ حَتَّى تُصَلِّيَ الْعَصْرَ ثُمَّ دَعْ الصَّلَاةَ حَتَّى تَغِيبَ الشَّمْسُ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Dawud Al Munkadir berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik dari Adl Dlahhaq bin Utsman dari Al Maqburi dari Abu Hurairah ia berkata, "Shafwan Ibnul Mu'aththal bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia berkata, "Wahai Rasulullah, aku ingin bertanya kepadamu sesuatu yang engkau ketahui dan tidak aku ketahui, " beliau bersabda: "Apa itu?" ia berkata, "Apakah pada waktu siang dan malam ada waktu-waktu yang seseorang tidak boleh shalat di dalamnya?" beliau bersabda: "Ya, jika engkau telah selesai dari shalat subuh, maka tinggalkanlah shalat hingga matahari terbit, sebab ia terbit antara dua tanduk setan. Setelah itu shalatlah, sebab shalat pada waktu itu dihadiri dan diterima hingga matahari berdiri tegak di atas kepalamu seperti tombak. Jika matahari telah tegak di atas kepalamu sebagaimana tombak maka tinggalkanlah shalat, sebab pada waktu itu jahannam sedang menyala-nyala dan semua pintunya terbuka hingga matahari bergeser dari alis matamu yang sebelah kanan. Jika matahari telah bergeser maka shalat pada waktu itu disaksikan dan diterima hingga engkau mengerjakan shalat ashar. Setelah itu tinggalkanlah shalat hingga matahari terbenam."

Rujukan :

Hadith Riwayat Ibnu Majah, Kitab  Mendirikan Shalat Dan Sunah Yang Ada Di Dalamnya, Bab Waktu-waktu Yang Dilarang Untuk Melaksanakan Shalat Di Dalamnya, no. hadist 1242.

Ensiklopedi Kitab 9 Imam Hadis, ”Kitab Ibnu Majah”, laman sesawang dicapai 30 Mei 2021 http://www.infotbi.com/hadis9/cari_detail.php?lang=Indonesia&katcari=hadist&kunci=%20dua%20tanduk%20setan&imam=ibnumajah&nohdt=1242&page=1

Analisis penyelidik terhadap empat buah hadith ini boleh dirumuskan kepada beberapa perkara seperti berikut :
Pertama, kesemua hadith membicarakan tentang waktu-waktu yang diharamkan dan diharuskan untuk melakukan solat. Apabila melibatkan perbincangan waktu dhuha, ianya terkait antara selepas waktu subuh dan sebelum masuk waktu zuhur. Melalui hadith tersebut dapat difahami bahawa selepas solat subuh tidak boleh melaksanakan solat sehingga matahari terbit kadar ukuran satu tombak atau dua tombak dan kemudian diharuskan untuk melaksanakan solat sehingga istiwa’ iaitu waktu ketika matahari tegak diatas kepala. Umat Islam ditegah untuk melaksanakan solat selepas matahari terbit kerana ia menyerupai perbuatan orang kafir yang menyembah matahari. Islam juga melarang umatnya melakukan solat ketika istiwa’ atau matahari di tegak diatas kepala kerana pada waktu itu neraka Jahannam sedang marak dinyalakan.

Matan hadith pertama menggunakan perkataan قدر رمحٍ, manakala hadith kedua menggunakan perkataan قيس رمح أو رمحين dan hadith ketiga menggunakan perkataan  قيس رمح أو رمحين dimana perkataan qaisa dan qadara memberi maksud yang sama iaitu anggaran atau kadar. Imam Syamsuddin didalam kitabnya Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj menjelaskan bahawa hadits tersebut memberi gambaran bersifat pilihan terhadap ukuran ketinggian matahari sama ada satu atau dua tombak. Namun atas alasan berhati-hati, beliau menganjurkan untuk menggunakan ukuran ketinggian Matahari kira-kira dua tombak.

Persoalan yang timbul seterusnya adalah berapakah kadar satu tombak yang dimaksudkan di dalam hadith. Maka penyelidik menjawab persoalan tersebut dengan mendatangkan syarah hadith dan perbincangan yang dibawa oleh ulama’ fiqh.

Rumhun , رُمْح   bermaksud tombak atau lembing. Masyarakat arab pada zaman dahulu sudah terbiasa memberikan nama ukuran dengan sesuatu yang dianggap mudah dan diketahui masyarakat umum seperti mengukur suatu panjang dengan tombak.

Syarah An Nasai’ oleh  Jalaluddin as-Suyuti, makna قِيدَ رُمْح  iaitu kadarnya; kadar tombak. Menurut Kitab Aunul Ma'bud Syarah Sunan Abu Daud, قِيسَ رُمْحٍ أَوْ رُمْحَيْن ialah kadar satu tombak pada pandangan mata. Menurut penulis, قِيسَ  dan قِيدَ mempunyai maksud yang sama iaitu kadar. Manakala حَتَّى يَعْدِلَ الرُّمْحُ ظِلَّهُ, pengarang memetik kata-kata Imam Nawawi, “Maknanya ialah keadaan tombak berdiri menghadap matahari, tidak condong ke timur atau barat, dan ini adalah keadaan yang dinamakan sebagai istiwa’.” Menurut Syuruh Sunan Ibn Majah, كَالرُّمْحِ ialah keadaan matahari ditengah yang tidak cenderung ke mana mana arah.

Imam Nawawi dalam kitab Raudhatul Thalibin menyatakan bahawa satu tombak sama dengan tujuh Dzira’. Satu Dzira’ yang digunakan oleh beliau adalah Dzira’ Insan Mu’tadil atau juga dikenal dengan Dzira’ Adami. Dimana satu Dzira’ Adami ialah 0.48 meter maka satu tombak bersamaan dengan 0.48 meter x 7 = 3.36 meter.

Syeikh Wahbah Az-Zuhaili menyebutkan dalam Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu bahawa satu tombak itu sepanjang 2.5 meter, atau kira-kira tujuh hasta dalam penglihatan kasat mata, sedangkan menurut para ulama Maliki, satu tombak adalah 12 jengkal. Jika ditukarkan kepada waktu, satu tombak kira-kira selama 1/4 jam hingga 1/3 jam atau 15-20 minit sejak matahari terbit.

Manakala, menurut mazhab Syafie dan mazhab Hanbali, satu Ruhm bersamaan 7 hasta ataupun 13 jengkal sederhana. Mazhab Hanafi pula bersamaan dengan mazhab Maliki iaitu 12 jengkal.

Mengikut kiraan ahli falak terkini, ia berpandukan nilai cahaya matahari dengan anggaran sepenggalah atau kadar panjang lembing dari penglihatan mata menuju ke kedudukan matahari yang baru terbit di ufuk kaki langit timur, iaitu dengan kadar ukuran 8 hasta. Manakala 8 hasta dengan nilai darjah adalah 7 darjah. Oleh itu, setiap 1 darjah = 4 minit, maka 7 darjah = 28 minit. Justeru, 28 minit daripada waktu terbit matahari di semua tempat adalah awal waktu Dhuha mengikut kiraan ahli falak terkini.

Kesimpulannya, terdapat khilaf dalam kalangan ulama fiqh dalam mendefinisikan kadar ukuran tombak berdasarkan hadith-hadith tersebut. Maka tiada ketentuan secara pasti akan ketinggian tombak yang dimaksudkan sehingga ukurannya dikembalikan kepada uruf atau keumuman kadar tombak yang difahami oleh masyarakat setempat.

Rujukan :

Abu Zakariyya Yahya bin Sharf bin Murri al-Nawawi, al-Minhaj Sharh Sahih Muslim,  al-Qahirah: Dar al-Tawfiqiyyah li al-Turath, 2010, 19:302

Jalaluddin as-Suyuti, Hasyiah Imam as-Sindi, Zuhar al-Rubba ‘Ala al-Mujtaba, Lubnan Dar al-Ma'rifah, 35:280

Abu ath-Thayyib Muhammad, Aunul Ma'bud Ala Syarah Sunan Abi Daud, Beirut Lebanon, 149:506

Jalaluddin as-Suyuti, Syuruh Sunan Ibn Majah, Amman: Jordan, Bait al- Afkar, 2:638

Imam Abi Zakariyya Yahya bin Syarof an-Nawawi ad-Dimasyqi, Roudlahal-Thalibin, Beirut :Lebanon, Dar- al-Ulya, Juz.1, hlm. 302.

Safiai, M. H., Ibrahim, I. A., & Yahya Zikri , R. M. (2015, December 9). Penilaian semula waktu dhuha berasaskan pengamatan hadis dan kerja lapangan. SlideShare. https://www.slideshare.net/hafizsafiai/penilaian-semula-waktu-dhuha-berasaskan-pengamatan-hadis-dan-kerja-lapangan

ANALISIS TOPIK KEDUA : WAKTU AFDAL SOLAT DHUHA
Hadith Pertama :

حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَابْنُ نُمَيْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ الْقَاسِمِ الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ رَأَى قَوْمًا يُصَلُّونَ مِنْ الضُّحَى فَقَالَ أَمَا لَقَدْ عَلِمُوا أَنَّ الصَّلَاةَ فِي غَيْرِ هَذِهِ السَّاعَةِ أَفْضَلُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb dan Ibnu Numair keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Ismail yaitu Ibnu 'Ulayyah dari Ayyub dari Al Qasim Asy Syaibani bahwa Zaid bin Arqam pernah melihat suatu kaum yang sedang mengerjakan Solat Dhuha, lalu dia berkata; "Tidakkah mereka tahu bahwa shalat diluar waktu ini lebih utama? sebab Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Solat Awwabin (orang yang bertaubat) dikerjakan ketika anak unta mulai beranjak karena kepanasan."

Hadith Kedua :

عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى عَلَى مَسْجِدِ قُبَاءَ أَوْ دَخَلَ مَسْجِدَ قُبَاءَ بَعْدَمَا أَشْرَقَتْ الشَّمْسُ فَإِذَا هُمْ يُصَلُّونَ فَقَالَ إِنَّ صَلاةَ الأَوَّابِينَ كَانُوا يُصَلُّونَهَا إِذَا رَمِضَتْ الْفِصَالُ.

Maksudnya : Dari Zaid bin Arqam R.A, berkatanya, “Nabi Muhammad SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Maksudnya: Yahya bin Sa'id dari Hisyam bin Abu Abdullah katanya; telah menceritakan kepada kami Al Qasim Asy Syaibani dari Zaid bin Arqam katanya; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berangkat menemui penduduk Quba' ketika mereka sedang mengerjakan solat, lalu beliau bersabda: "Solat awwabin (orang yang bertaubat) dikerjakan ketika anak unta mulai beranjak karena kepanasan."

Hadith Ketiga:

أَخْبَرَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا هِشَامٌ الدَّسْتَوَائِيُّ عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ عَوْفٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَيْهِمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ بَعْدَ طُلُوعِ الشَّمْسِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةُ الْأَوَّابِينَ إِذَا رَمِضَتْ الْفِصَالُ.

Telah mengabarkan kepada kami Wahb bin Jarir telah menceritakan kepada kami Hisyam Ad Dastawa`i dari Al Qasim bin 'Auf dari Zaid bin Arqam, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menemui mereka sementara mereka melakukan shalat setelah matahari terbit. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Shalat orang-orang yang taat adalah apabila matahari telah terang (panas)."

Rujukan :

Hadis riwayat Muslim, Kitab Shahih Muslim, Bab Shalat Awwabin Saat Pasir Mulai Terasa Panas, no. hadith 1237.

Ensiklopedi Kitab 9 Imam Hadis, ”Kitab Muslim”, laman sesawang dicapai 30 Mei 2021 http://www.infotbi.com/hadis9/cari_detail.php?lang=Indonesia&katcari=hadist&kunci=%20awwabin&imam=muslim

Hadis riwayat Muslim, Kitab Shahih Muslim, Bab Shalat Awwabin Saat Pasir Mulai Terasa Panas, no. hadith 1238.

Ensiklopedi Kitab 9 Imam Hadis, ”Kitab Muslim”, laman sesawang dicapai 30 Mei 2021 http://www.infotbi.com/hadis9/cari_detail.php?lang=Indonesia&katcari=hadist&kunci=%20awwabin&imam=muslim&nohdt=1238&page=

Hadis riwayat Ad-Darimi, Kitab Sunan Ad-Darimi, Bab Shalat taubat, no. hadith 1421

Ensiklopedi Kitab 9 Imam Hadis, ”Kitab Darimi”, laman sesawang dicapai 30 Mei 2021 http://www.infotbi.com/hadis9/cari_hadist.php?imam=darimi&keyNo=1421&x=0&y=0

Analisis penyelidik terhadap tiga buah hadith dapat dirumuskan kepada beberapa perkara seperti berikut :
Solat dhuha adalah termasuk dalam rangkuman solat Awwabin. Secara takrif, Awwabin bererti orang-orang yang kembali semula kepada Allah dengan melakukan perkara-perkara ketaatan dan meninggalkan urusan-urusan yang kosong daripada zikrullah. Ungkapan yang disebutkan dalam hadis ini dijelaskan dalam Kitab Shahih Muslim bi Syarh an-Nawawi:

Kata ترمض berasal dari kata رَمِضَ يَرمَضُ sama seperti عَلِم يَعلَم. Adapun الرمْضَاءُ adalah kerikil yang menjadi panas karena sinar matahari. Jadi, maksudnya ketika anak-anak unta sudah kepanasan disebabkan kerikil-kerikil yang sangat panas. Lafaz فِصَال (anak-anak unta) adalah bentuk jamak dari فَصِيل Sedangkan الأواب artinya adalah orang yang taat. Ada juga yang mengatakan artinya orang yang kembali kepada ketaatan. Hadits ini menunjukkan keutamaan yang terdapat dalam waktu tersebut. Sahabat-sahabat kami mengatakan, "Waktu itu adalah sebaik- baiknya waktu yang digunakan untuk shalat Dhuha, meskipun waktu yang diperbolehkan adalah semenjak terbitnya matahari sampai tergelincirnya ke arah barat.

Kesimpulannya, waktu yang afdal atau paling baik untuk mengerjakan solat sunat dhuha ialah setelah berlalu seperempat siang iaitu ketika matahari meninggi dan hari menjadi panas. Maka waktu yang terbaik mengikut kiraan tempatan ialah ketika 9.30 pagi hingga ke 10.00 pagi.

Rujukan :

1. Abu Zakariyya Yahya bin Sharf bin Murri al-Nawawi, al-Minhaj Sharh Sahih Muslim, Bab Shalat Musafir  19:302

Definisi
Menurut kamus Mu’jam al-Wasit, al-dhuha, الضُحى bermaksud sinaran matahari, waktu naiknya matahari. Kamus al-Marbawi mendefinisikan dhuha sebagai nama bagi waktu dhuha atau waktu Matahari naik. Dhuha menurut kamus al-Muhit pula dhuha adalah matahari manakala perkataan ضَحْوُ adalah keadaan siang ketika matahari telah naik. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan dhuha sebagai waktu-waktu pagi sehingga menjelang tengah hari. Dalam kamus Kontemporari Arab Indonesia perkataan dhuha merupakan  derivasi dari kata ضَحْوُة َberarti waktu dhuha atau matahari yang mengeluarkan sengatan panas.

Mengikut musthalahat al-fiqhiyah, dhuha ialah matahari meninggi iaitu permulaan waktu dhuha bermula ketinggian matahari tombak ketika terbit kadar ukuran tombak iaitu sekitar 20 minit selepas terbit matahari sehingga istiwa’ iaitu ketika matahari tepat di atas kepala dan ini dianggarkan sekitar dua puluh minit.

Dalam al-Qur’an, perkataan dhuha ditemui di dalam tujuh buah surah iaitu Surah Taha (20:59), Surah Taha (20:119), Surah al-A’raf (7:98) , Surah al-Nazi’at (79:46), Surah al-Nazi’at (79:29), Surah al-Syams (91:1), dan Surah al-Dhuha (93:1). Secara keseluruhan perkataan tersebut diertikan oleh para mufassir sebagai waktu dhuha dan ketika sinar matahari panas. Contohnya, perkataan الضُحى dalam surat Taha ayat 119 Imam al-Qurtubi menafsirkan perkataan ولا تضحى dan tidak pula akan ditimpa panas Matahari.

Daripada penjelasan di atas secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa perkataan dhuha adalah waktu ketika matahari telah sempurna terbit sekadar satu tombak dan cahayanya sudah terasa panas. Kemudian apabila dikaitkan dengan solat, maka berarti solat dhuha yang waktu pelaksanaannya adalah ketika Matahari telah terbit sempurna kadar ukuran satu tombak dan cahayanya sudah terasa panas.

Rujukan :

تعريف و معنى الضُحى في معجم المعاني الجامع - معجم عربي عربي. almaany.com. https://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/%D8%A7%D9%84%D8%B6%D9%8F%D8%AD%D9%89/

2. Carian Umum. (n.d.). https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=duha

3. Firdos. (2015). Formulasi Awal Waktu Duha Dalam Perspektif Fikih Dan Ilmu Falak (Master Thesis)

Terminologi Waktu Siang
Setelah mengenal jenis-jenis waktu pada siang hari, perkara paling asas dalam menentukan waktu tersebut adalah dengan mengetahui posisi dan kedudukan matahari. Seterusnya, definisi waktu dhuha ini dapat dikaji melalui kamus dan kitab fiqh.

ANALISIS TOPIK KETIGA : KETINGGIAN MATAHARI PADA AWAL WAKTU DHUHA SAMA DENGAN KETINGGIAN MATAHARI MENJELANG AKHIR ASAR
Hadith Pertama :

Dari Ali bin Abi Talib ra., beliau berkata:

صلى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ الضحى حين كانتِ الشمسُ منَ المشرقِ منْ مكانِها منَ المغربِ صلاةَ العصرِ.

Maksudnya: Rasulullah S.A.W. solat Dhuha ketika mana matahari di timur berada pada tempatnya ketika di barat waktu solat asar.

Rujukan:
1. Hadis riwayat Ahmad, Kitab Musnad Ahmad, Bab 2, no. hadis: 306

Hadtih Kedua :

Dari Abu Umamah ra.,Rasulullah S.A.W. bersabda:

إذا طَلعتِ الشَّمسُ من مَطلَعِهَا كَهَيئتِهَا لِصلاةِ العَصرِ حينَ تَغرُبُ من مَغرِبِهَا ، فَصلَّى رَجُلٌ رَكعتينِ وأَربعَ سَجداتٍ ؛ فإنَّ لهُ أَجرُ ذلكَ اليومِ...

Maksudnya: Ketika Matahari telah terbit di sebelah timur seperti Matahari di sebelah barat pada waktu Asar menjelang tenggelam, maka solatlah dua rakaat dan empat sujud, kerana itu adalah pahala baginya di hari tersebut.

Rujukan:
1. Hadis riwayat Al-Albani, Kitab Al-Silsilah Ad-Dhaifah, no. hadis: 5350

Analisis penyelidik terhadap dua buah hadith dapat dirumuskan kepada beberapa perkara seperti berikut :
Berdasarkan dua hadis ini, boleh kita fahami bahawa antara formula menentukan waktu Dhuha adalah dengan melihat pada bila bermula tenggelamnya matahari ketika waktu Asar. Ini bermakna, matahari ketika waktu Dhuha telah terbit sepenuhnya dan melepasi waktu yang diharamkan solat pada awal pagi iaitu ketika matahari mula terbit.

Menurut pakar Ilmu Tafsir, Mohammad Arja Imroni, beliau menyatakan bahawa hadith riwayat Al-Albani ialah hadith yang menegaskan persamaan waktu Dhuha dan waktu Asar. Frasa حينَ تَغرُبُ من مَغرِبِهَا bererti Matahari menjelang terbenam.
Persamaannya bukan terletak pada awal waktu Asar tetapi menjelang berakhirnya waktu Asar. Dalam bahasa yang lebih spesifik, bahagian bawah Matahari bersentuhan dengan ufuk. Jika diaplikasikan pada waktu Dhuha, ia bererti waktu Dhuha adalah ketika Matahari telah terbit sempurna. Dengan demikian, waktu Dhuha boleh didefinisikan dengan waktu setelah Matahari terbit sempurna atau ketika waktu tahrim telah berlalu. Hal ini sebagaimana yang telah diformulasikan oleh Ibnu Qudamah dalam kitab Mughni Ala Muhtasar al-Haraqi.

Bagi menguatkan pandangan ini, kita boleh melihat kepada hadith waktu tahrim solat yang merupakan waktu selepas habis waktu asar dan juga waktu yang mengapit waktu dhuha.

ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كانَ رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ، أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا: حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حتَّى تَرْتَفِعَ، وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ، وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حتَّى تَغْرُبَ.

Maksudnya: Ada tiga waktu, yang mana Rasulullah S.A.W. telah melarang kita untuk solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. (Pertama), ketika matahari terbit hingga ia agak meninggi. (Kedua), ketika matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga ia telah condong ke barat, (Ketiga), ketika matahari hampir terbenam, hingga ia terbenam sama sekali.

Rujukan:
1. Hadis riwayat Muslim, Kitab Sahih Muslim, Bab Waktu larangan untuk solat, no. hadis: 1373

SOLAT DHUHA MENGIKUT PERSPEKTIF FIQH
Hukum Solat Dhuha

Pandangan para ulama tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari

Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.

Tidak disunatkan.

Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulama adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah ra., dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:

Kekasihku S.A.W. telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur.

Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W. kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda ra., dia berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:

Kekasihku S.A.W. pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir.

Rujukan:
1. Mohd Yaakub, M.Y., Panduan Solat Sunat Cara Nabi S.A.W., laman sesawang dicapai 29 Mei 2021

https://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/12.html

2. Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Bukhari, no. hadis 1981
3. Hadis riwayat Muslim, Kitab Sahih Muslim, no. hadis 722

Keutamaan Solat Dhuha
Ada banyak hadith yang menjelaskan tentang keutamaan solat dhuha, di antaranya:

1. Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggungjawab tersebut. Daripada Abu Dzar ra., daripada Nabi S.A.W., baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (La Ilaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.

2. Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.

3. Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari (Solat sunat Isyraq) maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas ra., dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq) maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.

4. Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat

Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Solat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah S.A.W. keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang bertaubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.

Rujukan:
1. Hadis riwayat Muslim, Kitab Sahih Muslim, no. hadis: 720
2. Hadis riwayat Abu Daud, Kitab Sunan Abu Daud, no. hadis 1097
3. Hadis riwayat At-Tirmidzi, Kitab Sunan At-Tirmidzi, no. hadis: 535
4. Hadis riwayat Muslim, Kitab Sahih Muslim, no. hadis: 748

Solat Sunat Isyraq
Seperti yang telah dinyatakan pada hadith ketiga keutamaan solat Dhuha (Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah), hadith tersebut merupakan dalil kepada Solat Sunat Isyraq. Namun apakah itu solat sunat Isyraq? Ibnu ‘Abbas menamakan Solat Dhuha yang dilakukan pada awal waktu tersebut sebagai Solat Isyraq. Ia dinamakan dengan nama tersebut kerana ia didirikan selepas waktu syuruk iaitu waktu matahari sedang terbit. Namun begitu, walaupun Solat Isyraq adalah solat yang dilakukan pada waktu Solat Dhuha, terdapat beberapa perbezaan di antara Solat Isyraq dan Solat Dhuha.

Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:

Waktu Solat Isyraq ialah Solat Dhuha yang dilaksanakan pada awal waktunya. Ini kerana waktu solat sunat Dhuha bermula dari terbitnya matahari sehinggalah sebelum matahari tegak di atas kepala. Justeru itu, Solat Isyraq bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit

Disamping itu, untuk mendapatkan fadhilat Solat Isyraq yang disebutkan di dalam hadith, disyaratkan juga untuk seseorang itu berjemaah pada waktu Subuh di masjid dan hendaklah dia kekal duduk berzikir di sana, kemudian barulah dia mendirikan solat tersebut. Manakala, fadhilat Solat Dhuha boleh didapati dengan dilakukan dalam waktunya.

Waktu Solat Dhuha pula bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari. Manakala, waktu terbaik untuk Solat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mula terpancar terik. Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Awwabin.

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak. Manakala Solat Isyraq hanya dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja.

Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, dapat disimpulkan bahawa Solat Isyraq ialah Solat Dhuha yang dilakukan pada awal waktunya. Waktu Solat Isyraq ini bermula daripada kadar matahari naik segalah iaitu bersamaan dengan kira-kira 15 minit dari bermulanya waktu syuruk.

Rujukan:
1. Mufti WPKL (2019) Waktu Sebenar Solat Sunat Isyraq, laman sesawang dicapai 29 Mei 2021

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3384-al-kafi-1255-waktu-sebenar-solat-sunat-isyraq-edisi-kemaskini

Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Minima jumlah rakaat solat dhuha ialah dua rakaat, sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadith solat Dhuha pengganti sedekah riwayat Abu Dzar. Walaubagaimanapun, jumlah maksimum yang pernah dikerjakan oleh Rasulullah saw ialah lapan rakaat. Akan tetapi, menurut sabda Rasulullah saw jumlah maksimanya ialah dua belas rakaat.

Sebahagian ulama berpendapat tidak ada batasan rakaat solat dhuha. Ini ialah pendapat Abu Ja’far at-Thabari dan inilah yang ditegaskan oleh al-Halimi dan dan al-Ruyani dari mazhab Syafie. Dalam Syarh at-Tirmidzi, al-Iraqi mengatakan, “Aku tidak pernah melihat seorang pun, baik dari generasi sahabat mahupun tabi’in yang membatasi jumlah rakaat solat dhuha hingga dua belas rakaat. Demikian juga yang ditegaskan oleh Suyuti.

Sa'id bin Manshur meriwayatkan dari Hasan, ketika ditanya, adakah sahabat Rasulullah saw juga pernah mengerjakan solat itu?" Hasan menjawab, "Iya! Di antara mereka ada yang melakukannya sebanyak dua belas rakaat, ada yang mengerjakan hanya empat rakaat, dan ada yang mengerjakannya secara terus menerus hingga tengah hari, tanpa menghitung rakaat yang telah dikerjakan."

Ibrahim an-Nakhaiy meriwayatkan bahwasanya ada seseorang bertanya kepada Aswad bin Yazid, berapakah jumlah rakaat yang harus dikerjakan ketika solat dhuha? Aswad bin Yazid menjawab, "Itu terserah kemampuanmu."

Rujukan:
1. Sayyid Sabiq (2008), Fikh Sunnah Terjemahan Indonesia, Jakarta: Cakrawala Publishing, halaman 363

ANALISIS WAKTU DHUHA BERDASARKAN ILMU ASTRONOMI
Kaedah umum penetapan waktu Dhuha di Malaysia secara puratanya 28 minit selepas waktu syuruk. Formula pengiraannya adalah seperti berikut:

Waktu Dhuha = Syuruk + ⅓ (Syuruk-Subuh)

Contoh pengiraan waktu Dhuha pada 25 Mei 2021 di seluruh negeri Pulau Pinang:

Waktu Dhuha = 7:02 AM + ⅓ (7:02 AM - 5:50 AM)
= 7:02 AM + ⅓ (1.2 jam)
= 7:02 AM + 24 minit
= 7:26 AM

Sebagaimana yang kita perolehi daripada nas-nas hadith, waktu Dhuha itu boleh dikatakan bermula daripada jarak satu atau dua tombak naiknya matahari daripada ufuk. Waktu Dhuha yang afdhal pula mempunyai perselisihan pendapat seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Daripada Imam Nawawi kita telah dapati bahawa waktu yang afdhal ialah seperti dalam penulisan beliau, Kitab Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi, di mana selain daripada panjang satu atau dua tombak, kita telah dapatkan anggaran waktu Dhuha ialah ketika “anak-anak unta mula tidak dapat duduk diam disebabkan pasir tempat mereka berpijak menjadi panas disimbahi cahaya matahari”.

Kesukaran untuk menentukan waktu Dhuha ini timbulnya daripada kekurangan dalil yang boleh digunakan untuk menentukan waktu Dhuha dengan tepat. Penggunaan panjang satu tombak untuk menentukan waktu Dhuha itu merupakan satu kiasan yang baik namun menimbulkan satu persoalan yang rumit: berapa panjang satu tombak yang dimaksudkan itu? Dan berapa jauhnya daripada tombak itu perlunya untuk dilihat mata kasar untuk menentukan bahawa matahari telahpun terbit cukup satu tombak daripada ufuk?

Imam Nawawi dalam penulisannya Raudhah Al-Thalibin menulis bahawa satu tombak itu bersamaan dengan tujuh Dzira’. Satu Dzira’ yang digunakan oleh beliau ialah Dzira’ Insan Mu’tadil, juga dikenali sebagai Dzira’ Adami. Satu Dzira’ Adami dalam kiraan ialah bersamaan dengan 0.48000 meter.

Jadi 7 Dzira’ pula bersamaan dengan 0.48m x 7 Dzira’= 3.36 meter.

Penentuan Waktu Dhuha Berdasarkan Ketinggian Tombak
Selain daripada isu panjangnya tombak ini, jauhnya pemerhati tombak itu daripada lokasi tombak itu juga akan mempengaruhi penentuan tingginya matahari daripada ufuk. Semakin jauh pemerhati tersebut daripada tombak itu, semakin rendahlah kedudukan Matahari pada pandangannya. Sebaliknya, semakin dekat pemerhati tersebut, semakin tinggilah kedudukan Matahari. Hal ini tidak dijelaskan dalam nas-nas hadith yang telah kami kaji, namun terdapat usaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan ilmu trigonometri.

Jika kita merumuskan bahawa si pemerhati itu berada pada tapak yang rata daripada tombak tersebut, dan matahari berada di “atas” tombak tersebut, maka sebuah sambungan titik garis boleh dibuat yang membentuk bentuk segitiga, yang kemudiannya boleh dirumuskan oleh rumus trigonometri seperti berikut:

1. Sin α = AB/AC

2. Cos α =BC/AC

3. Tan α =AB/BC

Sekarang ini kita harus menentukan suatu darjah yang sesuai untuk menentukan jarak C ke B, iaitu jarak si pemerhati kepada tombak tersebut untuk menentukan berapa sepatutnya terbitnya matahari untuk menentukan waktu Dhuha. Kajian ini mendapati bahawa sudut α ini berbeza-beza. JAKIM telah menentukan altitud matahari pada waktu mulanya Dhuha itu pada 4.7°. Muzakarah Falak di Terengganu pada tahun 2015 pula telah mencapai satu konsensus bahawa kedudukan matahari pada waktu Dhuha ialah 5°, manakala di Indonesia pula, sebuah piawaian daripada Muhyiddin Khazin pula menetapkan bahawa nilai bermulanya waktu Dhuha tersebut sepatutnya 3° 30’.

Perbezaan-perbezaan ini telah merumitkan sebuah pengiraan waktu masuk solat Dhuha. Namun, bagi tujuan memudahkan pencapaian suatu konklusi yang jelas, kita akan cuba mengambil beberapa nilai yang relevan untuk mengirakan jarak seseorang pemerhati itu daripada panjang kira-kira 3.36 meter, dan selesaikan terlebih dahulu bagaimana menentukan waktu Dhuha jika kita menggunakan kriteria yang tersebut:

Panjang satu tombak: 3.36m

Darjah permerhati daripada hujung satu “tombak”: 4.7°

Maka menggunakan formula trigonometri ke-3 yang tersenarai di atas, maka panjang CB, iaitu jarak pemerhati daripada tombak yang berketinggian 3.36 meter ialah:

Tan 4.7° = 3.36/CB

CB = 3.36/Tan 4.7°
= 3.36/0.08221497
= 40.8684695743 meter
≈ 40.87 meter.

Penentuan Waktu Dhuha Berdasarkan Waktu Asar
Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini oleh Ibnu Qudamah dalam kitab Mughni Ala Muhtasar al-Haraqi, dan contoh dalil hadith yang menyamakan waktu Dhuha dengan waktu Asar. Jika kita mengambil sumber ini sebagai rujukan pengiraan kita, ia bererti bahawa waktu Dhuha adalah ketika Matahari telah terbit sempurna. Dengan demikian, waktu Dhuha boleh didefinisikan dengan waktu setelah Matahari terbit sempurna atau ketika waktu tahrim telah berlalu. Telah disebutkan sebelum ini juga bahawa Muhammad Syamsi berpendapat ketika Matahari sudah terbit sempurna di atas ufuk maka seseorang boleh melakukan solat Dhuha.

Secara praktikalnya, kita boleh melakukan sebuah eksperimen lapangan untuk mencapai suatu pemahaman yang lebih mendalam. Oleh kerana akhir waktu Asar itu didefinisikan sebagai apabila matahari terbenam sehingga mencapai ufuk, dan ketinggian satu tombak itu dianggap masuknya waktu Dhuha apabila matahari terbit, maka kita boleh menyimpulkan bahawa apabila matahari telah terbenam satu tombak daripada ufuk bermaksud hampir habisnya waktu Asar, maka waktu Dhuha juga begitu di waktu pagi semasa matahari terbit.

Dengan menggunakan pengiraan daripada penyamaan waktu Asar ini, yang dalilnya sememangnya sudah jelas, maka kita boleh mendapatkan sebuah hasil pengiraan yang lebih tepat dan jelas juga bagi waktu Dhuha.

Perbandingan Matahari Terbit Dengan Matahari Terbenam
Gambar rajah di atas menunjukkan anggaran waktu ketika matahari terbit di Kota Tinggi, Johor. Nilai parallactic angle atau darjah bentuk matahari tersebut daripada titik zenith pada ketika matahari terbit dan terbenam lebih kurang sama iaitu 88°51’24.4” dan 88°51’0.93”.

Kita boleh perolehi nilai darjah ketinggian matahari dari ufuk dengan menolakkan nilai 90° dengan nilai parallactic angle yang diperolehi melalui aplikasi Stellarium.

Darjah matahari terbit daripada ufuk:
90° - 88°51’24.4” = 1°8’36” ≈ 1°

Menggunakan kaedah trigonometri, kita boleh mengirakan jarak pemerhati yang sesuai bagi menentukan masuknya waktu Dhuha:

Tan 1° = 3.36/CB
CB = 3.36/(Tan 1°)
= 192.494271079 meter
≈ 192.49 meter.

Langkah-langkah dalam cara ini yang berdasarkan kedua-dua sumber iaitu kiasan kemasukan waktu Dhuha dengan panjangnya satu tombak dengan persamaan antara waktu Dhuha dengan waktu Asar membolehkan pengiraan jarak pemerhati yang lebih tepat. Jika piawaian 3.36 meter tombak itu digunapakai dan nilai darjah matahari terbit itu boleh dikenal pasti dengan menggunakan akhir waktu Asar dan parallactic angle matahari sebagai rujukan, maka jarak pemerhati daripada tombak itu boleh ditentukan juga. Apabila semua maklumat ini boleh diperolehi dengan tepat, maka permulaan waktu Dhuha itu juga boleh dihitung dengan tepat dan jelas.

Pengiraan ini tidak berdasarkan waktu Syuruk, kerana semuanya bergantung dengan darjah matahari apabila ia bersentuhan dengan ufuk sama ada ketika terbit ataupun terbenam. Dalam kajian fiqh, Matahari yang telah terbit sempurna bermaksud waktu tahrim telahpun lewat. Apabila waktu tahrim telah lewat maka menurut Abi Tayyib Muhammad Syamsi, Syamsuddin Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam ‘Aunul Ma’bud Syarhi Sunan Abi Daud, Said bin Muhammad, Imam Nawawi kita diperbolehkan untuk melakukan solat Dhuha.

Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat khilaf dalam kalangan ulama fiqh dalam menentukan awal waktu dhuha kerana terdapat penafsiran yang berbeza terutamanya terhadap ukuran satu/dua tombak dalam hadith-hadith yang dinyatakan sebelum ini. Waktu dhuha diapit oleh dua waktu yang diharamkan untuk solat iaitu ketika matahari terbit sehingga waktu  istiwa’. Ia tidak melibatkan waktu ghurub, syuruk dan zawal secara langsung di mana matahari dapat dicerap dengan tepat. Rasulullah SAW tidak menentukan waktu dhuha ini secara tepat kerana baginda hendak memberi ruang kepada kita untuk mengkaji.

Senarai Rujukan
Abu Zakariyya Yahya bin Sharf bin Murri al-Nawawi, al-Minhaj Sharh Sahih Muslim,  al-Qahirah: Dar al-Tawfiqiyyah li al-Turath, 2010, 19:302

Jalaluddin as-Suyuti, Hasyiah Imam as-Sindi, Zuhar al-Rubba ‘Ala al-Mujtaba, Lubnan Dar al-Ma'rifah, 35:280

Abu ath-Thayyib Muhammad, Aunul Ma'bud Ala Syarah Sunan Abi Daud, Beirut Lebanon, 149:506

Jalaluddin as-Suyuti, Syuruh Sunan Ibn Majah, Amman: Jordan, Bait al- Afkar, 2:638

Firdos. (2015). Formulasi Awal Waktu Duha Dalam Perspektif Fikih Dan Ilmu Falak (master thesis).

Imam Abi Zakariyya Yahya bin Syarof an-Nawawi ad-Dimasyqi, Roudlahal-Thalibin, Beirut :Lebanon, Dar- al-Ulya, Juz.1, hlm. 302.

Safiai, M. H., Ibrahim, I. A., & Yahya Zikri , R. M. (2015, December 9). Penilaian semula waktu dhuha berasaskan pengamatan hadis dan kerja lapangan. SlideShare. https://www.slideshare.net/hafizsafiai/penilaian-semula-waktu-dhuha-berasaskan-pengamatan-hadis-dan-kerja-lapangan

Al-Dimasyqi, Imam Abi Zakariyya Yahya bin Syarof an-Nawawi, Raudlah alThalibin, Beirut, Lebanon, Dar- al-Ulya

Mohd Yaakub, M.Y., Panduan Solat Sunat Cara Nabi S.A.W. https://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/12.html

Mufti WPKL (2019) Waktu Sebenar Solat Sunat Isyraq https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3384-al-kafi-1255-waktu-sebenar-solat-sunat-isyraq-edisi-kemaskini

Sayyid Sabiq (2008), Fikh Sunnah Terjemahan Indonesia. Jakarta,Indonesia: Cakrawala Publishing, 363.