Kebaikan amalan membaca by 初一8(19)陈淑承 TAN SUZAN

permulaan
Isu-isu yang berkaitan dengan tabiat membaca kerap dibincangkan dalam televisyen dan surat khabar. Hal ini kerana tabiat membaca di kalangan masyarakat masih lagi rendah. Pada pendapat saya, isu tabiat membaca ini tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan jika kita mengamalkan tabiat membaca.Dalam zaman di mana pencapaian pendidikan semakin penting dan menjadi keutamaan dalam semua industri,bilangan orang bacaan aktif kekal rendah. Dan apa yang akan kita bincangkan hari ini ialah Kebaikan amalan membaca。

Isi 1
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak- anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Isi2
Selain itu, amalan membaca merupakan amalan terbaik untuk dilakukan seseorang dalam mengisi masa lapang. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di waktu senggang seseorang tetapi adalah digalakkan untuk kita melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan dan membaca. Sebagai contoh, sukan membantu diri kita dalam penjagaan kesihatan diri secara fizikal dan secara spiritual, amalan membaca dapat membantu kita untuk menjadi insan yang lebih baik serta berguna berbanding diri kita yang dahulu. Justeru, membaca di masa lapang adalah suatu perkara yang perlu menjadi tabiat kita kerana masa itu emas.

Isi 3
Amalan membaca juga dapat akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki. Hal ini kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.

Isi4
Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Isi 5
Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Lanjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun yang maju dalam bidang sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang berfungsi secara automatik. Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara umumnya, negara kita akan layak bersaing dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara pula perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik.

Kesimpulan
Kesimpulannya, amalan membaca amat mulia kerana ia membawa pelbagai manfaat atau faedah kepada pembaca, keluarga, bangsa dan negara.  Membaca adalah langkah pertama dalam penjanaan dan penyebaran ilmu.  Jelaslah bahawa membaca adalah kunci kepada ilmu dan ia memberi impak positif kepada perkembangan pemikiran sosial.  Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan hari ini untuk membangunkan tabiat membaca, namun usaha ini diibaratkan seperti hujan yang turun ke atas pasir.  Buluh melentur apatah lagi dari rebungnya.  Kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan supaya kita boleh membaca dengan selesa.  Aktiviti membaca juga perlu dimantapkan.  Jika kita giat memupuk budaya membaca, sudah pasti Malaysia akan menjadi sebuah negara maju.  Justeru, setiap orang hendaklah membaca dan berusaha meningkatkan budaya membaca, agar masyarakat berilmu dapat dilahirkan.  Ingatlah "bangsa membaca, bangsa maju".

Pengenalan diri
Nama:Tan suzan

Kelas:Jm18

Nombor Pelajar:224362

Nombor Tempat Duduk:19