Zoombaes Responses by Safiyah Salmi

Nadia :-)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
Al Baqarah:286

Di sepanjang perjalanan ini, beberapa detik betul-betul
menguji kesabaran dan ketabahan saya. Pada saat saya mengeluh tentang keberatan masalah yang dihadapi, saya teringat ayat Quran ini dan hati saya menjadi tenang dan tenteram. Ia seperti janji Allah bahawa ujian ini sesuatu yang saya boleh harungi.

Antara filem yang paling saya minati ialah “The Amazing Spider(symbol)man”!!

Namira 🐯
Sesuatu yang ingin saya tukar tentang Zoombara adalah untuk ia menjadi acara yang terbuka kepada orang awam dan bukan sahaja kepada pelajar sekolah menengah. Saya percaya yang acara Zoombara cukup menyeronokkan dan merupakan wadah yang baik untuk menggalakan penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat Melayu Singapura, tidak kira umur. Pada masa yang sama, ia dapat memelihara aspek budaya yang mungkin tidak lagi diamalkan pada zaman ini.

Pada waktu lapang saya, saya gemar mengayuh 🚴🏻‍♀️ di tepi pantai East Coast sambil mendengar lagu dan menikmati angin laut.

Hididi
Kongsi dengan kami tugas yang paling mencabar sepanjang perjalanan ini.

Saya rasa bahawa mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Pengendali Stesen secara keseluruhan adalah tugas yang paling mencabar bagi saya. Ini kerana ia adalah pertama kali bagi saya mengetuai kumpulan yang dianggotai mereka yang lebih berumur dan berpengalaman daripada saya. Namun, kata-kata perangsang daripada rakan-rakan Zoombara 2017 telah banyak mendorong dan memberi saya lebih motivasi untuk memberi yang terbaik bagi acara ini. Lagipun, Alhamdulillah acara ini telah banyak memberi saya pengalaman untuk keluar daripada zon selesa saya, belajar tentang diri saya dengan lebih dan juga belajar daripada dan mengenai orang lain juga.

Bina sepotong ayat dengan menggunakan symbol ini: bola

“Tiada ku sangka bola-bola api yang sedulunya kecil telah menjadi besar” - Sepatah ayat daripada lirik lagu Paling Comel yang dinyanyikan oleh Nana dan Achik. Patah ayat ini melambangkan persahabatan saya dengan pihak Zoombara 2017 yang telah pun berkembang dari masa ke masa dan saya harap semoga persahabatan kami ini dapat dikekalkan sepanjang hayat hingga ke Jannah juga InshaAllah.

Mar
Soalan #10.

Sepanjang fasa perancangan acara Zoombara 2017, terdapat pelbagai peristiwa manis yang telah saya lalui bersama teman-teman seperjuangan. 😊 Alhamdulillah, sokongan kuat dari mereka tidak pernah membuat saya kesal terhadap sebarang keputusan yang telah diambil mahupun yang tidak diambil. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan individu-individu yang rajin, berfikiran matang serta ikhlas memberikan yang terbaik dalam apa jua tugasan. Dalam setiap pekerjaan, tanamkan niat yang baik dan jujur agar segalanya diredhai dan direstui Sang Illahi. Semoga dipermudahkan segala urusan kita nanti! 🤓

Filem terakhir berkaitan 🚀 yang saya tonton ialah 'Gravity', lakonan Sandra Bullock. Saya suka filem ini kerana penggunaan kesan visualnya yang sangat mantap!

Amalina
Soalan #14

Elemen cemerlang yang saya dapati agak ketara di dalam jawatankuasa ini ialah semangat bergotong-royong. Ini dapat dilihat daripada usaha usaha untuk mengumpul dana untuk Zoombara. Ahli-ahli Zoombara sanggup mengorbankan masa mereka untuk menyingsing lengan dalam membantu membuat bahan jualan. Meski terpaksa berhempas pulas sehingga lewat malam, mereka tetap tabah menghabiskan semua bahan jualan. Saya sangat terharu dengan semangat gotong-royong mereka dan berbesar hati kerana dapat bekerja dengan mereka dalam Zoombara. Terima kasih kekawan. (: Zoombara akan berakhir tidak lama lagi namun harap persahabatan kita tidak ye. (;

Ayat:
Saya amat memintai seni kata dari lagu [musical note symbol] Sandiwara Cinta dari Repvblik kerana seni katanya dapat menusuk ke dalm kalbu dan tersirat seribu makna.

Faizah
Apakah perkara yang paling diingati sepanjang Zoombara 2017?
Satu perkara yang akan saya ingati sampai bila-bila adalah keikhlasan dan kegigihan teman-teman sepasukan saya. Oleh kerana ianya begitu menonjol, saya dapat rasakan yang sifat-sifat itu telah merebak kepada diri saya sendiri, dan saya belajar untuk membuat kerja dengan penuh keikhlasan. Alhamdulillaah saya ucapkan kerana ada pasukan yang cukup hebat. Semoga awak semua maju jaya dunya dan akhirat. Ameen.

Emoji:
Semasa waktu saya kecil dahulu, kawan-kawan ibubapa saya sering ke rumah saya untuk berkaraoke. Saya suka membuat (ribbon emoji) untuk pemenang-pemenang "Peraduan Karaoke" kerana terlalu bosan. Malangnya, saya selalu tertidur sebelum 'pemenang' diumumkan. Akan tetapi, sesi karaoke mereka tidak pernah berperaduan, ianya hanya sekadar imaginasi saya sahaja. Kwang kwang kwang.....

Sahira
Soalan: Pilih satu perkataan untuk menggambarkan pengalaman anda bersama jawantankuasa ini. Kenapa?

Jawapan: pengorbanan.

Sepanjang perjuangan kami untuk membuat acara Zoombara 2017 berjaya, saya dapat lihat Pengorbanan yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan. Saya kagum dengan keikhlasan and dedikasi yang mereka berikan. Walaupun masing-masing mempunyai tanggunjawab yang lain, mereka tetap cuba untuk menglaksanakan tugas dengan baik sekali.Kadangkala, kita sebagai manusia akan terlepas pandang perbuatan Baik seseorang atau (acknowledge) tetapi saya mengambil peluang ini untuk ucapkan Terima kasih kepada setiap ahli kumpulan Zoombara atas segala Pengorbanan yang telah mereka lakukan. Saya percaya jika kita melakukan dengan hati yang ikhlas dan niat yang betul, semua akan tetap berjalan dengan lancar walaupun ada cabaran yang timbul.

Dalam hidup kita harus terus 👟👟 walaupun perjalanan yang akan kita lalui penuh dengan cabaran kerana kita hanya akan menjadi seorang yang lebih kuat dan matang selepas itu.

Safiyah
8) Adakah anda akan mengesyorkan orang lain untuk menyertai ad hoc ini pada tahun hadapan? Mengapa?

Oh, tentu sekali! Saya akan menggalakkan rakan-rakan lain serta ahli-ahli baharu untuk menyertai ad hoc ini pada tahun hadapan kerana acara ini bukan sahaja menerapkan bahasa dan budaya dalam permainan-permainan yang menarik malah ia mampu ada jalan cerita yang penuh suspens dan drama! Pasti seronok!

Sepanjang perjalanan saya dalam acara ini, saya mempelajari pelbagai perkara baharu. Ia mengajar saya erti semangat berpasukan dalam apa jua situasi pun. Saya menimba pengalaman baharu di lokasi-lokasi baharu; misalnya semasa merakamkan video-video untuk acara ini. Oleh itu, ad hoc ini boleh menyajikan pengalaman-pengalaman yang indah dan bermanfaat bagi setiap ahli kumpulan. Jika kita membuka minda kita untuk mempelajari sesuatu, kita pasti akan meraih kepuasan pada akhirnya walaupun kadangkala perlu mengharungi pelbagai dugaan. Yang penting, kita harus ikhlas, insyaAllah khayr.

Bina sepotong ayat dengan menggunakan simbol ini: 🐜

🐜 merupakan antara haiwan-haiwan yang dicipta Tuhan supaya manusia boleh mempelajari daripadanya. 🐜 mengajar manusia mengenai kerja keras, disiplin, perjuangan, kepedulian, perpaduan, amanah dan kebersamaan.

Aiq
Apakah perkara yang paling diingati anda sepanjang projek ini?

Perkara yang paling diingati sepanjang Zoombara adalah betapa lain meeting pertama berbandingkan meeting yang diadakan sekarang. Saya selalu tersenyum apabila berfikir tentang meetings kita. Pada hari pertama berjumpa, kami semua diam-diam sahaja dan tidak banyak bercakap atau bergurau. Tapi sekarang.... semua mahu berbual dan semua ketawa terbahak-bahak! Meeting kami sentiasa kecoh! Ini juga sesuatu yang akan amat saya rindui apabila Zoombara sudah selesai.

Bina sepotong ayat dengan menggunakan simbol ini: 🐴

Bukan ayat tetapi teka-teki hehe

Q: Mengapakah 🐴  menyeberang jalan raya?
A: Kerana ada orang berkata "hey!" (hay)

hahaha........

Haziq
Sebagai penasihat jawatankuasa ini, perkataan apa yang paling sesuai untuk menggambarkan jawatankuasa ini? Kenapa?

Meriah.

Tidak pernah saya mengalami satu keadaan di mana saya tidak tersenyum ataupun ketawa dengan gelak apabila berjumpa dengan anggota-anggota jawatankuasa ini. Semuanya selalu hadir di mesyuarat atau perjumpaan penuh bertenaga walaupun selepas sehari bersekolah. Kemeriahan ini juga dilihat dalam membuat kerja bersama. Walaupun sakit perut dibuatnya kerana banyak ketawa, anggota-anggota jawatankuasa ini juga orang yang ringan tulang dan rajin menolong antara satu sama lain, dan ini menambahkan kemeriahan dalam jawatankuasa Zoombara.

Bina sepotong ayat dengan menggunakan simbol ini:

Antara satu kuih kegemaran saya adalah badak berendam! Kalau bertanya budak-budak yang lebih muda tentang kuih ini, saya pasti ramai yang tidak akan mengenali kuih ini. Malangnya, susah juga kalau hendak mencari kuih ini sekarang. Sesiapa yang pandai membuat kuih ini, bilang saya okay!

Luqman
Apa perkara yang paling anda suka selama berada di dalam jawatankuasa ini? Sila kongsi dengan kami

Secara jujur, apa yang paling saya suka selama berada dalam jawatankuasa ini adalah ahli-ahlinya. Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan 14 orang individu yang mempamerkan kebolehan, kesungguhan, keikhlasan dan semangat kerjasama yang padu dan utuh dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Setiap mesyuarat yang diadakan pasti kecoh dan meriah kerana dipenuhi dengan senda gurauan dan hilai tawa. Sememangnya keserasian yang telah terjalin antara kami semua telah mempermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan Zoombara 2017 ini.

Saya suka 🏋 kerana ia membakar lemak-lemak yang bertepek dan menyegarkan badan saya!

Asyikin
Kongsi dengan kami perkara yang paling mencabar sepanjang perjalanan ini.

Tidak ada benda yang begitu mencabar kerana ahli-ahli Zoombara amat bersifat ringan tangan dan tak teragak-agak untuk membantu jika saya perlu pertolongan :) Secara jujur, menahan lapar di dalam MRT adalah perkara yang paling mencabar kerana mesyuarat kami selalu habis lambat. Hahaha.

Emoji: payung
jangan kata abang tak payung~~~~~ sebenarnya saya tidak begitu faham apa maksud tagline itu.....

Asyraf
Apakah elemen yang paling cemerlang yang anda boleh lihat di dalam jawatankuasa ini?

Elemen paling cemerlang yang dapat saya lihat di dalam jawatankuasa ini adalah ketabahan mereka untuk menyelesaikan apa saja masalah yang dihadapi oleh kumpulan ini.

Misalnya, apabila kami sedang mengadakan acara Mock Zoombara 2017, secara tidak diketahui oleh sesiapa, beberapa benda Logistik telah dibuang oleh pembersih-pembersih di NIE. Namun, para anggota jawatankuasa ini dengan secara pantas memikir cara2 untuk mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, acara Mock kami dapat berjalan semula dengan lancar.

Spongebob Squarepants tinggal dalam sebuah () di dasar laut. (really, nenas?)

Zohri
Apa yang paling menyeronokkan sepanjang projek ini? Sila ceritakan pengalaman anda.

Memang adhoc ini merupakan suatu adhoc yang cukup istimewa di lubuk hati saya. Walaupun baru sahaja kami berkenalan namun ada sesuatu tali persaudaraan yang telah kita ikati. Kesemua anggota adhoc ini ada sifat yang berlainan. Ada yang kuat suaranya. Ada yg suka bergurau kasar. Ada yang rajin dan berbagai lagi. Memang seronok dapat jumpa kaum kaum unik seperti ini. Mesyuarat setiap minggu pasti penuh dengan keriangan dan tertawa. Cukup istimewa.

Bina sepotong ayam dengan menggunakan simbol 🏍
Tunggang 🏍 mestilah jalan terus dont belok belok.
Sebab saya nak jalan terus ke hati awak. Cia cia cia.

Zahirah
Jika anda salah seorang peserta, apa yang anda harapkan untuk acara ini?

Jika saya menjadi salah seorang peserta Zoombara, saya akan mengharapkan aksi dan drama berdasarkan jalan cerita akan meninggal impak kepada diri saya. Saya juga berharap untuk lebih memahami dan mengenali budaya Melayu dengan lebih mendalam.

Seumpama 🦋 terbang bebas di udara tanpa ada halangan!