HMT 411- TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM LINGUISTIK (ETIKA DALAM PENYELIDIKAN DAN PENULISAN) by syafiqah adnan

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN DAN PENULISAN
https://youtu.be/yo3zjiG-9EE

Sedikit sedutan dan paparan maklumat mengenai etika dalam penyelidikan yang telah diambil daripada sumber Youtube :-
https://www.youtube.com/watch?v=KhC-XfnZvQ4

KONSEP ETIKA PENYELIDIKAN DAN ETIKA PENULISAN

Definisi Falsafah Etika
1. Etika merupakan suatu cabang ilmu falsafah yang berteraskan konsep moraliti iaitu falsafah moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupan.

2. Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek/Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud perangai atau budi pekerti yang lazim dipadankan dengan kajian sistematik berkenaan konsep nilai 'baik', 'tidak baik', 'betul' dan 'salah'.

3. Perkataan etika juga berasal daripada perkataan Latin yang dikenali sebagai ‘mores’ yang bermaksud moral atau perangai.

Definisi Etika Penyelidikan
1. Menurut Velasquez dan Rostankowski (1985), etika boleh didefinisikan sebagai satu penyelidikan sistematik tentang kepercayaan dan pertimbangan tentang apa yang benar dan salah dari segi moral.

2. Etika juga merupakan satu cabang ilmu penyelidikan yang cuba memberi penjelasan kepada persoalan tentang perkara-perkara yang bermoral dan tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang penyelidik semasa menjalankan penyelidikan.

TUJUAN ETIKA

Menurut Aristotle, tujuan etika adalah bagi mencari kesejahteraan hidup di dunia.

ETIKA DALAM PENULISAN

1. Berpegang teguh dengan kefahaman yang betul serta jauh daripada penyelewengan dan salah faham.

2. Penulis mestilah mahir dalam bidangnya dan berpegang teguh dengan adab-adab yang perlu dijaga.

3. Mengambil maklumat yang benar dengan tidak dikurangkan atau ditambah-tambah atau diubah daripada keadaan sebenar.

KONSEP PENULISAN

1) Za’ba (1965)
- Pekerjaan menyusunkan perkataan dengan susunan yang elok kerana menghalkan atau merupakan sesuatu fikiran hati atau sesuatu kisah cerita supaya dapat difahamkan oleh seseorang yang lain apabila didengar atau dibaca.

2) Woolston, Robinson & Kutzbach (1988)
- Proses mereka bentuk sesuatu dokumen yang menepati sesuatu kehendak, dan menentukan bahawa penulisan tersebut supaya ia menepati sesuatu fungsi yang dihasratkan oleh penulis.

3) Awang Sariyan (1991)
- Pengolahan gagasan atau pemikiran dan juga proses mekanis yang melibatkan penguasaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan atau pemikiran.

BENTUK PENULISAN DAN PENYELIDIKAN

Pengkaji turut memfokuskan tentang penulisan bagi suatu kajian ataupun penyelidikan dengan menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian tersebut kerana reka bentuk kajiannnya bersifat fleksibel, dan ia juga boleh diubahsuaikan mengikut keadaan dan keperluan situasi.

CIRI-CIRI ETIKA DALAM PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

1) Tujuan

- Pengkaji perlu lebih fokus dan memberi tumpuan dari segi makna, konsep, takrifan, ciri-ciri dan huraian melalui penyelidikan. Maklumat yang diperolehi adalah secara lebih mendalam dan menyeluruh melalui kepelbagaian kaedah dan pengumpulan data.

2) Pandangan

- Pengkaji mendapati bahawa kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang lain adalah kajian yang sebenar dan tidak mempunyai unsur plagiat dalam kajian tersebut.

3) Data

- Pengkaji menyelidik tentang konsep-konsep atau pendekatan yang telah digunakan dalam kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang lain.

BAHAN-BAHAN RUJUKAN YANG BERKAITAN

1. BUKU BAHASA MELAYU

a) Tajuk Buku : Penyelidikan Pendidikan (1999)

- Buku “Penyelidikan Pendidikan” yang ditulis oleh Mohd Najib Ghafar pada tahun 1999 pula menerangkan dan memperlihatkan mengenai susun atur dan pendekatan kaedah yang telah digunakan dan dijalankan dalam penyelidikan pendidikan.

- Bab 1, bab 2 dan bab 3 : menerangkan kaedah asas dalam penyelidikan.

- Bab 4, bab 5 dan bab 6 : membicarakan tentang teknik-teknik penyelidikan dalam pendidikan.

- Bab 7 : contoh prosedur penyelidikan dalam pendidikan.

- Bab 8 : cadangan aktiviti berdasarkan konsep kajian.

b) Tajuk Buku : Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis (2002)
- Berdasarkan buku "Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis" yang ditulis oleh David Solverman pada tahun 2002, buku ini membincangkan mengenai perkara-perkara asas dalam penyelidikan seperti makna penyelidikan, kesahan penyelidikan sains, kaedah saintifik, dan unsur-unsur penyelidikan.

- Bagi membuat kesimpulan yang menyeluruh tentang permasalah kajian, suatu penyelidikan yang teratur, sainstifik, dan sistematik perlulah dijalankan oleh seseorang pengkaji.

- Berdasarkan buku ini juga, ada dinyatakan bahawa proses kesimpulan dalam penyelidikan terbahagi kepada dua iaitu deduktif dan induktif.

2. BUKU BAHASA INGGERIS

a) Tajuk Buku : Analyzing Qualitative Data (1994)

- Berdasarkan buku “Analyzing Qualitative Data” yang ditulis oleh Alan Bryman dan Robert G. Burgess pada tahun 1994, buku ini lebih berfokus kepada analisis data kualitatif yang digunakan dalam kajian polisi. Buku ini turut menceritakan atau memperlihatkan kaedah-kaedah yang sesuai yang telah digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian polisi.

b) Tajuk Buku : Doing Qualitative Research
- Berdasarkan buku "Doing Qualitative Research" yang ditulis oleh David Solverman, buku ini mengandungi etika penulisan yang sangat bagus dan sesuai diguna dan dijadikan panduan kepada seseorang penulis. Di awal bab buku ini, penulis telah  menyatakan bagaimana cara untuk mengaplikasikan atau menggunakan buku tersebut. Buku ini juga turut memaparkan tentang kaedah-kaedah kajian yang telah diguna dan dilakukan dalam penyelidikan yang tertumpu kepada kaedah kualitatif.
- Dalam buku ini juga turut diceritakan perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang penyelidik dalam melakukan kajian kualitatif. Terdapat persoalan dan jawapan yang dibincangkan mengenai kajian kualitatif dalam buku ini.

KESIMPULAN

Etika bukan hanya merujuk kepada lisan, bahkan dalam penulisan dan penyelidikan juga terdapat etika yang perlu dipatuhi. Konsep etika sebenarnya telah diajar sejak dahulu lagi. Hal ini bersesuaian dengan masyarakat Melayu yang sangat terkenal dengan adab sopan santun. Perkara ini juga dapat dilihat apabila terdapatnya banyak pantang larang dan tatasusila yang perlu dipatuhi bagi menjaga adab sopan dalam kalangan masyarakat Melayu. Justeru, konsep yang sama juga perlulah diterapkan dan dipraktikkan dalam aspek penyelidikan dan penulisan terutamanya dalam kajian penyelidikan yang dijalankan sama ada dalam bidang linguistik mahupun dalam bidang bukan linguistik. Oleh itu, etika penyelidikan dan penulisan perlulah dipatuhi oleh seseorang pengkaji dan penulis dalam melakukan kajian penyelidikan serta menghasilkan sesebuah karya penulisan khususnya dalam karya berbentuk ilmiah seperti tesis dan sebagainya.

KONSEP PENYELIDIKAN

1. Tuckman (1999)
- Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan bagi sesuatu persoalan atau permasalahan.

2. Kelinger (1964)
- Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena.

3. Ahmad Mahdzan (1992)
- Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan dengan sesuatu permasalahan.

i) Mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara.
ii) Mengurus penyelidikan saintifik bagi menyelesaikan masalah dan menguji hipotesis.
iii) Membina atau mereka cipta produk yang baru.

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

1. Perlindungan Peserta Penyelidikan
- Melindungi peserta daripada sebarang kesan negatif atau mudarat yang mungkin sama ada dari segi fizikal dan mental.

2. Kerahsiaan Maklumat Peserta Penyelidikan

- Maklumat peserta dilindungi daripada makluman masyarakat umum melainkan peserta telah bersetuju secara bertulis untuk menghebahkan maklumat tersebut kepada orang ramai.
- Contohnya, dalam penyelidikan tinjauan, nama responden tidak perlu dinyatakan.

3. Kuasa Pilihan Untuk Keterlibatan Dalam  Penyelidikan/Isu Paksaan

- Kuasa membuat pilihan sama ada untuk melibatkan diri atau tidak dalam penyelidikan diberi kepada bakal peserta penyelidikan dan tiada unsur paksaan.

4. Penjelasan Awal Tentang Penyelidikan/Persetujuan Termaklum

- Penjelasan awal perlu diberi kepada peserta tentang penyelidikan yang bakal mereka sertai  agar mereka dapat membuat pilihan  untuk melibatkan diri atau tidak dalam         penyelidikan berkenaan.
- Salah satu langkah bagi menjamin etika dalam penyelidikan adalah melalui penggunaan borang persetujuan termaklum yang perlu ditandatangani oleh peserta.

5.  Isu Sulit dan Kerahsiaan
- Maklumat berkaitan dengan peserta  yang perlulah disimpan dengan rapi dalam situasi terkawal.
- Cara terbaik untuk memelihara kerahsiaan adalah dengan mengurangkan jumlah individu yang terlibat dengan pengurusan data.

6. Perkongsian Hasil Penyelidikan
- Pengetahuan saintifik yang diperoleh adalah milik umum dan harus diumum secepat mungkin secara praktikal oleh penyelidik.
- Pihak yang patut mendapat maklumat tentang penyelidikan adalah subjek yang terlibat dalam penyelidikan.

7. Pemberitahuan
- Penyelidik haruslah memaklumkan kepada subjek sekiranya penyelidikan yang dijalankan melibatkan unsur tipu daya ataupun manipulasi seperti merakam dan merekod reaksi subjek.  Penyelidik perlu memohon maaf sekiranya subjek tidak senang dengan situasi berkenaan dan perlu menerangkan mengenai butiran penyelidikan.