My smart wall by Amiruddin Sakri

Pengenalan

Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba di Terengganu pada 1303 sebelum Masihi. Ditemui oleh Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Terengganu.

Hubung kait dengan Undang-Undang Syariah Islam
Dalam BBT tercatat beberapa keterangan yang utama, merangkumi pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Bagi D.G.E. Hall, perundangan Islam telah bertapak lebih daripada seratus sebelumnya.Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang:
(a) mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan;
(b) hukuman bagi kesalahan zina.
Namun begitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya.
Berasaskan kepada kajian terhadap Hukum Kanun Melaka, kita boleh mengemukakan teori bahawa penulisnya adalah seorang yang terpelajar dalam bidang keagamaan Islam, kerana memang mengetahui agama Islam dan ilmu usul al-fiqh secara holistik.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab - Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa. Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera. Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasil perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Malabar Coast di Kerala India , Srivijaya dan Palembang. Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

Sejarah perkembangn Islam di Nusantara
Teori Kedatangan Islam Melalui India -Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin. Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Malabar sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Malabar Coast dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Malabar Coast yang terletak di Kerala, India. Fakta fakta ini telah pun di terbitkan di dalam buku Prof Dr Hamka.
Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie. Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.

Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.

Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.