Kebaikan amalan membaca by 初一14(43)曾天乐 TALLEN CHENG TIAN LE

Kebaikan amalan membaca isi 1
Kepentingan utama kemahiran membaca menjadi amalan masyarakat adalah kerana ia merupakan satu jambatan kepada ilmu dan pengetahuan. Sebagai manusia, kita tumbuh dan berkembang seiring dengan usia dan kemampuan kita. Semakin dewasa, semakin banyak perkara, komitmen dan tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh setiap individu. Maka, penting untuk kita sentiasa memastikan setiap generasi berkembang dengan ilmu dan pengetahuan yang terbaik buat mereka. Salah satu cara untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan adalah dengan membaca. Seiring dengan amalan tersebut, adalah guru-guru di sekolah dan ahli keluarga serta rakan yang membeimbing kita untuk memahami apa yang dibaca dengan lebih baik. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Apabila masyarakat kaya dengan ilmu dan pengetahuan nescaya perkembangan masyarakat dan  Tegasnya, amalan membaca adalah kunci kepada penyebaran ilmu dan pengetahuan kepada ahli masyarakat.

Kebaikan amalan membaca isi 2
amalan membaca dalam masyarakat dapat menambah baik penguasaan dan kefahaman bahasa yang dibaca. Dalam konteks ini, penguasaaan dan penyemarakkan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Jikalau bukan kita, masyarakat yang tinggal di Tanah Melayu yang akan bertutur, menulis dan membaca bahasa ini, siapa lagi yang akan menggunakan bahasa tersebut? Secara amnya, membaca dapat menambah perbendaharaan kata yang kita ketahui sekaligus menambah nilai diri setiap individu. Semakin banyak kita membaca, semakin pelbagai prosa kata yang kita boleh gunakan. Begitu juga dengan penguasaaan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris yang penting dalam era globalisasi pada hari ini. Jika masyarakat hari ini ingin berkembang seiring dengan era globalisasi, kita hendaklah juga mempelajari dan menguasai bahasa asing dengan membaca.

Kebaikan amalan membaca isi 3
Kepentingan lain amalan membaca di Malaysia adalah ia membantu meningkatkan pemikiran masyarakat secara kritis dan kreatif. Dari aspek perkembangan kanak-kanak, amalan membaca dapat membantu pertumbuhan kognitif serta menguatkan memori. Dari aspek golongan dewasa pula, membaca dapat membantu masyarakat untuk membuka minda dan tidak menjadi seperti katak yang duduk di bawah tempurung. Hal ini kerana, bahan bacaan yang dihasilkan terdiri daripada pelbagai jenis dan genre. Tetapi kita juga perlu memastikan bahan bacaan tersebut mempunyai kredibiliti yang disahkan. Penulis bahan bacaan hendaklah individu yang pakar dalam bidang yang ditulis dan memberikan fakta yang sahih dan tidak diputar belitkan. Hasilnya, masyarakat yang membaca pelbagai jenis bahan bacaan akan mempunyai pendapat yang lebih kritis dan mempunyai daya kreatif yang lebih baik.

Kebaikan amalan membaca isi 4
Sumber inspirasi dan motivasi juga adalah salah satu kebaikan yang akan diperoleh masyarakat jika mengamalkan budaya membaca. Antara bahan bacaan yang digemari secara peribadi adalah bacaan yang berbentuk biografi di mana, ia menceritakan tentang kisah sebenar seorang individu yang berjaya dalam kerjaya atau hidup mereka. Dengan menghayati pembacaan biografi, kita secara langsung dapat mengambil iktibar daripada fasa-fasa kehidupan yang dilalui oleh seseorang serta mengaplikasikan nilai-nilai yang baik dalam realiti untuk mengecapi kejayaan. Persis kata peribahasa Melayu, buang yang keruh ambil yang jernih. Izharnya, amalan membaca akan memanfaatkan masyarakat dalam membentuk jati diri dan ketrampilan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga nusa bangsa.

Kebaikan amalan membaca isi 5
Terdapat banyak kepentingan yang boleh digarap setiap ahli masyarakat sekiranya mengamalkan budaya membaca. Masyarakat perlu menjadikan membaca sebagai salah satu hiburan dan pengisian masa lapang di mana aktiviti yang sia-sia seperti melepak dan merempit dapat dielakkan. Program NILAM di peringkat sekolah yang menggalakkan pelajar membaca wajar diperkasakan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga di peringkat komuniti. Semoga budaya membaca ini menjadi titik tolak kepada tanah air kita untuk menyaingi negara-negara maju yang lain. Seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan mempunyai jati diri yang kukuh.