KELAB BOLA JARING by Maryanna Mariana Paun

PENGENALAN BOLA JARING
Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Bola jaring juga ialah sukan bola untuk dua pasukan dengan tujuh pemain. Peraturannya diterbitkan dalam bentuk cetak dan dalam talian oleh Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa. Permainan ini juga dimainkan di gelanggang segi empat tepat yang dibahagikan secara pertiga, dengan gawang tinggi pada setiap hujung pendek.

SEJARAH BOLA JARING
Permainan bola jaring juga dipercayai berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. Ia bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia.

PERATURAN BOLA JARING
1. Asas Peraturan Permainan

Bola jaring merupakan sukan popular di kalangan kaum wanita. Perkembangan dan pembangunan yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa.

Sukan bola jaring dimainkan oleh dua (2) pasukan yang terdiri daripada tujuh (7) pemain dalam sesuatu perlawanan. Permainan ini menumpukan kepada jaringan gol untuk menentukan kemenangan. Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja dibenarkan menjaringkan gol dari dalam Bulatan Gol.

Bilangan pemain

setiap pasukan terdiri 7 pemain dan 5 pemain simpanan.

Tempoh permainan

i. Terdapat dua bahagian iaitu selama dua puluh (20) minit setiap separuh masa. Masa rehat 5 minit.
ii. Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada akhir separuh masa.

Pengadil

diadili oleh 2 orang pengadil

Memulakan permainan

i. Permainan dimulakan dan dimulakan semula selepas setiap jaringan gol.
ii. Hantaran Tengah diambil secara bergilir-gilir selepas setiap jaringan gol.

Gerak kaki

Pemain tidak dibenarkan mengheret atau mengerakkan kaki mendarat .

‘Held ball’

Pemain tidak dibenarkan memegang bola lebih dari 3 saat.

Lebih kawasan

Bola tidak boleh dihantar lebih daripada keseluruhan satu kawasan tanpa disentuh atau ditangkap terlebih dahulu oleh mana--mana pemain yang dibenarkan.

Off side

Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika memasuki mana-mana kawasan selain daripada kawasan bermainnya.

Sentuhan

Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan sentuhan dengan pemain lawan, sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja.

Memainkan semula/‘Re-play’

Apabila menerima bola, dimana bola telah dimiliki sepenuhnya, bola terjatuh dan mengambilnya semula. Situasi ini dipanggil ‘re-play’

TEKNIK BERMAIN
1.Teknik Bagi Setiap Hantaran

Hantaran Aras Bahu

(a)Pegang bola di atas tapak tangan kanan.

(b)Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai paksi kepada pergerakan kaki kanan.

(c)Berat badan berada di atas kaki kanan.

(d)Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.

(e)Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran.

(f)Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau ‘flick’

(g)Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar.

(h)Bagi hantaran jarak jauh, gunakan pergerakan ‘whip’ pergelangan tangan dari jari.

Hantaran Aras Dada

(a)Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola.

(b)Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan siku juga hendaklah dalam kedududkan seimbang.

(c)Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan kaki kiri ke hadapan.

(d)Pemain hendaklah mengambil satu langkah kea rah lontaran.

(e)Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan lontaran bola.

Hantaran Sisi / Bawah Bahu

(a)Teknik yang sama seperti melakukan hantaran atas bahu.

(b)Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada paras pinggang.

(c)Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Hantaran Atas Kepala (LOB)

a)Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil siku tangan dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang dan pada aras bahu.
b)Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan mengayunkan tangan ke hadapan sambil siku diluruskan.

(c)Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih di atas kepala.

(d)Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu daripadanya berada di hadapan mengikut keselesaan pemain.

Hantaran Lantun

a)Kedua belah tangan memegang bola pada aras dada.
(b)Pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai agar bola boleh dilantun semula dan dapat disambut oleh ahli pasukannya.
(c)Apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti hantaran bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut.Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke bawah atau sebelah / sisi lawan.

2.Gerakan Kaki

Mendarat atas sebelah kaki

(a)Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri.Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kakiyang mula mendarat tadi memijak lantai semula.

(b)Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan bola. Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh disamping memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.

Mendarat atas dua belah kaki

Selepas menerima bola, pemain boleh:

(a)Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki serta membaling bola.
(b)Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara serentak dan

kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut tetapi bola mestilah

dibaling kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat semula.

(c)Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki sebagai paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki yang satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pemain yang sedang memegang bola mencari dan memerhatikan kepada siapa seterusnya bola akan dihantar.

PERTANDINGAN BOLA JARING