Nature Savior by Mazlima Omar

Sharmiera Binti Mazlan (BA20110204)
Ekologi sosial sangat menarik kerana ianya lebih mementingkan dan mengutamakan organisasi sosial manusia. Ekologi sosial sangat penting untuk mempertahankan hak atau keperluan manusia. Hal ini  dikatakan kerana, ekologi sosial menentang segala bentuk dominasi ke atas manusia. Ekologi sosial juga penting untuk menggalakkan autonomi individual secara maksimum. Hal ini dikatakan kerana, ekologi sosial adalah usaha untuk menghapuskan negara bangsa moden dan seterusnya memberikan autonomi politik dan ekonomi yang maksimum kepada komuniti tempatan. Selain itu, ekologi sosial juga menarik kerana ianya berpandukan falsafah politik anarkisme. Hal ini kerana, anarkisme ialah falsafah politik yang berpendapat bahawa masyarakat boleh dan harus wujud tanpa pemerintah dan fenomena ini tidak akan membawa kepada kepada kekacauan malah akan meningkatkan ketenteraman sosial di mana orang ramai bekerjasama secara bebas, tanpa paksaan untuk mencapai tujuan bersama. Kesimpulannya, ekologi sosial ini telah mengutamakan dan mementingkan manusia daripada entiti bukan manusia dan walaupun manusia adalah sebahagian dari alam semulajadi tetapi manusia berada pada kedudukan yang paling tinggi dalam proses perubahan evolusi alam semulajadi.

WARDINA BINTI ABD RAHMAN (BA20160938)
Pada pendapat saya, hal yang menarik mengenai ekologi sosial adalah disebabkan ia merupakan bidang ilmu yang mengkaji tentang tindak balas antara tumbuhan, haiwan dan manusia dengan alam sekitar. Ekologi sosial juga menjaga keseimbangan antara pembangunan yang terkawal dan alam sekitar untuk dipelihara bagi mengelak daripada kemusnahan. Oleh itu, manusia berusaha dalam menghasilkan teknologi bagi melindungi alam semula jadi dengan beralih kepada aktiviti yang lebih mesra alam seperti sumber tenaga boleh diperbaharui. Tambahan itu, manusia juga mendapat manfaat daripada alam semula jadi sambil memenuhi keperluan mereka. Akhir sekali, hubungan manusia dan alam semula jadi yang saling memerlukan  antara satu sama lain perlu memastikan keharmonian dapat dicapai agar dapat menghasilkan pembangunan yang mapan untuk generasi akan datang.

Haslinah Binti Samsudin (Ba20110103)
Pada pendapat saya, perkara yang menarik tentang ekologi sosial adalah ia merupakan satu bidang ilmu yang mempelajari interaksi organisme dengan persekitarannya dan merupakan hubungan pendudukan atau masyarakat dengan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana, ekologi sosial ini adalah satu hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan sekelilingnya sehingga membentuk sistem ekologi. Menariknya, ekolohi sosial ini ia adalah cara yang dilakukan bagi memelihara dan menjaga kelestarian juga integriti pada satu ekosistem, yang mampun menjamin pembekal sumber daya untuk kepentingan sosial manusia. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa ekologi sosial ini memerlukan hubungan kerjasama diantara organisme dan manusia sekaligus kedua-dua elemen ini mendapatkan manfaat tersendiri.  Akhir sekali, hubungan diantara organisme alam sekitar dan manusia yang saling bekejrsama bagi memberikan satu kelestarian dan turut meningkatkan ketenteraman sosial manusia sekaligus mencipta satu sistem yang kompleks dan lengkap.

NURHIZATUL KUSNAAIN BINTI RAJAB (BA20110311)
Pada pandangan saya, terdapat dua perkara menarik yang boleh dirungkaikan dalam aspek Ekologi sosial iaitu boleh dilihat dari sudut tata tingkat (hierarki) dan organisasi serta pertembungan pandangan antara sarjana berkaitan ekologi sosial antara Murray Bookchin dan Dave Foreman. Seperti yang kita sedia maklum, konsep bagi Ekologi sosial tersebut sercara umumnya sememangnya menfokuskan berkaitan tata tingkat atau hierarki yang mengutamakan atau melebihkan manusia daripada benda yang bukan manusia.  Ekologi sosial ini juga dikenali sebagai satu pendekatan teoritikal yang digunakan untuk mengkritik “Deep ecology” yang tidak menfokuskan hierarki atau tata tingkat yang tidak mementingkan manusia sebagai tingkat teratas dan terpenting dalam suatu organisasi. Organisasi terlibat yang dimaksudkan di sini adalah antara golongan manusia dan juga alam semulajadi seperti tumbuhan ataupun haiwan. Prinsip asas berdasarkan Ekologi sosial ini juga berpandukan falsafah politik anarkisme yang mana menurut sarjana Murray Bookchin, masyarakatlah yang menggabungkan prinsip ekologi dan juga anarkisme. Selain itu, perkara kedua yang menarik dalam Ekologi sosial ini adalah pertembungan pendapat antara Bookchin dan Foreman yang mana Bookchin menegaskan “deep ecology” sebagai pendekatan yang anti kemanusaiaan dan mengetepikan perspektif sosial serta menganggap kumpulan tersebut sebagai “deep malthusians” kerana telah menyokong golongan “deep ecology” dalam mengawal pertumbuhan populasi. Berbeza pula dengan pandangan Foreman yang mana sememangnya bersifat anti-kemanusiaan dan mengutamakan hidupan bukan manusia sebagai tangga teratas dalam sebuah organisasi atau komuniti. Walaupun sebelumnya pertembungan pendapat antara Bookchin dan Foreman semakin hangat diperkatakan dalam menyentuh berkaitan ekologi sosial, terdapat perkembangan baharu berkaitan ekologi sosial ini apabila kedua-dua sarjana tersebut telah berbaik dan berkompromi dengan pandangan masing-masing. Usaha yang dilakukan menunjukkan mereka telah berdamai adalah dengan bersma-sama menerbitkan satu buku bertajuk “Looking for Common Ground, Defending the Earth: A Dialogue between Murray Bookchin and Dave Foreman”. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa ini merupakan aspek penting yang perlu diketahui khususnya apabila menyebut berkaitan ekologi sosial.

MOHD FAREZREEN BIN MADRIGAL BA20110155
Pada pendapat saya, ekologi sosial amat menarik kerana ia mampu mewujudkan masyarakat di mana manusia berhubung dan hidup secara harmoni dengan alam sekitar. Ekologi sosial mengkaji interaksi dan tindak balas antara individu terhadap persekitaran di sekeliling mereka dan bagaimana interaksi ini mempengaruhi masyarakat dan persekitaran secara keseluruhan. Ekologi sosial juga melihat kepada hubungan yang sentiasa berubah antara semua bahagian masyarakat yang mempunyai peranan penting untuk memastikan sistem sihat dan stabil. pertambahan populasi dalam masyarakat juga dikatakan amat penting dalam mencapai persekitaran yang lebih baik.

ND CONSTANTINE HERMAN (BA20110235)
Pada pendapat saya, apa yang menarik mengenai ekologi sosial ini adalah satu teori konseptual yang melihat kepada pembangunan yang seimbang. Teori ini diwujudkan atas memberi sokongan yang berbentuk rekonstruktif, bersifat ekologi, komunis dan pendekatan etika kepada masyarakat setempat. Sokongan terhadap pandangan rekonstruktif dan transformatif khususnya mengenai isu-isu sosial dan alam sekitar, teori ini menggalakkan demokrasi secara langsung terhadap politik semasa.

Bukan itu sahaja, Sebagai satu ideologi yang agak kontroversi, ekologi sosial ini membayangkan sebuah peralihan atau perkembangan sesebuah ekonomi yang bergerak di luar dari kekurangan dan hierarki ke arah dunia yang lebih harmoni. Seperti yang kita ketahui, keharmonian ini hanya dapat dicapai sekiranya manusia dan alam sekitar bergerak seiringan dalam proses pembangunan dan pemodenan. Hubungan antara manusia dan alam sekitar juga ditekankan bersama secara mutualistik dengan mewujudkan kepentingan struktur sosial mutualistik. Hal ini kerana permasalahan yang wujud dalam alam sekitar dan sosial bukanlah di bawah tanggungjawab seorang individu sahaja, tetapi ianya memerlukan tindakan kolektif dalam sesebuah komuniti dengan pemikiran yang lebih kritis dan terbuka berdasarkan kepada pencapaian yang ingin dicapai sama ada dalam bentuk radikal mahupun demokratik.

Seterusnya yang menarik dalam ekologi sosial ini adalah manusia dilihat sebagai satu entiti yang mempunyai kuasa untuk mengubah dan memanipulasikan persekitarannya atau dalam erti kata lain manusia mempunyai kuasa yang dominan terhadap persekitarannya. Oleh yang demikian, pertambahan populasi masyarakat dapat menjamin keberhasilan dalam mencapai persekitaran yang harmoni.