Critical Thinking and Problem Solving by Nur Syfqh

Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran menyelesaikan masalah?
Kemahiran menyelesaikan masalah ialah kemahiran yang digunakan untuk meyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan menggunakan cara berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran menyelesaikan sesuatu masalah secara kreatif dan kritis amat penting terutama dalam memikirkan jalan atau cara penyelesaian masalah yang betul serta berkesan  bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

Strategi dalam menyelesaikan masalah
Antara strategi yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ialah dengan mengenal pasti dahulu masalah yang dihadapi. Kemudian, kita harus menganalisa penyebab berlakunya masalah tersebut. Kita juga harus membuat jalan penyelesaian alternatif. Pemilihan cara untuk menyelesaikan masalah adalah amat penting. Selepas membuat pemilihan cara penyelesaian masalah , cara yang dipilih harus dilaksanakan serta menguji keberkesanan cara tersebut. Sekiranya cara yang dipilih tidak berkesan, maka kita boleh memilih cara penyelesaian yang alternatif yang telah dibuat.

Kreativiti dalam menyelesaikan masalah
Kreativiti dalam menyelesaikan masalah bermaksud kita haruslah menggunakan pemikiran yang kreatif dalam menyelesaikan masalah seperti tidak memilih terus jalan penyelesaian pertama yang diperoleh sebaliknya menyediakan beberapa jalan penyelesaian yang lain untuk mewujudkan beberapa pilihan. Oleh itu, kita dapat memilih cara penyelesaian yang terbaik sekiranya mempunyai lebih dari satu cara penyelesaian. Kita juga boleh meminta pendapat daripada orang lain dalam menyelesaikan masalah dan kita mestilah bersikap tenang serta yakin dalam menyelesaikan masalah.

Karakter kreativiti dan literasi penyelesaian masalah
Kreativiti yang merupakan komponen penting dalam penyelesaian masalah menunjukkan penyelesaian itu dilakukan dengan menggunakan idea yang baru, tidak bergantung kepada logik sahaja serta dapat mencipta cara penyelesaian yang baru. Kemampuan menyelesaikan masalah seseorang bergantung kepada tahap kreatif individu tersebut dalam mencari cara penyelesaian masalah.

Penyelesaian masalah menurut agama Islam
Agama islam mengajar untuk menyelesaikan masalh harus mempunyai niat dan azam untuk melakukan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah. Selepas menetapkan niat dan azam, kita mestilah mengambil tindakan yang sepatutnya dalam menyelesaikan masalah. Setelah berusaha melakukan tindakan yang sewajarnya kita haruslah bertawakal kepada Allah dan mengharapkan segala tindakan yang diambil adalah berkesan.