FIQH IBADAT by ADAM AFFIQ BIN YAAKOP (ISLAM)

Isu : Apa sebab wujudnya waktu makruh tertentu
Ketua kumpulan: Maryam
Kelas: K8
Tarikh tugasan: 14/11/2022
Tarikh perkongsian: 15/11/2022

Kandungan perkongsian :

Berhubung dengan persoalan sebab-sebab larangan tersebut, telah dijelaskan oleh ‘Amr bin ‘Abasah bahawa dia pernah berkata kepada Rasulullah ﷺ, “Beritahulah kepadaku mengenai solat?”

Lalu baginda ﷺ menjawab: “Kerjakanlah solat Subuh, kemudian berhentilah dari solat sehingga matahari terbit sehingga ia naik. Sesungguhnya pada ketika matahari terbit, matahari itu terbit di antara dua tanduk syaitan dan pada ketika itu orang-orang kafir sujud kepadanya. Kerjakanlah solat kerana sesungguhnya solat itu disaksi dan dihadiri (Malaikat) sampai bayang-bayang tombak semakin pendek.

Kemudian berhenti dari solat pada ketika itu(sewaktu matahari tegak di atas kepala)kerana Neraka Jahannam sedang dipanaskan. Jika bayangan sudah nampak kembali, dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat itu disaksi dan dihadiri (Malaikat)  sehingga engkau mengerjakan solat Asar. Berhentilah dari solat sehingga matahari terbenam kerana sesungguhnyamatahari itu terbenam di antara dua tanduk syaitan dan pada ketika itu, orang-orang kafir sujud kepadanya

Rujukan :
https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/10/31/mengapa-ada-larangan-waktu-solat/

[Templat] Isu: Solat di Bulan
Ketua kumpulan: Nur
Kelas: K7
Tarikh tugasan: 10/11/2022
Tarikh perkongsian: 17/11/2022

Kandungan Perkongsian:
1.
2.
3.

Rujukan:
1. Maktabah Syamilah: https://shamela.ws/book/6121/124#p1

TAJUK : RUKUN FI'LI
kumpulan : 2
kelas : K8
tarikh tugasan : 21/12/2022
tarikh pengongsian : 21/12/2022

القيام
Berdiri sekiranya mampu ketika solat fardhu

-wajib berdiri bagi yang mampu
-Dari hadis
عن عمران بن حصين -رضي الله عنه- قال: كانت بي بواسير فسألت النبي -صلى الله عليه وسلم- عن الصلاة؟ فقال: ((صل قائماً، فإن لم تستطع فقاعداً، فإن لم تستطع فعلى جنب)) رواه البخاري.
Dari Imran bin Hussain RA, dia berkata: Saya menghidap buasir, maka saya bertanya kepada Nabi SAW tentang solat? Baginda bersabda: ((Solatlah dengan berdiri, jika tidak mampu, duduklah, dan jika tidak mampu, berbaringlah))

-maksud berdiri ialah dianggap berdiri apabila dia berdiri tegak
-sekiranya dia berdiri bengkok iaitu tgnnya sentuh lutut spt (rukuk) tanpa sebab yg boleh dimaafkan maka serta merta solatnya batal krn tiada rukun berdiri pd suatu bahagian solat tersebut.
-Jika mampu berdiri pd sebahagian solatnya Tpi tdk pd sebahagian lainnya , maka berdiri di setakat yg mampu dan duduk pd bahagian yg tdk mampu.
-Rukun berdiri ini hanya wajib pd solat fardhu shj
-sekiranya solat sunat, boleh shj utk tdk berdiri spt duduk krn rukun berdiri di situ menjadi (sunat) shj tdk (wajib).
☝🏻ini dari hadis أن النبي ﷺ قال: «مَنْ صَلَّى قَائِماً فَهُوَ أَفْضَلُ، وَمَنْ صَلَّى قاعِداً فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَائِمِ ، وَمَنْ صَلَّى نائماً فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَاعِدِ»
Nabi SAW bersabda:sesiapa yg solat scr berdiri itulah yg afdhal, sesiapa yg solat duduk dia mendapat pahala separuh berdiri tadi , dn siapa yg solat scr mengiring dia mendapat separuh dari solat duduknya tdi (hadis riwayat bukhari)

Rukun : Rukuk

Syara' : Membongkokkan sekadar yg blh dua tapak tgnnya sampai dua lututnya, manakala ruku' yg lbh sempurna ialah membongkok sehingga belakangnya sama rata secara mendatar.

Dalil ruku':

Firman Allah SWT:

*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا*
Maksudnya: " Wahai orang-orang yg beriman rukulah serta bersujudlah(mengerjakan sembahyang)"
Surah Al - Hajj:77

Hadis Nabi SAW:-

ثم اركع حتى تطمئن راكعا
Maksudnya: " Kemudian ruku'lah hingga engkau tetap dalam keadaan itu".
Riwayat al-Bukhari(724) dan Muslim(379)

Syarat Ruku':
1) Membongkokkan badan sehingga tapak tgn sampai ke lutut.
Hal ini berdsrkn Hadith, drpd Abu Humaid al-Sa'yidi RA menceritakan cara Rasulullah SAW:

واذا ركع امكن يديه من ركبتيه
Maksudnya: "Apabila ruku' kedua-dua belah tgn Baginda mencapai kedua-dua belah lutut."
Riwayat al-Bukhari (794)

2) Tidak membongkokkan bdn dgn tujuan yang lain selain drpd ruku'. Justeru, ruku' tak sah sekiranya membongkok krn takut akn sesuatu kemudian ruku' dgn tujuan menjdknnya ruku'. Oleh itu wajib berdiri kembali dan membongkok semula utk tujuan ruku'.

3)Tetap seketika(الطمأنينة) sekurg-kurgnya membongkok dgn tetap sekadar masa sekali tasbih.

Hal ini berdsrkn Hadith Nabi Muhammad SAW:

حتى تطمئن راكعا
Maksudnya: "Hingga engkau tetap dlm keadaan ruku'."
Riwayat al-Bukhari (724) dan Muslim (397)

الاعتدال بعد الركوع
Berdiri diantara ruku’ san sujud
Dari hadis
ما رواه مسلم, عن عائشة رضي الله عنها؛ أنها وصفت صلاة النبي عليه الصلاة والسلام فقالت: فكان إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِي قائِماً .
Dari Aisyah RA, ktk menceritakan tntg solat baginda,
Apabila mengangkat kepalanya drpd ruku’, baginda tdk sujud sehingga tlh berdiri tegak.

وقال لرجل أساء صلاته، فكان يعلمه كيفيتها: «ثم ارفع حَتَّى تَعْتَدِلَ قائِماً» (رواه البخاري : ٧٢٤ ؛ ومسلم : (۳۹۷) .
Rasulullah bersabda ktk mengajarkan cara2 solat kpd seorg lelaki yg tdk melakukannya
"Kemudian bangunlah hingga engkau berdiri tegak"

Syarat2 sah i’tidal :
- tiada tujuan lain selain ibadah
- tetap seketika sekadar masa sekali tasbih (tama’ninah)
-tdk berdiri terlalu lama sehingga melebihi kadar bacaan surah fatihah. Krn ia ialah rukun yg pendek dan tdk harus dipanjangkan.
Kecuali pada solat tertentu spt solat sunat tasbih.

Rukun : Sujud

Untuk menjadikan sujud itu sah, ia perlu diberi perhatian kepada perkara- perkara berikut:

Pertama: Menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah.

Kedua: Melakukan sujud dengan tujuh anggota badan.

Ketiga: Bahagian anggota punggung hendaklah terangkat lebih tinggi seberapa yang boleh daripada kepala. Hal ini sebagai mengikut perbuatan Rasulullah SAW.

Keempat: Tidak sujud di atas pakaian yang dipakai yang bergerak mengikut pergerakannya.

Kelima: Tidak bertujuan yang lain selain daripada sujud. Contohnya kerana takut dan sebagainya.

Keenam: Menekankan dahi di tempat sujud sehingga sekiranya kapas atau seumpamanya yang diletakkan di bawah dahi tertindih dan meningggalkan kesan sujud yang jelas di atasnya.

Ketujuh: Tetap seketika semasa sujud sekurang-kurangnya sekadar tasbih

Rukun : Duduk diantara dua sujud
- rukun ini diwajibkan dalam setiap rakaat berdasarkan hadis,    sabda Nabi Muhammad SAW ;

" ثم ارفاع حتى جالسا "

》Syarat duduk antara dua sujud :

• Tujuan duduk adalah disebabkan ibadah semata-mata, bukan sebab lain seperti takut dan sebagainya
• Tidak terlalu lama sehingga melebihi kadar masa sekurang-kurang bacaan tasyahhud
• Duduk tetap seketika sekurang-kurangnya sekali tasbih

9) Duduk rakaat terakhir
- Duduk pada rakaat terakhir yang diikuti dengan salam

Rukun ke-13: Melakukan semua rukun mengikut turutan(الترتيب)

-Tertib solat bermula dgn niat dan takbiratul ihram kemudian membaca fatihah kemudian ruku', i'tidal, sujud dan seterusnya.

-Jika seseorg itu sengaja mendahulukan sesetgh rukun drpd trsbt drpd tmptnya sebagaimana yg disyariatkan, maka solatnya batal.

-Sebaliknya, jika berlaku tanpa disengajakan solatnya terbatal bermula drpd awal rukun yg tersilap trsbt, dan wajib mengulangnya kembali.

-Jika seseorg itu meneruskan solatnya dgn betul slps tidak sengaja mengubah urutan yg dittpkn, hingga sampai ke tmpt yg sama seperti dlm rakaat yg sblmnya.

- Maka, rakaat yg betul itu mengambil tmpt keddkn rakaat yg rosak sblmnya.

-Justeru, dia wajib menambah satu rakaat lagi pd solatnya itu sbg ganti kpd rakaat yg rosak disbbkn kerosakan tertib antara rukunnya.

Isu:Solat fardu di dalam kenderaan awam (bas dan kereta api)
Ketua kumpulan: Ainaa Natasha
Kelas :K8
Tarikh tugasan : 21/12/2022
Tarikh perkongsian:22/12/2022

Kandungan perkongsian:
1.Hukum solat fardu dalam kereta api adalah dibolehkan .
Ini mengambil kira tempoh perjalanan yang panjang secara adatnya dengan menaiki kenderaan seperti ini, tambahan pula seseorang itu tidak ada cara untuk turun dari kenderaan seperti ini semata-mata untuk menunaikan solat melainkan hanya dapat turun sesampai sahaja kenderaan ini ke destinasi yang dituju. Maka ia jelas berbeza dengan konsep solat di atas haiwan tunggangan.Berkenaan isu kiblat pula, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat.Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka disyorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) sekiranya masih berada di dalam waktu ataupun qadha sebaik sahaja sampai ke destinasi sekiranya sudah luput waktu.
2.Hukum solat fardu dalam bas adalah tidak boleh melainkan dalam keadaan darurat.Para ulama menyatakan bahawa hendaklah seseorang itu turun dari haiwan tunggangannya untuk melaksanakannya. Dalam erti kata lain, tidak boleh untuk menunaikan sebarang solat fardhu dalam keadaan berada di atas haiwan tunggangan.(ini juga digunakan dalam konteks bas kerana di dalam hadis Nabi turun daripada haiwan tunggangan untuk mendirikan solat fardu).

SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG
Ketua kumpulan: Auni Syafiqah
Kelas:K8
Kump: 4
Tarikh tugasan: 20/12/2022
Tarikh perkongsian: 21/12/2022

Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:

1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyahyang dapat kita lakukan dengan cara ini.

2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:

Halakan tubuh badan ke arah kiblat dari mula solat.

Laksanakan rukun solat sekadar yang termampu. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Bertakwalah kalian kepada Allah sekadar kemampuan kalian.

(Surah al-Taghabun: 16)

Segala rukun qauli (perkataan) hendaklah dilaksanakan.

Syarat-syarat sah solat hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin.

Solat didalam kenderaan
a) Haiwan
Dalil sumber : riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma dengan katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي فِي السَّفَرِ عَلَى رَاحِلَتِهِ، حَيْثُ تَوَجَّهَتْ بِهِ، يُومِئُ إِيمَاءً، صَلاَةَ اللَّيْلِ إِلاَّ الْفَرَائِضَ، وَيُوتِرُ عَلَى رَاحِلَتِهِ‏

Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W solat di dalam permusafiran di atas haiwan tunggangannya. Dari sudut apabila haiwan itu menghadap ke arahnya, baginda mengikut ke arahnya dengan isyarat. Solat malam melainkan solat-solat fardhu, dan baginda juga melakukan solat sunat witir di atas haiwan tunggangannya.

Riwayat al-Bukhari (1000)

Huraian :
Imam al-Khatib al-Syarbini turut menjadikan hadis ini sebagai hujahan dalam pendapatnya yang menyebut: ‘’Memadailah buatnya (orang yang solat di atas haiwan tunggangan) untuk melakukan isyarat (untuk ruku’ dan sujudnya) dan sujudnya adalah lebih rendah dari ruku’nya’’.

b) Kereta

Dalil sumber:Hadis riwayat ‘Amir bin Rabi’ah beliau berkata:
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الرَّاحِلَةِ يُسَبِّحُ يُومِئُ بِرَأْسِهِ قِبَلَ أَيِّ وَجْهٍ تَوَجَّهَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ فِي الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ
Maksudnya: Aku pernah melihat Rasulullah S.A.W dalam keadaan baginda sedang berada di atas haiwan tunggangan, baginda bertasbih dengan mengisyaratkan kepala baginda menghadap ke arah yang mana haiwan itu menghadap. Dan tidaklah baginda melakukan perkara sedemikian di dalam solat fardhu.
Riwayat al-Bukhari (1097)

Kaifiat Solat Dalam Kereta:
Bagi seseorang yang menunaikan solat sunat di dalam kereta keadaannya adalah sedikit berbeza dengan solat yang dilakukan secara kebiasaan. Ini kerana, solat di dalam kereta melibatkan isyarat dan pergerakan kepala seperti yang ditunjukkan oleh beberapa riwayat.

Mengenai kiblat
al-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani: Jika berada dalam kenderaan dan boleh menghadap kiblat bagi keseluruhan solat dan menyempurnakan segala rukunnya atau sesetengahnya hendaklah kekal dengan keadaan itu. Jika tidak boleh berkekalan menghadap kiblat pada keseluruhan solat, maka memadailah menghadap ke arah kiblat ketika mengangkat takbirat al-ihram. Jika tidak boleh, tidaklah perlu menghadap kiblat. Rujuk Matla’ al-Badrain, Syeikh Muhammad bin Ismail (1/3).

Kesimpulan:
1) Hukum menunaikan solat sunat di dalam kereta adalah dibolehkan. Manakala solat fardhu pula adalah tidak dibolehkan melainkan dalam keadaan dharurat

2)Hendaklah seseorang itu terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh dan ramai pengikut untuk mengelakkan perbuatan yang dapat menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat melainkan dengan disertakan sekali berkenaan rujukan dan hujahan daripada para ulama dan badan- badan berautoriti.

3) Solat sunat sahaja yg dibolehkan utk solat didalam kenderaan . Manakala , solat fardu pula tidak dibenarkan .

(Grup 6 , K7 )
Ain nabihah
Khairu nabilah
Mawaddah
Hureen husna

Link sumber rujukan :
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2390-irsyad-al-fatwa-siri-ke-225-hukum-solat-di-dalam-kereta

مكروهات الصلاة
Ketua kumpulan: maryam
Kelas: K8
Tarikh tugasan: 21/12/2022
Tarikh perkongsian: 22/12/2022

1-الالتفات في الصلاة بالعنق إلا لحاجة
2-رفع بصره إلى السماء
3-كف الشعر والتشمير أطراف الثوب أثناء الصلاة
4-الصلاة عند حضرة الطعام تتوق نفسه إليه لانشغال نفسه به مما يفوت عليه الخشوع في الصلاة
5-الصلاة عند حصر البول أو الغائط
6-الصلاة في حالة النعاس الشديد
7-الصلاة في الأماكن التالية

Hukum berkaitan mushaf Alquran
Ketua Kumpulan :Ainaa Natasha
Kumpulan :K8
Tarikh tugasan :7/12/2022

Hukum makan daging kucing dan haiwan seangkatan dengannya
Ketua kumpulan: Qurratul’ain
Kelas: K8
Tarikh tugasan: 1/12/2022
Tarikh perkongsian: 8/12/2022

Kandungan perkongsian:

1. Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram.

Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, ibn awi (ابن آوي), iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang dan lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang. Selain itu, gajah, singa, harimau, kera dan seumpamanya haram dimakan. (Rujuk Kitab al-Fiqh al-Manhaji, 1/499)

2. Haiwan seangkatan dengan kucing:
Para ulama telah membahagikan keldai kepada dua kategori iaitu keldai ahli (peliharaan atau domestik) dan keldai liar.

Adapun keldai liar, dagingnya halal dimakan sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Khatib al-Syirbini di dalam kitabnya :

فَيَحِلُّ الْوَحْشِيُّ مِنْهُ وَيَحْرُمُ الْأَهْلِيُّ كَالْحِمَارِ

Maksudnya : “Jenis yang liar daripadanya (haiwan tersebut) halal (dimakan), manakala yang dipelihara haram (dimakan) seperti keldai” (Lihat Mughni al-Muhtaj, 6/150)

Begitu juga, Imam al-Nawawi juga ada menyatakan bahawa haiwan-haiwan liar seperti keldai, lembu, kambing gurun dan antelop (sejenis rusa) adalah halal dimakan secara sepakat para ulama (tanpa khilaf). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/9)

Hal ini adalah berdasarkan riwayat daripada Abu Qatadah, yang mana beliau dan para sehabat telah keluar bersama Nabi SAW. Dalam perjalanan beliau telah memburu seekor keldai liar. Dan para sahabat telah berbeza pendapat mengenai hukum memakan dagingnya, ada yang mengatakan ia boleh dimakan dan ada yang mengatakan ia tidak boleh dimakan. Kemudian, beliau telah membawanya kepada Nabi SAW yang telah pun mendahului mereka. Nabi SAW pun bersabda :

هُوَ حَلَالٌ، فَكُلُوهُ

Maksudnya : “Ia (daging itu) adalah halal, maka makanlah.”

[HR Muslim (1196)]

Di dalam riwayat lain dengan lafaz :

كُلُوا، فَهُوَ طُعْمٌ أَطْعَمَكُمُوهُ اللَّهُ

Maksudnya : “Makanlah, ia adalah makanan yang Allah telah sediakan untuk kamu semua.”

[HR al-Bukhari (5492)]

Manakala keldai ahli (iaitu yang dipelihara atau domestik) adalah haram dimakan. Imam al-Nawawi telah menyebutkan bahawa ini adalah merupakan pendapat kami (mazhab Syafie), majoriti ulama sama ada dalam kalangan salaf, mahupun khalaf. Dan al-Khattabi telah mengatakan bahawa ia adalah merupakan pendapat seluruh ulama (‘ammah al-Ulama). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/6)

Kesimpulan:
Memakan daging kucing adalah haram kerana ia termasuk dalam kategori haiwan memangsa dengan taring dan kadang memakan bangkai.

Rujukan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1362-al-kafi-326-hukum-memakan-keldai

DALIL BAGI 3 JENIS NAJIS
Ketua kumpulan: Auni Syafiqah
Kelas:K8
Kump: 4
Tarikh tugasan: 15/12/2022
Tarikh perkongsian: 16/12/2022

- Najis Mughallazah ialah najis jenis yang berat, iaitu anjing dan babi. Dalil menunjukkan najis ini jenis yang berat ialah ia tidak memadai membasuhnya dengan air sekali sahaja seperti najis-najis yang lain. Dalam hal ini, ia mestilah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali. Satu daripadanya dengan air tanah, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith yang lalu, iaitu hadith tentang anjing menjilat bejana.
Diqiaskan hukum babi kepada hukum anjing sebagai najis mughallazah kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing.

- Najis Mukhaffafah kanak-kanak lelaki yang belum berumur dua tahun dan hanya
minum susu ibu.
Dalil yang menunjukkan bahawa kencing tersebut najis ringan ialah memadai membersihkannya dengan hanya merenjiskan air dan meratakannya ke semua tempat najis tersebut walaupun tanpa mengalirkannya.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, daripada Ummu Qais binti Mihsan R.Anha:
Maksudnya: “Dia menemui Rasulullah SAW dengan membawa anak lelakinya yang masih kecil dan tidak makan apa-apa makanan. Anak tersebut kencing di atas baju Baginda dan meminta air lalu merenjiskannya tanpa membasuhnya.”
Riwayat al-Bukhari (2021) dan Muslim (287)

- Najis Mutawassitah selain anjing dan babi dan kencing kanak-kanak lelaki yang tidak
makan dan minum kecuali susu ibu.
Contoh najis pertengahan ialah kencing manusia, najis haiwan, darah dan lain-lain. Dinamakan najis pertengahan kerana ia tidak suci dengan hanya merenjiskan air ke atasnya dan tidak pula wajib dibasuh berulang-ulang kali sekiranya najis tersebut boleh dihilangkan dengan sekali basuhan. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW, daripada Anas RA berkata:
Maksudnya: “Apabila Nabi SAW keluar ke kawasan lapang untuk buang air, aku membawa air kepadanya, lalu Baginda bersuci dengan air tersebut.”
Riwayat al-Bukhari (214)

HUKUM UMUM AL-BALWA
Ketua kumpulan: Nadhirah Khaliqah
Kelas: K8
Kump: 5
Tarikh tugasan: 1/12/2022
Tarikh perkongsian: 8/12/2022

Ciri umum al-balwa (al-Dusari, Umum al-balwa:
Dirasah nazariyah tatbiqiyah, 62-64):

1) Isu yang berlaku secara menyeluruh, sama ada isu berkaitan dengan perbuatan mukallaf seperti kencing, atau berkaitan dengan keadaan mukallaf seperti umur tua dan seumpamanya, atau berkaitan dengan keadaan tertentu yang tidak berkaitan dengan mana-mana tingkahlaku mukallaf seperti debu jalan yang bercampur najis binatang terkena baju kerana bawaan angin.

2) Isu itu berlaku ke atas setiap individu mukallaf atau kebanyakan mereka, sama ada melibatkan keadaan yang bersifat umum atau khusus untuk keadaan tertentu sahaja. Manakala jika isu tersebut hanya melibatkan keadaan khusus untuk seorang individu sahaja atau sebilangan kecil, maka kaedah Umum al-Balwa tidak boleh diterima pakai untuk isu tersebut.

3) Isu tersebut berkaitan dengan pertanggungjawaban (taklif), contohnya asal darah kutu itu najis, tetapi atas alasan Umum al-Balwa, ia menjadi najis yang dimaafkan.

4) Isu tersebut sukar untuk dihindari atau ia hanya boleh dihilangkan dengan bertambahnya kesulitan.

Contoh:
Tukang cat yang memang berurusan dengan cat yang kadang-kadang menyebabkan setitik dua tertinggal walaupun setelah berusaha dibersihkan sehabis mampu. Sungguhpun begitu seseorang yang terlibat itu mestilah berusaha membersihkannya dahulu dengan kadar yang paling sungguh. Selepas itu barulah ia menjadi al-ma’fu anhu atau dimaafkan kerana umum al-balwa.

Rujukan contoh:
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Umum_al-balwa

Adakah Orang yang Murtad perlu qada' solatnya sekiranya dia kembali kepada Agama Islam semula?
Ketua kumpulan: Nadhirah Khaliqah
Kelas: K8
Kump: 5
Tarikh tugasan: 7/12/2022

Syeikh Wahbah Zuhaili melampirkan dua pendapat dari para ulama mengenai hal ini. Termaktub dalam Mausu’atu al-Fiqh al-Islamiy wa al-Qadhaya al-Mu’ashiroh, dalam pembahasan alasan diperbolehkan meninggalkan solat. Beberapa di antaranya adalah perempuan haid dan nifas secara mutlak wajib meninggalkan solat tanpa mengqadha'. Adapun mengenai seseorang yang murtad lalu kembali ke Islam, ada beberapa pendapat.

Pertama, ulama mazhab Hanafi mengatakan tidak wajib mengqadha' solat bagi seseorang yang murtad lalu kembali ke Islam. Kerana ibadah yang ia lakukan selama beriman dianggap terhapus dan menjadi kafir asli yang tidak terkena tuntutan kewajiban. Mereka berhujjah pada dalil dalam surat az-Zumar ayat 65,

لَىِٕنْ اَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُوْنَنَّ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ

Artinya: “Sungguh, jika engkau mempersekutukan (Allah), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah engkau termasuk orang yang rugi.”

Bahkan haji pun dianggap gugur pahalanya jika sempat keluar dari Islam lalu kembali. Hajinya mesti diulang.

Sedangkan beza halnya dengan ulama mazhab Syafi’i yang tetap mewajibkan seseorang yang pernah murtad lalu kembali beriman untuk mengqadha' solatnya. Solat yang harus diqadha' adalah solat selama ia di masa riddah atau tidak beriman itu. Adapun haji yang telah ia laksanakan sebelum menjadi murtad tetap dianggap telah gugur kewajibannya, maka ia tak perlu mengulang.

Rujukan:
https://bincangmuslimah.com/kajian/murtad-lalu-kembali-lagi-ke-islam-apakah-wajib-mengqadha-shalat-36204/

K7(Nasyuha Syuhada) Soalan : Apakah seorang kanak-kanak yang mengeluarkan air mani dengan sengaja dikira sebagai baligh? Sedangkan anak itu baru berumur 7 tahun.
Jawapan : kanak-kanak yang mengeluarkan air mani dengan sengaja (onani) dihukumkan seseorang itu sebagai baligh dengan syarat umur kanak-kanak itu adalah 9 tahun.

*Akil Baligh Menurut Perspektif Islam*
Sepakat para ahli fekah menetapkan bahawa keluar air mani dalam keadaan tidur, bermimpi, sedar ataupun usaha mengeluarkannya dengan sengaja seperti beronani atau sebagainya, adalah demikian tanda seseorang itu menjadi Baligh.

Imam Qalyubi R.H berkata:
خروج المني من الرجل أو المرأة في يقظة أو منام لوقت إمكانه
Maksudnya: “Keluar air mani daripada lelaki atau perempuan dalam keadaan sedar ataupun tidur ketika sampai waktunya”
(Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 8/188)

Ulama' menentukan minima masa atau umur keluarnya mani seseorang itu secara matang yang dikira sebagai baligh ialah 9 tahun.
Imam al-Nawawi R.H berkata:
‌خروج ‌المنى ووقت إمكانه استكمال تسع سنين
Maksudnya: “Keluar air mani ketika sampai waktunya iaitu sempurna umurnya Sembilan tahun”.
(Rujuk: Minhaj al-Tolibin wa Umdah al-Muftin, hlm 123)

Wallaahua'lam.