Perbandingan Perbincangan Makna Shihab dalam Al-Quran dan Astronomi by AHMAD MUTTAQI BIN MOHD HARNAIN
Ahli Kumpulan
Isi Kandungan
Shihab menurut Kamus dan Mu’jam
Shihab dari sudut Al-Quran
Shihab menurut Astronomi
Perbandingan di antara sumber al-Quran dan astronomi
DEFINISI “شهاب" MENURUT KAMUS DAN MU’JAM
المعاني الجامع
اسم : شهاب
جمع : شُهُبٌ ، و شُهْبَانٌ ، و أشْهُب
الشِّهابُ : الشُّعْلَة السَّاطعة من النار
Nyalaan api yang terang
اللغة العربية المعاصر
جمع : شُهُب وشُهْبان:
1 - نجم مضيء لامع
Bintang yang bersinar terang
2 - (الفلك) جرم سماويّ يتكوَّن من صخر أو من عنصري الحديد والنَّيكل، يسبح في الفضاء، ويحترق عند دخوله الغلاف الجوّيّ للأرض متحوّلاً إلى رماد
Jasad angkasa yang terdiri daripada batu atau unsur besi dan nikel. Ia terapung di angkasa dan terbakar apabila ia memasuki atmosfera Bumi, bertukar menjadi abu
Indeks Ayat "شهاب"
Analisis 1 ( persamaan daripada pandangan islam dan sains)
Kedua-dua tafsiran Islam dan penjelasan sains merujuk kepada fenomena bercahaya di langit, seringkali dikaitkan dengan objek yang terbakar atau memancar cahaya terang. Istilah "shihab" dalam tafsiran Islam boleh dibandingkan dengan fenomena meteor dalam sains moden.
Analisis 2 ( perbezaan daripada pandangan islam dan sains )
Dalam tafsiran Islam, shihab digunakan dalam konteks pelindungan langit daripada jin.
Manakala, dalam sains, meteor adalah fenomena fizikal yang boleh dijelaskan melalui interaksi antara meteoroid dan atmosfera bumi.
Oleh itu,  tafsiran daripada ayat al-Quran berikut sering mengaitkan syihab dengan peristiwa kosmik yang bertujuan menjaga rahsia langit, sedangkan sains melihat meteor sebagai hasil daripada proses semula jadi yang berlaku dalam sistem suria.
Analisis 3 ( Rahsia daripada analisis 1 dan analisis 2 )
Pemahaman Alam Semesta:
- Islam: Memberikan pandangan bahawa alam semesta tidak hanya terdiri daripada fenomena fizikal tetapi juga kekuasaan ilahi. Fenomena seperti shihab menunjukkan campur tangan Tuhan dalam menjaga kesejahteraan makhluk di bumi.
- Sains: Menekankan pemahaman yang berasaskan kepada penjelasan fizikal dan hukum alam, di mana fenomena seperti meteor adalah hasil proses semula jadi yang dapat dikaji dan dijelaskan secara rasional.
Kesimpulan daripada pembentangan
Perbandingan syihab dalam Islam dan sains menunjukkan bagaimana kedua-dua perspektif, walaupun berbeza dalam pendekatan dan penjelasan, dapat saling melengkapi dalam memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang alam semesta. Islam menambahkan dimensi spiritual kepada fenomena alam, manakala sains memberikan penjelasan rasional dan empirikal. Kedua-duanya bersama-sama memperkaya makna ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan shihab.
Faedah syihab atau meteor kepada bumi sebagai agen penghantar air di bumi.
Surah al-Nur (43)
Ayat ini kita dapat fahami maksud ais itu datang dalam bentuk komet dan meteor yang jatuh ke bumi
Sains - Penelitian dilakukan pada spektrum komet Halley dan komet lain bahawa isotop hidrogen dan deuterium pada H2O air laut adalah sama dengan H2O pada komet- komet.
Faedah syihab atau meteor sebagai agen yang menghantar besi atau logam di bumi
Surah al-Hadid (25)
Penemuan moden saat ini menunjukkan besi merupakan suatu bahan yang tidak boleh diproses sekiranya tidak mencapai suatu suhu yang tinggi. Logam itu memerlukan pelakuran yang sangat tinggi yang hanya boleh diperoleh melalui bintang-bintang raksasa. Bintang yang sudah mencapai hadnya atau tidak boleh melakurkan apa apa bahan lagi akan meledak dan intinya bertaburan. Pada awal pembentukan bumi, meteor meteor yang jatuh ke bumi membawa inti besi dan logam itu ke bumi.
Syihab adalah meteor?
Berdasarkan dua ayat al-Quran mengenai faedah meteor yang disebutkan, tidak menggunakan perkataan syihab. Tambahan pula, perkataan syihab lebih banyak digunakan untuk hal melibatkan melindungi rahsia langit daripada syaitan . Hal ini berbeza pula  syihab dalam aspek astronomi ialah meteor. Hal ini kerana tak semestinya penggunaan setiap perkataan syihab dalam ayat al-Quran sama dengan syihab meteor. Penggunaan perkataan syihab dalam al-quran lebih bersifat metafizik.
Istilah Syihab dalam Astronomi
Tafsir al-Azhar adalah salah satu kitab tafsir yang membahaskan ayat kauniyah. Di dalamnya, HAMKA ada membincangkan ayat yang mempunyai kalimah “syihab” dengan makna:
komet
bintang berekor
puntung kayu berapi
meteor
panah api
Oleh itu, secara umumnya “syihab” dalam astronomi difahami sebagai meteor.
Dalam astronomi, ada tiga istilah utama berkaitan meteor iaitu:
meteor
meteoroid, dan
meteorit
Ketiga tiga istilah ini berubah mengikut kedudukan mereka. Sebagai tambahan maklumat, istilah asteroid dan komet juga sering dikaitkan dengan kejadian meteor. Mari kita telusuri satu per satu kaitannya dengan syihab.
Asteroid
Sisa berbatu tanpa udara daripada pembentukan awal sistem suria kita kira-kira 4.6 bilion tahun yang lalu yang berbentuk tidak sekata. Sebilangan kecilnya hampir sfera, kebanyakannya berlekok atau berkawah. Kebanyakannya boleh ditemui di antara Marikh dan Musytari (Asteroid Belt). Julat saiz asteroid boleh jadi antara Vesta (asteroid terbesar) iaitu kira-kira 329 batu (530 km) diameter sehingga badan yang kurang daripada 33 kaki (10 m) melintang.
Asteroid boleh dikelaskan dalam dua kategori:
1) Asteroid bahaya (Potentially Hazardous Asteroids, PHAs)
Boleh menyebabkan ancaman besar jika bertembung dengan bumi.
2) Asteroid tak bahaya
Asteroid yang orbitnya jauh dari bumi atau near-earth asteroids yang tidak berpotensi menyebabkan kerosakan besar.
Tidak mendekati bumi dan tidak menimbulkan ancaman.
Asteroid Belt. Foto daripada NASA.
Komet
Terdiri daripada habuk, batu, ais dan sisa beku. Bersaiz antara beberapa batu hingga berpuluh-puluh batu lebar. Terbentuk di kawasan luar sistem suria seperti Kuiper Belt dan Oort Cloud. Mempunyai orbit yang membawa mereka mendekat dan menjauhi matahari. Apabila komet mengorbit mendekati matahari, komet memanas dan meruapkan gas dan debu dalam rupa kepala bercahaya dan membentuk ekor yang membentang berjuta-juta batu.
Komet di angkasa. Foto daripada NASA.
Meteoroid
Batuan yang ada di angkasa yang boleh wujud dalam anggaran saiz butiran debu hingga serpihan asteroid kecil. Boleh terhasil akibat pelanggaran asteroid mahupun pelanggaran komet.
Meteor
Fenomena lintasan cahaya terang berapi dan berwarna-warni yang berasal daripada sisa komet dan asteroid yang memasuki atmosfera bumi lalu menghasilkan tenaga dan haba yang amat panas, lalu terbakar dan hancur. Juga dipanggil sebagai 'bintang jatuh' atau 'tahi bintang'.
Meteor di Joshua Tree National Park 2015. Foto daripada NASA.
Meteorit
Meteoroid yang dapat bertahan dalam perjalanan melalui atmosfera dan mencecah tanah yang boleh boleh wujud dalam anggaran saiz kerikil dan penumbuk. Kebanyakannya lebih mudah dikenalpasti di kawasan yang lapang seperti padang pasir dan wilayah kutub yang jarang dihuni. Contohnya, Gurun Sahara dan Antartika.
AHMAD MUTTAQI BIN MOHD HARNAIN (17206822)
LIYA ZAFIRAH BINTI BADRULHISAM (17205956)
IRFAN ALI BIN NAZRI (U2000055)
SITI AISYAH NUR IZZATI BINTI ABU BAKAR (17207046)
Syihab sebagai alat perejam syaitan?
Peranan bintang sebagai alat merejam syaitan dinyatakan secara jelas dalam Surah al-Mulk ayat kelima.
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاۤءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيْحَ وَجَعَلْنٰهَا رُجُوْمًا لِّلشَّيٰطِيْنِ وَاَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيْرِ
(Surah al-Mulk: ayat 5)
Terdapat tiga keadaan atau bentuk yang telah dinyatakan dalam al-Qur’an bagaimana keadaan bintang digunakan sebagai alat merejam syaitan iaitu shihab mubin, shihab thaqib dan shihab rasad. Untuk mengatakan bahawa yang shihab sebagai alat rejaman syaitan seperti yang telah disebut dalam al-Qur’an merupakan sebuah meteor adalah tidak tepat kerana ia adalah perkara metafizikal yang tidak boleh dijelaskan dalam bentuk astronomi moden. Rumusan yang boleh dipersetujui adalah persamaan shihab dengan meteor hanya pada aspek bahasa yang digunakan dalam istilah ilmu falak dan fizik dalam bahasa arab.
Istilah Shahab dari segi Al-Quran
1) Surah Al-Hijr (ayat 18)
إِلَّا مَنِ ٱسْتَرَقَ ٱلسَّمْعَ فَأَتْبَعَهُۥ شِهَابٌۭ مُّبِينٌۭ
Maksudnya : Kecuali syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan
Terjemahan tafsir:
Tafsir Qurtubi:-
وشهاب : كوكب مضيء
وسمي الكوكب شهابا لبريقه ,بشبه النَّار
-Bintang yang bercahaya terang.
-Dinamakan shihab kerana kecerahannya yang menyerupai api
-Kenyalaannya daripada api menjadi obor bagi penghuni bumi
Tafsir Baidhawi :-
شهاب مبين ظاهر للمبصرين، والشهاب شعلة نار، ساطعة، وقد يطلق للكوكب والسنان لما فيهما من البريق
-Nyalaan api yang terang dan jelas dilihat.
-Mungkin dihasilkan daripada bintang lain dan menjadi lembing/mata anah panah oleh sebab kilauannya.
2)Surah Al-Naml (ayat 7)
إِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِأَهْلِهِۦٓ إِنِّىٓ ءَانَسْتُ نَارًۭا سَـَٔاتِيكُم مِّنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ ءَاتِيكُم بِشِهَابٍۢ قَبَسٍۢ لَّعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ
Maksudnya : (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya. “Sesungguhnya aku ada melihat api; aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu, atau aku akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri.
Terjemahan tafsir:
Tafsir Qurtubi:-
وَالشَّهَابَ كُلُّ ذِي نُورٍ ، نَحْوَ الْكَوْكَبِ وَالْعُودِ الْمُوقَدِ . وَالْقَبَسُ اسْمٌ لِمَا يُقْتَبَسُ مِنْ جَمْرٍ وَمَا أَشْبَهَهُ،
-Shihab: Segala sesuatu yang memiliki cahaya seperti bintang dan kayu yang terbakar.
-Qabas: Nama untuk apa yang diekstrak daripada arang panas dan seumpamanya.
Tafsir Baidhawi:-
والشهاب يشير إلى اللهب الساطع المشتعل
-Shihab itu merujuk kepada nyalaan api yang terang dan membara.
3) Surah As-Saffat, (ayat 10)
إِلَّا مَنْ خَطِفَ ٱلْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُۥ شِهَابٌۭ ثَاقِبٌۭ
Maksudnya: Kecuali syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
Tafsir Qurtubi:-
-Maksudnya: bintang-bintang berapi yang mengejar mereka hingga menjatuhkan mereka di laut.
Ibnu Abbas berkata:
1) Shihab membakar mereka tanpa mematikan.
2) Ia bukan suluh api yang dilemparkan kepada manusia dari bintang-bintang yang tetap, yang ditunjukkan dengan gerakannya yang terlihat.
Bintang-bintang yang tetap berjalan dan tidak dapat dilihat gerakannya kerana kejauhannya.
Tafsir Baidhawi:-
الشهاب ما يرى كأن كوكباً انقض
-Apa yang terlihat seperti bintang yang meluru/jatuh/menyerang.
4) Surah Al-Jin, (ayat 8-9)
وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَـٰعِدَ لِلسَّمْعِ ۖ فَمَن يَسْتَمِعِ ٱلْـَٔانَ يَجِدْ لَهُۥ شِهَابًۭا رَّصَدًۭا (8)وَأَنَّا  لَمَسْنَا ٱلسَّمَآءَ فَوَجَدْنَـٰهَا مُلِئَتْ حَرَسًۭا شَدِيدًۭا وَشُهُبًۭا
Tafsir Qurtubi:-
وشهبا جَمْعُ شِهَابٍ، وَهُوَ الْقِضَاضُ الْكَوَاكِبِ الْمُحْرِقَةِ لَهُمْ عَنِ اسْتِرَاقِ السَّمْعِ
-Merupakan kenyataan daripada jin yang kegiatannya mencuri rahsia dari langit. Kemudian pada satu masa mereka melihat langit itu dipenuhi dengan perlindungan yang kuat oleh para malaikat dan panah-panah api.
-Perkataan shuhub adalah jama’ dari shihab.
-Bermaksud hentaman bongkah batu yang terbakar di angkasa (meteor) bagi yang mencuri dengar perkhabaran di langit
Tafsir Baidhawi:-
والشهاب ما يرى كأن كوكباا انقض
-Al-shihab itu adalah apa yang kelihatan seperti bintang yang menyerang.