Ummuaisyah by Amilin Wajihah

SIFAT WAJIB NABI MUHAMMAD S.A.W
Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang yang memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia, jujur dan luhur budi pekertinya. Sehingga ke hari ini, Baginda s.a.w dikagumi ramai orang di seluruh pelosok dunia kerana keperibadian Baginda yang amat luar biasa. Sifat-sifat Nabi s.a.w yang diketahui seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah. Bukan sahaja dalam pentadbiran Baginda, politik dan masyarakat malah dalam rumahtangga Baginda juga.

Firman Allah:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"                                                                              (QS al-Ahzab, 33:21)

Sebagai umat Baginda, kita perlulah berusaha mencontohi perilaku Baginda s.a.w dalam kehidupan sehari-hari adalah salah satu cara kita mencintai dan menghormati Baginda. Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda menunjukkan contoh ikutan terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.

SIDDIQ
Al-Siddiq: benar. Wajib bagi tiap-tiap rasul itu bersifat benar atau jujur. Sifat ini merupakan kelaziman bagi seorang nabi dalam melaksanakan tugasan dakwah mereka. Jika para nabi pernah berbuat keburukan, orang tidak akan mempercayai wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepadanya atau apa-apa yang disampaikan oleh nabi.

Kerana manusia pasti akan menyangka bahawa semua itu hanya dari dirinya sendiri. Bukan hanya benar dalam tutur kata Baginda malah juga perbuatan Baginda yang seiring dengan ucapannya. Mustahil bagi seorang Nabi itu mempunyai sifat pembohong, dusta, dan sebagainya.

Firman Allah:

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ ٣  إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٞ يُوحَىٰ ٤

"Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."             (QS al-Najm, 53:3-4)

Dengan sifat siddiq ini melahirkan sifat lemah lembut, Nabi SAW menunjukkan cinta dengan sederhana dan bersahaja seperti memanggil isterinya dengan panggilan manja dan indah hingga mereka akan berasa disayangi dan dihargai. Rasulullah juga menegur dan menyampaikan nasihat dengn cara yang baik kepada isteri-isteri dan anak-anak baginda.

Contoh keindahan akhlak Rasulullah SAW tercipta bukan semata-mata kerana ingin menjaga hati isteri, sebaliknya keindahan akhlak sudah fitrah keluar dari lubuk hati. Daripada keindahan hati itu, terpancar segala keindahan setiap umat manusia yang memandang, bahkan keindahan akhlak berkenaan diakui semua makhluk Allah SWT.

Hal ini juga boleh dipraktikkan dalam institusi kekeluargaan kini yang penuh cabaran yang semakin besar dalam masyarakat kita yang kian berkembang maju amatlah sukar untuk memupuk sifat ini. Dengan wujudnya kesedaran akan kepentingan sifat ini dalam diri kita dapat menbendung dan membantu permasalahan kekeluargaan yang berlaku dalam masyarakat kita. Hubungan suami isteri akan lebih harmoni jika saling berlaku jujur dan menjaga aib sesama sendiri.

Jika dilihat kini, fitnah-memfitnah, keji-mengeji, umpat-mengumpat dan mengadu domba serta menceritakan masalah keluarga di media sosial telah menjadi satu budaya dalam masyarakat apatah lagi dengan kewujudan media sosial yang tidak mengehadkan sempadan maklumat. Andainya, Rasulullah SAW masih bersama kita, alangkah sedihnya melihat kebejatan moral umat yang semakin meruncing pada hari ini.

AMANAH
Al-Amanah: kepercayaan. Wajib bagi setiap nabi itu bersifat amanah atau dipercayai. Nabi adalah orang yang dipercaya dalam menyampaikan wahyu, perintah-perintah dan larangan-larangan Allah kepada hamba-hamba-Nya, tanpa menambah atau mengurangi, tanpa mengubah atau menggantikannya.

Setiap daripada kita mempunya tanggungjawab melaksanakan amanah. Dalam sesebuah keluarga, suami mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memberikan nafkah zahir batin, tempat tinggal, pakaian dan didikan agama terhadap isteri dan keluarganya, begitu juga isteri. Apabila mempunyai anak tanggungjawab semakin bertambah dalam melaksanakan amanah Allah swt terhadap anak mereka.

Firman Allah:

ٱلَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَٰلَٰتِ ٱللَّهِ وَيَخۡشَوۡنَهُۥ وَلَا يَخۡشَوۡنَ أَحَدًا إِلَّا ٱللَّهَۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ حَسِيبٗا ٣٩

Maksudnya: "(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka)."        (QS al-Ahzab: 66:39)

Dalam mengurus dan mengendalikan rumah tangga, Rasulullah SAW sentiasa bergaul secara terbaik dengan isteri dan ahli keluarga. Baginda sentiasa mendidik, berlaku adil serta berlemah-lembut terhadap isteri-isterinya termasuk tidak pernah memukul dan menghina mereka, sebaliknya sabar dengan kerenah serta sentiasa menyuruh ahli keluarga melakukan kebaikan. Di tengah kesibukan mengurus umat, Rasulullah SAW mampu menjaga keintiman isterinya. Baginda sering mengingatkan agar umat Islam menghargai dan memuliakan pasangan. Ini adalah satu contoh Rasulullah saw menjalankan amanah Baginda sebagai suami dan bapa dalam keluarga.

Firman Allah:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن

تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."               (QS al-Nisa', 4:58)

Namun kini, sering kita dengari suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarganya. Tidak dinafikan, ramai yang mengalami tekanan dalam ke­hidup­an sama ada berpunca daripada tempat kerja, keluarga, kejiranan dan juga persekitaran. Malah kadangkala manusia diuji dengan ujian kesakitan, kehilang­an, kemiskinan. Semuanya adalah bentuk ujian yang berbeza bagi setiap umat manusia untuk menguji tingkat kesabaran. Walaupun begitu sebagai umat Rasulullah kita wajar mengikut teladan Baginda untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

TABLIGH
Al-Tabligh: menyampaikan. Wajib bagi setiap rasul itu bersifat menyampaikan (tidak menyimpan) segala yang diperintahkan oleh Allah yang harus disampaikan kepada manusia. Sifat ini khusus bagi rasul. Para rasul menyampaikan hukum-hukum Allah dan menyampaikan wahyu yang diturunkan kepada mereka dari langit, tidak ada sedikitpun wahyu Allah yang mereka sembunyikan walaupun terdapat banyak dugaan dan cabaran dalam menyampaikan wahyu itu mereka menghadapi tentangan dari orang-orang kafir. Semua rasul mengumumkan secara jelas dan tegas bahwa mereka telah menyampaikan risalah (amanat) Allah dan memberi nasehat kepada umatnya. Sehinggan rasul terakhir Muhammad SAW diperintahkan untuk menyampaikan risalahNya.

Firman Allah:

۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُۥۚ

وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٦٧

"Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang kafir."                                                                                                                       (QS al-Maidah, 5:67)

Pada diri Nabi SAW terpancar akhlak terpuji menjadi sumber ikutan umat (uswatun hasanah). Sejak kecil lagi Baginda ditarbiyah (dididik), dipelihara dan dilindungi Allah SWT. Baginda diutus ke dunia untuk menyempurnakan budi pekerti mulia, manakala akhlaknya pancaran daripada nilai al-Quran seperti penegasan Saidatina Aisyah RA bahawa akhlak Nabi umpama al-Quran yang bergerak. Rasulullah SAW diutuskan sebagai ikon ikutan ummah untuk dicontohi termasuk model ikutan terbaik seorang suami. Baginda suami yang berjaya, malah mempunyai ciri suami idaman seluruh wanita yang sentiasa peka terhadap semua permasalahan berkaitan perasaan dan emosi isteri, walaupun perkara kecil dan dianggap remeh.

Sikap toleransi dan komunikasi yang baik harus diterapkan dalam sesebuah keluarga. Menjadi satu keperluan kepada ketua keluarga yang menggalas tanggungjawab untuk mengaudit diri dan keluarga agar perjalanan kehidupan ini selari dengan apa yang telah ditonjolkan oleh Rasulullah SAW. ahli keluarga diberikan pendedahan tentang sifat-sifat mahmudah. Sifat-sifat ini menjadi batu asas kepada terbentuknya sebuah masyarakat yang bertamadun.

FATHONAH
Al-Fathonah: bijaksana. Wajib bagi tiap-tiap rasul itu bersifat bijaksana.Setiap nabi yang diutus Allah SWT pasti memiliki kecerdasan yang tinggi, fikiran yang sempurna, cerdik dan bijaksana. Semua nabi dan rasul diberi akal dan kecerdasan oleh Allah dengan sangat sempurna. Mereka juga memiliki pemikiran yang cemerlang, agar dapat mematahkan argumentasi kaumnya. Maha Bijaksana Allah yang memilih rasul-rasul-Nya dari kalangan orang yang sihat dan sempurna akalnya, cerdas dan jenius, jelas dan tegas argumentasinya. Sehingga dapat memancarkan sinar kebenaran dan meninggikan dakwahnya.

Firman Allah:
لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ
مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ
فَتۡحٗا قَرِيبًا ٢٧

"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya)."               (QS al-Fath, 48:27)

Sifat kebijaksaan Rasulullah terpancar melalui sifat sabar, tabah dan cekal serta bijaksana dalam menghadapi rintangan dan ujian. Di sebalik kesibukan sebagai pemimpin, Baginda tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan cuba membahagikan masanya sebaiknya dengan isteri-isterinya. Baginda tidak pernah membawa pulang masalah di luar ke rumah. Walaupun kepenatan, Baginda pulang ke rumah dengan melemparkan senyum. Malah sempat lagi menolong dan menguruskan rumah tangga bersama isteri-isterinya. Baginda menunjukkan sifatnya sebagai ketua keluarga dengan tidak akan membiarkan isterinya menguruskan rumah sendirian tanpa pertolongannya.

Kejayaan seseorang dalam menguruskan diri dan membentuk keluarga yang berjaya adalah satu kebijkasaan mengatur kehidupan, masa beribadah, masa depan anak-anak, pendidikan, kesihatan, kewangan dan sebagainya. Seseorang suami perlu berusaha mendalami ilmu agama untuk menjadi ketua keluarga dihormati bagi menjalani bahtera kehidupan bersama isteri dan keluarga. Isteri juga perlu berusaha menambahkan ilmu supaya setiap konflik rumah tangga dapat diselesaikan dengan aman dan sentosa. Jauhilah sikap ego terhadap pasangan, sebaliknya tanamkan sifat sentiasa maaf dan bersangka baik, selain bermuhasabah diri serta sentiasa berdoa pada yang Tuhan Yang Maha Esa.