Batu Bersurat Terengganu by Muhammad 'izzat Bin Zainul Abidin

Sejarah
Batu Bersurat Terengganu (BTT) yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887, (ada berpendapat 1899).

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Dalam Batu Bersurat pengisytiharan Islam telah dilakukan sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, serta bukti bahawa sistem perundangan Islam gabungan antara undang-undang adat dan Islam.Ia membabitkan bidang (a) mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Sebenarnya kedatangan islam di nusantara dapat di bahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap persinggahan, tahap pertapakan, dan tahap penyebaran pengaruh secara besar-besaran.
1)menunjukkan yang Islam du nusantara datang melalui negeri China.Dan hujah ini dapat di perkuatkan denagn penemuan batu nisan yang bertarikh 419H/1028m.di Pekan Pahang.dan juga Batu Bersurat yang bertarikh 702h/1303M. di Kuala Brang Terengganu.
2)Unsur luaran teori kedatangan Islam dari China dikaji berdasarkan temuan batu nisan dan catatan sejarah China. Menurut S.Q Fatimi, batu nisan Fatimah binti Maimon bertarikh 1082M yang ditemui di Leran, Jawa Timur mempunyai persamaan dengan batu-batu nisan di Phan-rang, Champa Selatan 1039M dan 1035M. Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang menunjukkan bukti kedatangan Islam pada tahun 1303M. Sejarah Dinasti Shung( 960- 1279 T.M) membuat catatan tentang  kemasukan Islam di persisir pantai timur sejak tahun 977M. Batu Bersurat ini menyamai batu nisan di Champa Selatan. Penemuan ini mengukuhkan hujah S.Q. Fatimi mengenai teori kedatangan Islam melalui China mulai tahun 878M

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Kerajaan  Melaka yang merupakan salah satu kerajaan islam melayu di nusantara telah menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai,Kampar, Jawa, dan Siak. Selain itu, Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Pasai, China, Jawa, Siam, dan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ). Contohnya ialah kedatangan laksamana Chen ho ke Melaka pada abad ke-15 atas arahan Maharaja Yung Lo yang berkuasa pada tahun 1403-1424 untuk mengadakan hubungan diplomatik antara China dengan kerajaan Melaka pada waktu itu.

Perkembangan Islam di Nusantara didorong oleh beberapa faktor sperti perdagangan, hubungan diplomatik, perkahwinan, dan peranan pendakwah. Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar Mengambil zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai contoh, hubungan diplomatik amat dititik beratkan oleh sultan untuk menjaga keamanan dan kedamaian negeri Melaka pada masa tersebut. Hubungan diplomatik yang paling utama dan penting pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah antara Melaka dan China. Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.