TAMADUN ISLAM AKTIVITI PADLET 4.1 by

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu ini jelas menunjukkan bahawa ia mempunyai perkaitan dengan sejarah perkembangan Islam di Nusantara pada ketika itu.
Perkembangan Islam dan proses Islamisasi di Nusantara dengan pelbagai faktor

Faktor utama yang mendorong perkembangan Islam di Nusantara adalah kegiatan pelayaran. Di Nusantara hubungan diplomatik telah dijalinkan dengan pedagang muslim yang berasal dari Gujarat, Arab dan negara-negara Islam yang lain. Hal ini disebabkan kedudukan geografi Indonesia yang strategik untuk menjalankan kegiatan pelayaran dan pedagang-pedagang Arab yang berpegang pada konsep ingin menyebarkan agama Islam di seluruh dunia.

Selain itu, sifat keterbukaan masyarakat Indonesia. Agama Islam telah diterima dan dipercayai oleh masyarakat Indonesia bukan sahaja dalam kalangan para bangsawan tetapi juga tokoh-tokoh masyarakat kepala suku dan para ulebelang (ketua adat). Sifat ini memberikan peluang kepada pedagang-pedagang dari Arab untuk berkongsi ilmu tentang agama Islam serta meyebarkan agama Islam dalam kalangan mereka.

Seterusnya, melalui perkahwinan dan pendidikan juga merupakan salah satu factor penyebaran Islam di Nusantara. Agama Islam tersebar apabila pedagang-pedagang dari Arab berkahwin dengan penduduk-penduduk di Nusantara kerana ini secara tidak langsung menyebarkan agama Islam kepada penduduk yang merupakan isteri dan anak. Selain itu, pedagang Arab telah menyebarkan agama Islam di Nusantara melalui pendidikan seperti Al-Quran dan Sunnah. Tulisan Jawi juga diperkenalkan di Nusantara.

HUBUNGKAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.
Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Pada peringkat awal pelaksanaannya, undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu. Undang-Undang Melaka dijadikan asas bagi penggubalan undang-undang Islam di Negeri-Negeri dan mengandungi peruntukan yang hampir sama dengan Undang-Undang Melaka seperti Hukum Kanun Pahang (1595M), Undang-Undang Kedah (1605M), Undang-Undang Johor (1789M) dan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak (1878M). Kedudukan Islam sebagai undang-undang negara (lex loci of the land) turut dikitiraf dalam kes Ramah v Laton

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Kerajaan Islam Melayu telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara sekitar sejak abad ke-15. Sebagai contohnya, Kerajaan Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Pasai, China, Siam, Jawa dan Kepulauan Ryukyu. Hal ini boleh dibuktikan dengan kedatangan Laksamana Chen Ho ke Melaka pada abad ke-15 atas arahan Maharaja Yung Lo yang berkuasa pada tahun 1403-1424 untuk menjalinkan hubungan diplomatik antara China dengan Kerajaan Melaka.

Pada zaman kesultanan Melayu, China merupakan kuasa besar. Oleh itu, Kerajaan Melaka ingin menjalinkan persahabatan dengan China. Sultan Melaka meminta Negeri China untuk menjadi penanungnya supaya Kerajaan Melaka dapat mengelakkan ancaman luar seperti Kerajaan Siam.