Avatar: The Way of Water by NUR SYAFIRA SYUHADA BINTI MAZLAN _

PLOT

Permulaan
Filem ini bermula 13 tahun selepas perang antara bangsa Natif Na'vi dan manusia. Jake Sully, pemimpin puak Omaticaya, hidup bahagia bersama pasangannya Neytiri dan keluarganya di Pandora. Namun, kehidupan mereka terganggu ketika manusia kembali ke planet itu dengan niat menjajah ekosistem Pandora ekoran krisis di Bumi dan keruntuhan alam sekitar. Armada kapal antara bintang RDA tiba, mencetuskan ketegangan baru di Pandora.

Pengakhiran
Filem ini berakhir dengan upacara pengembalian jasad Neteyam kepada Eywa di bawah laut, yang dihadiri oleh keluarga Sully dan anggota Metkayina yang lain. Ini merupakan penghormatan Kaum Na'vi terhadap kitaran kehidupan. Jake dapat berjumpa kembali dengan Neteyam melalui kenangan manis. Setelah upacara itu, Jake dan keluarganya diterima dengan baik oleh klan Metkayina, yang menjadikan mereka anggota baru. Jake berjanji untuk menjaga rumah baru mereka, Awa'atlu, bersama-sama dengan klan Metkayina. Ini adalah penutup yang menggambarkan persatuan antara manusia dan Kaum Na'vi serta keazaman mereka untuk melindungi Pandora.

NILAI PEMULIHARAAN HUTAN
Ini bermula apabila sekumpulan pengkaji manusia yang datang ke habitat asal Avatar dan mula memusnahkan tempat tersebut untuk menjadikan habitat tersebut sebagai satu tempat yang sempurna untuk didiami oleh manusia kerana dalam cerita tersebut, Bumi digambarkan tidak selamat dan tidak sempurna untuk didiami. Mereka mula mengebom tempat tersebut dan membina tempat-tempat untuk mereka mendirikan bangunan-bangunan sebagai makmal ujikaji mereka. Disebabkam oleh itu, habitat tersebut telah musnah dan banyak kawasan yang terbakar. Pokok-pokok juga tumbang dan menjadi kawasan lapang. Disebabkan oleh itu, Avatar-avatar tersebut terpaksa lari dan mencari kawasan lain yang selamat untuk mereka diami. Mereka memilih gua-gua untuk dijadikan tempat tinggal. Namun begitu, pihak manusia masih memburu mereka untuk dibunuh kerana mereka dianggap sebagai ancaman bagi pihak manusia jika manusia ingin tinggal disana.

NILAI PEMELIHARAAN LAUT
Nilai ini digambarkan apabila puak Avatar merasa terancam dan terpaksa berhijrah ke tempat lain yang lebih selamat bagi mereka. Mereka berhijrah ke satu tempat yang didiami oleh puak Avatar air. Tempat tersebut adalah sebuah pulau yang dikelilingi oleh laut yang sangat bersih dan cantik. Disebabkan oleh lokasi yang terpencil dan jauh daripada tempat lain, mereka memilih untuk tinggal disana. Puak Avatar meminta keizinan daripada puak Avatar air untuk tinggal disana. Pada mulanya, puak Avatar air tidak ingin mereka tinggal di tempat mereka kerana mereka adalah pelarian yang diburu oleh pihak manusia dan bimbang jika mereka juga akan diburu dan dibunuh. Namun, disebabkan oleh mereka ialah daripada satu spesies yang sama, puak Avatar air memberikan keizinan untuk mereka tinggal disana. Mereka diajar untuk hidup dengan cara puak Avatar air hidup. Mereka diajar untuk berenang dan memburu di dalam air. Mereka juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kelestarian laut disekeliling mereka kerana laut merupakan sumber utama bagi mereka untuk meneruskan kehidupan mereka semua.

NILAI MEMELIHARA HABITAT HAIWAN
Disebabkan oleh pengeboman dan juga pencerobohan yang dilakukan oleh pihak manusia yang cuba untuk mengubah ekosistem di habitat Avatar, banyak haiwan yang terkorban dan juga hilang tempat tinggal. Haiwan-haiwan tersebut diselamatkan oleh puak Avatar yang bersembunyi di gua. Mereka juga menggunakan haiwan-haiwan tersebut sebagai pengangkutan untuk mereka bergerak ke tempat-tempat lain. Disebabkan oleh tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab, haiwan-haiwan tersebut yang menjadi mangsa. Mereka terpaksa mencari tempat lain untuk terus hidup dan terdapat juga yang terkorban disebabkan tindakan mereka. Puak Avatar dan puak Avatar air sangat menyayangi haiwan-haiwan di sekitar mereka. Mereka menjaga dan sentiasa memberi makanan untuk haiwan-haiwan tersebut. Mereka berbuat demikian kerana tidak ingin haiwan-haiwan tersebut pupus dan hilang daripada muka Bumi.

KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH

AVATAR: THE WAY OF WATER

1. PENGENALAN & KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH
NUR YASMIE HANANI BINTI PAHKURURUZI
(AM2304013033)

2. PLOT FILEM
NUR SYAFIRA SYUHADA BINTI MAZLAN
(AM2304013056)

3. CABANG FALSAFAH
NUR ZAIREEN NATASYA BINTI NOOR ADIL
(AM2304013139)

4.JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA
NURAISYAH ALYA BINTI ABD GHANI
(AM2304013512)

5. PENYELESAIAN ATAU PERSOALAN KHUSUS
NUR ZAHIRAH BINTI CHE ROSLAN (AM2304013038)

Perkembangan
Dalam perkembangan filem ini, terdapat lebih banyak tentera dan peralatan telah tiba di Pandora, termasuk Miles Quaritch dan pasukannya yang diklonkan sebagai "Recom" untuk memerangi Na'vi. Jake Sully memimpin operasi gerila untuk menghalang RDA daripada mengeksploitasi Pandora. Dalam pertempuran di kereta api maglev, anak lelaki Jake, Lo'ak, melanggar arahan dan cedera, tetapi Jake menyelamatkan mereka. Spider, anak Jake yang dulunya manusia, mengungkapkan lokasi bekas pertempuran antara Jake dan Quaritch. Pertempuran berlaku, anak-anak Jake ditangkap, dan Jake menyelamatkan mereka dengan bantuan Neytiri. Spider diculik oleh Quaritch, yang kemudian berundur ke kapal komando Ardmore. Di kapal, mereka gagal mendapatkan maklumat daripada Spider melalui penyeksaan mental, tetapi Spider bersetuju untuk bekerjasama. Jake dan keluarganya memutuskan untuk berundur ke tempat yang lebih selamat dan menyerahkan jawatan ketua kepada Tarsem.

Konflik
Anak-anak Omatikaya bersama dengan Jake dan klan Metkayina tiba di Three Brothers Island untuk melawan armada RDA yang telah menangkap dua anak mereka, Tsireya dan Tuk. Jake awalnya memutuskan untuk menyerah diri kepada Quaritch untuk menghindari pertumpahan darah lebih lanjut. Namun, Payakan, seekor Tulkun, memutuskan untuk bertindak dan menyerang kapal SeaDragon RDA dengan keras, merosakkan kapal tersebut. Di bawah air, Kiri menggunakan kekuatan Eywa untuk mengendalikan makhluk laut, yang menyebabkan kapal selam RDA lumpuh. Anak-anak Omatikaya dan Metkayina bersatu dalam tindakan heroik mereka untuk menghentikan RDA dan menyelamatkan Pandora dari ancaman mereka.

Peleraian
Keluarga Sully dan anak-anak Omatikaya cuba menyelamatkan Spider yang masih diculik oleh RDA di kapal SeaDragon. Pertempuran pecah dan beberapa dari mereka ditangkap. Lo'ak dan Neteyam cuba menyelamatkan Spider, tetapi Neteyam terbunuh dalam proses itu oleh Wainfleet. Jake dan Neytiri memutuskan untuk menghadapi Quaritch dalam pertarungan akhir di kapal yang tenggelam. Mereka berhasil menyelamatkan Kiri dan Tuk dengan bantuan kekuatan Eywa. Di permukaan, Spider membawa Quaritch tetapi akhirnya meninggalkannya. Akhirnya, keluarga Sully dan anak-anak Omatikaya bersatu dan selamat dari ancaman RDA.

CABANG FALSAFAH

Di dalam movie Avatar: The Way of Water, terdapat falsafah yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia iaitu, falsafah ekologi. Ekologi itu sendiri bermaksud cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos bererti " rumah" dan logos bererti "sains").

Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu sendiri.

Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik, benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi dan persekitaran biotik, benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma tersebut.

Falsafah ekologi menerangkan ahli falsafah mula melihat persekitaran dan memperolehi ideologi melalui persekitaran. Ideologi sangat penting kepada zaman sekarang disebabkan ideologi menerangkan kepentingan ilmu yang mampu mencorakkan sesuatu bangsa, Ekologi juga merupakan kajian yang memfokuskan hubungan antara manusia dan juga organisma hidup dengan alam sekitar. Dalam hal ini, falsafah ekologi menerangkan manusia perlulah menghargai alam sekitar disebabkan kedua-duanya saling bergantungan. Jika satu musnah maka sengsaralah satu pihak diantaranya.

Terdapat pelbagai jenis kehidupan dimuka bumi ini antaranya tumbuh-tumbuhan, binatang, organisma yang kecil seperti bakteria dan lain-lain. Oleh itu, falsafah ekologi manusia haruslah bersifat mulia bagi memastikan keharmonian hubungan manusia dan alam sekitar serta bertujuan untuk pembangunan negara. Falsafah dalam kehidupan adalah sangat penting kepada setiap individu. Hal ini demikian kerana, falsafah banyak memberikan sumbangan pemikir-pemikir serta memberikan tunjuk ajar dan membimbing masyarakat ke arah kebenaran.

PENYELESAIAN ATAU PERSOALAN KHUSUS

NILAI KEPENTINGAN PEMULIHARAAN HUTAN
Aktiviti pembalakan yang berleluasa telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan perlu dipelihara bagi mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Kesan penganiayaan alam sekitar tidak terhad kepada yang zahir semata-mata, tetapi turut melibatkan tekanan kepada psikologi manusia. Peningkatan pelbagai masalah alam sekitar terutamanya masalah yang berpunca daripada perubahan iklim telah memberi tekanan jiwa  kepada manusia.

HABITAT HAIWAN YANG SABAN HARI DIANCAM KEPUPUSAN
Pemuliharaan hidupan liar adalah amat penting bagi mengekalkan ekosistem. Setiap spesies memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ekosistem berada dalam keadaan stabil. Hidupan liar juga amat penting kerana dapat memberikan sumber maklumat atau pendidikan kepada masyarakat terutama sekali kepada pelajar sekolah. Walaupun ada habitat yang dijaga oleh manusia tetapi disalahgunakan oleh mereka, seperti baru-baru ini tular gajah di Thailand yang digunakan untuk mengangkut manusia dan diseksa untuk menghiburkan manusia sehingga Pai Lin gajah berusia 71 tahun menghidap cacat kekal kerana, dipaksa mengangkat 6 pelancong sekaligus selama 25 tahun.

JUSTIFIKASI FILEM DENGAN ISU SEMASA.

MENGHORMATI ALAM SEMULA JADI.
Pembukaan kawasan pertanian baharu seperti pembukaan tanah baharu turut menggalakkan kepupusan fauna. Antara yang paling kritikal adalah pembukaan kawasan baharu untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. Pemburuan haram yang berleluasa di hutan-hutan negara juga adalah faktor kepupusan habitat dan spesies haiwan kerana permintaan tinggi dari negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di beberapa buah negara di dunia. Oleh itu, di Malaysia, pihak Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengambil pelbagai inisiatif dalam mengurus, memelihara serta meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan hutan di negeri Sarawak. Ini JHS, YBhg Datu Hamden bin Haji Mohammad yang ditemu bual RAKAN Sarawak baru-baru memaklumkan, Program Restorasi Landskap Hutan (FLR) yang dilancarkan pada Jun 2019 di Sabal Forest Landscape Restoration Centre telah diangkat sebagai salah satu agenda utama Kerajaan Sarawak dalam memulihara hutan di Sarawak.

KETIDAKSEIMBANGAN EKOSISTEM PUNCA KEHIDUPAN LAUT TERGANGGU
Lautan memainkan peranan yang besar bagi mengawal iklim global dengan menyerap dan mengagihkan semula haba dan karbon dioksida. Namun, jumlah gas rumah hijau yang dihasilkan oleh manusia terlalu tinggi untuk laut menyerap untuk meneutralkan haba dan menyebabkan mengganggu ekosistem kehidupan laut. Haba yang terlalu tinggi menyebabkan karbon dioksida terlarut di dalam laut lalu berlakunya pengasidan lautan yang amat berbahaya untuk kehidupan laut terutamanya spesies yang mempunyai cengkerang. Penduduk yang tinggal di persisiran pantai juga terjejas kerana sumber keperluan asas mereka sudah terjejas dan tidak selamat untuk mereka teruskan hidup di situ lagi. Tidak lupa juga hasil buangan yang berlaku di darat akibat daripada aktiviti manusia juga memberi impak negatif terhadap laut dan kehidupan di laut.

PEMELIHARAAN EKOLOGI MARIN.
Isu-isu berkaitan dengan kebersihan laut kerap menjadi bahan perbincangan di kalangan nelayan. Ramai di kalangan nelayan berpendapat keadaan laut pada masa ini kian tercemar. Pencemaran laut tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat juga rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran untuk membersihkan atau memelihara laut. Sebagai contoh, Berjaya Tioman Resort yang telah beroperasi di Pulau Tioman selama tiga dekad, terus berusaha melindungi dan memelihara habitat marin di sekitar pulau itu yang terkenal dengan keindahan terumbu karang. Usaha terkininya dalam memelihara ekosistem laut adalah menjalin kerjasama dengan Reef Check Malaysia (RCM) dan UDive dengan menganjurkan program ‘Eco Diver Certification’ iaitu sijil penyelam eko pada 10 hingga 13 April lepas bagi duta baharu RCM ke arah memastikan kelestarian ekosistem laut terutamanya di pulau itu. Di samping itu, Pengurus Besar Berjaya Tioman Resort Sonny Gan berkata hotel sangat komited dalam menyokong program mesra alam seperti itu supaya dapat memelihara dan menjaga keindahan laut terutamanya di Pulau Tioman. Kesimpulannya, kebersihan laut memang patut dijaga kerana di dalamnya terkandung sumber makanan untuk manusia. Sesungguhnya, laut yang bersih akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang cantik dan menarik.

MEMELIHARA HABITAT HAIWAN.
Kepupusan hidupan liar kebanyakannya adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Aktiviti pembalakan akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam suatu jangka masa tertentu. Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan pupus. Kita harus bersyukur kerana mempunyai seorang agong yang mengambil berat tentang memelihara habitat haiwan di Malaysia. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah pemeliharaan habitat hidupan liar perlu diperkasakan bagi mengelakkan spesies haiwan itu pupus. Justeru, baginda bertitah usaha bersepadu membabitkan semua pihak perlu diwujudkan bagi memelihara hidupan liar termasuk Harimau Malaya.