SENI BAHASA by ZALINA BINTI HAMZAH Moe

Nyanyian
Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu

Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku

Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang

Hendaklah hendak hendak ku rasa (rasa sayang)
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan ku hiba (rasa sayang)
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta (rasa sayang)
Merajuk bukan berpanjangan

Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi

Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati

Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali

Hendaklah hendak hendak kau rasa (rasa sayang)
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya (rasa sayang)
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan kau hiba (rasa sayang)
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta (rasa sayang)
Merajuk bukan berpanjangan

Hendaklah hendak hendak kau rasa (rasa sayang)
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah (tidak tidak ku daya)
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan kau hiba (aduh sayang)
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah (bukan bukan ku pinta)
Merajuk bukan berpanjangan

Pengenalan Seni Bahasa
Seni bahasa merupakan salah satu aspek dalam kemahiran berbahasa. Menurut Kamus Dewan, seni membawa maksud halus (kecil,elok), tipis dan halus, enak didengar. Bahasa pula membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Jadi dapat disimpulkann bahawa seni bahasa ialah aspek yang menghuraikan lebih tentang kehalusan dan keindahan bahasa Melayu.  Seni bahasa menekankan kesenian bahasa Melayu seperti sajak, nyanyian, peribahasa, tulisan khat dan sebagainya. Aspek ini sangat penting dalam bahasa Melayu kerana membantu mengekalkan kesenian dan kebudayaan Melayu sepanjang zaman. Seni bahasa mencerminkan keindahan dan kehalusan budi dan kreativiti masyarakat Melayu.

Pantun
PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

PANTUN merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.

Sajak
Sila komen

Peribahasa
Sila tulis peribahasa yang berkaitan kerjasama dan perpaduan

Sila kongsi karya kreatif anda.
Sajak, pantun atau apa sahaja