Learning Portfolio : IIP2002 FIQH AL-MU'AMALAT by Noor Haikal

Nama diberi adalah Muhammad Nur Haikal Bin Pauzi. Pemegang kad matrik bernombor 24004308. Merupakan pelajar tahun 1 yang kini sedang menempuhi semester 2 dalam jurusan Syariah dan Undang-Undang di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Melalui bidang yang saya pelajari, saya membawa impian dimana bukan sahaja untuk menjadi individu yang mahir dalam aspek ilmu Syariah dan perundangan Islam, tetapi juga berupaya menyumbang kepada pembangunan sistem keadilan berteraskan Syariah Islamiah di Malaysia.

Dalam membawa misi untuk mencapai impian ini, saya memegang satu kata-kata yang berbunyi, "jangan takut untuk bermula dari bawah,kerana setiap yang tinggi bermula dari tanah" yang menjadi dorongan kepada saya untuk terus melangkah dalam menempuhi perkara-perkara baru dalam hidup saya.

Sebagai info tambahan yang suka untuk saya berkongsi mengenai diri saya disini, saya gemar mengambil gambar yang bersifat "estetik", kemudian membuat suntingan dan memuat naik di laman media sosial saya. Hal ini menjadi satu kepuasan bagi saya apabila dapat berkongsi suatu keindahan berbentuk gambar dengan rakan-rakan saya di media sosial.

📖التعلم الأنعكاسي ١
What were your most interesting discoveries about property?

Sepanjang pembelajaran dalam siri kuliah kursus ini, saya memperoleh pemahaman yang mendalam tentang konsep harta dan pemilikan dalam perspektif hukum Islam sekaligus menarik minat dan perhatian saya untuk mencari tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal muamalat.

Antara perkara yang diketengahkan dalam sesi pembelajaran kuliah, topik yang dibincangkan adalah mengenai definisi dan ciri-ciri harta itu sendiri. Saya memahami bahawa harta bukan hanya terhad kepada benda fizikal seperti wang,emas dan perak, tetapi turut merangkumi segala sesuatu yang boleh dimiliki dan memberi manfaat.

Harta juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya harta tidak boleh alih (العقار) dan boleh alih (المنقول), harta mithli (مثلي) dan harta qimi (قيمي), harta yang boleh dimiliki (المتقوم) dan tidak boleh dimiliki (غير المتقوم) disisi syarak. Setiap jenis pembahagian ini akan memberi kesan yang tertentu sepertimana yang telah ditetapkan oleh hukum syarak jika berlakunya akad atau pemusnahan harta tersebut.

Dalam topik Nazariyyah al-Milk, Saya mempelajari berkenaan dengan pemilikan penuh (الملك التام) dan pemilikan tidak penuh (الملك الناقص) serta perbezaan diantara kedua-duanya. Selain itu, saya turut mempelajari tentang pemilikan keatas harta yang dibolehkan syarak dimana tajuk ini membincangkan tentang pemilikan harta yang bukan milik orang lain dan bukan kerana perpindahan milik melalui akad. Terdapat beberapa pembahagian pemilikan mengenai tajuk ini antaranya haiwan buruan, padang rumput & belukar, harta galian & harta yang dijumpai serta menghidupkan tanah yang mati dan ditinggalkan. Setiap bahagian memiliki perbahasan dan pandangan fiqh yang tertentu berdasarkan mazhab tentang pemilikan seseorang keatas harta-harta sebegini dan tajuk ini antara tajuk yang amat menarik minat saya apabila mempelajari kursus ini. Hal ini kerana, tajuk ini berkait rapat dengan hal-hal harian disekeliling kita yang perlu kita perhatikan yang mana setiap perbuatan kita itu akan memberi kesan dan hukum syarak tertentu yang telah ditetapkan.

التعلم الأنعكاسي ٢
Bincangkan bagaimana perbincangan ahliyah memberi nilai tambah kepada kefahaman kamu terhadap syarat-syarat pihak yang berkontrak.

Dalam perbincangan topik ahliyah, perkara ini dapat didefinisikan sebagai kelayakan seseorang untuk menerima hak dan menanggung kewajipan serta keupayaan untuk melaksanakan tuntutan hak dan kewajipan tersebut. Kelayakan (ahliyah) ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu ahliyah al-wujub (أهلية الوجوب) dan ahliyah al-ada' (أهلية الأداء). Ahliyah al-Wujub bermaksud kelayakan seseorang untuk menerima hak dan kewajipan yang mana asas kelayakan ( ahliyah ) ini seseorang itu mestilah hidup atau bernyawa. Sementara ahliyah al-ada' ialah kelayakan untuk melaksanakan tanggungjawab atau menguruskan hak-hak yang dia miliki. Ahliyah al-ada' pula disyaratkan bahawa seseorang individu itu mestilah berakal serta mumayyiz.

Dalam topik ini juga ada menyentuh berkenaan perkara-perkara yang boleh mengurangkan atau menafikan kelayakan pihak-pihak yang berakad iaitu 'awaridh ahliyah (عوارض الأهلية). 'Awaridh ahliyah terbahagi kepada dua iaitu 'awaridh samawiyah (عوارض سماوية) dan 'awaridh muktasabah (عوارض مكتسبة). 'Awaridh samawiyah (عوارض سماوية) ialah halangan yang wujud bukan disebabkan oleh pilihan atau kehendak manusia itu sendiri,melainkan ianya adalah ketetapan Allah SWT keatas seseorang seperti gila, pengsan, tidur, 'atah (lembab). Manakala  'awaridh muktasabah (عوارض مكتسبة) pula ialah halangan yang wujud oleh kerana pilihan dan ikhtiar manusia itu sendiri seperti safih (السفه).

Dari semua perkara yang dibincangkan dalam topik ini, ia memberi saya kefahaman yang lebih mendalam berkenaan dengan orang-orang yang berakad dimana tidak semua orang itu memiliki kelayakan yang sempurna untuk melakukan akad. Jika orang yang tidak sempurna pada kelayakannya melakukan akad,ia akan memberi kesan terhadap akad itu sendiri. Seterusnya, wujudnya halangan-halangan yang akan mengurangkan atau menjejaskan kesan syara' keatas akad yang dilakukan. Orang yang memiliki halangan ini tidak boleh melakukan akad melainkan wujudnya wali bagi mengesahkan tindakan itu. Di samping itu, kesahihan akad adalah bergantung kepada kelayakan ( ahliyah ) yang dimilik oleh pihak-pihak berakad. Jika terdapat kekurangan pada ahliyah, maka akad yang dibuat boleh terbatal atau tidak sah. Selain itu, ada juga keadaan yang tertentu akad itu menjadi tergantung atau terhenti (موقوف) sehinggalah wujud pengesahan daripada wali berkenaan akad yang dibuat.

التعلم الأنعكاسي ٣
Bincangkan bagaimana perbincangan kecacatan dalam kontrak memberi nilai tambah kepada kefahaman kamu terhadap sighah kontrak.

Jawapan:

Dalam ilmu fiqh muamalat, sighah atau lafaz akad memainkan peranan penting dalam menentukan kesahihan sesuatu akad yang dilakukan. Ia merangkumi ijab (الإيجاب) dan qabul (القبول) yang perlu dilakukan secara jelas dan tepat. Namun, perbahasan mengenai sighah itu sendiri tidak terhenti sekadar itu, bahkan adanya perkara-perkara lain yang mempengaruhi sighah yang akan memberi kesan terhadap akad yang dilakukan iaitu berkaitan kecacatan dalam 'akad (عيوب العقد).

Antara kecacatan yang dibincangkan dalam topik ini ialah ghalat (الغلط) atau kesilapan yang terbahagi kepada dua bentuk, iaitu ghalat batini dan ghalat zhahiri. Ghalat batini berlaku apabila seseorang tersilap dalam sangkaannya terhadap sesuatu perkara dalam kontrak tetapi tidak dizahirkan dalam sighah. Dalam hal ini, para fuqaha' sepakat bahawa kontrak tetap sah kerana akad dinilai berdasarkan lafaz zahir dan bukan niat tersembunyi. Manakala ghalat zhahiri pula merujuk kepada kesilapan pada jenis atau sifat barang dan dizahirkan dalam sighah yang mana ianya boleh menyebabkan akad terbatal.

Kedua, perbincangan tentang ghabn (الغبن) atau pengurangan yang memberi kerugian besar dimana perkara ini menunjukkan bahawa akad yang dilafazkan dengan sighah yang sah sekalipun boleh menjadi tidak adil sekiranya terdapat ketidakseimbangan yang ketara antara dua pihak yang berakad. .Ghabn fahish (الغبن فاحش) menjadikan kontrak itu sah tetapi boleh dibatalkan menurut sebahagian fuqaha'. Nilai sesuatu barang yang ingin diakad itu mestilah seimbang dan adil nilainya bagi antara kedua-dua pihak untuk mengelakkan penindasan.

Ketiga, kecacatan dalam bentuk taghrir (التغرير) atau penipuan menekankan bahawa lafaz yang sah tidak mencukupi jika ia dibentuk melalui unsur manipulasi atau maklumat yang salah. Penipuan sama ada secara lisan atau perbuatan boleh menjejaskan keredaan pihak yang berakad, sekaligus menjadikan akad boleh dibatalkan. Oleh yang demikian, saya melihat sighah tidak boleh adanya unsur penipuan walaupun zahirnya ia kelihatan sah. Sifat amanah dan ketelusan perlu dikaitkan untuk membentuk akad yang benar-benar sah dari sudut syarak.

Akhir sekali, ikrah (الإكراه) atau paksaan merupakan kecacatan yang turut boleh menjejaskan kesahihan akad. Akad yang dilakukan secara paksaan mestilah wujud bersamanya ancaman yang akan memudaratkan seseorang itu jika dia tidak melaksanakannya.Ia terbahagi kepada dua iaitu yang pertama ikrah mulji' (إكراه ملجئ) yang mana paksaan yang wujud ancaman berat yang memudaratkan dan akad yang dilakukan adalah sah manakala yang kedua pula ikrah ghairu mulji' (إكراه غير ملجئ) yang merujuk kepada paksaan yang wujud ancaman ringan yang tidak memudaratkan dan akad yang dilakukan adalah tidak sah.

Secara keseluruhannya, penilaian kesahihan sesuatu akad itu tidak boleh diukur dari segi sighah yang zahir semata, ia juga perlu mengambil kira keadaan dan perkara yang wujud secara batin dalam sesuatu akad yang dibuat.

خريطة ذهنية ١

خريطة ذهنية ٢

التعليم تجربة انعكاس
Sepanjang menyiapkan e-portfolio ini, saya melalui satu pengalaman pembelajaran yang berbeza berbanding tugasan-tugasan lain yang pernah saya lakukan. Hal ini kerana, e-portfolio bukan sekadar tugasan untuk menulis atau menghafal semula nota kuliah, tetapi lebih kepada bagaimana saya menyusun semula kefahaman saya tentang sesuatu topik, merenung balik apa yang telah saya pelajari, dan mencatatnya dalam bentuk yang lebih tersusun, sistematik dan mudah difahami.

E-portfolio ini secara tidak langsung membantu saya untuk lebih fokus dan mendalami kandungan setiap kuliah. Proses menulis semula dengan gaya bahasa sendiri dan merangka refleksi membuatkan saya betul-betul faham maksud sebenar setiap tajuk yang dipelajari serta saya juga dapat melihat sendiri perkembangan kefahaman saya dari satu kuliah ke satu kuliah yang lain.

Selain itu, penggunaan platform digital untuk menyusun maklumat dan refleksi turut memberi saya peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam menggunakan teknologi. Saya belajar untuk menyusun maklumat dengan lebih kemas, menggunakan konsep peta minda, dan mencatat refleksi yang lebih jujur tentang pandangan serta pengalaman pembelajaran saya.

Kesimpulannya, proses menyiapkan e-portfolio ini telah memberi saya pengalaman baru dalam pembelajaran. Ia menjadi satu latihan untuk melatih dan mengasah otak serta kemahiran berfikir dalam menyusun dan menentukan maklumat yang betul-betul perlu untuk dimasukkan dalam e-portfolio ini berdasarkan kehendak soalan. Ia turut mendorong diri saya untuk membaca dan menelaah kembali topik-topik yang telahpun saya pelajari dalam sesi kuliah.

👉 Kekuatan

Antara kekuatan yang saya miliki ialah mempunyai keberanian dalam menyampaikan pengucapan awam dikhalayak ramai. Saya gemar berkongsi pengetahuan yang saya miliki melalui platform pengucapan awam dan perkara ini menjadi suatu medan untuk terus berlatih dan memperbaiki kemahiran saya dalam berinteraksi.

👉 Kelemahan

Sifat malu yang tidak bertempat terkadang membuatkan diri ini terlepas beberapa peluang besar yang sepatutnya saya perolehi. Saya sukar mengawal perasaan malu yang menjadi titik kelemahan diri saya sekaligus mengurangkan keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri.

👉 Perkara Yang Harus Diperbaiki

Pengurusan masa yang lebih cekap dan efisien perlu saya tekankan kerana saya kerap kali meremehkan masa lapang yang menyebabkan tertangguhnya kerja-kerja yang harus saya lakukan dengan kadar segera. Kerja yang bertimbun menyebabkan gangguan emosi yang tidak menentu sehingga terjadinya stres dan keletihan mental.