BATU BERSURAT TERENGGANU by Farah Hanim

HUBUNGKAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAT ISLAM
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Undang-undang syariah ialah undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Kerajaan  Melaka yang merupakan salah satu kerajaan Islam Melayu di Nusantara telah menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai, Kampar, Jawa, dan Siak. Selain itu, Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Pasai, China, Jawa, Siam, dan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ). Contohnya ialah kedatangan laksamana Chen ho ke Melaka pada abad ke-15 atas arahan Maharaja Yung Lo yang berkuasa pada tahun 1403-1424 untuk mengadakan hubungan diplomatik antara China dengan kerajaan Melaka pada waktu itu.

Selain itu, hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.  Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu.

Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.

Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

SEARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Islam mula bertapak di Tanah Melayu dipercayai berlaku pada abad ke-7 masihi. Ada yang memberi pandangan bahawa agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Islam semakin berkembang dengan terbentuknya negara Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 masihi.

Mengikut catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar sebelum abad ke-15 masihi. Pada 1292, ketika Marco Polo singgah di perlabuhan Perlak, beliau menyatakan bahawa telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan para penduduk tempatan oleh para pedagang Arab. Menurut beliau, Perlak merupakan satu-satunya negara Islam yang wujud di Kepulauan Melayu.

Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah di Samudera antara tahun 1345-1346 menyataan bahawa raja Samudera telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Negeri-negeri di sekeliling Samudera masih belum menjadi negara Islam. Pada 13-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir keseluruh Kepulauan Melayu. Islam Islam semakin berkembang dengan meluas sehinggakan sebahagian besar penduduk beragama Islam.

BATU BERSURAT TERENGGANU
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 Sebelum Masihi. Penemuan oleh Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu.