e-Portfolio by ELLYVIRA AZELYIA ANAK GELANG IPG-Pelajar

Sistem Tulisan Pallava
Sistem tulisan ini berasal dari India.

Tulisan ini disebar oleh orang Hindu sesudah mereka sampai di kawasan-kawasan kediaman orang Melayu.Sebagai contoh di kawasan Srivijaya dan Palembang menurut pendapat Nik Safiah (2010).

Tulisan ini juga banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang pada itu menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan serta hanya terhad kepada golongan istana sahaja.

Penemuan pertama tentang tulisan ini iaitu pada tiang batu persembahan atau dikenali sebagai Yupa yang berada di daerah Muara Kaman atau dikenali sebagai tempat pertemuan di antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala.

Yupa ini telah ditemukan oleh ahli topografi Belanda pada tahun 1879 dan sekarang telah disimpan di Muzium Nasional Jakarta.

Bukti penemuan tulisan ini ialah dengan penemuan batu bersurat Kedukan Bukit (683M) dan batu bersurat Talang Tuwo (684M) di Palembang, batu bersurat Kota Kapur (686M) dan batu bersurat Karang Brahi (692M) di Hulu Jambi, Indonesia.

Sistem Tulisan Kawi
Sistem tulisan ini digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8. Tulisan ini berasal dari Jawa dan pertama kali digunakan di Kerajaan Singhasari di Jawa Timur serta telah tersebar ke seluruh wilayah Asia Tenggara dan digunakan sehingga abad ke-16 Masihi terutamanya di Borneo,Jawa,Bali dan Sumatera.

Sistem Kawi ini telah diperkembangkan melalui satu tulisan iaitu tulisan Pallava yang dibawa oleh pedagang dari dinasti Pallava di Selatan India.

Penemuan bukti batu nisan orang Melayu yang tertera pada tahun 1463 dengan nama Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Sungai Ujung, Negeri Sembilan yang memaparkan penggunaan tulisan Kawi pada masa itu.

Sistem Tulisan Jawi
Tulisan atau aksara Jawi ialah tulisan Arab yang digunakan untuk bahasa Melayu. Istilah ini digunakan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Selatan

Tulisan ini merupakan tulisan terawal ditemui serta berkembang sejak Kerajaan Islam Pasai dan seterusnya disebarkan ke Kerajaan Melaka,Johor dan Aceh pada abad ke-17.

Penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 702H bersamaan 1303M menunjukkan bahawa bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia manakala tulisan rumi pula ditemui pada akhir abad ke-19. Ini membuktikan bahawa tulisan Jawi wujud lebih awal berbanding dengan tulisan Rumi.

Orang Melayu telah menggunakan tulisan Jawi ini kira-kira pada abad ke-3H yang bermula di Kedah kemudian pada abad ke-11 pula di Phang Rang(Vietnam),Brunei,Pahang dan Gerisik di Jawa Timur

Sistem Ejaan Za'Ba
Perkataan Za'Ba diambil dari nama seorang sasterawan Melayu.Sistem Ejaan Za'ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949.

Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris).Sistem ejaan ini juga telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SIT seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal I (1941) dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi)(1949).

Sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972.

Sistem ejaan ini terbahagi kepada dua iaitu sistem Ejaan Rumi Za'ba dan sistem Ejaan Jawi Za'ba. Sistem Ejaan Rumi Za'ba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Sistem Ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini terdapat beberapa kelemahan. Maka, sistem Ejaan Rumi Za’ba telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.

Antara pembaharuan dalam Ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjad, iaitu a, e, e, i, o dan u. Huruf benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.

Sistem Ejaan Rumi Kongres
Selepas Ejaan Rumi Za’ba ialah Ejaan Rumi Kongres. Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956. Sidang tersebut telah menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi.

Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. Kedua, perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir tertutup.

Pada tahun 1957, Sistem Ejaan Kongres diterbitkan untuk pertama kalinya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam risalah bahasanya, DBP bilangan (1), dengan judul Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu (keputusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III) (Bahasa Melayu untuk 'Kaedah Baru Ejaan Rumi Bahasa Melayu (berdasarkan keputusan Kongres bahasa Melayu dan huruf III)

Terdapat unsur penolakan untuk sistem Ejaan Rumi Kongres.Sebabnya adalah tidak praktikal untuk digunakan oleh orang biasa dan grafik tertentu yang diusulkan oleh sistem tidak diwakili dalam mesin taip. Walaupun begitu, kumpulan tertentu, terutama yang berafiliasi dengan Gerakan Sastera 1950 menggunakan grafik grafik Kongres untuk diphthong dalam penerbitan mereka sendiri. Kumpulan ini malah kembali ke gaya menulis huruf vokal Wilkinson dalam suku kata akhir tertutup, yang serupa dengan gaya Republik di Indonesia.

Keadaan kebingungan diakhiri dengan pengenalan Ejaan Rumi Baru pada tahun 1972, yang akhirnya menyatukan ortografi dunia berbahasa Melayu yang berbeza menjadi satu sistem.

Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan  zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).

Yang pertama ialah zaman pramerdeka iaitu sebelum 1957. Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut:
1.Laporan Barnes 1951 - menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu

2.Laporan Fenn-Wu 1951- menyemak pendidikan kaum Cina

3.Ordinan Pelajaran 1952-  mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan

4.Laporan Razak 1956 - meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Seterusnya ialah Laporan Barnes 1951.Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford.  Cadangan jawatankuasa ini termasuklah:
1. Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris

2. Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian; dan

3. Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama.

Selepas itu ialah Laporan Fenn-Wu 1951. Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan ini dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.

Pejabat Karang-Mengarang
Pada zaman pramerdeka, Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang sekarang Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Pengasas maktab ialah O.T. Dussek dan za’ba yang mengetuai Bahagian Melayu. Za’ba telah dilantik sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah kanan, manakala O.T. Dussek dan R. O. Winstedt dilantik sebagai penasihat di Pejabat Karang Mengarang. MPSI ditubuhkan pada 1924 yang dikenali sebagai Penerbit Universiti. Penubuhan institusi ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan buku dalam bahasa Melayu bagi bahan bacaan di sekolah.

Tujuan penubuhannya adalah untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta menambahkan bahan rujukan kepada semua masyarakat. Peranan lain penubuhan Pejabat Karang Mengarang dalam memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu yang kini menjadi bahasa kebangsaan ialah penerbitan dan buku-buku teks dari barat terutamanya buku bahasa Inggeris. Ini bertujuan untuk menampung keperluan bahan bacaan di sekolah Melayu. Selain itu, pejabat Karang Mengarang juga menerbitkan novel, puisi, cerpen dan akhbar bahasa Melayu. Seterusnya, tujuan penubuhan institusi ini adalah untuk mengadakan perpustakaan bergerak yang mampu membwa buku-buku ke kampung untuk dijual. Perkara ini termasuk didalam tujuan jangka masa panjang.

Sehingga tahun 1957, sebanyak 44 buah buku telah diterbitkan daripada jumlah itu 34 buah diterbitkan sebelum 1936. Tujuh daripadanya adalah cerita kanak-kanak. Selepas perang sebanyak 24 buah telah diterbitkan, empat buah daripadanya adalah hasil daripada peraduan mengarang anjuran Pejabat Pelajaran. Pejabat Karang Mengarang juga menerbitkan buku-buku yang berkaitan bidang pelajaran di sekolah iaitu Malay School Series. Di dalam bidang ini, Pejabat Karang Mengarang telah mengeluarkan buku-buku bacaan sekolah, buku teks mata pelajaran serta buku ilmu Pengakap dan Pandu Puteri. Hasil penerbitan buku yang berkaitan dengan siri ini ialah sebanyak 85 jenis buku pada tahun 1941.

Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1988. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) di asaskan oleh Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi. PBmPB ini merupakan salah satu badan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebelum Merdeka.

Persatuan ini dihidupkan semula oleh Dato' Abdullah Abdul Rahman,Mejar Dato' Muhammad Said Sulaiman,Dato' Awang Muda,Mejar Musa Yusof. Persatuan ini dikurniakan gelaran diraja oleh D.Y.M.M SultanIbrahim Ibni Sultan Abu Bakar (14 April 1935).Namanya ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu PersuratanBuku Diraja Johor (PBmPBD)

Tujuan utama persatuan ini ialah untuk mengendalikan perbincangan tentang Bahasa Melayu dan mewujudkan perpustakaan.

Matlamat persatuan ini ialah memelihara, memperlengkap & mempermoden bahasa melayu, memelihara tulisan jawi menstandardkan ejaan & perkataan dan mencipta perkataan baharu serta banyak lagi.

Persatuan ini telah melibatkan beberapa buah negeri. Antaranya ialah Johor, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Singapura. Terdapat juga beberapa orang tokoh yang menjadi ahli dari persatuan ini. Antaranya ialah Za'ba, Dato Onn Jaafar, Ibu Zain dan Rahim Kajai. Pada tahun 1930-1940an seramai 200 orang telah menjadi ahli PBmPBD.

Asas 50
ASAS 50 telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura. Persatuan ini diasaskan oleh penulis Melayu Singapura yang merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarangtanah Melayu. Asas 50 mewakili suara dan inspirasi masyarakat Melayu dengan cara yang ideal melalui kesusasteraan dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Satu peristiwa yang penting dalam sejarah awal ASAS 50 ialah perbahasan tentang tujuan kesusasteraan. Falsasah Asas 50 ialah “Seni untuk Masyarakat” yang membawa perkembangan dalam dunia kesusasteraan moden.

Antara tokoh-tokoh ASAS 50 ialah Usman Awang, Keris Mas, Abdul Samad Ismail, Masuri SN, Jimy Asmara dan Asraf. ASAS 50 menjadi kurang aktif selepas tahun 1955 kerana beberapa ahli utamanya seperti Keris Mas, Usman Awang dan lain-lain meninggalkan persatuan ini. Ini kerana mereka ingin menetap di Tanah Melayu, namun terdapat juga beberapa ahli yang kekal setia di Singapura dan terus menerajui persatuan ini.

Tujuan penubuhan ASAS 50 ialah untuk memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Ahli-ahli Asas 50 bersepakat untuk bersama-sama berjuang untuk memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an. mempelajari bidang karangan tentang sastera seperti cerita, lakonan, buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu. Mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan.mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera.menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.

Peranan ASAS 50 ialah mengembangkan bahasa dan kesusasteraan melayu dan melindungi hak-hak ahli dan para pengarang Selain itu, ASAS 50 memainkan peranan untuk mengadakan pembaharuan dalam sastera. Seterusnya, peranan ASAS 50 ialah bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan. ASAS 50 telah berjaya menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952) yang memutuskan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) memutuskan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi untuk memudahkan bahasa kebangsaan dilaksanakan.

Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden ini ialah lanjutan daripada bahasa Melayu Klasik.Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula padaabad ke-19 dengan bermulanya karya-karya Abdullah Munsyi. Selepas mencapai kemerdekaan bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Melayu Moden ini dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang memikul tugas sebagai bahasa rasmi,pentadbiran,perhubungan, pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan universiti. Untuk mencapai matlamat di atas, satu perancangan bahasa bagi meningkatkan status bahasa Melayu moden telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tahap perkembangan bahasa Melayu Moden terbahagi kepada dua iaitu bahasa Melayu Moden Pramerdeka dan bahasa Melayu Moden Pascamerdeka. Pada peringkat awal bahasa Melayu Pramerdeka ketika pemerintahan British, bahasa Melayu tidak tergugat. Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British maka lahirlah sarjana bahasa berbangsa barat seperti R.O. Winstedt, R.J. Wikinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marseden, O.T. Dussek, A.M. Skinner, J Crawfod dan W.G. Shellabear. Kedudukan bahasa Melayu tergugat selepas perang dunia ke-2 apabila kerajaan Inggeris mula menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Pada era bahasa Melayu Moden Pascamerdeka pula, para nasionalalis yang menuntut kemerdekaan mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.Usul ini membawa kepada Suruhanjaya Reid dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Setelah merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (bahasaKebangsaan) menyatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara merdeka. Akta Bahasa Kebangsaan 1957 menyatakan yang Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi negara.

Sistem Pendidikan
Cabaran

1.Pengaruh Bahasa Inggeris

Dalam dunia globalisasi, Bahasa Inggeris semakin dominan dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam sains, teknologi, dan perniagaan. Ini boleh menyebabkan pelajar lebih cenderung untuk menggunakan Bahasa Inggeris, sehingga mengabaikan Bahasa Melayu.

2.Kurikulum yang Tidak Konsisten

Kurikulum yang tidak memberi penekanan yang mencukupi terhadap Bahasa Melayu boleh mengakibatkan pelajar kurang menguasai bahasa ini. Terdapat keperluan untuk menyemak dan mengemaskini kurikulum bagi memastikan Bahasa Melayu diperkasakan dalam pendidikan.

Masa depan

1.Pengukuhan Kurikulum

Pihak berkuasa haruslah mengemaskini kurikulum untuk memasukkan lebih banyak kandungan dalam Bahasa Melayu, terutama dalam subjek STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik), dapat membantu pelajar menghargai dan menggunakan Bahasa Melayu dalam konteks akademik.

2.Penggunaan Teknologi

Memanfaatkan teknologi untuk memperkenalkan aplikasi pembelajaran dalam Bahasa Melayu, termasuk bahan multimedia, e-pembelajaran, dan platform dalam talian yang boleh menarik minat pelajar.

Media sosial telah menjadi platform utama komunikasi, tetapi ia juga memperkenalkan penggunaan bahasa rojak dan slanga. Penggunaan bahasa yang tidak baku ini berpotensi merosakkan keindahan dan ketulenan Bahasa Melayu. Generasi muda mungkin lebih terbiasa dengan bahasa tidak formal, yang dapat mengurangkan penghargaan terhadap tatabahasa dan kosa kata yang tepat.

Pentadbiran Kerajaan
Cabaran

1.Penggunaan Bahasa Inggeris yang Dominan

Banyak dokumen rasmi, komunikasi, dan mesyuarat, penggunaan Bahasa Inggeris sering kali lebih dominan. Hal ini dapat mengakibatkan Bahasa Melayu terpinggir, terutama dalam sektor yang memerlukan interaksi antarabangsa.

2.Penyampaian Maklumat yang Berbilang Bahasa

Dalam usaha untuk mencapai semua lapisan masyarakat, kerajaan sering kali menyediakan maklumat dalam pelbagai bahasa. Ini boleh menyebabkan Bahasa Melayu dilihat sebagai bahasa kedua, walaupun ia adalah bahasa rasmi.

Masa Depan

1.Perundangan dan Dasar

Menggubal perundangan yang menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam semua aspek pentadbiran dan memastikan bahawa semua pegawai kerajaan mematuhi dasar ini. Ini boleh meliputi syarat bagi dokumen rasmi dan komunikasi.

2.Pengukuhan Penggunaan Bahasa Melayu

Kerajaan perlu menegaskan komitmen untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi dan dokumen. Mengeluarkan arahan atau garis panduan untuk penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pentadbiran akan memperkukuh kedudukannya.

3.Kempen Kesedaran

Melancarkan kempen kesedaran tentang pentingnya penggunaan Bahasa Melayu dalam pentadbiran. Ini dapat melibatkan kolaborasi dengan media, institusi pendidikan, dan organisasi masyarakat untuk menyebarkan mesej ini.

Kerancuan bahasa di media sosial
Cabaran

1.Penggunaan Slanga dan Singkatan

Media sosial sering menggunakan bahasa yang tidak formal, penuh dengan slanga dan singkatan. Ini boleh menyebabkan pelajar dan generasi muda tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul, serta mengurangkan penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata.

2.Kekeliruan Bahasa

Penggunaan pelbagai dialek dan variasi bahasa dalam satu platform boleh menyebabkan kekeliruan. Pelajar mungkin tidak dapat membezakan antara bahasa formal dan informal, yang boleh menjejaskan kemahiran berbahasa mereka.

Masa depan

1.Penggunaan Teknologi

Memanfaatkan teknologi untuk membangunkan aplikasi atau platform yang menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Contohnya, aplikasi yang membantu pengguna memeriksa tatabahasa dan ejaan.

2.Pendidikan dan Latihan

Menyediakan pendidikan tentang etika dan penggunaan Bahasa Melayu di media sosial dalam kurikulum sekolah. Pelajar perlu dididik tentang pentingnya komunikasi yang jelas dan betul dalam persekitaran digital.

3.Pembangunan Sumber

Menghasilkan lebih banyak bahan rujukan dan sumber dalam Bahasa Melayu yang relevan dengan dunia media sosial. Ini termasuk panduan, video, dan artikel yang membincangkan penggunaan bahasa yang baik.

Nama : ELLYVIRA AZELYIA ANAK GELANG

Angka Giliran : 2024042310008

No. Kad Pengenalan : 061215130734

Kumpulan : KUMP BM (SK) 1 OGOS 2024 KELUARAN JULAI 2029

Kod dan Nama Kursus : BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Sistem ejaan bahasa Melayu baharu yang diselaraskan dengan sistem ejaan Indonesia menggunakan 26 abjad Rumi.

Kata Dasar :

bentuk kata yang boleh berdiri sendiri

contohnya : tidur, makan dan mandi

Bentuk Gandaan :

mempunyai tanda sempang

mengulangi kata dasar

contohnya : rumah-rumah,sekolah-sekolah,rama-rama

Perkataan yang terbentuk terhasil daripada penyerapan bahasa asing seperti bahasa Cina, bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa Inggeris dan sebagainya

Penerapan Unsur Serapan

ng kekal dalam ejaan ng.

Contoh : congres - kongres

ph menjadi f

Contoh : physiology - fisiologi

q ditukarkan menjadi k

Contoh : aquarium - akuarium

th ditukar menjadi t sahaja

Contoh : theory - teori