TUGASAN INDIVIDU KPP3014 (P) by Wan Mohamed Syazwan Bin Wan Mohamed Hanif

😟Konflik Tanggungjawab
📍Konflik tanggungjawab:
Remaja yang inginkan kebebasan sedangkan keluarga lebih memerlukan mereka bertanggungjawab dalam urusan harian.

💫Pengenalan Ringkas
📍Nama : Wan Mohamed Syazwan Bin Wan Mohamed Hanif

📍No. Matrik : D20202097083

📍Semester : Semester 3

📍Kos Pengajian : AT48 - ISM Sains (Matematik) dengan Pendidikan

📍Fakulti : Fakulti Sains dan Matematik

📑Penulisan (Naratif)
Setiap individu pernah melalui zaman remaja yang penuh dengan rasa ingin tahu dan ingin mencuba perkara baharu tanpa berfikir terlebih dahulu apakah kesannya terhadap diri sendiri dan perkara ini juga berlaku kepada diri saya. Ketika saya berumur 13 tahun, saya telah menjejakkan kaki ke sekolah menengah iaitu di Sekolah Menenegah Kebangsaan Seri Raub. Pelbagai kisah dan pengalaman berlaku sepanjang tempoh saya berada di dalam fasa kehidupan sebagai seorang remaja.

Jadi saya ingin menceritakan mengenai pengalaman diri saya dalam melalui konflik tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga seorang pelajar. Saya merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik dan saya keluarga saya bukanlah keluarga yang berada. Kedua ibu bapa saya sering sibuk bekerja dari pagi hingga ke petang dengan tujuan mencari nafkah untuk menampung kami sekeluarga. Maka sebagai anak sulung, saya perlu menggalas tanggungjawab menguruskan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, menyapu sampah, menyidai pakaian termasuklah menguruskan adik-adik saya. Saya sering berasa, kenapa saya tidak dapat hidup seperti rakan-rakan saya yang lain? Mereka bebas dalam melakukan perkara yang mereka mahukan seperti bermain, keluar berjalan-jalan dan sebagainya.

Tambahan lagi, jika berlaku apa-apa kepada adik-adik saya sudah tentu saya yang akan dipersalahkan kerana tidak dapat mengawasi mereka dengan baik. Pada masa tersebut saya sering berasa tertekan dan tidak dapat fokus terhadap pembelajaran saya. Perkara ini secara tidak langsung telah mengganggu tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Hal ini demikian kerana setelah saya selesai melakukan kerja-kerja rumah badan saya sudah keletihan serta masa juga tidak mencukupi untuk saya membuat ulang kaji pembelajaran di rumah. Sewaktu saya di sekolah, saya cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kerana risau tidak dapat menyiapkan tugasan di rumah.

Namun begitu, hari demi hari berlalu telah membuat diri saya sedar bahawa menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak sulung ini merupakan salah satu bentuk bantuan yang saya dapat berikan bagi meringankan beban kedua ibu bapa saya yang telah penat bekerja seharian. Saya sangat bersyukur kerana saya dapat membantu ibu bapa saya dalam menguruskan kerja-kerja rumah di samping dapat melatih diri saya untuk lebih bertanggungjawab lagi walaupun saya sering berasa penat, tertekan dan tidak dapat mengecapi kebebasan seperti rakan-rakan yang lain.

Konflik tanggungjawab ini berulang kali saya alami mungkin hal ini berlaku kerana saya masih berada dalam fasa remaja. Walaubagaimanapun, saya sering dapat mengatasi konflik ini setiap kali mengenangkan usaha ibu bapa saya yang berpenat lelah bekerja lantas membakar semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai kejayaan dalam hidup. Seterusnya, bertitik tolak daripada itu lama-kelamaan saya dapat mengimbangkan antara tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang pelajar.

Konklusinya, saya telah belajar dan mengetahui bahawa tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini adalah merupakan suatu usaha ibu bapa saya dalam membentuk nilai tanggungjawab dalam diri saya sejak kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perkara ini dapat membantu saya menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan berjaya pada masa hadapan.

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan nikmat yang telah saya kecapi dan saya berdoa agar kehidupan saya dan orang di sekeliling saya dipermudahkan dan diberkati oleh Allah S.W.T.

📜iKurnia Autisme
iKurnia Autisme

📰Rujukan Jurnal
🌲Judul Jurnal: Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal

🌲Nama Penulis: Norehan Nasir & Mahaliza Mansor

🌲Tahun Terbitan: 2021

🌲Rujukan: Norehan Nasir, & Mahaliza Mansor. (2021). Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 416-421. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.854

📣Ulasan Ilmiah

✍️Penulisan Refleksi Kursus KPP3014
1) Sepanjang mengikuti kursus KPP3014, apakah kandungan pembelajaran yang paling menarik minat anda? Kenapa?

Kandungan pembelajaran yang paling menarik minat saya adalah mengenai topik Gaya Pembelajaran Pelajar Remaja. Hal ini kerana topik ini sangat menekankan pelbagai gaya pembelajaran di dalam kelas. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan kecenderungan yang berbeza, maka sebagai seorang guru sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenal pasti gaya pembelajaran mereka lantas cuba untuk mengimbangi setiap gaya tersebut sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Impak positif daripada perkara ini dapat membantu para pelajar lebih fokus sewaktu sesi pembelajararan di dalam kelas di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan efektif. Selain itu, topik ini juga mengajar dan mendedahkan diri saya kepada perbezaan teknik memproses maklumat, teknik mengingat dan faktor yang menyebabkan pelajar sering lupa. Hal ini juga memberi persediaan kepada saya untuk mengetahui pelbagai teknik yang efektif bagi memudahkan para pelajar untuk memproses isi kandungan pembelajaran dan tidak mudah lupa perkara-perkara yang telah disampaikan sewaktu sesi pembelajaran. Tamsilnya, pelajar lebih mudah untuk mamahami sesuatu topik pembelajaran jika guru mengambil inisiatif mengadakan sesi pengajaran melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang menarik. Akhir sekali, sebagai seorang pelajar dalam bidang pendidikan sudah semestinya topik ini sangat membantu saya dalam menambah pelbagai ilmu pengetahuan baharu bagi membantu saya ketika sudah bergelar seorang guru suatu hari nanti.

2) Apakah yang anda ingin ketahui dengan lebih lanjut berkenaan kandungan dalam kursus ini? Adakah terdapat sebarang cadangan untuk penambahbaikan?

Perkara yang saya ingin ketahui dengan lebih lanjut adalah mengenai kaedah dan metodologi yang efektif bagi mengenal pasti personaliti pelajar-pelajar bagi memudahkan saya untuk memahami keperluan dan kehendak diri mereka di samping dapat menarik minat mereka untuk lebih bersemangat sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut perspektif saya, bakal guru seharusnya perlu mempunyai pelbagai pengetahuan dan kemahiran sebagai warga pendidik bagi memastikan bakal-bakal guru bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan sewaktu bergelar seorang guru suatu hari nanti. Sebagai contoh, bakal guru perlu mempunyai kemahiran untuk mengenal personaliti diri setiap pelajar dengan baik bagi memudahkan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di samping memastikan setiap pelajar sentiasa bersemangat untuk belajar lantas dapat mencapai objektif yang diinginkan.

Pada pandangan saya, tiada sebarang penambahbaikan, Hal ini kerana kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh Dr. Mohd Muslim bin Md Zalli sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik. Tambahan pula, input-input yang disampaikan juga sangat menarik dan mampu merangsang fikiran kami sebagai bakal guru. Seterusnya, contoh-contoh yang diberikan juga sangat baik dan dapat memberi kami gambaran situasi yang berkait dengan kehidupan seharian. Akhir sekali, saya ingin memberi sekalung penghargaan dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Mohd Muslim bin Md Zalli kerana telah berusaha sedaya upaya mengajar dan memberikan ilmu kepada saya dan rakan-rakan lain sepanjang semester ini. Semoga semua usaha dan kebaikan ini memberi manfaat dan berbalik kembali kepada Dr. Mohd Muslim bin Md Zalli.