Jelaskan panduan untuk menghasilkan papan cerita bagi sesebuah persembahan multimedia. by melati

Membuat Perancangan
H - Perancangan merupakan proses menentukan objektif yang hendak dicapai dan tindakan yang bakal diambil dalam menghasilkan papan cerita bagi sebuah persembahan multimedia. Perancangan ini perlu dijalankan bagi memastikan proses persembahan multimedia dapat dijalankan mengikut susunan dan aturan yang teratur.

C- Contohnya, dalam mempersembahkan cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu, pengkarya perlu membuat perancangan dengan menghasilkan rangka cerita bagi menentukan teks, grafik, animasi dan audiovisual yang akan diterapkan dalam penghasilan papan cerita bagi  persembahan multimedia.Kesannya, penghasilan papan cerita bagi persembahan multimedia dapat dijalankan dengan tersusun.

KK - Oleh itu, jelaslah dengan perancangan ini dapat menjadikan karya persembahan multimedia lebih menarik terhadap audiens

Mengadakan perbincangan berdasarkan perkara yang dirancang
H.Apa : Perbincangan perihal papan cerita yang ingin dilaksanakan perlu dilakukan oleh penghasil untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, dan keupayaan elemen multimedia yang digunakan dalam penghasilan sebuah multimedia.

H.Kepentingan : Perbincangan ini adalah penting bagi memastikan elemen multimedia yang digunakan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat hingga mewujudkan sebarang salah faham.

H.Contoh : Contohnya, sesebuah kumpulan yang menghasilkan papan cerita hendaklah berbincang terlebih dahulu tentang elemen multimedia yang digunakan seperti dalam menghasilkan papan cerita bagi sajak Pahlawan ialah Dia, grafik yang dipilih dan dilakarkan hendaklqh tidak menyentuh sensitiviti masyarakat, iaitu grafik peristiwa 13 Mei tidak patut diletakkan untuk mengelakkan salah faham antara audiens. Kesannya, perbincangan ini dapat memastikan sebarang permasalahan tidak timbul semasa penghasilan papan cerita.

H.Kesimpulan : Jelaslah bahawa, perbincangan berdasarkan perkara yang dirancang perlu dilakukan untuk mewujudkan kata sepakat bagi menghasilkan papan cerita yang terbaik.

Penilaian Semula
H -Setiap papan cerita yang telah dibuat perlulah dinilai semula agar pembetulan kesalahan dalam papan cerita mampu dimurnikan semula Dan audien dapat mengamati mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Penilaian ini juga membolehkan  penggunaan paparan prinsip asas dari segi teks,grafik,animasi Dan audio visual bersesuaian Dan tidak bertentangan  dengan tajuk yang dipilih.

C- Contohnya semasa penghasilan papan cerita bertajuk mitos secekak tisu berlakunya kesalahan dalam penggunaan audio yang tidak bersesuaian dengan plot cerita, berkaitan dengan mengapa kertas tisu itu jatuh. Kesalahan ini dapat dibuktikan dengan penggunaan audio yang sedih Dan tidak berkaitan dengan peristiwa.

K- kesannya tidak berlakunya percanggahan maklumat sewaktu menghasilkan multimedia.

melaksanakan apa yang dirancang
H- dalam penghasilan sesuatu karya multimedia , perkara ii yg dibincangkan perlu dilaksanakan mengikut prosedur yg telah dibincangkan dengan mengambil kira penerapan elemen ii multimedia yg sesuai. ini bagi memastikan penghasilan papan cerita sesebuah multimedia dpt dilaksanakan dengan teratur.

C- Contohnya , arahan perkenaan penggunaan media perlulah jelas supaya pakar media tahu jenis media yang perlu disediakan berdasarkan skrin papan cerita yang tertentu. Kesannya, penghasilan papan cerita selari dengan apa yang telah dirancang.

Kes - Dengan ini jelaslah bahawa pelaksanaan apa yang telah dirancang dpt memastikan penghasilan papan cerita berjalan dengan lancar.