My delightful padlet by NURATIQAHIZZATI BINTI MOHD KHALID KPM-Guru

GEOGRAFI TINGKATAN 2 UKM Soalan Esei
Jelaskan kesan kemajuan pengangkutan di Asia terhadap masyarakat. (4 markah)

Berikan pendapat anda, apakah pengangkutan yang sesuai bagi menghubungkan negara-negara Asia pada masa hadapan? Berikan ulasan anda. (6 markah)

Kesan Kemajuan Pengangkutan di Asia Terhadap Masyarakat.
Antara kesan kemajuan pengangkutan di Asia terhadap masyarakat adalah disebabkan bentuk muka bumi, seperti di kawasan tanah yang tinggi kerana pembinaan jaringan pengangkutan adalah sukar dan memakan kos yang tinggi. Selain itu, kegiatan ekonomi juga menjadi salah satu kesan kepada kemajuan pengangkutan asia kerana jaringan pengangkutan di kawasan pertanian untuk memudahkan penghantaran dan pemasaran hasil pertanian. Disamping itu, dasar kerajaan juga menjadi kesan kerana salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan untuk menambah baik pengangkutan awam bandar untuk memudahkan masyarakat di seluruh Asia. Akhir sekali, kemajuan teknologi. Pembinaan terowong SMART yang boleh berfungsi sebagai saliran air dan laluan kenderaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya.

Jawapan soalan satu
Kesan Kemajuan Pengangkutan di Asia Terhadap Masyarakat Salah Kemudahan Pergerakan Dengan kemajuan pengangkutan seperti kereta api laju dan jalan raya yang lebih baik, pergerakan antara bandar dan luar bandar menjadi lebih mudah. Ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pendidikan, pekerjaan, dan perkhidmatan kesihatan dengan lebih cepat dan efisien. Selain itu,Kesan Kemajuan Pengangkutan di Asia Terhadap Masyarakat ialah

Pertumbuhan Ekonomi Pembangunan pengangkutan yang lebih baik memudahkan perdagangan dan mengurangkan kos pengangkutan, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi. Negara seperti China dan India mendapat manfaat besar dari segi eksport dan industri, yang turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.Seterusnya,Kesan Kemajuan Pengangkutan di Asia Terhadap Masyarakat Salah peningkatan Hubungan Sosial dan Budaya

Kemajuan dalam pengangkutan juga memudahkan pertukaran budaya dan idea. Dengan adanya perjalanan yang lebih mudah, orang ramai dapat berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi pengalaman, dan mempelajari budaya yang berbeza, sekali gus memperkaya kehidupan sosial.Akhir sekali ialah Kesan Alam Sekitar

Namun, kemajuan pengangkutan juga membawa cabaran seperti pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas. Peningkatan jumlah kenderaan dan penerbangan memberi kesan buruk kepada alam sekitar, yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan kualiti hidup di kaw

asan bandar.

Jawapan soalan dua
Pengangkutan yang sesuai untuk menghubungkan negara-negara Asia pada masa hadapan ialah pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) adalah pilihan utama. Sistem kereta api berkelajuan tinggi telah terbukti berkesan di negara-negara seperti China dan Jepun. Pada masa hadapan, rangkaian HSR yang menghubungkan negara-negara utama di Asia, seperti China, Jepun, Korea Selatan, dan negara-negara ASEAN, dapat mengurangkan masa perjalanan antara bandar-bandar besar. Pengangkutan kereta api ini juga lebih mesra alam berbanding pengangkutan jalan raya dan udara, kerana ia mengurangkan pelepasan karbon serta mengurangkan kesesakan lalu lintas. Selain itu,pengangkutan udara dengan pesawat elektrik dan pesawat berkapasiti rendah mungkin menjadi alternatif di masa hadapan. Teknologi pesawat elektrik semakin berkembang dan dapat digunakan untuk penerbangan domestik atau penerbangan antara negara yang lebih pendek. Dengan kemajuan dalam teknologi bateri, pesawat elektrik dapat menjadi lebih ekonomik dan mesra alam berbanding pesawat konvensional. Pesawat jenis ini boleh membantu mengurangkan kos perjalanan dan memberi lebih banyak pilihan bagi negara-negara yang memerlukan sambungan udara antara bandar-bandar kecil atau terpencil.Seterusnya,penggunaan kapal laut dan pengangkutan maritim akan terus menjadi salah satu cara utama bagi menghubungkan negara-negara di Asia. Dengan Asia yang dikelilingi oleh lautan dan banyak negara yang memiliki pelabuhan utama, sistem pengangkutan laut yang efisien sangat penting. Penggunaan kapal kontena moden yang lebih mesra alam, seperti kapal yang menggunakan tenaga angin atau tenaga solar, juga boleh mengurangkan impak pencemaran daripada pengangkutan maritim tradisional. Selain itu, kapal-kapal penumpang yang besar dan efisien juga dapat digunakan untuk memudahkan perjalanan antara negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Selain itu,pengangkutan melalui jalan raya masih akan memainkan peranan penting, terutamanya di negara-negara yang tidak memiliki infrastruktur pengangkutan awam yang kuat. Walau bagaimanapun, pada masa hadapan, penekanan lebih akan diberikan kepada kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan autonomi yang lebih selamat dan efisien. Dengan adanya jaringan lebuh raya antarabangsa yang lebih baik dan sistem pengurusan trafik pintar, pengangkutan darat dapat menjadi lebih lancar dan mesra alam, mengurangkan kesesakan serta pencemaran udara.Selain itu,sistem pengangkutan awam yang lebih terhubung dan bersepadu di bandar-bandar besar di Asia boleh meningkatkan kecekapan perjalanan dalam negara. Sebagai contoh, pengangkutan metro, bas elektrik, dan sistem kereta api bandar yang lebih moden dan mesra alam dapat mengurangkan ketergantungan pada kenderaan peribadi. Dalam konteks negara-negara dengan jumlah penduduk yang besar seperti India dan China, pembangunan sistem pengangkutan awam yang cekap dan bersepadu akan menyumbang kepada pengurangan kesesakan bandar serta meningkatkan kualiti hidup penduduk.Akhir sekali, pembangunan infrastruktur pengangkutan pintar, yang melibatkan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT), boleh meningkatkan sistem pengangkutan di Asia. Dengan menggunakan teknologi untuk meramalkan aliran trafik, menguruskan jadual pengangkutan secara lebih efisien, dan meningkatkan keselamatan perjalanan, rangkaian pengangkutan antarabangsa dapat menjadi lebih cekap dan selamat. Sistem pembayaran tanpa tunai yang lebih meluas dan pengesanan kenderaan secara digital juga dapat mempercepatkan perjalanan serta mengurangkan kesulitan logistik antara negara.

Kesan Kemajuan Pengangkutan di Asia terhadap masyarakat
Antara kesan kemajuan Pengangkutan di Asia terhadap masyarakat ialah meningkatkan aksesbiliti kerana memudahkan pergerakan orang dan barang antara bandar dan negara.Selain Itu , pertubuhan ekonomi juga antara kesannya kerana Infrastruktur pengangkutan yang maju membolehkan pengembangan perdagangan dan peleburan yang seterusnya meningkatkan ekonomi serantau. Di samping itu , perubahan sosial juga dapat memberi peluang kepada individu untuk berpindah ke tempat  kerja yang lebih baik. Akhir sekali , kesannya dapat peningkatan kualiti hidup kerana menjimatkan masa dan tenaga serta meningkatkan keselamatan dan kemudahan.

Kesan kemajuan pengangkutan di Asia terhadap masyarakat .
Antara kesan kemajuan pengangkutan di Asia terhadap masyarakat adalah memendekkan masa perjalanan dan mengurangkan penggunaan minyak secara berlebihan .selain itu ,kegiantan ekonomi juga menjadi salah satu kesan kemajuan pengangkutan di Asia kerana jaringan pengangkutan dibina di kawasan yang terdapat sumber mineral seperti Kerteh dan Bintulu untuk memudahkan kerja penghantaran bahan,pemprosesan dan pemasaran sumber petroleum ke tempat lain.Di samping itu ,dasar kerajaan menjadi kesan disebabkan Suruhanjaya pengangkutan awam darat (SPAD)bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam darat .Akhir sekali ,kemajuan teknologi iaitu pembinaan lebuh raya Timur-Barat yang merentasi tanah tinggi dan sungai .

jelaskan kesan kemajuan pengangkutan di asia terhadap masyarakat
kesan kemajuan pengangkutan di asia terhadap masyarakat adalah untuk memandekkan masa perjalanan.Selain itu,kesan pengangkutan di asia boleh meningkatkan darjah ketersampaian.Di samping itu,mewujudkan peluang perkerjaan.Akhir sekali,meningkatkan taraf hidup.

Jawapan Esei
Soalan 1:

Kesan kemajuan pengangkutan di Asia terhadap masyarakat ialah dapat memudahkan masyarakat membawa barangan dan penumpang kemana sahaja tetapi ia perlu mempunyai kos yang banyak. Selain itu, pengurusan perdagangan import dan eksport dapat dijalankan dengan cepat tanpa sebarang kesusahan pengangkutan dan kesesakan penghantaran.

Seterusnya, masyarakat mudah untuk pergi ke tempat pelancongan kerana tidak menghabiskan masa dan tenaga. Akhir sekali, masyarakat mudah untuk pergi ke tempat pekerjaan dengan menaiki pengangkutan awam yang maju kerana mudah tiada kesesakan jalan raya.

Soalan 2:

Pada pendapat saya , pengangkutan yang sesuai bagi menghubungkan negara-negara Asia pada masa hadapan ialah pengangkutan udara iaitu kapal terbang. Ini kerana pengangkutan udara dapat membawa barangan dan penumpang yang banyak. Selain itu, pengangkutan udara dapat membawa penumpang dengan jalan yang jauh iaitu luar negara.

Disamping itu, pengangkutan udara juga boleh membuat pengurusan perdagangan import dan eksport dari negara ke negara tanpa sebarang kesusahan penghantaran. Seterusnya, pengangkutan udara juga tidak membuang masa dan tenaga untuk membuat sesuatu pekerjaan, pelancongan dan sebagainya. Akhir sekali, pengangkutan udara juga mempunyai kos yang sangat banyak walaupun begitu pengangkutan udara ialah salah satu pengangkutan yang sesuai bagi menghubungkan negara-negara Asia pada masa hadapan.

Rujukan jawapan Soalan 1
Pelajar boleh rujuk kesan terhadap masyarakat di sini..