ATHIRAH LIYANA BINTI NORAZLAN (22005101) by

PENGENALAN DIRI
NAMA:ATHIRAH LIYANA BINTI NORAZLAN

NO MATRIK: 22005101

KURSUS: FIQH MUAMALAT (IIP 2002)

JABATAN: SYARIAH DAN EKONOMI

POSITIVE VIBES QUOTES
Train your mind to see the good in every situation.

KONSEP HARTA DAN PEMILIKAN (WEEK 5)
KONSEP HARTA

Dari segi bahasa,harta didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dimiliki dan dikuasai sama ada dalam benda atatu manfaat.

Majoriti ulama berpendapat bahawa harta ialah sesuatu yang mempunyai nilai yang mana sekiranya dirosakkan maka orang yang merosakkan itu perlulah membayar ganti rugi.Semua benda yang mempunyai nilai dan harga dikira sebagai harta.

KONSEP PEMILIKAN

Dari segi bahasa pemilikan didefinisikan sebagai pemilikan harta oleh seseorang manusia atau individu dan berkuasa sepenuhnya ke atas harta tersebut.Orang lain tidak boleh campur tangan atas harta itu kecuali atas kebenaran pemilik harta itu sendiri dan halangan syara'.

Menurut jumhur,milik dan harta saling berkaitan.

Abu Hanifah pula menyatakan  milik lebih umum daripada harta dimana manfaat dan hak merupakan milik dan bukannya harta kerana kedua-duanya tidak dapat dilihat.

Pemilikan mempunyai hubungkait antara manusia dan harta dimana dari segi syara'  seseorang individu itu mempunyai hak dan boleh mentadbir harta tersebut mengikut kehendak dan keperluannya.

Bagi Pemilikan,terdapat dua jenis:

PEMILIKAN SEMPURNA (TAM): Boleh dimanfaatkan,diuruskan dan diberi tanpa me gira masa dan tempat.

- Pemilikan harta bebas berjual beli ,menyewakan,meminjamkan atau memusnahkan harta tersebut

-Pemilikan sah boleh diperoleh daripada kontrak,pusaka mahupun sedekah.

PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA (NAQIS): Pemilikan terikat pada tempoh masa dan tempat.

-Pemilikan harta hanya memperoleh salah satu sama ada benda atau manfaatnya.

-Kebiasaannya berlaku dalam bentuk sewaan pinjaman,wasiat dan wakaf.

-Jika tempoh dan tempat telah tamat,maka harta tu perlu dikembalikan semula kepada tuannya yang sah.

خريطة ذهنية

Quotes
No matter how challenging things get,Allah will give his servant only a beautiful ending when you put your trust only to Allah.

AHLIYYAH (WEEK 8)
Dari segi bahasa: kelayakan atau keahlian.

Dari segi istilah: kelayakan seseorang untuk menerima segala hak yang disyariatkan kepada ke atasnya.

*Ahliyyah terbahagi kepada dua iaitu Ahliyyah Wujub dan Ahliyyah Ada'

》Ahliyyah wujub:

kelayakan seseorang bagi kemestian atau keahlian individu bagi mensabitkan hak-hak baginya seperti hak nilai.

Asasnya ialah kehidupan  atau diisytiharkan fuqaha' dengan zimmah iaitu tanggungan yang dikenakan kerana wujud atau hidupnya mereka.

Semua peringkat manusia termasuk janin dan sebagainya mempunyai kelayakan ini selagi mereka hidup kerana yang diambil kira adalah kehidupan dan bukanlah akal.

Unsur yang diambil kira adalah unsur fizikal,bukan unsur mental.

Ahliyyah wujub terbahagi kepada dua iaitu Ahliyyah Wujub Kamilah dan Ahliyyah Wujub Naqisah.

Ahliyyah Wujub Kamilah: kelayakan individu bagi mensabitkan hak hak menerima yang sempurna.

Ahliyyah Wujub Naqisah: kelayakan individu mensabitkan hak hak baginya sahaja iaitumestilah pasti (menerima hak tidak sempurna.)

~ Bagi permasalahan harta,ia hanya akan berlaku  pada hak hak yang tidak memerlukan qabul seperti warisan dan wasiat.

~ Tidak sabit dengan hak yang memerlukan qabul  seperti jual beli dan hibah.

Hanya janin sahaja yang mempunyai kelayakan ini kerana hak tersebut sabit semasa dia dikandung akan tetapi penerimaannya tergantung sehingga dia dilahirkan hidup dan kemudian baru diserahkan kerana naqisnya keahliannya ada dua perkara iaitu:

Janin itu dapat dari tempoh juzu' ibunya.

Tempoh janin membentuk manusia sedikit sahaja dari perut ibunya dan menjadi bentuk sebelum terpisah  dari perut ibunya dan sempurna kejadiannya.

Oleh itu,dia dikira sabit dan tidak memerlukan penerimaan empat jenis daripada hak hak keperluan(daruriy)manfaat iaitu:

1) Nisbah daripada ibu bapanya

2) Perwarisan daripada waris terdekat.

3) Hak hak wasiat oleh penasihat baginya

4) Hak-hak khas daripada wakaf nya.

》Ahliyyah ada': kelayakan melaksanakan atau menunaikan pengurusan Syariah dari segi pemberian hukum hakam.

Kelayakan seseorang melaksanakan perbuatan atau perkataan darinya atas bentuk, yang ditetapkan oleh syara'(layak dapat hak dan kewajipan)

Kanak-kanak yang bukan mumayyiz yang tidak capai umur 7 tahun tidak menjadi ahliyyah ada' kerana akalnya masih mentah.

Tidak sah berjual beli dengannya dan segala perbelanjaannya juga batal.

Ahliyyah ada' terbahagi kepada dua:

Ahliyyah Ada' Naqisah: kelayakan melaksanakan yang tidak sempurna (melaksanakan suatu tindakan yang diberi tetapi tidak semuanya boleh dilakukan secara bersendirian dan perlu bergantung dengan pihak lain iaitu wali)

-mensabitkan individu pada peringkat mumayyiz selepas cukup 7 tahun.

-Mempunyai kelayakan untuk menerima yang sempurna tetapi kelayakan melaksanakan tidak sempurna.

Ahliyyah Ada' Kamilah: kelayakan melaksanakan yang sempurna ( kelayakan melakukan suatu tindakan bebas mengikut kehendaknya serta mempunyai kewarasan mental tetapi risiko ditanggung oleh dirinya sendiri.

-Kelayakan diberi pada peringkat baligh dan rushd.

-Kelayakan seseorang berbelanja atas bentuk berkaitan syara' tanpa berhenti pada pandangan lain.

خريطة ذهنية الشفعة

REFLEKSI PEMBELAJARAN
Saya dapati kaedah yang digunakan ketika mempelajari subjek ini adalah sangat baik dan bagus untuk semua pelajar. Kuliah dilaksanakan sebanyak sekali seminggu selama dua jam.

Selain itu, pelajar juga boleh memilih kelas tutorial mengikut pilihan waktu yang telah ditetapkan. Jadi pelajar boleh memilih kelas tutorial yang mereka mahu tanpa perlu risaukan tentang waktu kerana diberi pelbagai pilihan. Kelas tutorial juga untuk pelajar membentangkan tentang tajuk-tajuk yang diberikan oleh pensyarah. Kelas tutorial juga sangat penting kerana ia menambahkan lagi pemahaman tentang subjek yang dipelajari ini.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI:
KEKUATAN:

1)Suka buat nota dan study sendiri.

2) Sering buat kerja dan siapkan di awal waktu.

KELEMAHAN

1) Selalu memikirkan perspektif orang terhadap diri.

2) suka main main

PERKARA YANG PERLU DIPERBAIKI:

1) Cuba paksa diri untuk keluar dari zon selesa dan teruskan berlatih menjadi seorang yang lebih baik dalam berkomunikasi.

2) Perlu ubah cara belajar yang lebih berkesan

GHALAT,GHUBN,TAGHRIR,IKRAH
GHALAT

Ghalat pada subjek akad adalah anggapan yang salah terhadap sesuatu barang sama ada pada sifatnya atau jenis barang.Ghalat dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu ghalat zahiri dan ghalat batini.

GHALAT ZAHIRI: ghalat yang tidak dijelmakan dalam akad.

GHALAT BATINI: anggapan yang salah dalam fikiran yang mana tidak disebut dalam kontrak.

GHUBN

Ghubn terbahagi kepada yasir dan fahish.

GHUBN YASIR: Tidak memberi kesan kepada kontrak sekiranya terdapat sedikit sahaja unsur ghubn.

GHUBN FAHISH: Rugi yang ketara.

Terdapat dua pandangan fuqaha' iaitu

1)Ghubn fahish akan memberi kesan kepada kontrak sama ada terbatal,tidak sah atau boleh difasakhkan sesuatu kontrak itu.

Sebagai contoh:Sekiranya penjual terpedaya dengan pembeli,mereka berhak memfasakhkan kontrak tersebut

2) Ghubn fahish tidak memberi kesan kepada kontrak dan kontrak tidak boleh dibatalkan.Mereka berpendapat jika dibenarkan akan merumitkan pasaran.Oleh itu,pembeli harus berhati-hati dan bijak berbelanja .

Negara Malaysia berpegang kepada pandangan kedua.

TAGHRIR( PENIPUAN)

Penggunaan tipu helah menyebabkan pihak berkontrak berfikir bertentangan dengan hakikat sesuatu.

Contohnya seperti:Bai' najaj iaitu persepakatan antara penjual dengan pihak ketiga yang bertujuan untuk menipu pembeli.

Dalam konteks ini,taghrir ini adalah taghrir qauli.

Taghrir memberi kesan kepada kontrak.Sekiranya dalam sebuah kontrak terdapat penipuan yang menyebabkan seseorang ingin meneruskan kontraknya,maka orang yang ditipu berhak untuk memfasakhkan.

IKRAH (PAKSAAN)

Paksaan adalah kontrak yang menyebabkan orang lain melakukannya tanpa persetujuan atau redha.

Antara syarat paksaan yang diambil kira sebagai uyub ar-rida' ialah:

1) Orang yang dipaksa mampu melakukan perkara yang diugut.

2) Orang yang dipaksa takut dengan ugutan.

3) Paksaan memberi mudarat ke atas nyawa,anggota dan harta.

Paksaan dapat dikategorikan kepada dua iaitu mulji' (serius) dan ghair mulji' (tidak serius).Menurut imam hanafi,jika sesebuah kontrak itu terdapat unsur paksaan,kontrak dianggap fasid.Menurut jumhur pula,paksaan memberi kesan kepada kontrak dan paksaan boleh dibuktikan di mahkamah.

ZAHIRI

REFLEKSI PEMBELAJARAN DENGAN E=PORTFOLIO
Pada semester kali ini,saya telah didedahkan dengan pembelajaran dengan menggunakan e-portfolio sebagai satu platform tugasan.Ini kali pertama saya menggunakan padlet dalam pembelajaran saya dan saya dapati kaedah padlet ini sangat menarik kerana dalam masa saya melengkapkan tugasan,saya juga boleh ulangkaji semula topik yang telah dipelajari.Dalam pada itu,pengumpulan tugasan dalam satu platform merupakan satu kaedah yang sistematik dan membantu pelajar melengkapkan tugasan dengan lebih mudah hanya menggunakan satu platform sahaja.