(IIP2002 - FIQH MUAMALAT) AHMAD SUFI ALAUDDIN SYAFIQ BIN HASMI RAZIANAM (23004474) by AHMAD SUFI ALAUDDIN SYAFIQ HASMI RAZIANAM

MINGGU 5
ما هي اكتشافات مهمة حول المال؟

هناك العديد من الاكتشافات المهمة حول المال التي تغيرت عبر الزمن. إليك بعض الأمثلة:

1. العملة الورقية ابتكرت الصين العملة الورقية في القرن الثاني عشر، مما سهل التجارة والاقتصاد بشكل كبير.

2. البنك المصرفي بدأ البنوك في إيطاليا في القرن الثالث عشر، مما ساهم في تطوير الاقتصاد الحديث.

3. المدن الحرة تم تبني مفهوم المدن الحرة في القرن العشرين، مما ساهم في تحسين البنية التحتية والخدمات في العديد من الدول.

4. التكنولوجيا المالية تطورت التكنولوجيا المالية في القرن الواحد والعشرين، مما ساهم في تسهيل العمليات المالية والتجارة الإلكترونية.

AHMAD SUFI ALAUDDIN SAYFIQ BIN HASMI RAZIANAM
Nama: Ahmad Sufi Alauddin Syafiq

Bin Hasmi Razianam

No. Matriks: 23004474

Kursus yang diambil: IIP 2002

FIQH MUAMALAT

Jabatan Pengajian: Siasah

Syar'iyyah

Tahun Pengajian: Tahun 2

My Learning Style

Auditory: 5%

Tactile: 30%

Visual: 65%

Impian:

Impian saya adalah untuk berbakti kepada ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat. Walau dimana jua berada jangan lupa akan orang yang sentiasa menjadi tulang belakang kita dan perlu ingat akan jasa mereka kerana saya yakin tanpa mereka maka tidak akan adanya saya di mana saya berada sekarang.

Kata-kata motivasi:

GAGAL SEKALI BUKAN GAGAL SELAMANYA. Kejayaan yang sebenar ialah bagaimana kita bangkit dari kegagalan. Hal ini kerana, saya pernah berada di fasa kegagalan yang mana semua rakan-rakan saya berjaya menyambung pelajaran ke asasi, matriks dan diploma dengan menggunakan result SPM mereka. Namun saya, tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke aliran tersebut, tetapi saya menggunakan laluan yang terakhir yang mana laluan ini majoriti dari kalangan mereka yang tidak mampu sambung pelajaran seperti saya iaitu laluan STPM. So, disini saya mula sedar dan bangkit untuk menjadi yang lebih baik.

Berkat doa ibu bapa dan rakan- rakan saya mampu berada di mana saya berada sekarang iaitu menyambung pelajaran Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Malaya.

REFLEKSI PEMBELAJARAN 2 - MINGGU 8
REFLEKSI PEMBELAJARAN 2- MINGGU 8 Bincangkan bagaimana perbincangan ahliyah memberi nilai tambah kepada kefahaman kamu terhadap syarat-syarat pihak yang berkontrak. Perbincangan ahliyah, atau kelayakan undang-undang seseorang untuk menjadi pihak yang berkontrak, memberikan nilai tambah yang signifikan terhadap kefahaman tentang syarat-syarat pihak yang berkontrak. Berikut adalah beberapa cara bagaimana perbincangan ini memperkaya kefahaman kita:

1. Kelayakan Umur

Perbincangan ahliyah menekankan tentang kelayakan umur bagi memastikan bahawa pihak yang berkontrak harus mencapai umur baligh atau umur yang ditetapkan oleh syarak untuk memastikan mereka mempunyai kematangan mental yang cukup untuk memahami dan membuat keputusan yang berkaitan dengan kontrak yang mereka ingin lakukan. Ini sangat membantu memastikan bahawa pihak yang berkontrak memahami sepenuhnya tanggungjawab dan implikasi kontrak tersebut supaya tidak berlaku hal-hal yang menentang kehendak syarak. Oleh itu, kelayakan umur merupakan salah satu cara bagaimana ingin memberi nilai tambah kefahaman kepada pihak yang terlibat dalam kontrak.

2. Keadaan Mental

Bagaimana perbincangan ahliyah memberi nilai tambah kepada kefahaman terhadap syarat-syarat pihak yang berkontrak ialah merangkumi keupayaan mental seseorang. Sebagai contoh, kontrak yang dibuat oleh individu yang kurang upaya mental atau mental mereka tidak berada dalam keadaan waras yang sebenar atau waras yang diakui syarak mungkin dianggap tidak sah oleh syarak.

Perbincangan ini memastikan bahawa hanya individu yang mampu membuat keputusan yang rasional dan bermaklumat sahaja yang boleh melakukan kontrak agar kontrak yang dibuat itu benar dan diakui syarak agar tidak timbul permasalahan pada masa akan datang.

3. Status Undang-Undang Bagaimana perbincangan ahliyah memberi nilai tambah kepada kefahaman terhadap syarat-syarat pihak yang berkontrak ialah kedudukan undang-undang seseorang yang mana kedudukan atau status undang-undang ini juga dibincangkan dalam konteks ahliyah. Sebagai contoh, individu yang berada dalam keadaan bankrup atau muflis atau di bawah umur mungkin tidak mempunyai hak yang sama untuk berkontrak seperti individu lain yang memenuhi syarat ahliyah untuk berkontrak. Ini memastikan bahawa kontrak hanya melibatkan pihak yang sah dari segi undang- undang.

4. Bebas dari Paksaan Bagaimana perbincangan ahliyah memberi nilai tambah kepada kefahaman terhadap syarat-syarat pihak yang berkontrak ialah melibatkan aspek kebebasan dari paksaan atau tekanan. Ini bermakna bahawa pihak yang melakukan kontrak harus bebas membuat keputusan tanpa sebarang bentuk paksaan atau tekanan yang boleh mempengaruhi kehendak sebenar mereka. Sekiranya kontrak yang dilakukan dengan adanya unsur paksaan ini ia tidsk dikira atau dikira tidak sah disisi syarak.

Perkara ini memainkan peranan yang penting untuk memastikan kesahihan dan keadilan kontrak yang dilakukan.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, perbincangan bagaimana perbincangan ahliyah memberi nilai tambah kepada kefahamanterhadap syarat-syarat

pihak yang berkontrak adalah

sangat penting bagi ahliyah

Secara keseluruhannya, perbincangan bagaimana perbincangan ahliyah memberi nilai tambah kepada kefahaman memberikan pemahaman yang mendalam tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pihak yang berkontrak. Ianya sangat membantu memastikan bahawa kontrak yang dibuat adalah sah, adil, dan mengikut undang- undang. Dengan memahami konsep-konsep ini, kita dapat memastikan bahawa proses berkontrak berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang keraguan tentang kesahihan pihak-pihak yang terlibat.

TUGASAN 2 : JENIS DAN SEBAB PEMILIKAN MINGGU 6

TUGASAN 4: PERBINCANGAN SYUF'AH MINGGU 9

PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN E-PORTFOLIO
Pengalaman pembelajaran menggunakan e-portfolio sangat memberi kesan yang begitu baik dan manfaat yang berharga kepada diri saya sebagai seorang pelajar universiti. Berikut adalah beberapa aspek penting yang saya perolehi sepanjang menggunakan e-portfolio:

Prihatin terhadap pembelajaran

E-portfolio mendorong saya lebih mengambil berat tentang subjek Fiqh Muamalat dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap proses pembelajaran. Dengan mencatat apa yang dipelajari setiap minggu, refleksi, pencapaian secara berkala saya dapat mengetahui tahap kefahaman saya terhadap tajuk yang dipelajari sama dapat kefahaman itu tinggi atau rendah.

Murajaah tajuk pembelajaran

Dengan wujudnya sistem pembelajaran melalui e-portfolio membuka peluang kepada saya untuk murajaah kembali tajuk yang dipelajari setiap minggu. Melalui kaedah ini, memberi peluang kepada saya untuk mengukur sejauh mana saya dapat memahami tajuk tersebut dan dapat mengukuhkan lagi ingatan saya terhadap tajuk tersebut.

Penggunaan teknologi dalam belajar.

Penggunaan e-portfolio memberi ruang dan peluang kepada saya untuk belajar tentang teknologi yang semakin hari semakin canggih tetapi dalam masa yang sama ia dapat memberi manfaat kepada saya iaitu cara menggunakan e-portfolio dan pemahaman yang baik tentang tajuk yang dipelajari. Selain itu juga, dapat membuka ruang untuk saya menggunakan teknologi sebagai alat pembantu kepada pelajaran.

Penilaian berterusan.

Dengan adanya sistem pembelajaran menggunakan e-portfolio ini  dapat membantu saya untuk menunjukkan hasil kerja saya secara berkala kepada pensyarah. Ini boleh membantu untuk penilaian dilakukan secara berkala dan berterusan, bukan sekadar bergantung kepada penilaian peperiksaan akhir semester sahaja.

Kesimpulannya, pengalaman pembelajaran menggunakan e-portfolio ini sangat banyak membantu dan memberi manfaat kepada saya dalam pembelajaran seperti prihatin terhadap pembelajaran, murajaah tajuk pembelajaran, penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan penilaian berterusan. Bagi saya manfaat yang paling dominan sepanjang menggunakan e-portfolio dalam proses pembelajaran ialah murajaah pembelajaran yang memperlihatkan saya akan murajaah setiap minggu tentang tajuk yang dipelajari dan dapat memahaminya dengan baik tanpa perlu memahami tajuk-tajuk yang dipelajari pada saat-saat akhir sebelum ujian akhir semester berlangsung. Jadi secara keseluruhannya, penggunaan e-portfolio dalam pembelajaran banyak memberi manfaat kepada diri saya sendiri.

SOALAN REFLEKSI BERHUBUNG DIRI SENDIRI (KELEBIHAN DAN KEKURANGAN)
KELEBIHAN DIRI

Bagi saya kelebihan yang terdapat dalam diri saya tidaklah begitu banyak untuk dihujahkan. Kelebihan yang boleh saya lampirkan disini tentang pelajaran ialah saya seorang yang berdisiplin. Sebagai contoh, saya berdisiplin dari segi masa yang memperlihatkan saya akan sentiasa datang awal ke kelas sebelum pensyarah sampai. Perkara ini bukan hanya dilakukan ketika kelas fiqh muamalat sahaja tetapi kepada semua subjek. Hal ini kerana bagi saya biarlah pelajar yang menunggu kedatangan guru dan janganlah membiarkan guru yang menunggu pelajar kerana yang nakkan ilmu itu pelajar. Jadi apa salahnya kalau kita yang menunggu guru datang, menandakan kita bersemangat untuk menuntut ilmu.

KEKURANGAN DIRI

Kekurangan yang terdapat dalam diri saya terlalu banyak kalau nak dibandingkan dengan kelebihan yang saya ada tetapi disini saya bahaskan tentang kekurangan diri saya dalam pelajaran. Dalam belajar perkara yang paling lemah bagi saya ialah saya tidak mampu meningati sesuatu perkara itu dengan hanya mendengar sahaja. Oleh itu, sekirannya kalau betul-betul saya nak ingat perkara yang dibelajar, saya perlu menulis perkara tersebut. Berbanding dengan orang lain dengan hanya mendengar sudah mampu untuk ingat perkara yang diajar. Jadi disini, saya memerlukan masa yang banyak untuk faham dan ingat sesuatu perkara berbanding dengan orang lain yang mampu ingat dengan hanya mendengar.

TUGASAN 5: REFLEKSI PEMBELAJARAN 3 (MINGGU 12)
Bincangkan bagaimana perbincangan kecacatan dalam kontrak memberi nilai tambah kepada kefahaman kamu terhadap sighah kontrak.

Perbincangan mengenai kecacatan dalam kontrak memberi nilai tambah yang signifikan terhadap kefahaman sighah kontrak, atau bentuk dan kandungan kontrak. Berikut adalah cara-cara bagaimana perbincangan ini memperkaya kefahaman kita:

1. Kepentingan memahami sighah kontrak

Dengan memahami kepentingan pelbagai jenis kecacatan dalam kontrak terutamanya kecacatan dalam bentuk (sighah), maksud, atau kandungan kontrak. Sebagai contoh, sekiranya kita dapat mengenal pasti elemen-elemen yang boleh menyebabkan kontrak menjadi tidak sah atau batal di sisi syarak ia memperlihatkan kecacatan ini mungkin termasuk penipuan, paksaan, kesilapan, atau ketidakjelasan dalam perkataan. Selain itu, kepentingan memahami sighah kontrak ialah untuk memastikan pihak yang melakukan kontrak faham akan lafaz yang dikehendaki dalam  melakukan kontrak serta apabila sighah kontrak dapat difahami dengan sefahamnya ianya dapat menimbulkan keharmonian antara pihak yang berkontrak yang merupakan tunjang kepada sahnya kontrak yang dilakukan.

2. Syarat-syarat Kontrak

Perbincangan mengenai kecacatan membantu dalam memahami syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk memastikan kontrak adalah sah. Sebagai contohnya, kontrak mesti mempunyai tawaran yang jelas, penerimaan yang jelas, dan persetujuan yang bebas dari sebarang bentuk paksaan atau penipuan. Sekiranya kontrak yang dilakukan tidak mempunyai syarat- syarat kontrak yang jelas atau mempunyai sedikit kekaburan tetang syarat, tawaran, penerimaan dan pesertujuan besar kemungkinan kontrak yang dilakukan adalah tidak sah disisi syarak. Di samping itu juga, Dalam melakukan kontrak tidak perlu wujudnya unsur paksaan, kerana pada kebiasaan sekiranya seseorang yang benar-benar ingin melakukan kontrak akan melakukan dengan hati yang terbuka dan kerelaan hatinya bukan paksaan.

3. Niat dan Kesepakatan

Perbincangan mengenai kecacatan dalam kontrak juga membantu memahami pentingnya niat dalam melakukan sesuatu perkara dalam Islam dan kesepakatan pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak. Kontrak yang dilakukan itu mestilah mencerminkan niat yang sebenar dan persetujuan yang bebas dari kedua-dua pihak. Hal ini kerana, sebarang kecacatan dalam niat atau persetujuan boleh menyebabkan kontrak menjadi tidak sah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa niat dan kesepakatan merupakan perkara yang penting dalam sesuata kontrak kerana tanpa niat yang jelas akan berlaku kerosakan pada kontrak yang dibuat.

Kesimpulannya, perbincangan kecacatan dalam kontrak memberi nilai tambah kepada kefahaman terhadap sighah kontrak seperti kepentingan memahami sighah kontrak, syarat-syarat kontrak dan niat dan kesepakatan. Perbincangan mengenai kecacatan dalam kontrak memperkayakan kefahaman kita terhadap sighah kontrak dengan memastikan bahawa semua elemen kontrak disediakan dengan jelas, sah, dan adil. Ia membantu mengelakkan pertikaian, memastikan kesahihan kontrak, dan melindungi hak-hak semua pihak yang terlibat. Oleh itu, ingin ditekankan disini, semua yang diperjelaskan diatas memainkan peranan penting dalam kontrak untuk memberi nilai tambah kepada kefahaman dalam melakukan kontrak.