PENEROKAAN MARIKH by

Nama : AHMAD SYAHMI BIN MUHAMMAD AMINUDDIN

No Matriks : 22005137

Kenali Marikh
Planet Marikh dikenali sebagai planet yang keempat dari matahari dan merupakan planet yang paling jauh dalam kategori planet dalaman

Ianya juga dikenali sebagai planet merah atau "the Red planet", hal ini kerana permukaanya yang berwarna merah legap atau sedikit perang disebabkan tanahnya yang dipenuhi dengan ferum (iii) oksida.

Komposisi planet marikh terdiri daripada 96% karbon dioksida, 2% argon, 2% nitrogen dan kurang daripada 1% adalah lain-lain.

Planet ini juga menduduki tangga ke-2 dalam ukur lilit planet yang terkecil dalam sistem suria kita ini, yang kira-kira 3389.5 km.

Planet marikh ini dinggarkan terbentuk kira-kira 4.5 juta tahun dahulu dan terdapat kesan hentaman meteor pada planet ini kira-kira 3.8 hingga 4.1juta tahun dahulu.Bukan itu sahaja, saintis berpendapat terdapat struktur laluan air atau aliran air pada permukaan planet ini, yang memungkinkan terdapatnya hidupan yang wujud di planet ini.

Selain itu, jisim planet marikh ini juga adalah 1/10 daripada bumi, mempunyai saiz 1/2 atau separuh lebih kecil daripada bumi dan 2 kali ganda saiz bulan bumi.

Sekiranya bumi mengambil masa kira-kira 365.25 hari untuk melengkapkan satu kitaran mengelilingi matahari yakni setahun, planet marikh pula mengambil masa kira-kira 687 hari dibumi untuk melengkapkan satu kitaran 1 tahun.

Satu hari (siang dan malam) berada diplanet ini dianggarkan lebih 41 minit berbanding berada di bumi.

Atmosfera yang nipis dan terdiri daripada karbon dioksida juga wap air menjadikan suhu planet ini amat sejuk kira-kira purata -81 F dan ini merupakan cabaran utama kepada peneroka untuk menetap di marikh

Bukan itu sahaja, tekanan di planet marikh juga adalah kira-kira 0.6 dari tekanan atmosfera bumi

Adakah berat anda atau angkasawan(dipengaruhi oleh graviti sesuatu tempat) akan berkurang apabila berada di marikh? ya sudah tentu! ini kerana nilai graviti di marikh adalah 36.5% berbanding dibumi.

Sekiranya jarak planet bumi kesayangan kita ini dari matahari diberikan dengan unit 1A.U (150,000,000km), maka jarak planet marikh yang ingin diterokai ini adalah kira-kira 1.5A.U (229,000,000km).

Manakala,apabila kedudukan bumi dan marikh sejajar atau selari, perjalanan bagi jarak terdekat ini mengambil masa kira-kira 6 bulan.

Tahap kelembapan marikh adalah dalam lingkungan 80% - 100% yang mana ia bergantung kepada hari dan musim yang berlaku di sana. Ketika siang, kadar kelembapan marikh adalah sifar disebabkan permukaannya yang sangat kering dan sedikit panas. Kontradiksinya, ketika malam, kelembapan marikh mencapai kadar 80% - 100% disebabkan udara persekitarannya mula sejuk.

Adakah manusia dibumi boleh melihat marikh pada waktu malam?

ya, sudah tentu, planet marikh dikategorikan sebagai salah satu objek samawi yang terang dan bersinar dilangit sejak dahulu kala. Kontras yang tinggi atau ciri-ciri albedo yang terdapat pada permukaan planet ini menjadikan ia boleh diperhatikan dengan teleskop.2

Sejarah mencatatkan penerokaan planet ini yang seiring perkembangan ilmu astronomi bermula seawal 60-an apabila prob Mariner 4 telah melintasi orbit marikh dan prob pertama yang berjaya mengorbit marikh adalah Mars prob pada tahun 1971 serta diikuti pendaratan pertama oleh Viking 1 prob pada tahun 1976.

Perkembangan ilmu sains dan astronomi diikuti teknologi menjadikan penerokaan marikh sebagai salah satu keiinginan yang ingin dicapai oleh manusia meskipun kelihatan agak mustahil. Para saintis berharap untuk mengkoloni marikh sekitar tahun 2020 hingga 2050.

Justeru, penulisan ini akan membincangkan secara ringkas akan realiti penerokaan planet marikh dari sudut sains dan islam.

Perkembangan ilmu sains dan keterujaan rasa ingin tahu manusia dalam meneroka ruang angkasa yang dikatakan misteri membuka ruang kepada idea mencari rumah kedua seperti bumi. mustahil atau sekadar angan-angan?

Penerokaan ini dimulai dengan pelbagai persoalan seperti bolehkah manusia tinggal di planet lain?, sekiranya bumi tidak lagi boleh didiami, adakah manusia akan terus pupus dan mati dibumi? Wujudkah solusi kepada masalah tersebut di luar angkasa? serta apakah langkah-langkah  bagi memenuhi solusi tersebut biarpun bakal memakan masa berabad atau berdekad.

Program penerokaan marikh ini adalah bertujuan untuk mengkaji Marikh sebagai sebuah planet secara mendalam sebelum proses penerokaan oleh manusia boleh dijalankan. Hal ini termasuklah, memahami pembentukan iklim marikh  ,sejarah geologi serta pencarian kepada bukti wujudnya tanda-tanda hidupan atau mikroorganisma di planet tersebut.

Rangkuman daripada proses tersebut  akan memberikan lampu hijau kepada manusia untuk menjalankan kajian secara langsung disana sebelum menggelarkan ia sebagai bumi kedua seawal tahun 2030-50. Walaupun jangkaan sebenar belum dapat dipastikan, namun terdapat beberapa matlamat utama yang perlu dicapai sebelum ianya menjadi realiti

Matlamat 1 ( kehidupan )

“ Menentukan samada Marikh pernah menjadi habitat yang menyokong kehidupan ”

-Kehidupan adalah asas kepada kebolehan suatu habitat bagi menampung hidupan. Matlamat ini menjangkakan bahawa planet marikh dan bumi mungkin mempunyai ciri-ciri yang sama pada berjuta tahun yang dulu, seperti kehidupan lampau dibumi.

Oleh itu terdapat dua objektif utama yang ingin dicapai dalam misi ini

a) Menentukan samada keadaan dan suasana marikh mempunyai potensi yang besar dan tinggi kepada wujudnya hidupan pada suatu masa yang dulu

b) Mengkaji samada keadaan dan suasana marikh mempunyai potensi yang besar dan tinggi kepada mikroorganisma untuk melangsungkan kehidupan

Matlamat 2 ( iklim )

“ Memahami proses dan sejarah perubahan iklim Marikh “

-Matlamat kedua ini mementingkan persoalan bagaimana iklim marikh telah berevolusi sepanjang kitaran hidupnya, proses yang dialami oleh marikh serta samada atmosfera marikh dan iklimnya terkesan disebabkan perubahan  pada segala yang berlaku di sistem suria. Terdapat 3 objektif yang mendukung matlamat kajian ini

a) Mengkaji iklim terkini planet marikh, serta atmosfera dan plasma disekelilingnya serta proses di dasar teras planet dibawah kitaran orbit yang terkini

b) Meneliti sejarah perubahan iklim marikh dan sekelilingnya dibawah konfigurasi  peredaran orbit yang berlainan

c) Mempericikan perbezaan iklim bumi dan marikh serta sejarahnya.

Matlamat 3 ( Geologi )

“ Mendalami asal usul serta evolusi Marikh “

Matlamat ketiga ini adalah kajian cerapan terhadap komposisi marikh,struktur planet serta sejarah marikh sebagai planet dengan pemahaman yang mendalam berkenaan permukaan luar dan dalamnya. Kajian ini memberi signal bahawa corak laluan air yang terdapat di permukaan menunjukkan tanda-tanda terdapat kehidupan serta berpotensi untuk dikolonikan. Matlamat ini mempunyai tiga objektif

a)  Mendapatakn maklumat yang mendalam tentang data kerak dan teras marikh

b)  Menjalankan kajian tentang struktur, komposisi dan evolusi Marikh dan perkembangannya

c)   Menentukan perubahan evolusi marikh seperti yang direkokan oleh kedua bulannya

Matlamat 4 ( Manusia )

“ Langkah Persediaan kepada penerokaan oleh manusia”

-Matlamat 4 ini merupakan kompas kepada misi penghantaran dan penerbangan robot sebelum tibanya manusia di marikh buat pertama kali. Langkah ini penting bagi mengelakkan dan mengurangkan risiko yang tak terjangka , mendapatkan informasi, merangka operasi serta mengimplementasikan tindakan yang bersesuaian berdasarkan 3 matlamat diatas. Para ahli sains berpendapat segala proses ini dinisbahkan sebagai “membeli risko” sebeum misi menjejakkan kaki kesana. Matlamat keempat ini dapat dibahagikan kepada 4 objektif.

a) Mendapatkan segala maklumat yang menyokong misi penghantaran manusia ke orbit marikh dengan kos yang sesuai, risiko yang boleh dijangka dengan ralat yang minimum

b) Mendapatkan segala maklumat  dan data kajian yang menyokong misi penghantaran manusia ke permukaan marikh

c) Mengkaji kebarangkalian kajian boleh dilakukan ke salah satu atau kedua bulan marikh ( fobos dan demos ) dengan kos,risiko dan kadar kejayaan yang tinggi.

d) Menganalisis segala kajian dan data terikini terhadap marikh, orbitnya serta kedua bulannya dalam penentuan penjejakan kaki pertama manusia di sana.

Maka, jelaslah bahawa keempat-empat matlamat yang digariskan merupakan indikator penting kepada anjakan penerokaan marikh pada masa akan datang. Manifestasi daripada segala kajian dan pengumpulan data ini akan digunakan bagi era pengkolanan marikh sebagai bumi baru.

"SpaceX" oleh Elon Musk

"Space Exploration Technologies Corp" atau lebih dikenali sebagai SpaceX ditubuhkan secara rasmi pada 14 Mac 2002 yang bertapak di El Segundo, California. Namun, SpaceX mula beroperasi secara penuh pada bulan Jun dan diketuai oleh Elon Musk, merangkap sebagai pengasas dan CEO syarikat tersebut.

Tujuan Penubuhan:

Tujuan utama Elon Musk menubuhkan syarikat SpaceX ini adalah bertujuan untuk melonjakkan lagi revolusi industri aeroangkasa yang mana dia bercita-cita ingin menjadikan penerbangan angkasa boleh dirasai oleh seluruh umat manusia. Bagi merealisasikan impiannya untuk menghantar manusia ke planet Marikh, syarikat beliau telah berjaya melancarkan kapal angkasa penumpang yang dikenali dengan "Dragon" yang boleh membawa manusia untuk menjelajah ruang angkasa dan melawat International Space Station (ISS). Pelancaran projek "Dragon" ini merupakan perintis kepada projek-projek yang mendatang bagi membawa manusia untuk meneroka lebih jauh ke ruang angkasa.

Program Starship (Colonizing Mars) :

Program ini merupakan hasil cetusan daripada kejayaan program Falcon 1 dengan Falcon 9 yang dicipta untuk memawa manusia dan kargo ke orbit Bumi dan seterusnya. Pesawat Starship ini dilancarkan ke angkasa dengan menggunakan pelancar roket yang dinamakan sebagai Super Heavy yang berkemampuan untuk membawa bebanan seberat 100,000 kg ke orbit Bumi. Maka, kapal angkasa ini dicipta untuk membawa kargo dan penumpang seramai 100 orang untuk menjelajah orbit Bumi serta ke Bulan dan Marikh. Gabungan kapal angkasa ini dengan pelancar Super Heavy ini merupakan roket paling tinggi yang pernah dicipta iaitu mencapai sehingga 120 meter. Lebih menarik lagi, kedua-dua kapal dengan pelancar tersebut boleh digunakan semula untuk berkali-kali, maka kos yang terlibat dalam projek ini dapat dikurangkan. Program Starship ini mendapat perhatian daripada NASA dan menamakan program ini sebagai Starship Human Landing System (HLS) bagi menjayakan misi mereka untuk menghantar manusia ke Bulan melalui misi Artemis.

Setakat ini masih belum ada lagi kapal angkasa yang berjaya membawa manusia sejauh hingga ke Marikh. Malah projek Artemis di bawah NASA hanyalah memfokuskan untuk menghantar manusia semula ke Bulan bermula tahun 2024 dengan kerjasama bawah program Starship oleh SpaceX. Elon Musk sendiri menyatakan bahawa beliau mensasarkan sejuta manusia akan dihantar ke Marikh menjelang tahun 2050. Bagi merealisasikan impian ini, beliau menganggarkan 3 ke 4 tahun dari sekarang akan adanya kapal angkasa Starship pertama tanpa manusia yang akan mendarat di Marikh kemudian kapal tersebut akan kembali semula ke Bumi untuk membawa manusia pula. Namun, beberapa pakar mengkritik idea ini kerana selama ini dalam semua percubaan bagi mendaratkan kapal angkasa tanpa manusia di permukaan Marikh, hanya 40% sahaja yang berjaya dilaksanakan. Tambahan pula, program Starship belum lagi berjaya mendaratkan mana-mana kapal angkasanya di permukaan Marikh akan tetapi Elon sudah meletakkan harapnnya untuk menghantar manusia pertama ke Marikh pada tahun 2029. Maka, tiada lagi kepastian bahawa program Starship ini akan berjaya sepenuhnya seperti yang dicanang-canangkan atas sebab terdapat banyak sangat halangan yang perlu diteliti terlebih dahulu.

Cabaran keselamatan

Kita perlu memahami bahawa keadaan atmosfera di planet Marikh adalah sangat berbeza dengan dengan atmosfera di Bumi. Tekanan atmosfera yang sangat rendah di Marikh menyebabkan air dapat mendidih di permukaan planet ini, serta lebih menggerunkan lagi ialah darah manusia juga dapat mendidih akibat daripada haba badan yang dihasilkan. Selain itu, kandungan oksigen yang kurang berkomposisi sebanyak 0.13% di sini menyebabkan lapisan ozon tidak dapat dibentuk. Hal ini menyebabkan foton dan sinar ultra ungu (UV) dapat menembusi secara terus ke atmosfera Marikh seterusnya akan menjejaskan kehidupan seharian yang akan tinggal di sini. Radiasi yang tinggi di sini seperti Solar Energetic Particles (SEPs) boleh menyebabkan kematian kepada manusia apabila pakaian anti radiasi tidak dikenakan. Atmosfera di planet Marikh juga adalah terdiri daripada 95% karbon dioksida dan hanya sedikit nitrogen dengan argon. Menurut kajian, peningkatan tahap karbon dioksida akan mengakibatkan kemerosotan kemampuan kognitif manusia seperti mengurangkan daya ingatan, menganggu tumpuan dan menjejaskan kemampuan untu menaakul. Jadi kita boleh lihat kandungan atmosfera di Marikh adalah sangat tidak sesuai untuk hidupan terutamanya bagi manusia kerana kewujudan oksigen yang sangat sedikit di sana. Tambahan pula, atmosfera Bumi adalah sangat tebal dan tumpat yang mana ia memiliki 5 lapisan utama iaitu Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Thermosfera, dan Eksosfera. Hal ini adalah berbeza dengan Marikh yang mana atmosferanya sangatlah nipis dan hanya memiliki 1% sahaja daripada tekanan dalam air laut di Bumi. Terdapat teori yang mengatakan bahawa atmosfera Marikh terdedah dengan angin suria dari Matahari yang berterusan sehingga menyebabkan ia menjadi nipis setelah berjuta-juta tahun. Hal ini menyebabkan suhu permukaan di Marikh sangatlah sejuk dan ia tidak mampu untuk mengekalkan suhu yang optimum seperti Bumi untuk manusia membina kehidupan  di sana.

Cabaran teknikal

Bagi membina infrastruktur di marikh, ia akan memakan kos perbelanjaan yang sangat tinggi sehingga ia boleh melepasi had rizab simpanan harta sesebuah negara. Bukan itu sahaja, oleh sebab kelembapan marikh sukar untuk dikawal, maka kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan yang rapi untuk memilih bahan binaan terbaik yang sesuai untuk didirikan di marikh perlu dilakukan. Kelembapan marikh yang agak ketara ketika siang yang sangatlah kering berbanding pada sebelah malam yang agak sejuk dan lembap menyukarkan lagi proses membina infrastruktur untuk dilakukan di sini. Jika penyelidikan tidak dibuat, maka setiap infrasruktur yang dibina akan runtuh begitu sahaja dan akan menelan kos belanjawan yang lain pula.

Cabaran masa

Adakah bumi dan marikh sentiasa beriringan dan mengorbit matahari secara rapat? Semestinya tidak! Terdapat masa yang marikh berada hampir dengan kedudukan bumi, dan terdapat masa marikh berada jauh dari bumi. Hal ini kerana terdapat perbezaan antara saiz orbit bumi dan orbit marikh yang mana orbit marikh lebih besar. Jarak marikh dari bumi ialah 55 juta kilometer jika ia berada pada titik paling dekat dengan bumi. Pada jarak ini, perancangan untuk menghantar kapal angkasa, prob atau manusia berkemungkinanan mengambil tempoh masa sekurangnya enam bulan. Sekiranya terdapat ralat atau masalah yang timbul, maka secara logiknya kita perlu menuggu sekurangnya 1 tahun 6 bulan untuk melancarkan misi yang seterusnya. Secara logiknya, ia akan memakan masa yang agak lama untuk sampai ke sana. Kebimbangan di sini ialah sebanyak manakah kuantiti makanan, minuman dan oksigen yang perlu dibawa bagi menampung kehidupan sepanjang perjalanan ke sana? Jika penanaman tumbuhan untuk penghasilan oksigen di dalam kapal dilakukan, mungkin kaedah ini dilihat berhasil. Akan tetapi, jika tumbuhan itu mati di tengah perjalanan, ia akan membawa kepada masalah yang sangat besar.

Sudut pandang Islam
Surah At-Tin (ayat 4)

'لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ'

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.

Secara asasnya, ayat ini diberikan keutamaan yang paling besar berkaitan perbahasan ini. Dalam Kitab Zubdatut Tafsir min Fathil Qadir, Syeikh Dr. Muhammad Al-Asyqar mengutarakan bahawa Allah menciptakan manusia dengan kemampuan untuk memahami, berbicara, mampu menggunakan akal, sehinggalah Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Dengan itu, akal yang diberikan oleh-Nya patut digunakan sebaiknya dengan meneroka segala ciptaan-Nya mahupun di langit atau di bumi. Merupakan tanggungjawab seorang manusia untuk sentiasa mengkaji dan menyelidik bagi mewujudkan satu penemuan baharu selari dengan hikmah penciptaan akal oleh Allah. Natijahnya, penemuan Marikh telah berjaya dilakukan oleh Galileo Galilei pada tahun 1609 dengan teleskopnya.

Surah Az-Zariyat (ayat 48)

'وَٱلْأَرْضَ فَرَشْنَٰهَا فَنِعْمَ ٱلْمَٰهِدُونَ'

Maksudnya: Dan bumi itu Kami hamparkan, maka sebaik-baik yang menghamparkan (ialah Kami).

Menerusi tafsiran Syeikh Muhammad bin Solih asy-Syawi, ayat ini menyatakan bahawa Allah-lah yang menghampar dan meratakan bumi, serta menjadikannya sebagai tempat tidur bagi hidupan. Dia juga menjadikan bumi sebagai tempat tinggal yang terbaik bagi mereka. Begitu juga dengan pandangan Ustaz Marwan Hadidi bin Musa yang menyatakan bahawa bumi merupakan tempat di mana manusia dapat memenuhi maslahatnya seperti membina rumah dan menanam tanaman. Oleh itu, adakah dikira wajar perbuatan manusia untuk tinggal di marikh selepas pemberian bumi yang dikurniakan oleh Allah kepada kita? Bumi sahaja pun memberikan banyak manfaat kepada kita untuk dinikmati bersama. Dengan kajian sains seiring dengan pandangan Islam, bumi dilihat sebagai planet terbaik untuk dihuni berbanding dengan yang lain. Namun begitu, tidak ada dalil yang mengharamkan untuk sesiapa pergi ke marikh. Maka, sesiapa sahaja dibenarkan pergi ke marikh dengan syarat tidak mengabaikan ibadah yang perlu dilaksanakan walaupun geografi dan masanya berbeza dengan bumi.

Hadis Rasulullah SAW :

فقلنا: يا رسولَ اللهِ: هذا اليومُ الَّذي كسَنةٍ أتكفينا فيه صلاةُ يومٍ وليلةٍ؟ قال : لا، اقدُروا له قدرَه

Maksudnya: Sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah cukup bagi kami untuk solat sehari semalam pada hari umpama setahun itu?' Jawab baginda: 'Tidak, bahkan kiralah dengan kadar yang biasa'.

Hadis yang diriwayatkan oleh An-Nawas bin Sam'an Al-Ansori ini adalah berkaitan dengan solat ketika zaman dajjal. Namun, ulamak konemporari mengkiaskan kaedah solat ini dengan solat di luar angkasa terutamanya di marikh. Memandangkan masa putaran marikh dan  bumi berbeza, semestinya waktu solat juga turut berbeza. Jadi, nabi memberitahu kepada kita untuk mengagak dengan membuat kiraan setiap waktu solat untuk mencukupkan ibadah yang perlu dilaksanakan. Marikh mempunyai masa 41 minit lebih dari bumi untuk berputar dengan lengkap, maka perkiraan waktu solat mesti dibuat.

Adakah wajar bagi manusia untuk meneroka ke Marikh?
Berdasarkan tafsiran ayat-ayat Al-Quran dengan pandangan-pandangan sains mengenai penerokaan Marikh ini, maka adakah patut bagi manusia untuk cuba meneroka ke Marikh dan membina kehidupan baharu di sana?

Mari kita renungi firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang berbunyi :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ اَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِيْ عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ

Maksudnya : "Telah jelas tampak kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan perbuatan tangan manusia. (Melalui hal itu) Allah membuat mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Menerusi ayat ini, dapat difahami bahawa kerosakan yang berlaku di bumi ini adalah hasil daripada perbuatan manusia itu sendiri. Manusia yang diberikan akal oleh Allah sepatutnya menggunakan anugerah ini dengan sebaiknya, dan bukanlah membuat kebinasaan di planet tercinta ini. Apabila berdiskusi tentang penerokaan marikh, sememangnya idea ini merupakan satu penemuan dan pengalaman yang patut diceburi oleh umat manusia. Dengan segala penciptaan instrumentasi astronomi yang kian moden ini, sangatlah rugi jika kita tidak melebarkan sayap ilmu yang dimiliki dan mempraktikkannya di dunia luar. Akal yang diberikan oleh Allah juga memainkan peranan penting untuk kita meneroka marikh khususnya, dengan membuat kajian tentang planet merah tersebut sekali gus dapat menghasilkan satu penemuan dan kejayaan baru dalam bidang astronomi.

Namun demikian, isu yang diketengahkan di sini adalah kewajaran manusia meninggalkan bumi untuk ke marikh disebabkan kebinasaan oleh masing-masing. Apabila kita berfikir kembali, analoginya adalah seperti seseorang meminjam barang kita lalu dia merosakkannya, seterusnya dia pergi meminjam barang sama kepada orang lain pula tanpa mempedulikan barang kita yang telah dirosakkannya. Maka, adakah itu wajar bagi kita? Begitu juga dengan bumi, jika kita bertujuan untuk meneroka marikh demi membina penempatan baharu disebabkan pelbagai bencana oleh manusia sendiri, ketahuilah masalah ini tidak akan terhenti di situ sahaja. Hal ini demikian kerana setibanya manusia di marikh, setelah lama-kelamaan marikh pun akan turut tercemar disebabkan perbuatan manusia itu sendiri.

Dengan menyisipkan pendapat oleh kami, kami mencadangkan agar dalam kita meneroka marikh, kita juga dapat memelihara dan memulihara bumi daripada kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Dalam kita meneroka marikh dengan mengharapkan penemuan terbaharu di sana, kita dapat mengekalkan nilai keseimbangan bumi supaya kekal menjadi planet hijau. Tuntasnya, tidaklah menjadi kesalahan bagi kita untuk meneroka planet marikh, tetapi perkara yang perlu dititikberatkan bersama juga adalah kelestarian bumi daripada segala ancaman yang datang dari manusia itu sendiri.

PANDANGAN KAMI
Kami berpendapat bahawa cita-cita manusia untuk meneroka Marikh serta membina kehidupan di sana adalah sesuatu yang agak mustahil serta amatlah sukar untuk direalisasikan atas sebab kemampuan kita yang agak terbatas dari segi fizikal, teknologi dan lain-lain. Cita-cita ini mungkin kita anggap sebagai satu matlamat besar bagi ketamadunan manusia secara keseluruhan namun apakah Bumi kita ini tidak cukup untuk kita nikmati sepenuhnya? Kami menyokong program penerokaan angkasa lepas namun untuk kita menghantar manusia ke Marikh bagi membina ketamadunan yang baharu itu merupakan satu perkara yang agak mustahil untuk terjadi. Hal ini bersangkut paut dengan cabaran-cabaran yang telah kami terangkan dalam kolum sebelumnya yang mana terdapat pelbagai senario dan risiko yang perlu kita ambil kira sekiranya kita mahu menghantar manusia ke Marikh.

Malah, Allah SWT juga telah berfirman dalam banyak ayat-ayat Al-Quran yang mana Dia telah mengurniakan pelbagai nikmat yang melimpah ruah untuk manusia membina kehidupan yang selesa di Bumi. Namun atas sebab sifat ketamakan dan kerakusan manusia itu sendiri, pelbagai jenis kerosakan yang berlaku termasuklah pencemaran alam dan peperangan di Bumi ini yang telah menyebabkan keindahan dunia ini telah terjejas teruk oleh tangan manusia itu sendiri. Sebenarnya kita perlulah bersatu hati dan saling berganding bahu dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian dan keindahan Bumi ini agar ianya terus terpelihara untuk generasi yang mendatang.

ULASAN KESELURUHAN
Secara tuntasnya, kita sebagai manusia ialah makhluk yang telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka Bumi ini. Maka, ianya sudah menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk memelihara dan menyayangi rumah kita ini kerana Allah SWT telah menciptakan Bumi dengan sebaik-baik ciptaan. Manusia seharusnya sentiasa berasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka dan tidak menyalahgunakannya sehingga menyebabkan kerosakan kepada Bumi.

Memetik daripada firman Allah SWT dalam Surah Az-Zariyat, ayat ke-48 yang bermaksud : "Dan bumi itu Kami hamparkan, maka sebaik-baik yang menghamparkan (ialah Kami)." Maka, sekiranya kita melihat daripada sudut saintifik pula bahawa sememangnya Bumi ini sahajalah tempat yang paling sesuai untuk didiami oleh manusia dan amat mustahil bagi kita untuk membina kehidupan yang baharu di planet lain seperti di Marikh. Sekiranya kita mahu meneroka Marikh maka kita juga perlu mewujudkan suasana dan keadaan yang mirip seperti di Bumi seperti atmosferanya, kandungan oksigen dan kawasan lapang untuk pembinaan penempatan manusia. Oleh itu, tiada sebab yang konkrit untuk manusia keluar dan meneroka planet Marikh bagi membina penempatan di sana jika kita sudah dikurniakan Bumi yang indah untuk seluruh hidupan.

Starship | Definition, SpaceX, & Facts | Britannica. (2024). In Encyclopædia Britannica. https://www.britannica.com/topic/Starship

Erik Seedhouse, SpaceX : Starship To Mars - The First 20 Years, Springer - Praxis Books in Space Exploration.

(2022).

Focht, M. (2023, October 7). Why Elon Musk’s Mars colonization plan is unrealistic, scientists say. Business Insider; Insider. https://www.businessinsider.com/elon-musk-plan-colonize-mars-plan-unrealistic-scientists-explain-2023-10.

Al-Quran Humaira. (2012). Humaira Bookstore Enterprise.

Tafsir Web: Surah at-Tin. Surat At-Tin Ayat 4 Arab, Latin, Terjemah dan Tafsir | Baca di TafsirWeb .

Tafsir Web: Surah az-Zariyat. Surat Az-Zariyat Ayat 48 Arab, Latin, Terjemah dan Tafsir | Baca di TafsirWeb .

Islamweb: Life on Mars. (18/2/2004). Life on Mars (islamweb.net)

Islamweb: Practicing Islam in Outer Space. (20/5/2004). Practicing Islam in Outer Space (islamweb.net)

The European Space Agency: Why go to Mars?. ESA - Why go to Mars? .

Astro Lab: Eksplorasi Angkasa Lepas Planet Marikh. (6/3/2021). Eksplorasi Angkasa Lepas Planet Marikh I Rakaman 4K & Audio 2021 (youtube.com)

NASA: Seasonal Cycles in Curiosity's First Two Martian Years. (11/6/2016). Seasonal Cycles in Curiosity's First Two Martian Years – NASA Mars Exploration

NAMA: MOHAMAD BADRULHISYAMSAH BIN MOHAMAD SARBINI

NO MATRIKS: U2002345

NAMA: AMALUDDIN ASSAMANI BIN ABU BAKAR SAYUTI

NO MATRIKS: U2100439

NAMA: MOHAMAD SYAHMI BIN MOHAMAD ASRI

NO MATRIKS: U2100321/2

PENEROKAAN KE MARIKH
CONTEMPORARY ISSUES IN ISLAMIC ASTRONOMY

(IIH2004)

DR RAIHANA BT ABDUL WAHAB