PENDIDIKAN by Sharifah Nurliyana

ISI 1
Pendidikan secara dalam talian dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan cara yang lebih mudah serta interaktif buat para pelajar. Berbeza dengan pembelajaran secara bersemuka, pendidikan maya memerlukan guru dan pelajar berinteraksi melalui tablet, komputer atau telefon. Guru-guru perlu menyediakan bahan pembelajaran secara video dan mengajar melalui webinar atau video interaktif yang terdapat secara percuma di Internet. Pelajar juga boleh mencari sumber pembelajaran yang lebih banyak berbanding hanya bergantung kepada buku teks. Malah, terdapat banyak aplikasi seperti quiz yang dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian untuk guru dan pelajar. Bak kata pepatah Melayu, laut yang ditimba tidak akan kering. Selagi kita ada kemahuan untuk mencari dan menyampaikan ilmu, pasti ada jalan yang terbaik untuk kita mengecapi niat murni itu.

ISI 2
Dari sudut pandang yang lain, pendidikan secara maya dapat memberi keselesaan atau suasana yang kondusif kepada pelajar dan guru. Jika di sekolah, pelajar perlu memakai pakaian seragam yang bagus untuk mendisiplinkan mereka tetapi apabila di rumah, pelajar tidak perlu untuk berpakaian seragam dan hanya memakai pakaian mengikut keselesaan mereka. Selain itu, pendidikan secara maya di rumah membolehkan pelajar untuk fokus dengan lebih baik kerana kurang gangguan daripada pelajar atau raka sekelas. Tapi realitinya, masih ramai pelajar di luar bandar yang ssukar untuk mengikuti pendidikan secara maya. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah melakukan tindakan untuk meningkatkan infrastruktur Internet di seluruh negara agar pendidikan secara maya ini dapat dinikmati oleh segenap penduduk di Malaysia.

ISI 3
Kelebihan lain pendidikan secara maya adalah ia dapat meningkatkan kemahiran teknologi dalam kalangan guru dan juga pelajar. Umum mengetahui, pendidikan secara maya memerlukan kemahiran teknologi pelajar untuk akses masuk ke dalam aplikasi pembelajaran dalam talian. Pelajar perlu mendapatkan talian Internet yang stabil untuk melalui proses pendidikan maya secara lancar. Di waktu negara kita menghadapi pandemik COVID-19, kita dapat menyaksikan guru-guru menggunakan pelbagai kaedah khususnya penggunaan teknologi untuk menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Situasi ini telah membuatkan warga pendidik untuk berfikir di luar kotak dan menghasilkan bahan pengajaran yang terbaik menggunakan teknologi yang ada. Intihannya, pendidikan secara maya dapat meningkatkan kemahiran teknologi dalam kalangan guru serta pelajar secara langsung atau tidak langsung

ISI 4
Akhir sekali, kelebihan pendidikan secara dalam talian ialah memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran. Contohnya, pelajar boleh melihat semula rakaman pengajaran guru sekiranya mereka tidak memahami atau ingin mengulangkaji pelajaran. Situasi ini adalah satu kelebihan jika dibandingkan dengan pendidikan secara bersemuka kerana pelajar mungkin berasa malu dan takut untuk bertanyakan kepada guru. Tambahan pula, pelajar dapat mengakses pelbagai bahan pembelajaran yang terdapat di Internet untuk mengulang kaji dan tidak bergantung kepada buku teks sahaja. Pembelajaran yang interaktif ini sedikit sebanyak dapat membuka minda dan ruang kreatif pelajar dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dan menambah kemahiran diri mereka. Natijahnya, pendidikan secara maya banyak membantu pelajar untuk tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung kerana penggunaan tekcnologi akan menjadi satu perkara penting di masa kini dan akan datang.

Isi-isi Penting

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Kepada Pembangunan Negara
Isi 1
Melahirkan modal insan berminda kelas pertama

yang menjadi nadi penggerak kepada pembangunan kemajuan negara secara berterusan. Modal insan ini akan membantu dalam menghasilkan sesuatu produk yang terbaru bagi merancakkan ekonomi negara, serta

mampu memberikan saingan terhadap  negara luar yang jauh lebih maju. Maka dengan itu, usaha kerajaan yang telah menjadikan mata pelajaran sains dan matematik sebagai subjek wajib yang perlu di ambil oleh setiap pelajar, amat bertepatan supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan

jauh dalam bidang sains yang menjadi kayu pengukur pembangunan sesebuah negara.   Tambahan pula, pelaburan yang telah dibuat oleh kerajaan   dalam   sektor   kajian   dan  penyelidikan   sains   dalam pembangunan industri berasaskan skop kajian sains dan teknologi, akan menyuntik   pembangunan   negara   Malaysia   secara   konsisten  yang

berlandaskan teknologi terkini. Hasilnya dapat dilihat melalui kejayaan Malaysia   menempah   nama   sebagai   sebuah   negara   hub   pengeluar makanan halal pertama yang berjaya memperkenalkan kaedah mengesan

wujudnya DNA khinzir di dalam setiap produk keluarannya. Dengan adanya kemajuan ini, secara langsung menjadikan negara kita terkenal di mata   dunia   sebagai   sebuah   kuasa   besar   yang   maju   dalam   bidang ekonomi dan pendidikan.

Isi 4

ISI 2
membantu   meningkatkan   perpaduan   dalam

kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang majmuk.   Hal   demikian   disebabkan,   sistem   pendidikan   yang diperkenalkan oleh kerajaan pada masa kini berasaskan pemupukkan semangat perpaduan integrasi dalam masyarakat sejajar dengan dasar yang telah diperkenalkan oleh Y.A.B Dato Sri Najib bin Tun Abdul

Razak, iaitu semangat satu Malaysia. Kerajaan juga memastikan semua kaum yang terdapat di Malaysia mendapat hak pendidikan yang sama rata  tanpa wujudnya  unsur  diskriminasi bagi  mengelakkan  keciciran

dalam sektor pendidikan negara. Justeru, kesamarataan dalam sistem pendidikan ini dapat mewujudkan semangat nasionalime dalam kalangan komuniti rakyat Malaysia tanpa mengambil kira soal latar belakang dan perbezaan   kaum.   Hal   ini   menyemai   sikap   tanggungjawab   untuk membangunkan   negara   secara   berganding   bahu   dalam diri   setiap individu.

ISI 3

Dapat   melahirkan   wargenagara   Malaysia   yang   terkeluar  daripada kepompong kemiskinan. Hal ini demikian, pendidikan dapat membantu negara mengurangkan golongan miskin tegar serta melahirkan penduduk

berpendapatan   sederhana   atau   tinggi.   Pendidikan   kini   menjadi   nadi terpenting dalam menjawat jawatan dalam sektor awam dan swasta, kerana kerjaya untuk mengisi kekosongan dalam sektor tertentu dinilai

berdasarkan tahap pendidikan yang dimiliki oleh seseorang individu. Dengan adanya golongan berpendidikan ini, mampu menjadikan sektor awam  dan  swasta  dijana  oleh  golongan  yang  pakar  dalam   pelbagai bidang dan  tenaga kerja yang mempunyai kemahiran tinggi.

Kebaikan (Pendahuluan)
Kerajaan telah memperkenalkan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi melatih individu dalam kemahiran tertentu seperti bidang automatif, animasi dan hospitaliti.

Namun begitu, rakyat Malaysia seringkali memandang rendah terhadap mereka yang berkecimpung dalam aliran pendidikan perindustrian ini. Oleh hal yang demikian, kepentingan pendidikan teknik dan vokasional hendaklah dibincangkan untuk kemaslahatan  kita bersama.

Isi 1
melahirkan individu yang mahir dalam pelbagai kemahiran teknikal.

melengkapi setiap individu dengan ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga ilmu kemahiran teknikal dalam pengendalian sesuatu peralatan. Ilmu kemahiran teknikal adalah seperti pertukangan, elektronik, amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi logam.

Tambahan pula, TVET adalah bidang pembelajaran yang bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang cemerlang dalam akademik sahaja tetapi juga kepada semua individu yang meminati bidang kemahiran teknikal. perlulah mengambil peluang dalam bidang TVET ini untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran yang berguna sepanjang hayat kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Isi 2
memenuhi peluang pekerjaan di negara Malaysia.

Negara kita memerlukan lebih ramai sumber tenaga kerja untuk memastikan pengeluaran produk-produk secara berterusan. Namun begitu, bilangan pekerja mahir adalah kurang dan tidak mencukupi. Anak muda sepatutnya berganding bahu untuk menjadi pekerja mahir dalam membantu ekonomi negara.

Akan tetapi, golongan belia lebih tertumpu pada aliran akademik yang berlandaskan pembelajaran dalam kelas semata-mata dan kurang berminat terhadap TVET. Bagi menangkis perspektif negatif terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional ini, pelbagai pihak seperti pihak kerajaan dan ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan mendorong anak-anak remaja dalam bidang TVET demi memperbanyakkan produk pengeluaran Malaysia. Tuntasnya, kebolehupayaan bagi individu yang mengikuti kursus dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk memenuhi pasaran negara tidak dapat disangkal lagi.

Isi 3
melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berinovasi.

Pendidikan Teknik dan Vokasional dikatakan mampu menjana individu yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif. Dengan kemahiran teknikal yang diperoleh, individu ini sendiri mampu mencipta atau menambah baik produk yang sedia ada di pasaran.

bakat dalam penghasilan produk ini telah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Buktinya adalah dengan adanya pertandingan reka cipta pada peringkat pelbagai peringkat termasuklah kebangsaan dan antarabangsa. Subjek Kemahiran Hidup dan Bersepadu dan subjek Reka Bentuk dan Teknologi juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dan mengendali mesin-mesin yang terdapat di dalam bengkel. Perkara ini akan menarik minat para pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Isi 4
dapat menggalakkan pembangunan negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara mapan di seluruh dunia

Kerajaan telah melaburkan berjuta-juta wang untuk membangunkan institusi pengajian yang berteraskan TVET dalam usaha menyediakan sumber tenaga mahir dalam kalangan anak tempatan. Segala usaha yang diiktiharkan kerajaan ini akan menjadi seperti mencurahkan air ke daun keladi sekiranya anak muda tidak mahu memanfaatkan TVET.

Sebagai sebuah negara yang sedang merintis arus pembangunan ini, Malaysia memerlukan lebih ramai pekerja mahir dalam kalangan warga tempatan untuk menguruskan industri perkilangan seperti industri pemakanan, kosmetik, dan petroleum. Anak tempatan haruslah tidak memandang enteng akan isu ini dan seharuslah mengambil peluang untuk menjadi seorang pekerja mahir untuk membantu dalam pembangunan ekonomi dalam negara serta tidak melepaskan tanggungjawab ini kepada warga asing. Justeru, anak muda pewaris bangsa haruslah merebut peluang ini dengan mengambil aliran TVET demi pembangunan negara.

Isi 5
Pertumbuhan ekonomi negara ke arah yang lebih positif

Hal ini adalah kerana pendidikan vokasional yang mampu menghasilkan lebih ramai sumber tenaga tempatan akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber tenaga daripada luar.

Oleh itu, ia dapat mengurangkan aliran wang keluar negara lebih banyak dengan mengimport tenaga daripada luar. Hal ini secara langsung akan dapat meningkatkan aliran wang dalam negara dan akan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

ISI 1
Sistem penilaian yang berkesan
Sistem penilaian yang berkesan terhadap mata pelajaran teknik dan vokasional haruslah berteraskan kompetensi, fleksible dan dapat meningkatkan pembelajaran.
Sesuatu tahap pencapai mestilah di tetapakan dan pelajar harus mencapai tahap tersebut. Penilaian juga mesti dilakukan secara individu bukan berkumpulan. Sistem penilaian yang sedia ada seperti pentaksiran kompetensi harus di perketatkan syarat pencapaian. Dengan syarat yang lebih ketat diharapkan tenaga kerja yang di keluarkan adalah berkualiti tinggi.

ISI 2
Menstrukturkan kurikulum

Kurikulum pendidikan teknik dan vokasional secara asasnya hanya menekankan aspek teknikal dan vokasional. Oleh itu, kurikulum pendidikan teknik dan vokasional harus diperhalusi dengan menambah aspek kerohanian. Ini bagi memastikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan tercapai iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari segala aspek.

Kurikulum yang ada sekarang juga perlu dikaji dengan teliti. Kurikulum yang berorentasikan peperiksaan sepatutnya di gantikan dengan kurikulum berorentasikan industri. Dimana kurikulum yang digubal selaras dengan kehendak dan perubahan yang berlaku di dalam industri.

ISI 3
Memantapkan Peranan Pendidik

Dalam usaha untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti, pendidik haruslah mempunyai tahap ilmu dan pengalaman yang tinggi.

kurikulum untuk bakal pendidik juga mesti menjurus ke arah pembentukan jati diri yang mantap dan mengenal hakikat diri serta mencintai kebenaran. Secara tidak langsung, aspek ini akan kekal dalam diri bakal pendidik dan akan dicurahkan kepada para pelajar.

Bakal pendidik juga perlu dihantar ke industri untuk menjalani latihan selama setahun. Ini kerana tempoh latihan industri bagi pendidik teknik dan vokasional yang sedia ada sangat singkat. pihak Kementerian juga dicadangkan supaya menghantar para pendidik ke industri bagi memastikan para pendidik tidak ketinggalan dalam arus perubahan di industri untuk memperolehi pengetahuan tentang perubahan industri semasa, pendidik juga dapat menyediakan diri dengan perubahan – perubahan dan pembaharuan yang bakal berlaku dalam kurikulum.

Cara tambahbaik (Pendahuluan)
Pendidikan teknik dan vokasional sememangnya tidak dapat disangkal lagi sebagai pemangkin pembangunan negara. Namun, masih terdapat beberapa masalah dalam perlaksanaan sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara kita yang mana jika masalah ini tidak di berikan perhatian akan menyebabkan kerugian daripada sudut kualiti tenaga kerja negara

ISI 1
Mengisi masa lapang dengan berfaedah
- pelajar menyertai latihan selepas waktu persekolahan
- memhalang mereka daripada melakukan perkara sia sia seperti melepak
- murid lebih menghargai masa dan tidak terdorong untuk membazirkannya

pendahuluan
Datuk DR Noor Hisham bin Abdullah pernah berkata "Malaysia memerlukan lebih ramai pakar kesihatan awam" (untuk bangkitkan isu)

Penguasaan dalam bidang pendidikan serta ilmu pengetahuan amat penting pada era globalisasi ini. Hal ini kerana pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan negara. Pembangunan sesebuah negara akan terjejas sekiranya hal-hal berkaitan pendidikan diabaikan. Perbelanjaan besar yang diperuntukkan oleh Malaysia pada setiap tahun bagi membangunkan sistem pendidikan negara jelas menunjukkan kepentingan pendidikan. Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan untuk menjamin kemajuan berterusan dan juga melahirkan modal insan kelas pertama pada masa hadapan.

Isi 1
dapat memajukan diri dan negaranya sendiri

- untuk mendepani pelbagai cabaran, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi
- pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara
- hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
- para pemimpin perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi

Isi 2
Ilmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoral

- boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji
- kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki
- seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian
- nilai saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai
- akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan

Isi 3
Seseorang mampu menyelesaikan masalah

- dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah
- sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa
- memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup - penerang kegelapan
- ilmu agama yang tinggi dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang terburu-buru
- kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai

Isi 4
boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang kehidupan manusia hari ini

- akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia
- seperti telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain
- memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi

Isi 5
Membolehkan kita memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik.

Dengan kepelbagaian ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan mudah untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang lebih besar. Hasrat dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai ilmu. Kerjaya profesional seperti doktor, peguam dan akauntan memerlukan mereka yang berilmu.

Isi 6
Meningkatkan taraf hidup.

Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga mereka. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka akan berkerjaya dan bergaji yang lumayan. Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah kehidupan dengan membina rumah yang lebih selesa, berkereta yang sesuai dengan taraf kehidupan dan mampu memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka. Mereka juga boleh menggunakan ilmu mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan seperti berniaga, membuat tuisyen dan sebagainya.

Isi 7
Boleh berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan agama, bangsa dan negara. Dari segi agama, mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia tentang kehebatan agama Islam dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran agama. Secara tidak langsung, apabila kesedaran agama itu timbul, masyarakat akan menjadi berjaya membangunkan bangsa dan negara mereka. Ini kerana, semua ajaran agama mengajak manusia melakukan kebaikan.

Isi 8
Disanjung tinggi oleh masyarakat.

Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmu kerana mereka khidmat mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang yang berilmu kerana mereka telah berjaya memberikan perkhidmatan yang diperlukan.

Isi 9
Tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita sering mendengar, orang-orang kampung ditipu oleh penjual melalui peraduan gores dan menang. Mereka dengan mudah memberikan harta sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai semata-mata tertarik dengan barangan murah atau barang mudah dapat. Hal ini terjadi kerana, masyarakat yang terpedaya itu tidak berilmu dan tidak berfikir panjang. Hal ini tidak terjadi kepada masyarakat yang berilmu.

Isi 10
Ilmu Menjamin kehidupan .

Orang yang berilmu akan terjamin kehidupan mereka. Dengan ilmu kita boleh memperoleh pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang. Dengan perancangan yang teliti, pendapatan bulanan kita membolehkan kita merancang kehidupan dengan yang lebih sempuran. Malahan kita boleh berbelanja mengikut kehendak kita, kita boleh melancong, membeli pakaian dan menyara kehidupan. Situasi ini mnugkin berbeza dengan mereka yang kurang berilmu dalam hidup mereka.

saintis imbakup
isi 1
dapat berkhidmat untuk negara dalam bidang yang luas

saintis melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk menambahbaik sains dan teknologi di negara

sebagai contoh, saintis mengkaji bakteria dan virus bagi menghasilkan vaksin untuk diberi kepada masyarakat.

kesannya, kesihatan rakyat terjamin dan sektor kesihatan negara kita bertambah maju setaraf dengan negara-negara luar

oleh itu, saya haruslah mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mencapai cita-cita saya