Knock Out Coronavirus (k/o-rona) by AINUN NAJWA BINTI SAIFFUL FITTERY Moe

Apa itu Covid-19?
Coronavirus merupakan keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit pada manusia dan haiwan. Pada manusia biasanya menyebabkan penyakit jangkitan saluran pernafasan, bermula dari selesema biasa sehingga ke penyakit yang serius seperti Middle East Respiratory Syndrome (MERS) dan Sindrom Pernafasan Akut Berat/ Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).

Apakah penyebabnya Covid-19 ini?
Jangkitan virus Corona atau COVID-19 disebabkan oleh coronavirus, iaitu kelompok virus yang menjangkitkan sistem pernafasan. Pada sebahagian besar fungsi,  coronavirus hanya menyebabkan jangkitan pernafasan ringan sehingga sederhana, seperti selesema. Akan tetapi, virus ini juga dapat menyebabkan jangkitan pernafasan berat, seperti pneumonia, Middle-East Respiratory Syndrome (MERS) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).

Pengenalan
Coronavirus jenis baru yang ditemukan pada manusia sejak kejadian luar biasa muncul di Wuhan Cina, pada Desember 2019, kemudian diberi nama Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-COV2), dan menyebabkan penyakit Coronavirus Disease-2019 (COVID-19).

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata nama yang dipilih ialah COVID-19 sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit.

Nama itu dipilih bagi mengelak rujukan terhadap satu lokasi geografi tertentu, spesies haiwan atau sekumpulan orang, selaras cadangan antarabangsa untuk penamaan untuk mengelakkan stigmatisasi.

Jangkitan virus Corona ini telah menular dengan sangat cepat dan telah menyebar ke seluruh negara termasuk Malaysia, hanya dengan waktu beberapa bulan.

Dari manakah asal usul nya Covid-19 ini?
Asal usul Covid-19 ini adalah daripada negara China pada awal Disember 2019. pada waktu itu, sejumlah pesakit berdatangan ke hospital di Wuhan dengan gejala penyakit yang tidak diketahui. Kemudian, Dr. Li Wenliang menyebarkan berita mengenai virus misteri tersebut di media sosial. Diketahui, sejumlah pesakit pertama memiliki akses ke pasar ikan Huanan yang juga menjual binatang liar.

Diambil dari CNN, coronavirus sebenarnya sudah ada sejak lama. Namun, virus tersebut biasa ditemukan pada haiwan, seperti kucing, anjing, babi, lembu, ayam, tikus, kancil, dan kelelawar.

Namun, virus corona pada haiwan hanya dapat menyebar antara binatang yang satu dengan binatang yang lain.

"Biasanya virus dari satu haiwan tidak menular ke spesies haiwan lain, atau ke manusia," kata Ketua Divisi Penyakit Menular Kanak-kanak di Hospital Pittsburgh University Center Medical Pittsburgh, Dr. John Williams.

"Jadi biasanya jika virus berpindah dari haiwan ke manusia, itu seperti jalan buntu. Orang itu sakit tetapi tidak menyebar lebih lanjut," sambungnya.

Kemudian, sebuah penelitian yang diterbitkan bulan Februari menyebutkan bahawa virus corona berasal dari kelelawar. Penelitian tersebut menemukan coronavirus pada kelelawar memiliki 96% genetik yang sama dengan virus corona yang saat ini menjangkitkan orang di seluruh dunia. Namun, virus corona bukan jangkitan terus dari kelelawar, melainkan dari spesies lain yang terjangkit dari kelelawar dan akhirnya menyerang tubuh manusia.

Namun, penelitian baru-baru ini juga menyebutkan 13 dari 41 pesakit yang terjangkit tidak memiliki hubungan dengan pasar yang menjual haiwan liar. Sehingga, para peneliti belum mengetahui betul virus corona berasal daripada mana.

Apakah gejala-gejala Covid-19?
Gejala umum berupa demam ≥380C, batuk kering, dan sesak nafas. Jika terdapat seseorang yang dalam 14 hari sebelum muncul gejala tersebut pernah melakukan perjalanan ke negara terjangkit, atau pernah merawat atau berhubung erat dengan penderita COVID-19, maka orang tersebut akan dilakukan pemeriksaan laboratorium lebih lanjut untuk memastikan diagnosisnya.

Terdapat beberapa gejala yang kurang biasa dialami oleh setiap masyarakat seperti sakit-sakit badan, sakit tekak, cirit-birit, konjunktivitis, sakit kepala, hilang deria rasa atau bau, ruam pada kulit atau perubahan warna jari tangan atau kaki.

Bagaimanakah cara untuk mencegah penyebaran Covid-19?
Lindungi diri sendiri dan orang lain di sekitar anda dengan mengetahui fakta yang betul dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Patuhi nasihat agensi kesihatan awam tempatan anda.

Untuk mencegah penyebaran COVID-19:

Bersihkan tangan dengan kerap. Gunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan berasaskan alkohol.

Kekalkan jarak yang selamat daripada sesiapa yang batuk atau bersin.

Jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda.

Tutup hidung dan mulut dengan siku yang dibengkokkan atau tisu apabila batuk atau bersin.

Duduk rumah jika berasa tidak sihat.

Jika mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, dapatkan bantuan perubatan. Telefon terlebih dahulu.

Ikut arahan pihak berkuasa kesihatan tempatan anda.

Apakah yang perlu dilakukan apabila didapati bahawa diri anda bergejala?
Sekiranya anda mempunyai simptom kecil, seperti batuk ringan atau demam ringan, secara amnya tidak perlu mendapatkan rawatan perubatan. Tinggal di rumah, mengasingkan diri dan memantau gejala anda. Ikut panduan nasional mengenai pengasingan diri.

Tetapi, jika anda tinggal di kawasan yang menghidap demam malaria atau demam denggi, ianya penting untuk anda tidak mengambil peduli tentang demam yang bergejala. Dapatkan bantuan perubatan. Apabila anda menghadiri kemudahan kesihatan, pakai topeng jika boleh, jauhkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain dan jangan sentuh permukaan dengan tangan anda. Sekiranya kanak-kanak itu sakit, bantu anak itu berpegang pada nasihat ini.

Dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anda mengalami kesukaran bernafas atau sakit di dada. Sekiranya boleh, hubungi penyedia perkhidmatan kesihatan anda terlebih dahulu, agar dia dapat mengarahkan anda ke kemudahan kesihatan yang tepat.

Bagaimanakah penyebaran Covid-19?
Covid-19 dapat disebarkan melalui seseorang yang dijangkiti kepada seseorang yang lain. Penyakit ini merebak terutamanya dari orang ke orang melalui titisan kecil dari hidung atau mulut, yang dikeluarkan ketika seseorang yang dijangkiti batuk, bersin, atau bercakap. Titisan ini agak berat, tidak bergerak jauh dan cepat tenggelam ke tanah. seseorang boleh mendapat COVID-19 jika mereka menghirup titisan ini dari orang yang dijangkiti virus. Inilah sebabnya mengapa sangat penting untuk menjauhkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari yang lain. Titisan ini dapat mendarat pada objek dan permukaan di sekitar orang seperti meja, tombol pintu dan pegangan tangan. seseorang boleh dijangkiti dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut mereka. Inilah sebabnya mengapa perlu mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air atau membersihkannya dengan hand sanitizer yang berasaskan alkohol.

Bagaimana untuk pergi ke kedai dengan selamat?
Semasa membeli barang runcit, jauhkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain dan jangan sampai menyentuh mata, mulut dan hidung. Sekiranya boleh, bersihkan pemegang troli atau bakul membeli-belah sebelum membeli-belah. Sesampai di rumah, basuh tangan anda dengan bersih dan juga setelah mengendalikan dan menyimpan produk yang anda beli.

Tidak ada kes COVID-19 yang disahkan dihantar melalui makanan atau bungkusan makanan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan sejak dijangkiti sehingga gejala jangkitan Covid-19 muncul?
Masa yang diperlukan dari terjangkit / dijangkiti sehingga muncul gejala disebut masa inkubasi. Pada masa ini, masa inkubasi untuk COVID-19 dianggarkan antara 1-14 hari, dan anggaran ini dapat berubah setiap saat mengikut perkembangan kes.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum keluar daripada rumah?
Jika ingin keluar daripada rumah untuk membeli barang keperluan dan sebagainya, diharuskan untuk memakai penutup muka dan hand sanitizer terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak dijangkiti.

Kekalkan penjarakan sosial jika bergejala.

Langkah-langkah selepas pulang daripada membeli makanan atau barang

Bertenang, dan usah panik.
Amalkan langkah-langkah pencegahan untuk sentiasa dijauhi daripada dijangkiti Covid-19.

Video di bawah adalah berkaitan mengenali tanda-tanda Covid-19 dari hari ke hari.
Semoga bermanfaat !

Situasi Semasa Pendemik Covid-19 di Malaysia.
#kitajagakita #juststayathome