My grand wall by mahanee mahmud

1a. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara serta memberi manfaat dalam bidang pendidikan.Huraikan dua elemen di dalam FPK yang mempunyai perkaitan dengan Falsafah Pendidikan Islam.

1b. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah dasar kepada penambahbaikan sistem pendidikan negara dalam mentransformasikan sukatan pelajaran standard dan penerapan nilai murni. Analisiskan peranan guru dalam mentranformasikan sistem pendidikan negara selaras dengan FPK.

1c. Analisis pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI) terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

1a. Elemen itu ialah kepercayaan kepada Tuhan.
FPK melahirkan insan yang seimbang dan harmonis di samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar duniawi tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan juga turut menyelitkan unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH SWT/ Tuhan. Manusia harus menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan mengikuti ajaran agama. Oleh sebab itu, mata pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi mendedahkan kepada pelajar Islam tentang kewujudan ALLAH SWT/Tuhan. Pelajar yang tidak beragama Islam juga didedahkan dengan kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi sahaja tetapi turut menyelitkan ilmu akhirat yang diambil daripada FPI.

1c. Analisis pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI) terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
FPI memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan FPK. Hal ini adalah disebabkan Islam merupakan agama rasmi di negara kita. Dalam masa yang sama agama lain juga memainkan peranannya yang berbeza supaya kestabilan negara dapat dicapai dengan jayanya.
• Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya; dan urusan maklum balas isu dan aduan pelanggan, keurusetiaan dan perhubungan;

• Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan hal ehwal Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah harian, personel IPA KPM dan urusan sumber manusia BPI;

• Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Program j-QAF, Kelas Kemahiran al-Quran dan KAA; Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Prasekolah dan serta penyelarasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);

• Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian kurikulum Pendidikan Islam Teras, Pengajian Islam Elektif dan Bahasa Arab; penyelarasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kurikulum Dini / Azhari.

Pendidikan Islam merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras dalam kurikulum kebangsaan.
Sebelum KSSR, pelaksanaan KBSR telah berlaku beberapa perubahan:
1) isi kurikulum
2) pertambahan masa pembelajaran (120 minit-180 minit)

Tujuan:
1) membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat al-Quran dgn betul serta boleh menghafaz dan memahami erti surah lazim
2) menyakinkan murid-murid terhadap kewujudan Allah & sidat-sifat serta kekuasaan Allag & mencintainya
3) menanamkan rasa cinta murid-murid terhadap Rasullulah & mencontohi hidup & sifat-sifat Baginda
4) membiasakan murid melakukan ibadat solat dan melakukan amalannya yang berasaskan agama Islam dan peribadi muslim dan muslimat.

Dua elemen dalam FPK yang berkaitan terhadap Falsafah Pendidikan Islam
Dalam Falsafah pendidikan Islam, ia memberikan keutamaan terhadap aspek keagamaan. Perkembangan individu dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Griffen Encharang, 2009). Ia juga mempunyai beberapa prinsip yang menekankan unsur kerohanian.

Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di duniadan di akhirat selari dgn unsur akhlak dan rohani. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan yang bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi insan muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T  ini selari unsur intelek(Mok Soon Sang, 2003).

Mengikut Falsafah Pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Unsur ini dapat dilihat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam elemennya sendiri iaitu elemn yang berbunyi seperti berikut. “....untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Dalam KBSR dan KBSM juga, Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral mencerminkan ciri-ciri pembelajaran efektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama. Ciri-ciri pembelajaran ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Islam yang bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia dari segi emosi dan rohani.

Peranan guru dalam mentranformasikan sistem pendidikan negara selaras dengan FPK.
Setiap sistem pendidikan di setiap negara mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri. Falsafah pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah pendidikan ini menjadi tunjang ataupun tulang belakang kepada sistem pendidikan di Malaysia yang mampu memperkembangkan potensi individu dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dalam realisasikan falsafah pendidikan ini, guru berperanan besar dalam melaksanakan hasrat FPK. Guru merupakan role model kepada murid-murid untuk menimba ilmu. Guru merupakan golongan yang memberi kesan besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Dalam memperkembang potensi-potensi tersebut kepada murid untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah atau luar berhadapan dengan masyarakat, guru dapat mencapai hasrat tersebut dengan melaksanakan inisiatif berdasarkan aspek-aspek seperti kepimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan peningkat profesionalisme.

KEPEMIMPINAN
Guru perlu komited dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Guru mempunyai komitmen sedar bahawa pentingnya peranan yang dimainkan olehnya bagi menghasilkan prestasi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Dalam aspek kepimpinan, peranan guru dalam merealisasikan FPK adalah meliputi tugas seperti menjadi guru kelas.

PENGURUSAN
Pada era modenisasi ini, guru bukan sahaja mendidik murid-murid di dalam bilik darjah sahaja, malah mereka juga terlibat dalam bidang pengurusan di bawah pentadbiran sekolah seperti merekod dan mengurus termasuklah sebagai seorang perancang. Perancangan pengajaran merupakan salah satu langkah utama seorang guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Contohnya, guru perlunya menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berkenaan mata pelajaran yang diajar.

BUDAYA SEKOLAH
Dalam sebuah sistem sosial, setiap sekolah mempunyai budaya tersendiri untuk membezakan iklim sekolah tersebut dengan sekolah yang lain. Secara umumnya, terdapat sekolah yang mengamalkan ciri budaya moral. Sebagai contoh, Program Guru Penyayang dilaksanakan bukan sahaja untuk merapatkan jurang sosial di antara guru dan murid, baik kemesraan dan keriangan melalui pergaulan, malah dapat mewujudkan suasana harmonis di sekolah. Program ini selaras dengan hasrat FPK dalam mewujudkan insan yang harmonis dan berakhlak mulia.

KURIKULUM
Guru berperanan sebagai pakar rujuk, pakar bidang khusus dan juga pemudahcara. Dalam merealisasikan FPK, guru bertanggungjawab untuk mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai mata pelajaran dan kurikulum yang diajar kemudian mengaplikasikan ilmu tersebut kepada murid-muridnya. Sebagai contoh, guru harus menyediakan alat bantu mengajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sekaligus dapat membantu murid memahami sukatan pelajaran dengan mudah.

DISIPLIN
Setiap profesion mempunyai kod etika yang tersendiri. Bagi profesion keguruan, semua aspek berkaitan peraturan, perabadan dan tingkah laku ditekankan bagi meningkatkan kualiti seorang guru. Guru yang mempunyai idealisme yang tinggi terhadap pengajaran, profesionalisme dan adab menampilkan ciri-ciri ‘role model’. Dalam konteks ini, murid menganggap guru sebagai teladan dan mereka cenderung untuk mengikuti perwatakan guru tersebut. Oleh itu, guru seharusnya menunjukkan perwatakan yang positif semasa berada di dalam bilik darjah mahupun di luar kawasan sekolah.

KOKURIKULUM
Guru berperanan sebagai pencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid mempunyai bakat tersendiri. Guru merupakan agen perubahan kerana guru yang mengenalpasti dan memperkembang potensi murid itu. Sesetengah murid yang berbakat berasa rendah diri untuk menonjolkan bakat mereka kerana malu dan tidak mempunyai peluang untuk mengembangkan bakat mereka.

PENINGKATAN PROFESIONALISME
Dalam konteks profesionalisme keguruan, pelbagai usaha dan cara untuk memperkembangkan profesionalisme keguruan. Antara usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap profesionalisme, guru perlu sentiasa peka terhadap segala perkembangan dasar pendidikan daripada pelbagai segi. Ini bermaksud guru perlu mengetahui perkembangan-perkembangan terkini dalam mata pelajaran yang diajar olehnya.

1b. Peranan guru dalam mentransformasikan sukatan pelajaran sistem pendidikan negara selaras dengan FPK.
-Mencungkil potensi pelajar seperti sentisa membuat latihan beraras KBAT untuk meningkatkan pemikiran yang kritis dan kreatif supaya dapat melihat keupayaan pelajar dalam proses dan menentukan bidang  yang pelajar minat.