Asas Kelestarian & Teknologi Hijau by DR. CHIN CHEE KEONG IPG-Pensyarah

Ahli Kumpulan :

1) Kareshma Segaran

2) Balqis Binti Mohammad

3) Harsshini Ganesan

Penerangan Ringkas :

Releaf ialah inovasi lestari yang menangani pencemaran akibat penggunaan kertas dan dakwat konvensional. Projek ini menghasilkan kertas mesra alam daripada sisa tumbuhan seperti serai dan daun gugur, serta dakwat organik daripada bunga dan daun kering dicampur dengan soda penaik. Kaedah ini mengurangkan sisa, tidak toksik dan boleh dikitar semula. Inovasi ini sesuai untuk sektor pendidikan, seni dan percetakan. Dengan kos rendah dan sumber mudah diperoleh. Bukan itu sahaja, Releaf juga berpotensi dalam pasaran hijau kerana ia menyokong SDG 13 dengan mengurangkan jejak karbon serta mempromosikan ekonomi hijau melalui alternatif mampan dalam industri percetakan dan alat tulis.

Ahli Kumpulan:

Ilakieya A/P Lachumanan

Muhammad Faris Iman bin Mohd Rodi

Nur Damia Sorfina binti Mohd Azrul

Penerangan Ringkas:

Projek ini ialah prototaip loji rawatan air sisa berasaskan teknologi hijau bagi mengatasi pencemaran air. Ia menggunakan bahan semula jadi seperti batu, pasir, arang, dan kapas sebagai lapisan penapisan utama, menggantikan bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar. Reka bentuk bertingkat membolehkan air mengalir secara graviti melalui setiap lapisan untuk menyingkirkan kekotoran. Pam tenggelam yang cekap tenaga turut digunakan bagi memastikan aliran air lebih lancar. Prototaip ini bukan sahaja membersihkan air sisa sebelum dilepaskan, tetapi juga menyokong penggunaan semula air untuk pengairan. Ianya berpotensi untuk memberi inspirasi kepada penyelesaian inovatif dalam pengurusan air sisa yang sejajar dengan prinsip teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar.

INOVASI BUNKAISEI LOLLIPOP ☆
AHLI KUMPULAN:

QISTINA AMSYARA BINTI NORIZAM

SANGARI A/P BALASANDRAN

EMRAN ELYAS BIN MOHD ARSHAD

PENERANGAN RINGKAS:

Bunkaisei Lollipop merupakan inovasi hijau yang selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab. Produk ini direka sebagai alternatif snek sihat yang menggabungkan konsep kelestarian alam sekitar dengan gaya hidup moden. Dengan menggantikan bahan plastik tradisional menggunakan komponen mesra alam seperti batang kertas dan pembungkus kertas beras, Bunkaisei Lollipop secara langsung menyumbang kepada pengurangan pencemaran plastik, khususnya daripada straw dan pembungkus gula-gula yang sering dibuang merata-rata. Inovasi ini tidak hanya mengurangkan sisa, malah menggalakkan penghijauan melalui biji benih yang disematkan dalam batang lolipop. Selepas menikmati snek, pengguna boleh menanam batang tersebut untuk menumbuhkan pelbagai jenis tumbuhan hijau. Ciri unik ini menyokong SDG 12 dengan mempromosikan kitaran hidup produk yang mampan dan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam pemuliharaan alam sekitar. Sebagai produk yang mengutamakan prinsip kitar semula dan penjanaan semula, Bunkaisei Lollipop mewakili peralihan paradigma ke arah ekonomi hijau. Ia bukan sekadar snek, tetapi simbol komitmen kolektif untuk mencapai pembangunan lestari global.

INOVASI MINIVAC🧹✨
AHLI KUMPULAN:

NUR ANIS INSYIRAH BINTI MOHD FAIRUL NIZAM

MUHAMMAD FARHAN BIN MD ZAIB

THEEBIKA NANTHNI A/P MUTHIYAH

PENERANGAN RINGKAS:

MiniVac ini adalah satu inisiatif inovatif untuk mencipta alat pembersih mini menggunakan bahan-bahan terpakai seperti botol mineral, kadboard terpakai, dan motor DC terpakai. Projek ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah pembersihan kotoran kecil di ruang terhad seperti meja, kereta, atau sudut rumah dengan cara yang mesra alam dan menjimatkan kos. Antara objektif utama ialah membangunkan alat MiniVac yang berkesan menggunakan bahan terpakai dan menggalakkan kitar semula, seperti mengurangkan sisa buangan dengan mengitar semula bahan, serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan inovasi hijau dan kreativiti. Seterusnya, MiniVac menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 12 dengan menggalakkan kitar semula dan penggunaan bahan terpakai. Setiap unit yang dihasilkan membantu mengurangkan sisa buangan dan menggalakkan amalan pengeluaran yang bertanggungjawab. Selain itu, MiniVac juga menyumbang kepada SDG 9 dengan mencipta infrastruktur kecil yang mesra alam dan berfungsi. Projek ini membuktikan bahawa kreativiti dan teknologi boleh digabungkan untuk menyelesaikan masalah harian.  Projek ini dilaksanakan melalui beberapa langkah terperinci seperti pemasangan motor, pembinaan badan vakum, penyambungan kuasa, ujian dan penambahbaikan.

INOVASI BIOFLEX
AHLI KUMPULAN:

NUR SYAZANA FARIDAH BINTI SHEIK DAWOOD

MUHAMMAD ZUFAR BIN NORIZAN

CHRISTINA GRACE A/P SAMUEL

PENERANGAN RINGKAS:

Projek BioFlex merupakan inovasi bahan alternatif kepada plastik sintetik yang mesra alam dan mudah terurai (biodegradable), diperbuat daripada bahan semula jadi seperti tepung jagung, serbuk agar-agar, cuka, glycerin, minyak sayuran, dan air. Ia bertujuan mengurangkan pencemaran plastik dan menyokong amalan kelestarian melalui penggunaan pembungkusan mesra alam. Selaras dengan isu 5R, BioFlex membantu mengelakkan (refuse) penggunaan plastik, mengurangkan (reduce) sisa plastik, berpotensi digunakan semula (reuse), mudah terurai secara semula jadi (recycle), dan mendorong perubahan pemikiran (rethink) terhadap penggunaan plastik sintetik. Projek ini menyokong SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab) dan SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim), sekali gus mempromosikan teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar.

INOVASI SMART BINZ
AHLI KUMPULAN:

THEVASHINI A/P GANASEN

SARAH KHADEEJA BINTI NOR SHAMSUL

AINA SOFIYA BINTI AHMAD BADRULHISHAM

PENERANGAN RINGKAS:

Smart Binz ini merupakan satu inovasi dalam menangani masalah pengurusan sisa dan isu pencemaran secara lebih efektif. Bukan sekadar tempat pembuangan sampah, inovasi pintar ini merupakan gabungan sempurna antara kecanggihan teknologi IoT dan komitmen terhadap kelestarian alam. Dengan sistem sensor AI yang canggih, Smart Binz mampu mengenal pasti dan mengklasifikasikan jenis sampah secara automatik dengan ketepatan melebihi 95%, memastikan setiap bahan kitar semula menemui tempat yang tepat. Buzzer amaran juga bukan sahaja bertindak sebagai amaran malah berfungsi sebagai platform pendidikan yang membimbing pengguna dengan maklum balas serta-merta, menjadikan proses kitar semula suatu pengalaman pembelajaran yang menarik dan berkesan kerana pengguna dapat merasakannya sendiri melalui pembuangan sampah yang betul. Keunggulan Smart Binz semakin bersinar dengan sistem solar berkecekapan tinggi yang mampu  mengurangkan jejak karbon secara signifikan. Panel solar bukan sahaja membekalkan kuasa untuk kegunaan harian, malah mempunyai kapasiti penyimpanan tenaga yang mencukupi untuk fungsi pencahayaan LED pada waktu malam selama 72 jam berturut-turut. Reka bentuk ergonomiknya yang modular membolehkan penyesuaian mudah untuk pelbagai persekitaran dari kampus universiti yang sibuk hingga pusat membeli-belah premium. Yang lebih mengagumkan, sistem data berasaskan cloud yang dipadankan membolehkan pemantauan dan pengoptimuman pengurusan sisa secara nyata. Smart Binz bukan sekadar penyelesaian, tetapi merupakan penyelesaianjangka panjang dalam membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, sekaligus mewujudkan ekosistem pengurusan sisa yang benar-benar mampan dan berdikari untuk generasi akan datang.

PROJEK TURBIN ANGIN
AHLI KUMPULAN :

Nur Anis Amalin Binti Nipah

Safwan Siddiq Bin Mohd Arshad

Pavithrra A/P Muniandy

PENERANGAN RINGKAS :

Projek turbin angin merupakan projek yang dibina untuk menjana tenaga elektrik secara mesra alam. Projek ini dibina untuk mengutamakan penggunaan sumber tenaga alternatif bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga konvensional yang mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar. Objektif utama projek ini adalah untuk menjana tenaga elektrik secara mampan menggunakan angin. Ia bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional, menjimatkan kos elektrik, serta meningkatkan kesedaran tentang tenaga boleh diperbaharui. Projek ini juga dibina menggunakan bahan kitar semula dan terpakai bagi mengurangkan kos pengeluaran dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Prototaip Inovasi Dakwat Mesra Alam Serbuk Kopi dan Bunga Telang (INKSPIRE)
Ahli Kumpulan:

KRISHNA THEVAR A/L RAVEENTHAR PREYENKA A/P SANGGAR

ILAAKKIYAA A/P SARAVANANATHAN

Penerangan Ringkas:

Projek ini menghasilkan dakwat mesra alam menggunakan serbuk kopi dan bunga telang sebagai pigmen semula jadi. Dakwat ini menggantikan dakwat sintetik yang berbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan. Ujian dijalankan untuk menilai kestabilan warna, daya lekatan, dan ketahanan dakwat. Formulasi melibatkan bahan semula jadi seperti cuka dan lendir biji selasih. Projek ini menyokong kelestarian dengan memanfaatkan sisa organik dan menerapkan konsep 5R. Dakwat ini biodegradasi, murah, dan sesuai untuk kegunaan harian serta berpotensi dikomersialkan bagi mengurangkan pencemaran global.

INOVASI MINDA BAINUN 2025: BREEZEBIT
Ahli Kumpulan:

1. AESYAH HAWANI BINTI AB RAHMAN

2. HARISHNI A/P M SIVARAJA

3. MUHAMMAD NORIRFAN BIN NORHARDI

Penerangan ringkas:

Breezebit merupakan inovasi teknologi hijau yang bertindak sebagai alat penyejuk udara mesra alam, alternatif kepada penyaman udara konvensional. Projek ini mengaplikasikan konsep 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Repurpose) dalam pembinaan alat yang cekap tenaga dan berasaskan bahan kitar semula. Projek Breezebit dibangunkan menggunakan botol plastik dan kotak kadbod terpakai. Ia beroperasi berdasarkan prinsip Bernoulli, di mana udara ditekan melalui muncung sempit untuk menghasilkan kesan penyejukan tanpa penggunaan tenaga elektrik yang tinggi. Inovasi ini bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kos efektif dalam penyejukan udara, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan lestari dalam kehidupan harian. Projek ini memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pelajar, guru, dan organisasi dengan menawarkan penyelesaian penyejukan yang murah, mesra alam, dan mudah dipasang.