书签 by 初一15(40)罗家雄 LOO JIA XIONG

Seterusnya, pelajar-pelajar yang aktif dalam sukan dapat dipilih untuk menyertai pelbagai acara sukan sama ada di peringkat daerah, negeri. kebangsaan ataupun di arena antarabangsa. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mengharumkan nama sekolah dan keluarga di persada sukan nasional dan antarabangsa seperti Datuk Nicole David. Pelajar-pelajar tersebut juga berkeupayaan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan berkelayakan untuk dianugerahi "Tokoh Pelajar" dan olahragawan atau olahragawati di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Di samping itu, pelajar-pelajar dapat memperlihatkan kemajuan dari segi fizikal dan mental selepas bersukan. Pelajar-pelajar dapat mengekalkan kesihatan badan kerana berpeluh dapat membakar kalori dalam badan sekali gus dapat mengelakkan diri mereka daripada penyakit-penyakit serius seperti obesiti, kencing manis dan sakit jantung. Pada masa yang sama, bersukan juga dapat mencerdaskan minda pelajar-pelajar dalam buana pendidikan.Dari sudut biologi, bersukan dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular, kekuatan otot dan kebolehan aerobik. Individu yang bersukan juga dapat mengawal berat badan jika bersukan dengan kerap dan mengurangkan risiko menghidap penyakit berbahaya seperti serangan jantung, strok dan juga diabetis. Segelintir masyarakat pada hari ini sibuk bekerja sehingga tertekan dan tidak menjaga kesihatan diri. Jika turutkan rasa binasa, turutkan hati mati. Justeru, kita digalakkan untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari bersukan agar kesihatan diri terjamin.

Selain itu, pelajar-pelajar dapat mencungkil bakat dan kebolehan diri dalam bidang sukan. Melalui sukan, pelajar-pelajar dapat mengetahui dan mengembangkan potensi diri masing-masing. Pelajar-pelajar juga dapat mempelajari dan menguasai kemahiran hidup yang berharga seperti bekerjasama dan bertoleransi melalui aktiviti sukan. Sikap-sikap tersebut bukan sahaja diwajibkan ketika bersukan malah juga amat diperlukan ketika pelajar-pelajar mengikuti sesi pembelajaran atau menjalani aktiviti bersama-sama pelajar yang lain.Nilai ini amat penting bagi generasi muda supaya mereka tabah dan kuat menghadapi cabaran hidup. Tambahan pula, dalam aktiviti sukan yang melibatkan rakan sepasukan, kita akan belajar untuk bekerjasama dan bertoleransi dalam mencapai suatu misi. Sekiranya nilai-nilai murni ini dapat disemat dalam diri generasi muda, kelak mereka akan menjadi individu yang berkeyakinan tinggi serta mempunyai ketrampilan diri yang terbaik. Intihannya, bersukan dapat melahirkan masyarakat yang kaya dangan nilai murni dan berketrampilan tinggi.

Sebenarnya, sukan memberikan pelbagai manfaat dan faedah kepada golongan pelajar. Pertama-tama, pelajar-pelajar dapat mengisi masa lapang masing-masing dengan berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada melibatkan diri dalam gejala sosial yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara seperti budaya lepak, vandalisme, gengsterisme, merokok, menyalahgunakan dadah dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga dapat mengelakkan diri daripada membazirkan masa kerana masa ibarat emas.Pengenalan Sekolah Sukan Malaysia juga merupakan satu petunjuk bahawa aktiviti sukan ini berpotensi besar menjadi sebuah industri yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan masyarakat di Malaysia. Kita juga dapat lihat di media sosial selepas dunia dilanda pandemik COVID-19, kebanyakan di antara kita keluar bersukan setelah perintah untuk kuarantin diangkat. Mari kita rungkaikan faedah-faedah disebalik bersukan kepada masyarakat.

Sukan merupakan sejenis kegiatan yang Murid memerlukan ketangkasan dan tenaga yang tertentu. Aktiviti sukan biasanya dapat dijalankan pada waktu pagi, petang atau malam. Terdapat pelbagai jenis sukan seperti acara balapan dan padang, bola keranjang, badminton, bola sepak, bola tampar dan lain-lain lagi. Kebanyakan pelajar mempunyai hobi bersukan dan aktif dalam pelbagai acara sukan. Setiap sekolah wajib mengadakan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama sejam pada setiap minggu untuk menggalakkan pelajar menceburi bidang sukan dan permainan sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu Murid ISukan.Sukan merupakan salah satu aktiviti masa lapang yang menjadi aktiviti kegemaran sebahagian masyarakat di Malaysia. Hampir setiap tahun, kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan memperuntukkan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur terbaik bagi pembangunan sukan di dalam negara. Dari stadium, kompleks sukan, dewan tertutup dan padang awam diselenggara bagi kemudahan orang awam bersukan dengan selesa.