Kuliah M2 by SEJSJK0621 Hii Yee Hui

Politik dan pemerintahan
1. Masyarakat jahiliah mengamalkan sistem berkabilah, iaitu satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat. Sistem ini adalah berlandaskan kepada pertalian darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai semangat asabiyah. Semangat ini kemudiannya melahirkan perasaan taksub kepada kabilah dan bermegah dengan kabilah masing-masing serta memandang hina terhadap kabilah yang lain. Unit yang paling asas dalam sistem kabilah ialah seseorang individu yang terikat dengan kabilah masing-masing. Seterusnya diikuti dengan unit keluarga (a’ilah) yang terdiri daripada ibubapa dan anak-anak yang tinggal dalam satu khemah. Daripada beberapa buah khemah pula akan membentuk satu kumpulan (hayy) dan daripada beberapa hayy akan membentuk satu kaum. Wakil daripada beberapa kaum kemudiannya membentuk kabilah yang akan melantik seorang syeikh untuk mengetuai kabilah mereka. Di antara tugas-tugas syeikh kabilah ialah mempengerusikan majlis kabilah, menyelesaikan masalah dalam kabilah, membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah lain, melayan tetamu dan memberi perlindungan. Justeru itu, syeikh amat dihormati dan ditaati dalam kabilahnya. Seseorang individu atau anggota kabilah hendaklah patuh kepada syeikh dan bertanggungjawab terhadap kepentingan kabilahnya.

2. Ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan  dan menjaga kepentingan kaum yang lebih kuat dan menindas kaum yang lemah.

Ekonomi
Perdagangan

1. Orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan.

2. Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam musim haji tertumpu di Makkah.

3. Rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah.

Penternakan

1. Kegiatan utama kaum Badwi.

2. Binatang ternakan menjadi status kekayaan.

3.  Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri-biri.

4.  Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka.

Pertanian

1. Kawasan pertanian yang paling subur Selatan Semenanjung Tanah Arab(Yaman).

2. Hujan tahunan yang agak seragam.

3. Penduduk Yaman mempunyai kepakaran dari segi teknologi (mewujudkan sistem saliran untuk kawasan pertanian.)

4. Menanam buah-buahan seperti kuma, anggur, tamar dan gandum.

Rompakan

1.  Aktiviti merompak sebagai satu pekerjaan yang mulia

2.  Perbuatan menyamun dan merompak juga dianggap sebagai satu kewajipan bagi setiap individu.

3. Puak Badwi merompak dan merampas barangan daripada kafilah (bangsawan Quraisy).

4. Pemuda yang berani merompak dianggap pahlawan.

Amalan dalam ekonomi

1. Menipu dalam ukuran sukatan timbangan dalam urusan perdagangan.

2. Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.

3. Mengamalkan penindasan seperti riba dan penipuan.

4. Menjalankan perniagaan jahiliyah

Seni dan kesusasteraan
Syair
· Merupakan media untuk masyarakat Arab melahirkan perasaan (al-gazal), kebanggaan (al-fahr) dan puji-pujian (al-madah).

· Masyarakat Arab Jahiliah gemar berkumpul dan mengelilingi penyair-penyair untuk mendengar syair-syair yang dipersembahkan oleh mereka.

· Kebolehan bersyair semula jadi  dianggap luar biasa oleh sukunya.

· Penyair – orang yang mempunyai kelebihan daripada orang kebanyakan.

Ahli sastera
· Umru Al-Qays, Zuhayr, Antarah dan Al-Harith

· Karya-karya mereka dianggap agung dan pernah digantung di dinding Kaabah.

· Pada pandangan Islam, kesusasteraan mereka hanya bersifat ilmiah.

· Sasterawan Zaman Jahiliah mencipta karya berdasarkan ilham yang datang daripada alam sekitar dan dalam kehidupan.

· Tetapi mereka tidak mencipta karya yang bermutu dari segi isinya.

· Karya-karya mereka tidak mempunyai petunjuk atau nasihat yang dapat memperbaiki keadaan masyarakat mereka.